Monday, October 26, 2009

Anak Tangga Ke Lapan...


Setelah hampir setahun berhijrah dari utara ke ibu kota dan dari kehangatan lampu pentas ke silau cahaya lampu di belakang kamera,akhirnya pengorbanan aku membawa hasil.Bukan sekadar susah payah dan penat lelah sahaja yang perlu aku curah,nasib dan rezeki juga tampil disebelah.
Walaupun banyak juga muka aku dapat diselitkan di dalam drama-drama melayu di tv,tidak pernah terlintas peluang ke skrin panggung datang dengan begitu cepat.Berkat doa mak ayah barangkali.Pernah juga aku tanam dalam benak otak aku yang aku akan berjuang hingga menjadi pelakon utama sebuah filem tapi tidak secepat ini.Alhamdulilah,rezeki datang awal.Aku tak akan hampakan sesiapa.
Aku telah mendapat kepercayaan daripada pengundi-pengundi yang kerap melawat murai.com. bagi membawa watak Ghous seorang bi sexual yang mata keranjang, seorang orpotunist dan akan berganding dengan seorang lagi pelakon yang mendapat undian tertinggi bagi watak seorang transexual iaitu Arja Lee dalam filem ...Dalam Botol.Tetap merasa yang rezeki memihak kepada aku dan bukan kerana aku lebih hebat dari dua orang pelakon senior yang berentap merebut watak itu.Ternyata aku memang menghormati dua orang pelakon ini dan berharap akan dapat bekerja dengan mereka di masa akan datang.Aku berharap juga ia akan menjadi kerjaya tetap aku untuk bertapak dan mencari rezeki.
Sekalung budi,jutaan kasih kepada 'casting director' saudara Adlin Aman Ramli dan penerbit filem ini Puan Raja Azmi dan juga saudara Khair Rahman sebagai pengarah kerana memberi kepercayaan serta sesiapa sahaja yang mengundi juga yang menyokong aku selama ini.Kepada kawan-kawan blogers yang kian melupai aku (sebab dah lama aku tak jenguk),akan aku kembali aktif selepas ni memandangkan aku sudah berpindah rumah dan coverage internet lebih baik. :)
ILL BE BACK!!

Tuesday, June 16, 2009

Afundi Aku hahahaha!

Antara ujian yang paling besar dalam hidup aku sebagai anak seni adalah perlu berentap dengan 4 pelakon top di nagara kita untuk memegang watak utama dalam filem yang dijangka penuh dengan kontroversi iaitu 'Anu Dalam Botol.'(akan ditukar kepada 'Botol Dalam Almari')
Hasil daripada ujibakat yang diadakan di Finas pada bulan April dulu,terperanjat juga aku bila mendapat panggilan yang aku telah mendapat top 5 untuk watak Ghous mendahului 21 pelakon yang menghadiri ujibakat itu.Lebih mengejutkan aku ialah pemenang watak itu ditentukan dengan undian SMS,macam rancangan realiti tv pulak.Kalau tidak silap aku,undian boleh juga dibuat di murai.com itu sendiri.Jadi terpaksalah aku gunakan media maya ini untuk mempromosi diri hehehe.
(Petikan dari Raja Azmi untuk www.murai.com.my)

"Dengan ini saya umumkan bahawa calon Top 5 bagi watak Rubidin/ Robert/Ruby adalah Zizan Nin, Adiputra, Arja Lee, Kefli AF3 dan Ryzal (KRU) manakala untuk watak Ghous pula adalah Tony Eusoff, Norman Hakim, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja.
Pemilihan calon Top 5 ini dilakukan berdasarkan kepada mutu lakonan, gerak tubuh, kesesuaian watak, bentuk fizikal serta personaliti khususnya bagi watak Rubidin/Robert/Ruby. Kita bukan sekadar mahukan pelakon yang berwajah jambu semata-mata tapi dia juga harus mempunyai imej yang macho," katanya.

Apapun aku tidak mengharapkan apa-apa dari 'pertandingan' ini.Sebagai pendatang baru,aku sangat teruja bila bakat aku dihargai oleh panel uji bakat terdiri daripada saudara Adlin Aman Ramli,Raja Azmi dan pengarahnya Shadan Hashim.Dan jika tidak terpilih sebagai Ghous,watak pembantu sudah menanti dalam filem itu.Bagi aku itu sudah rahmat besar.
ps:lupa nak cakap aku adalah yang paling kanan untuk watak Ghous :D

Monday, June 1, 2009

Anak Tangga Ke Ketiga....Akhirnya.


Setelah lama menghilang dan setelah sekian lama merangkak dalam dunia drama dan perfileman,kini tiba masa untuk aku bangun dan mengorak langkah seterusnya.Anak tangga yang kedua mula aku tinggalkan.Tangan sedang menggapai anak tangga yang ketiga.

Kali ini aku diberi peluang untuk menulis dan berlakon cerita aku sendiri.Hasil perbincangan aku bersama rakan karib (Azad Jazmin),producer,pengarah dan pengarah fotografi di sebuah gerai di Ampang,tercetuslah idea untuk menghasilkan


"ANAK MAMAK,MENANTU MAMI"



Dibintangi oleh Azad Jazmin (Anak Mami),Faezah Elai (Otai) dan Aku sendiri dibantu oleh pelakon-pelakon teater Pulau Pinang dan juga dibantu oleh Mamak Mydin arahan Zulkifli SallehGhani,cerita ini mengisahkan tentang kehidupan sebenar anak mami di Pulau Pinang.


Sinopsis
Mengisahkan seorang pelajar yang sangat meminati anak-anak mami yang terdapat di universitinya.Dalam bilik kuliah,pensyarahnya memberikannya satu tugasan perlu disiapkan dalam masa cuti semester yang akan datang.Tugasannya memang sesuai sangat dengan minatnya “Pulau Pinang”.Mazir perlu mendapatkan seseorang yang dapat membantunya.
Jabbar seorang romeo yang merasakan dirinya seorang hero hisdustan,hobinya adalah mengurat perempuan-perempuan yang berada di dalam perpustakaan padahal tidak ada seorang perempuan pun yang mahu melayan kerenahnya.Walau bagaimanapun,Cuma Jabbar seorang yang dapat menolong Mazir.Mazir datang kepada Jabbar untuk memintanya membawa pulang ke Pulau Pinang.



Sampai di Pulau Pinang,Mazir sungguh teruja menaiki feri.Memandangkan ini kali pertama dia ke Pulau Pinang,dia sangat teruja melihat permandangan yang indah itu.Sampai dirumah,keluarga Jabbar,Mamak Sultan dan mami Jora Bee menyambutnya sebagai seorang tetamu dengan baik tetapi Jabbar sempat berlari menyembunyikan bingkai-bingkai gambar keluarganya kerana tidak mahu Mazir tahu yang dia punya seorang adik.
Pada paginya,Mazir terkejut melihat banyak makanan diatas meja denganmenu-menu yang sangat asing baginya.Selepas sarapan,Jabbar membawa Mazir berjalan-jalan disekitar Georgetown.Jabbar sempat memperkenalkan Mazir kepada bapa saudaranya Mamak Mastan.Walaupun Mamak Masan dan abangnya Mamak Sultan adalah musuh ketat,tapi Mamak Mastan masih melayan mereka dengan baik.Pelbagai kejadian yang pelik dapat Mazir alami sejak sampai di Pulau Pinang.


Mamak Sultan pulang kerumah selepas berniaga terlanggar air takungan lalu terkena jirannya yang juga musuh ketatnya Mamu Basyah dan berlakulah pergaduhan.Bukan setakat mamak dan Mamu yang bergaduh,isteri-isteri mereka juga turut masuk campur untuk menunjuk hebat.Ini lagi mengelirukan Mazir.
Setelah seharian berjalan,Mazir terasa haus dan turun ke dapur untuk mendapatkan air, ternampak kelibat orang diruang tamu dan dia terus menangkap orang itu.Kemudian lampu dibuka dan sebenarnya orang yang ditangkapnya adalah Shasya Bee,adik kepada Jabbar.
Sejak itu Mazir menaruh hati kepada Shasya Bee.Dalam diam,Mazir kerap mengintai Shasya Bee sehingga ia disedari Jabbar.Shasya Bee seorang pelajar kolej dan seorang anak mami yang pendiam serta menjaga tatasusilanya sehingga rakannya Normi Basyah,anak kepada Mamu Basyah mula mengajaknya berfoya-foya dipusat karaoke sehingga Shasya Bee menjadi teruja untuk mengikut kemana sahaja Normi p bilik sebelah.




Satu hari dengan tidak diduga Jabbar dan Mazir terjumpa Shasya Bee dan Normi yang mereka sangka awek dibilik sebelah.Kemudian ia menjadi punca pergaduhan dua keluarga.dalam masa yang sama En Rahman sangat berkenan kepada Shasya Bee untuk disatukan dengan anaknya Rafi yang seorang kaki perempuan.



Mamak Mastan dan Mamu Basyah yang menaruh dendam terhadap Mamak Sultan berpakat untuk menjatuhkan perniagaan Mamak Sultan dengan melepaskan lipas dan tikus di restorennya.Encik Rahman yang mulanya berminat untuk melabur kepada kedai nasi kandar Mamak Sultan akhirnya bertukar fikiran setelah kedainya disaman Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana kotor.Bukan setakat itu,niatnya untuk berbesan dengan Mamak Sultan juga dibatalkan.


Jabbar dan Mazir mengambil keputusan untuk menyiasat kejadian sabotaj itu dan mereka dapat menjerat dua orang upahan Mamak Mastan dan Mamu Basyah.Setelah dipaksa akhirnya dua samseng itu mengaku yang itu adalah angkara Mamak Mastan dan Mamu Sultan.Kemudian mereka berjumpa dengan kedua mamak itu mengaku bersalah setelah diugut untuk melaporkan kepada polis.Mereka berjanji untuk berdamai dengan Mamak Sultan.







Jabbar dan Mazir mengambil keputusan untuk menyiasat kejadian sabotaj itu dan mereka dapat menjerat dua orang upahan Mamak Mastan dan Mamu Basyah.Setelah dipaksa akhirnya dua samseng itu mengaku yang itu adalah angkara Mamak Mastan dan Mamu Sultan.Kemudian mereka berjumpa dengan kedua mamak itu mengaku bersalah setelah diugut untuk melaporkan kepada polis.Mereka berjanji untuk berdamai dengan Mamak Sultan.




Tamatlah sudah segala kerja di Pulau Pinang.Kini hanya tunggu masa untuk ke studio untuk editing.Dan drama ini baru sahaja dibeli oleh chanel baru di Astro iaitu Astro Warna dan insya allah akan ditayangkan pada awal tahun depan.



Kini aku sedang menghitung masa untuk projek aku seterusnya,kali ini aku akan berlakon satu watak heavy dalam telemovie "Kasih"....nantikan.


Tuesday, March 3, 2009

Sepetang di Lorong Pencuri

Pernah satu ketika sebuah sebuah lorong yang lengang disebelah pagi menjadi sesak pada petangnya gara-gara terdapat banyak gerai yang menghidangkan barangan terpakai sama ada ia barangan yang dibeli,dikutip juga di 'copet' untuk para penjual mencari sesuap nasi dan seinjek dadah.Itulah lorong yang digelar lorong pencuri atau 'RoadWalk".Konsep jualannya tidak banyak beza dengan yang terdapat di Amcorp Mall,PJ.Mungkin sebab dihanyut arus kemodenan pada ketika itu,lorong itu sudah tidak lagi pengunjung diminati dan ia dinaikkan taraf serta dipindahkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang ke lokasi yang lebih selesa iaitu di sebalah Stadium Bandaraya.Tapi 'feel'nya agak kureng sebab barangan dilokasi baru itu lebih kepada barangan murah seperti di Pelaling Street.

Baru-baru ni,dalam perjalanan ke satu destinasi,terkejut aku melihat ratusan kepala yang mengerumuni kawasan itu seolah satu pesta,rupanya 'lorong pencuri' sudah hidup kembali.Mungkin ini juga salah satu idea pihak kerajaan baru Pulau Pinang untuk menarik pelancong di tanjung ini.Jom Usha............

Ini dia Roadwalk,Armenian Street

Antara gerai yang paling dikunjungi,Apek Jam Antik

Apa barang daa?Paip buruk pun jadi?

Haaa! kalau sesiapa yang hilang kasut masa semayang jumaat,disinilah anda boleh jumpa balik


Yang meramaikan majlis selalunya orang yang nak tengok2 je,atau penyeluk saku mencari mangsa

Satu gerai yang paling unik pernah aku tengok!

Yaaaa!Setelah penat meronda,sampailah aku ke destinasi.Mamak Mee Chulia Street.Rindu gila aku mee mamak ni setelah lama diperantauan.
#Harap-harap tak adalah mana-mana pelancong yang teruja ke Lorong Pencuri itu poketnya kosong diselup bila tiba dihotelya.

Saturday, January 31, 2009

Ambil Oksigen.

Tiga purnama aku menyelam.
Sirip tersangkut dicelah karang,
Baru sempat kepermukaan laut dalam,
hirup udara menampung selaman keseberang.

Mimpi yang dikejar tidak semudah yang kusangka,tapi tetap aku bersyukur kerana gunung yang ku tuju masih lagi kelihatan walaupun jauh nan sayup.Ini tandanya masih betul hala laluanku.Rintangan serta sengketa usah dibicara,sesaat mata dibuka ia sudahpun muncul terpacak sehingga mataku ditutup.Alang-alang bertekad, spektra ku mesti terus didepan,tidak ingin menoleh kebelakang.

Masa yang ada ini sangat singkat untuk aku melawat ke laman kalian,harap maaf.Aka ku curi masa untuk singgah ke hadapan rakan rakanku semua.

Aku hadiahkan hari ini catan yang sempat aku siapkan
semantara menunggu tawaran yang lain.

Harap semua bahagia saja.Salam.

Thursday, October 30, 2008

Sementara..............

Ijinkan aku berhalimunan seketika atas hambatan kerja demi mengejar mimpi.

Akan kembali bersua bila diijinkan masa.

Tuesday, October 21, 2008

Immortal!




Do you know what's there, waiting,beyond that beach?



IMMORTALITY! Take it! It's yours!


-Achilies (Troy)

Friday, October 17, 2008

Uji Bakat Illustrasi?

Selalunya kalau terima panggilan dari sebuah produksi ni sudah pasti tawaran berlakon akan tiba,sama ada drama,iklan atau filem.Bila talipon berbunyi,teruja aku melihat nombor syarikat itu tertera di skrin talipon aku,ingatkan tawaran berlakon seperti biasa.Tapi hari itu agak lain sikit bunyinya."Sebenarnya kali ni kami bukan nak offer kau berlakon,tapi nak offer lukisan kau berlakon".Pelik bunyinya,tapi itulah yang syarikat besar itu tawarkan.Setelah mereka tahu yang aku juga boleh melukis,aku diminta untuk menyiapkan beberapa jenis lakaran atau stroke ilustrasi untuk mereka cadangkan kepada sebuah syarikat makanan ringan.Wow!


Salah satu ilustrasi yang aku siapkan(Yang diluluskan)
Bagai nak rak,gila jugak aku menyiapkan 3-5 stroke berbeza yang perlu di email dalam masa dua hari.Akhirnya,salah satu stroke diterima dan produksi itu berjalan dengan segera demi mengejar deadline.
Ku sangkakan pereka-pereka syarikat tu dapat menyiapkan animasi tu dengan mudah memandangkan ada satu software animasi yang boleh menggerakkan sendiri sebarang ilusterasi,rupanya aku diminta pulak untuk menyiapkan kartun sehelai demi sehelai seperti dibuat Walt Disney 50 tahun dulu.Aduh,mampus!


Bersengkang mata aku siang malam menyiapkan beratus sketch berpandukan 'story board' yang dikirim.Sambil mengajar pun tangan aku terpaksa bergerak.Memandangkan aku di utara,syarikat tu pulak di KL jadi setelah siap dan aku email,siap dan email.Itu saja jalan untuk kami berhubung.






Banyak juga masa bersama sama kawan-kawan,rumah terbuka perlu aku korbankan.Tapi demi perhubungan dan sesuap nasi tambahan,bersemangat jugak aku menyengkang mata.Jika kufikir balik,bagus juga untuk 'port folio' aku,hmmm takpelah buat saja sampai siap.


Sehari selepas lukisan terakhir dikirim,aku terima panggilan produksi tu."mesti nak bincang harga ni hehehehe" rezekiallah.Rupanya berita buruk yang aku dapat.Atas sebab masalah teknikal dan kekangan masa,projek ini tidak dapat diteruskan.Kedua-dua syarikat ni gagal untuk mendapat persetujuan dan sefahaman antara mereka.Malang,sungguh malang nasibku.
Perlukah aku menangis atau perlukah aku mencarut? (@#%$&*%)

Monday, October 13, 2008

Siap Sudah!


video

Lama aku menunggu dan akhirnya siap sudah muzik video 'Sepanjang Hayatku" nyanyian penyanyi baru J'Zelynn.Sedang aku sibuk menaip,minah campuran Cina Mat Salleh ni buzz aku memalui yahoo massanger dan send video klipnya.

Sebelum ni aku banyangkan jugak macam manalah jadinya video ni bila dah siap.Selalunya kalau penyanyi baru,video klipnya faham faham jelah,dengan bajed kurang dan persiapan ala kadar,mesti akan menjadi bahan gelak ketawa,tapi tarkejut jugak aku dengan video ni.Seolah macam muzik video seorang penyanyi yang memang sudah lama bertapak dan terkenal.Dan tengok sekali lagi ia seperti muzik video Celine Dion "Its All Coming Back To Me Now" hehehehe,boyfriend slam pintu dan pecut laju dengan motor dan mati katak kemalangan.(Jangan marah Janice :D) Dengan bujed yang tidak sebegitu banyak,aku kagum dengan kekretifan pengarah serta ahli produksi menyiapkannya.

Apa pun aku bangga sekali dapat kepercayaan oleh penyanyi dan produksi ni dan memberi aku ruang untuk terlibat dan barlakon dalam muzik video ni,Im honored.

Mari kita kongsi..................

Monday, October 6, 2008

Pagi Raya:Raian Sang Bangla

Mata ku yang berat tiba-tiba menjadi ringan dan terang pabila terdengar laungan takbir dipagi yang sangat indah itu.Sengaja kali ini aku menapak ke masjid untuk menunaikan solat sambil melihat suasa Aidilfitri di sekitar kawasan kampung dan harap dapat sama-sama berjalan dengan kawan-kawan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat sunat itu,aku melangkah pulang bersama sama rakan sepermainan ketika kecil.Memandangkan rumahku agak jauh,seorang demi seorang membelok ke pagar rumah masing-masing dan aku kembali menapak sendirian.Sambil berjalan mataku cuma terbayang kami sekeluarga beraya dan makan bersama,semakin laju langkahku.Sedang aku tersenyum sendiri,aku terdengar "psssssttt baiya,baiya,salamualaikum".Rupanya mat bangla yang sering memberiku salam jika terjumpa,dia juga baru pulang dari masjid dan masih berdiri didepan rumahnya.Aku menjawab salamnya dan sempat lagi beraya dengan insan itu.Kemudian rakan rakan serumahnya tiba lalu menjemput aku kerumah dan manarik tanganku seolah paksa."Mari mari baiya,makan,makan'.Dengaan serba salah,aku pun menurut.

Baru sesaat aku melabuhkan punggung,kesemua mereka bergegas ke dapur dan kedengaran seperti mereka sibuk menyediakan sesuatu."Prom prang prom prang" bagai kenduri dibelakang sana.Kemudian bermacam macam hidangan dikeluarkan untuk menjamuku.Semakin serba salah aku.Dengan mata masih terbayang keluarga sedang menunggu dirumah lalu aku pun menjamah sesuatu untuk menjaga hati mereka.Semakin lama semakin banyak juadah mereka keluarkan dan terpaksa aku merasa kesemuanya.Mungkin bangga dengan masakan mereka dan atau juga mungkin bangga dengan makanan tradisional mereka,aku dipaksa merasa.Tapi aku dapat melihat betapa besarnya hati mereka melayan tetamu.Sedar tak sedar habis sepinggan nasi kutelan.Kenyang pula terasa.Kemudian dipaksa pula aku merasa sejenis bubur atau pencuci mulut buatan mereka,namanya kurang pasti tapi sedap hingga menjilat jari."Banyak gila depa ni masak.Ramai tetamu Bangla lain nak mai kot" kata hati kecilku.Setelah selesai,aku pun mengucap terima kasih dan meneruskan langkah kenyangku pulang.

Sampai dirumah,semua ahli keluarga sedang menunggu.Setelah ditanya bonda,aku cerita yang aku telah terjebak dengan geng bangla itu dan abang-abangku cuma menyindir dan tertawa.Jadi aktiviti hari raya kami sekeluarga berjalan seperti biasa.Salah satu aktiviti aku dipetang raya pula menziarah kawan-kawan sepermainan aku, dari rumah ke rumah.Setelah aku ceritakan kejadian pagi tadi."Memang budaya depa macam tu.Kalau ada tetamu,kesemua makanan yang ada didapur akan depa keluarkan untuk jamu kita.Sisa sisa itulah yang akan depa makan nanti."Kata salah seorang kawanku yang kerap ke Bangladesh dan Pakistan untuk berjemaah (Tabligh).Alangkah bersalahnya rasa hati aku setelah terdengar fakta itu.Tapi itulah cara dan adat mereka melayan tetamu.

Sungguh tulus cara mereka melayan tetamu sehingga kesemua makanan yang ada akan dijamu dan hanya sisa yang tinggal mereka habiskan.Betapa adat itu mulia dan tinggi akhlak mereka dimana ia tidak mungkin dapat dilalukan oleh kita sendiri walaupun kebanyakkan daripada mereka mereka ini kita pandang rendah.

(nostalgia karangan "Aku Sebatang Pencil")

Monday, September 29, 2008

Jariku Disusun Sepuluh Memohon.

Walau tak pernah bersua muka,
Kesalahan tiada jangan disangka.
Kesempatan pada hari yang mulia ini tidak akan ku lepas untuk memohon ampun
dan maaf kepada rakan rakan mayaku jika ada sebarang silap kata,silap pandangan,silap fikiran.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Kepada rakan-rakan yang setia mengunjung dan memberi komen serta pandangan,aku hargainya dan disini ku hulurkan duit raya kepada kalian semua untuk duit belanja dan tambang balik kampung.


ps:kalau sampai ke Pulau Pinang,contact lah.Jemput ke rumah :D

Thursday, September 25, 2008

Menjelang Aidilfitri:Korban Nyawa Demi RM4.60

Sekali lagi sedang aku membelek-belek surat-E sebelum memulakan kelas,aku tersentak membaca dan melihat gambar- gambar yang terhias didalamnya.Kali ini suatu peristiwa yang tidak aku jangka sama sekali berlaku.

Demi wang zakat sebanyak Rp 30,000(RM4.60),ribuan penduduk berduyun-duyun dan bersesak-sesak angkara kesempitan hidup di kawasan pedalaman Kota Perusuan,Indonesia.Peristiwa trajis ini telah mengorbankan 21 nyawa yang malang.Tanpa mereka sedari,pada hari itu, suatu rahmat yang mereka harapkan bertukar menjadi suatu musibah.

Dari awal pagi lagi ribuan penduduk miskin yang datang dari pelbagai pelusuk daerah datang berduyun-duyun ke rumah seorang dermawan di sekitar kota itu setelah mendengar khabar bahawa hartawan,H Syaichon ingin menunaikan zakat dengan menderma kepada penduduk miskin.Ternyata benar khabar itu.Jadi dengan sekelip mata dari puluhan bertukar ratusan dan kemudian ribuan yang memenuhi halaman rumah itu sehingga barisan yang aman dan teratur bertukar menjadi huru-hara.
Barisan yang mulanya diatur oleh keluarga dermawan itu merus menjadi sesak sehingga ramai yang dihimpit dan pengsan akibat kekurangan oksigen.Lebih malang lagi sesiapa yang lemah tidak akan terjamin keselamatannya,akibat itu ramai yang lemas dipijak dan terkorban.Al-Fatihah untuk umat Islam yang terkorban itu.

Inilah gambar-gambar mereka yang terkorban akibat kesesakan lautan manusia dan kesempitan hidup yang melanda umat Islam di Indonesia.Walaupun niat dermawan itu sungguh mulia,mungkinkah nyawa-nyawa itu dapat diselamatkan jiwa beliau menyalurkan derma itu kepada istitusi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pungutan Zakat dinegara kita ataupun beliau tidak yakin dengan sistem yang sedia ada dengan institusi pengurusan zakat di negara itu?wallahhualam.
Yang penting,aku merasa sungguh bersyukur dan bertuah kerana kemiskinan di sini tidak se'kronik' itu dan tiada penyelewengan dari pihak pengurusan zakat negara kita sehingga kita semua amat yakin dan dengan senang hati menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.Alhamdulillah.
#sumber dari Yesika Silvi Anastasia,Tangerang - Indonesia.

Monday, September 22, 2008

Mengenal Seni Warisan Dunia-UNESCO

Ia salah sebuah dramatari tradisional yang menggabungkan elemen-elemen seperti tari,teater,muzik dan juga nyanyian.Ia adalah Mak Yong yang dicipta oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang sekitar 1320M di Kelantan dan terus berkembang sebagai kesenian milik istana.Pada ketika itu seni ini berada dikemuncaknya dengan Almarhum Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar(1875-1935M) sebagai pelindung dan penaung utama Mak Yong di Kelantan.

Suatu ketika,Mak Yong menjadi kegilaan di Pattani (selatan Thai),Kelantan dan Terengganu dengan wujudnya banyak kumpulan yang bersaing sesama sendiri.Selain itu,beberapa kumpulan Mak Yong dengan versi disesuaikan dengan ciri-ciri tempatan terdapat di Pulau Bentan dan Deli,Serdang Indonesia.Ia semakin pesat membangun dan menjadi ikutan setiap perusuk nusantara.Kini,Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia berusaha memperkenalkan Mak Yong ke persada dunia sehingga pihak UNESCO telah menyenaraikan kesenian ini sebagai salah satu warisan dunia - Masterpieces of the Oral and Integible Heritage of Humanity.

Pada zaman kegemilangan itu,panggung atau pentasnya hanya terdiri daripada sebuah bangsal beratap tanpa dinding agar dapat ditonton dari semua penjuru.Binaannya tetap kukuh dan gah serta ia mudah untuk pemain-pemainnya bergerak.Orkestranya pula disusun dengan pemain rebab disebelah timur berhampiran tiang seribangsal bagi membolehkan pelakon menghadap kearahnya sewaktu tarian pembukaan (menghadap rebab).

Dalam persembahan Mak Yong, persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling dimana ia akan dimulakan dengan acara"buka panggung' untuk mengelak kejadian tidak diingini dan diikuti dengan bertaduh,kemudian upacara menghadap rebab,sedayung Pak Yong,sedayung Mak Yong,Ziarah Bilik Pengasuh(Sedayung panggil Awang),berkhabar dan seterusnya memainkan sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan.Persembahan ditamatkan pula dengan "tutup panggung'.Selain daripada watak Pak Yong dan Mak Yong yang berlakon sebagai menteri atau raja,antara watak kegemaran penonton adalah 'peran',seorang pelawak yang mengundang ketawa penonton. Terdapat tidak kurang daripada 30 cerita cerita Mak Yong yang penuh dengan pengajaran namun,hanya 12 cerita yang sering dimainkan.Antaranya ialah Dewa Muda,Bongsu Sakti,Anak RAja Panah Dewa dan Gading Bertimang.Terdapat tidak kurang pula 50 buah lagu Mak Yong malangnya mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya amat berkurangan.

Dengan diiktirafnya seni ini oleh UNESCO,diharap ia akan dapat dipelihara dan tidak akan hilang ditelan cyber.Banyak langkah yang telah diambil oleh KeKKWA,USM ASWARA serta UiTM untuk memelihara dan mengekalkan seni ini dengan mendidik juga mementaskan ia bagi memperkenalkan kepada rakyat dan diharap langkah ini dapat diteruskan sehingga ke generasi futura.

-sumber ikhsan dari KeKKWA dan USM.

Monday, September 15, 2008

Nik Aziz:Tokoh Keamanan?

Pagi ini sedang aku membelek-belek e-mail,terbaca aku sebuah e-mail dikirim oleh sahabatku, Sebat Luncai yang amat menarik dan membuatkan aku berasa amat bangga dan dengan tidak sengaja bibirku tersenyum puas.Apa ini benar?Suka sekali aku berkongsi dengan kalian.

Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila . Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu. Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia , menurut Barry Gusi.


Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya bahawa kita bukanlah pengganas,ia datang dari nagara yang beriya-iya menuduh. Orang kita pula mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini,fahaman politik kita ketepikan buat seketika. Ini adalah satu anugerah yang tinggi bagi rakyat Malaysia,orang Melayu khasnya.Kenapa berita gembira ini hanya disebarkan diruang maya,sepatutnya kita berkongsi dan sama-sama mewar-warkan berita ini sebagai tanda syukur.

Tuesday, September 9, 2008

Orang Kata.........

Ada orang kata..............

Pandai dia bercakap,mesti banyak ilmu didada,

Dia tu cuma diam saja,mesti satu benda pun tiada diminda,

video

Siapa kata?!

Siapa kata yang diam itu dungu,jangan disangka yang tunduk itu bodoh,

Siapa kata yang petah itu pandai,jangan disangka yang banyak bercakap itu bijak.

Kalau tak percaya hayati video depan mata.

Tuesday, September 2, 2008

Nostalgia Merdeka:Askar Jepun dan Lampu Dynamo

31 Ogos:Bila terdengar laungan Merdekaaaa! atau lagu lagu patriotik berkumandang dikaca dan di corong media,pasti ramai yang terkenang cerita tentang pengalaman pahit yang dirempuh nenek moyang mereka dulu.Tapi bagi kebayakkan anak muda sekarang pula,malam merdeka adalah malam untuk merempit sambil pemboncengnya mengibarkan bendera dan hon dibunyikan beramai-ramai serta melaungkan merdeka! dari atas motosikal diselikan dengan bunyi koyakan minyak motor.Sungguh istimewa malam itu bagi mereka.Sementara hari merdeka hanyalah cuti umum dan perarakan merdeka boleh kita tonton dari kaca tv.Bagi kaum hawa pula,jualan murah merdeka yang mereka dinanti-nantikan.Istimewa sungguh hari Merdeka.

Salah satu filem yang wajib ditayangkan setiap ambang merdeka adalah Sarjan Hasan,suatu yang tidak akan lekang dari ingatan merdeka kita.Sungguh berinspirasai filem itu.Bagi aku pula,setiap kali menonton filem itu,mengingatkan aku tentang sebuah kisah yang pernah suatu ketika dulu berlaku pada zaman penjajahan Jepun di Malaya.Cerita menghayat hati tentang pengorbanan Pak Usop yang malang.Ini adalah cerita dari orang orang tua yang masih hidup di sekitar kawasan rumahku.

Suatu ketika dulu,Butterworth,Pulau Pinang adalah salah satu pusat pentadbiran tentera Jepun di bahagian utara.Mungkin sebab ia adalah kawasan yang strategik untuk pengangkutan udara,laut dan darat.Di sini juga adalah tempat menyimpan stok stok seperti makanan,pakaian dan senjata mereka maka keraplah tentera tentera ini menghantar bekalan ke kawasan seperti Kedah,Perlis dan utara Perak.Setiap kali penghantaran mesti tentera Jepun akan membawa seorang atau dua hamba tempatan bagi memudahkan kerja mereka dan mungkin juga bagi menunjukkan arah tuju yang dihala.Suatu hari tiba giliran Pak Usop.Tugasan mereka kali ini adalah menghantar bekalan ikan kepada kem tentera di Sungai Petani,Kedah.Dengan semangat kental Pak Usop mengangkat tong-tong yang mengandungi ikan dengan kuderat yang luar biasa.Terpegun askar askar Jepun melihatnya.Kemudian dia diarahkan duduk dibelakang jeep bersama-sama tong-tong ikan itu,bukan masalah bagi Pak Usop yang gagah itu.

Setelah tiba di kem Sungai Petani,Pak Usop cuma dijamu dengan Ubi Kayu dan air kosong,namun ia juga bukanlah masalah bagi Pak Usop yang gagah itu.Setelah puas pemandu jeep itu berehat dan hari pun semakin gelap,mereka mula bersiap sedia untuk pulang ke Pulau Pinang.Jalan yang bakal dilalui ketika itu hanyalah jalan-jalan kecil dicelah-celah pokok getah.Setelah lebih kurang setengah jam bergerak dari kem,dalam keadaan malam yang gelap itu,tiba tiba lampu jeep itu terbakar dan terpadam.Tiada pula cahaya bulan pada malam tu,memang gelita.Pak Usop terdengar berbualan dua askar Jepun itu sama ada mahu terus pulang ataupun patah balik ke kem Sungai Petani.Di dalam otak Pak Usop,eloklah patah balik memandangkan ia lebih dekat dan dapat dia berehat.Tetapi kelihatan seperti mereka masih mahu meneruskan lalu dia pun mencari helah untuk menahan niat mereka dengan memberi alasan merbahaya,jika terlanggar batu dan lubang,akan rosak pula tayar jeep itu.

Idea Pak Usop seolah-olah berjaya meracun fikiran mereka.Maka mereka mula berpatah balik.Tersenyum Pak Usop setelah mereka percaya dengan kata katanya dan dia cuma terbayang-bayang dapat melelapkan mata hingga keesokkan harinya.Hanya beberapa saat setelah mereka berpatah balik.Mereka ternampak seorang tua sedang mengayuh basikal baru pulang dari masjid.Basikal itu punya lampu berkuasa dynamo.Kemudian si pemandu jeep pula punya idea yang lebih bernas.Dia merampas basikal dari orang tua itu,kemudian membuang tayar belakang dan mengikatnya di atas bonet depan jeepnya lalu memaksa Pak Usop untuk mengayuh basikal itu hungga keluarnya cahaya.Jika perlahan kayuhan maka kuranglah cahaya.Akibat itu buntut Pak Usop akan dicucuk dengan pedang jika kayuhannya perlahan.Terpaksalah Pak Usop yang malang itu mengayuh basikal dengan laju dari Sungai Petani hingga ke Pulau Pinang.Betapa malangnya nasib Pak Usop malam itu.Sebijak-bijak Pak Usop memberi idea malas,bijak lagi idea kejam si askar Jepun.

Begitulah melangnya nasib orang kita ditindas ketika zaman penjajah.Pelbagai seksaan diharungi oleh nenek moyang hampa dulu.Tak macam anak-anak muda lani,untung.Bukak-bukak mata dah ada televisyen,computer”kata salah sorang pak cik yang mencerita pengorbanan Pak Usop.

Harap cerita ini dijadikan iktibar,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ketanah hehehe MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

Thursday, August 28, 2008

Rumah@Studio@Galeri (Istana Impian)

Ya,terasa lama sudah tidak memperbaharui diri disini,semuanya bahana kegagalan blogku untuk memuat naik gambar-gambar,maka tak bersemangat aku menulis.Hujung minggu lalu aku dijemput oleh ketua jabatanku untuk menjenguk pameran yang diadakan dirumah@ studio @ galerinya yang sungguh mempersona.Ia juga adalah majlis pembukaan galeri,perasmian 'Galeri Taazim Mazwari',pameran dan juga "house warming" rumahnya,semuanya dijalankan serentak.Ramai juga orang orang besar dan penting dalam seni tampak hadir untuk memberi sokongan.

Jom,aku bawak kalian semua 'tour' galeri boss aku....................

Antara karya suaminya Drew Harris - Topi Series

Karya bersama Sher Mazwari dan Drew Harris- Tidak Bertajuk.

Octo karya Mark Kaufmann

Sebuah 'installation art' memukau dari Fauzan Omar

Topi lagi

Kapal Mark Kaufmann

Satu lagi karya Drew yang tidak bertajuk tetapi memukau para tetamu.


Inilah salah satu unit rumah @ studio kepunyaan Sher Mazwari dan Drew Harris yang terletak di sekitar Jalan Burmah,Georgetown.Kawasan perumahan yang sunyi itu tiba-tiba bertukar menjadi meriah pada hujung minggu yang lalu.Rata rata mengunjung agak gembira kerana satu lagi galeri muncul untuk memeriahkan lagi arena seni tampak di tanjung.Dan diharap aktiviti seni ini akan membangun lebih tinggi di pulau ini.

Monday, August 18, 2008

Biawak Dikepung,Ikan Terapung (sambungan)

Ketika sahabat kami masih berada dibawah kaki pasangan biawak yg sedang bercumbu itu,hantu laut otai terus melangkah ke persisiran dengan pelbagai niat,satu,mahu menyelamatkan sahabat,dua,ingin memberi ajaran kepada pasangan itu dan dia terus menuju kesana maka yang lain pun melangkah perlahan menurut dari belakang.

Setelah ternampak samar samar seekor makhluk besar gagah sedang berjalan dari dalam laut,si gadis itu terperanjat dan terdengar suaranya “abang,apa tu?!” lalu kedua biawak itu bingkas bangun dan berundur terperanjat.Dengan tidak semena mena si otai bersuara “Ustat Kulup mana.Ustat,keluar ustat.” Mahu tak mahu kesemua kami terpaksa berlakon sebagai pegawai khalwat lalu ustat Kulup pun menyahut “Ya,ada sini ustat otai.” dan muncul dari celah celah batu.Muncul pula 6 lagi pegawai dari dalam air dengan muka yang tidak mesra.”Buat apa disini?’sapa kami pula,kemudian dengan yakinnya sahabat kami yang dari bawah batu itu dengan hanya berseluar dalam bangun dan terus berlakon.”Ya ustat,macam mana?,saksi semua dah cukup ni”maka hilang darah dimuka pasangan itu.Tidak terjawab soalan bertalu-talu kami.Cuma pasti mereka terfikir,dasyat betul pegawai khalwat disini,muncul dari dalam air dan celah celah batu dalam gelap ditengah-tengah malam.Sungguh komited dengan kerja.

Lakonan dan penghayatan watak kami semakin menjadi-jadi dan ketahap yang paling tinggi,masing masing melontarkan dialog dengan seriusnya.Ada kala juga aku terdengar dialog yang dipetik dari skrip-skrip yang pernah kami lakonkan(aku Cuma tertawa didalam hati,muka maintain serius),sungguh meyakinkan lakonan semua,kalau dipentaskan memang memberi kesan pada penonton.Pasangan itu mula merayu-rayu dan air mata mula bertakung dikelopak.”Tolonglah ustat,encik,abang,kami cuma berehat sekejap saja disini,kami tak buat apa apa pun”rayu si lelaki itu.”Amboi,berehat konon,kami nampak semua tadi,dari hampa sampai,duduk,bukak tudung,posing dengan kamera,dan bersuka ria,semuanya kami nampak”.maka mereka terdiam membisu.Ustat Kulup pula tidak berhenti-henti menelifon ustazah (lakonan semata-mata) “ya,bila nak sampai ustazah,dah lama dah kami tahan pasangan ni,bawak van mai cepat.Apa?ada 4 lagi pasangan?Hmm cepat sikit.”.Maka meraung lagi si gadis itu.”Tolonglah ustat,lepaskan kami,kami janji tak buat dah” tetapi semua masih tetap dengan watak masing masing.

Entah bagaimana salah seorang dari kami menyoal bertali arus tentang rukun rukun dan ayat ayat yang patut semua orang islam tahu.Tergagap-gagap si lelaki itu menjawab,tertungging terbalik ayat ayat serta rukun rukun dijawabnya sehinggakan dua kalimah syahadah pun lain yang dijawabnya,selawat mailudurrasul pula yang terkeluar.Datang pula ustat otai untuk membetulkan lelaki itu,lakonan otai itu sungguh dasyat,sungguh meyakinkan,sungguh sedap dia mengucap,dengan idgham dan dengung yang cukup lengkap,kami seperti mendengar seorang arab badawi mengucap.Kemudian ditarbiahnya pula si lelaki itu tentang hukum hakam dan tanggungjawab sebagai lelaki,suami dan umat islam.Dia cuma tunduk membisu.Kemudian giliran si gadis pula dimadrasahkan sehingga megalir air mata insaf.

Dan setelah lebih sejam barlakon,kami mula penat dan ketandusan idea untuk bermain,kami cuma memberi amaran keras kepada pasangan dari pantai timur itu supaya tidak lagi megulangi perbuatan itu,dan kalau boleh percepatkanlah niat untuk bernikah sebab kedua duanya sudah kemaruk tidak kira tempat dan waktu.Yang paling tidak boleh kami lupakan bila si pasangan itu disuruh pula untuk berdialog “abang,lain kali tak nak buat macam ni dah ye,jangan bawak saya datang ketempat begini lagi ye?janji tau.’dialog untuk si gadis.”baiklah,abang janji,lain kali abang tak buat lagi”untuk si lelaki pula.Sungguh kejam.Dan dengan muka serius,kami melepaskan mereka dengan amaran juga harapan tidak lagi mereka ulangi dan dengan pantas mereka menuju ke motosikal lalu memecut lari.Barulah kesemua ustat ini kembali ke watak asal dan ketawa bagai gila.Salah satu sebab yang membuatkan kami ketawa besar adalah kemeja T yang dipakai masing masing kesemuanya bercetakkan persembahan teater dan seorang ustat hanya berseluar dalam.Mungkin sebab terlalu takut dan bersalah,pasangan itu tidak perasankan baju-baju itu.Sungguh gagal pereka kostum untuk persembahan ini.

Jadi malam itu kami cuma menghabiskan masa dengan bergelak ketawa menceritakan kembali kejadian melucukan itu kepada rakan rakan serta isteri masing masing yang cuma memerhati dari jauh dan yang tidak dapat turut serta.Tak cukup disitu,kesemua kami memenuhkan sebuah kedai mamak dan ketawa sampai ke pagi.Untuk menyelamatkan seorang sahabat,itulah aktiviti serta lakonan improvisasi yang tidak mungkin dapat kami lupakan seumur hidup.Jahat sungguh kami malam ini,jadi pembuli yang kejam hahaha.

Inilah yang dinamakan 'Happening Theatre',iaitu lakonan yang tidak dirancang,berlakon mengikut keadaan yang berlaku dan dihadapan orang yang menonton.Dalam kes ini tidak ada penonton,cuma ada mangsa kejam macam dalam wakenabeb.hehe.Kalau berkesempatan akan aku tulis lebih mendalam tentang Happening Theatre di dalam blog Bakawalee-TETAMU nanti.

Tuesday, August 12, 2008

Ikan Yang Dijala,Biawak Yang Ditangkap (18SX)

Seperti biasa selepas selesai sesebuah persembahan,ahli ahli produksi akan melepaskan lelah dengan aktiviti seperti berkelah,meredah hutan,berkemah atau setidak tidaknya makan besar.Kali ini Batu Feringgi menjadi destinasi perkemahan kami.

Setelah kenyang menjamah ayam panggang segar dan golekan sosej diatas bara,hampir kesemua kaum adam meredah gelombang laut dikala bulan terpacak diatas kepala untuk memukat.Memang ramai pakar dalam bab menangkap ikan didalam kumpulan kami,jadi aku pun agak yakin diri untuk meredah air yang gelap itu memandangkan ramai ahli hukum alam berpengalaman disitu.

Selepas melabuhkan jala,kembali pula kami kepantai untuk melahap sisa sisa yang tertinggal untuk membunuh masa sebelum mengutip hasil.Seketika kemudian,alangkah malangnya nasib kami apabila kesemua ikan besar yang tersangkut cuma tinggal kepala bahana sang memerang.Dengan hati yang luka,kami pun melangkah longlai menuju ke persisiran.Kaki yang luka terpijak batu batu tajam mula terasa bisanya.

Sedang kesemua kaum adam hampa itu meredah air yang keleher parasnya,kesemua mata terpandang sepasang merpati malam berpegangan tangan ditepi pantai menuju ketempat gelap,maka terdengarlah bunyi syyyyy syyyyy dikalangan kami.”Jangan bising,ada show malam ni” ujar ahli yang paling berusia.Maka yang lain pun tersenyum dan mengambil tempat masing masing sambil menahan diri untuk ketawa dengan perlakuan masing masing.Memang kelibat kami tidak langsung disedari pasangan itu kerana terlalu gelap dicelah celah batu,walhal kami dapat melihat mereka dengan amat jelas sekali,lagipun siapa sangka didalam air,gelap dan jam hampir pukul 2 pagi itu ada 14 pasang mata memerhati.Jadi pasangan itu pun melabuhkan punggung dibalakang batu besar dan memulakan kerja over time mereka.Tudung gadis itu dicampakkan ke atas batu dan mereka hanya fasih bertutur dengan menggunakan bahasa insyarat tangan ketika itu.Agak lama mereka berinteraksi dengan tangan dan bahasa bibir yang cuma mereka saja yang faham. hihihi.

Oleh sebab terlalu lama menjala,rakan rakan di darat mula risau,dan datang seorang rakan,Kulup bersama lampu suluh untuk mencari 7 sahabat yang hilang.Menyedari kehadiran Kulup,pasangan itu dengan pantas menjauhkan diri dan pura pura memasang unggun api,tetapi Kulup tidak menghiraukan mereka mungkin kerana lebih bimbangkan kami.Mungkin disangkanya kami ditelan hantu laut.Bagi mengelak dari disedari pasangan itu yang mereka diperhati,kami menyembunyikan diri pula dari Kulup.Semakin risau dibuatnya Kulup,lalu dia beredar untuk mendapatkan bantuan.Setelah dia hilang dari pandangan,pasangan itu pun menyambung kerja mereka yang tertangguh.

Kemudian datang pula Kulup dengan 4 lagi rakan untuk misi mencari kami.Tersentot lagi pasangan biawak pantai itu.Setelah terpandang mereka,salah sorang rakan lagi seolah olah dapat mengesyaki yang kami bukanlah ditelan hantu laut,rupanya kamilah hantu laut itu.Mereka mula menyuluh dicelah celah batu yang agak jauh dari pasangan itu.Barulah lega hati si Kulup setelah tersuluh 3 kepala hantu laut didalam air.Hantu laut yang tua itu pun tersenyum dan memberi isyarat kepada Kulup “hahaha blah,nanti kantoi” dan dengan hati yang lega dan menahan ketawa,mereka pun pulang ke khemah.Sekali lagi biawak pantai menyambung kerja mereka.

Ombak mula memukul badan kami dan beberapa kali juga terhentak ke batu tajam.Azab mula terasa.Si pemegang jala pula mula risau kerana ada beberapa ekor sembilang berbisa yang terlekat dijala beberapa kali terkena dadanya lalu dia berenang ketepi pantai berhampiran tapak projek dan berlabuh di tepi sebuah batu.Mungkin inginkan tempat yang lebih selesa,ataupun terasa mereka diperhatikan,pasangan itu tiba tiba berpindah dan duduk diatas batu yang sama.Tanpa mereka sedar ada seekor hantu laut dibawah kaki mereka lalu terus menyambung kerja.Maka sahabat kami itu tidak dapat bergerak dan cuma terpaku dibawah kaki pasangan sejoli itu.Kami yang mengecut kesejukan itu mula risau.

“Ini tak boleh jadi,aku dah tak tahan dah ni,sejuk,marah,jijik.OK,hampa jadi ustat nak?”Kata hantu laut paling otai.

Bersambung…………………

Jangan lupa ikuti “Happening Theatre” serta kisah selanjutnya,dapatkah Sahabat kami itu diselamatkan?Apakah kesudahan sepasang biawak pantai itu?Apa pula tindakan 6 lagi hantu laut yang kesejukan itu?

Thursday, August 7, 2008

Mereka Baju untuk Nenek

Dalam cuti semester ni,walaupun sibuk dengan pelbagai bala kertas kerja di kolej,tetapi jabatan aku tetap juga perlu mencurahkan bakti kepada majikan dengan memperkenalkan kolej ke sekolah sekolah untuk mencari bakal pelajar yang berminat.(merketing ler!)Selalunya pihak sekolah akan menjemput juga kolej kolej lain untuk memperagakan kursus kursus yang ditawarkan supaya murid lebih mudah dan tahu kemana hala tuju mereka.Ia dikenali sebagai Hari Kerjaya.

Tapi kali ini lain agak sedikit tugasannya.Kami berbakti pula pada sebuah sekolah.Atas permintaan pengetua sebuah sekolah,aku dan ketua jabatan Fesyen dijemput untuk mengadakan bengkel menjahit seluar untuk pelajar tingkatan 4&5.Pelik,bukankah setiap sekolah punya guru mereka sendiri.Guru guru vokasional yang cukup terlatih pulak tu.Jadi aku dan boss aku dengan 'rela hatinya' pergi kesekolah itu berbekalkan sedikit nota dan pattern seluar slack untuk ditunjukkan kepada murid murid bertuah itu.

Seluar yang dihasilkan murid sekolah ni."Cikguu,macam seluar mak saya pi pasar".rungut seorang murid.
Setelah tiba,kami disambut mesra oleh guru-guru yang bertugas,perut dibelanja manja dengan roti canai kantin sekolah itu dan tekak pula disiram dengan kopi susu yang menyegarkan.Kemudian barulah kerja dimulakan.Sampai dibilik rekaan dan jahitan barulah cikgu tersebut menceritakan apakah masalah yang mereka hadapi.Serius,tapi lawak.Rupa rupanya murid muridnya sering merungut yang bentuk atau cutting baju baju serta seluar yang terkandung di dalam silibus kementerian yang terpaksa mereka jahit tersangatlah ketinggalan zaman dan hanya sesuai digayakan oleh nenek mereka.Tujuan kami dijemput adalah untuk mengajar mempelbagaikan lagi cutting,style dan details yang sesuai dipakai oleh mereka sendiri.

Mujurlah ada kami bawa pattern seluar yang sesuai untuk jiwa remaja diorang tu.Jadi,ketujuh tujuh jenis pattern block seluar yang dibawa itu di tekap dan diberikan kepada mereka.Dengan semangatnya diorang menyiapkan pattern itu sebab dah lama teringin untuk menjahit seluar yang ranggi untuk dipakai.
Kelas yang sebelum ini sukar dikawal itu,menjadi tenang dek terlalu asyik budak budak ni menyiapkan pattern diorang.

Antara koleksi pakaian kasual untuk model model dari rumah orang orang tua Batu Lanchang.


Bakat dan kebolehan budak budak ni tidak kurang hebatnya.Bagi pelajar tingkatan 4,lakaran seperti ini sudah dikira baik.Tetapi kreativiti mereka ni agak terbantut dengan tugasan tugasan dalam silibus yang sungguh ketinggalan zaman.Diharap pihak kementerian dapat mempelbagaikan dan memodenkan lagi rekaan rekaan yang ada didalam silibusnya :D Jangan terlalu konservatif sangat.Ada kalanya remaja perlu ada ruang untuk mengekspressi diri mereka.Mungkin ia cuma sebagai asas kepada mereka,tetapi jika ia diserikan dengan apa yang mereka minati,ia lebih efektif.

Tuesday, July 29, 2008

Jackson Pollock Wannabe?

Selain dari melukis mural (lukisan dinding),lama sudah aku idamkan untuk membuat lukisan,catan atau painting yang mega besar.Atas sebab kesibukan kerja,keaktifan teater dan juga yang paling mega utama adalah budjet dan belanja,maka terbantutlah angan aku untuk mengahasilkan painting besar ala ala artis Jackson Pollok. huhu

Hujung minggu sudah,sambil rakan rakan seperjuangan aku sibuk menyiapkan set untuk teater kanak-kanak Belalang Kenit,aku diberi arahan oleh penolong pengarah untuk melukis tirai teater atau kain latar untuk pementasan tersebut (seperti dalam gambar diatas).Segala bahan bahan dan peralatan disediakan,aku cuma perlu sumbangkan sedikit tenaga dan idea sudah memadai.WOW!Dengan semangatnya aku menjahit dan menyantum kain-kain putih suci itu untuk ku conteng.

Ada gaya Jackson Pollock tak? :D tapi nampak macam cleanerlah pulak

Cahaya matahari,terik tengah hari dan hujan gerimis tetiba hari itu tidak menjadi halangan untuk ku melunaskan idam sekian lama aku,basah keringat tidak langsung terasa.Dengan bantuan beberapa sahabat untuk mengangkat kain gergasi ini ketempat teduh apabila hujan turun dan meletakannya semula setelah langit kembali carah,dapat juga aku menyiapkan painting aku dalam masa 3 jam lebih.

Setelah siap dan kering sepenuhnya,kain rentang gergasi ini dijahit pula dibahagian atasnya untuk menguatkan lagi apabila digantung di palang yang sudah sedia ada di atas pentas auditorium P Ramlee,Pulau Pinang untuk pementasan Teater Kanak Kanak Belalang Kenit yang akan dipentaskan pada 1,2,3 Ogos 2008 ini.

Jemputlah hadir untuk memeriahkan lagi suasana malam itu.Tiket hanya RM 2 sahaja.Datanglah ramai ramai untuk memberi sokongan kepada pelapis pelapis pelakon teater di Tanjung ini.

Tuesday, July 22, 2008

Greek Mythology:Dewa Di Alam Kematian.

Sedang aku baring dan membaca assignment-assignment lama yang pernah disiapkan oleh seorang murid aku untuk mata pelajaran Sejarah Seni,terbaca aku tentang sejarah dan donggeng Greek.Asyik juga melayan cerita dewa dewa Greek ni.Yang bestnya teringat aku satu watak yang pernah aku pegang dalam teater bertajuk Death of Zeus:Chaos in Mount Olympus tak lama dulu.Aku memegang watak Hades,dewa kematian.Begini rupanya riwayat hidup Hades.....................

Pada zaman sebelum kehadiran Hercules dan banyak lagi pahlawan yang diagung-agungkan oleh orang Eropah,alam semesta dijaga oleh seorang dewa yang gagah bernama Cronus yang menjaga alam semesta dengan adil dan aman.Selepas kematiannya,alam ini terbahagi kepada tiga bahagian yang dijaga oleh tiga anak-anaknya iaitu Zues,Poseidon dan Hades.Memandangkan Zeus yang paling tua,dia mendapat hak untuk menjaga dikayangan,awan dan bumi,Poseidon pula menjadi Dewa dilaut manakala Hades pula ditugaskan menjaga dunia dibawah bumi (underworld) iaitu alam kematian.

Mahu atau tidak,Hades terpaksa juga menjalankan tugasnya.Akibat terlalu sibuk menguruskan roh roh, dia setiasa akan berada di bawah sana,cuma kekadang jika ada hal-hal dan perjumpaan tertentu sahaja dia akan muncul di kayangan untuk menemui Zeus,Poseidon dan anak anak saudaranya seperti Apollo,Hermes dan lain lain.Mungkin kerana amat jarang sekali muncul,dia mendapat gelaran 'the unseen one' atau 'yang tidak kelihatan' dikalangan dewa dewa yang lain di kayangan.

Walaupun pernah naik kebumi dan kayangan untuk menolong kanda-kandanya bertarung dan menewaskan musuh-musuhnya iaitu 'the titans', "yang tidak kelihatan' ini sering kali terlepas pandang oleh dewa dewa lain yang berada di kayangan untuk membuat sesuatu keputusan yang membuatkan Hades terasa diabaikan dan lama-kelamaan dia sudah tidak memperdulikan lagi apa yang berada diatas sana,antara sebab lain pula kerana rupa parasnya yang agak bengis.Dengan itu,dia cuma terus menguruskan roh-roh yang berada dialamnya tanpa menghiraukan lagi segala yang berlaku diatas. Mereka yang dahulunya teramat rapat,kini bagai retak mananti belah.

Walaupun diutuskan oleh Zues untuk mengadap,Hades masih dengan pendiriannya yang telah muak dengan sikap dewa dewa yang lain yang cuma menghubunginya hanya jika memerlukan pertolongan.Maka dengan itu,dia telah memencilkan diri dan lebih senang disamping roh roh yang berkeliaran di alamnya itu.

Itulah cerita yang menghayat hati Dewa yang terpinggir bernama Hades.Dia seringkali dilupakan oleh saudara saudaranya.huhuhu.

Teringin pulak aku nak memainkan semula teater ini.

Monday, July 14, 2008

Tarian Dari Zaman Nabi Sulaiman?


Berkisahkan tentang zaman dahulu-kala iaitu pada zaman Nabi sulaiman a.s. dimana binatang-binatang boleh bercakap dan berhubung dengan menggunakan satu bahasa. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Maka terciptalah sebuah tarian yang bernama Barongan.
Topeng dadak Merak
Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu di Malaysia.

Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak yang turut menyerupai kavadi yang dijunjung oleh penghanut agama hindu semasa perayaan Taipusam. "Penciplakan" ini dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia.
Segala kesahihan dan ketepatan asal usul Barongan masih lagi menjadi tanda tanya kerana ia merangkumi pelbagai adat dan kepercayaan didalamnya.Tetapi yang nyata kita kaya dengan adat dan budaya serta masih banyak yang belum pernah kita tontoni,terokai dan ia juga harus dihargai,menjalani proses pemeliharaan dan pemuliharaan bak saranan Kementerian Perpaduan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia.

Gambar Ehsan daripada Cyber91,Samandiman FlickR.
Sumber dari KPKKWM.

Friday, July 4, 2008

Perginya Seorang Budayawan.

Pada minggu lepas penggiat-penggiat seni di negara kita khususnya di Pulau Pinang dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan apabila seorang insan yang telah banyak berjasa kepada industri seni persembahan negara telah menghembuskan nafas akhirnya.Mohd. Bahroodin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Baha telah pergi buat selama-lamanya.

Cikgu Baha yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam teater/seni halus dari USM pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Warisan Orang Hidup (Living Herritage Treasure) oleh Penang Herritage Trust pada 2005 dan telah banyak menghasilkan karya-karya yang boleh dianggap sebagai khazanah serta boleh menjadi rujukan kepada generasi yang bakal menjelma.Antara bakat dan kebolehannya adalah dalam persembanan bangsawan, tarian ronggeng, tarian joget, dondang sayang, boria dan juga penulisan skrip serta rangkap boria.Beliau juga banyak berlakon sebagai nyonya dan amat disukai oleh Persatuan Cina Peranakan (Baba Nyonya) Negeri Pulau Pinang hinggakan mendapat jolokan nama 'Bibik Hitam.

Minatnya dalam bangsawan bermula dari zaman kanak-kanak apabila mengikut orang tuanya menonton wayang parsi ini di Georgetown dan lama kelamaan menjadi orang suruhan (krew) dalam produksi pada kekitar tahun 50an.Beliau sendiri pernah mengikuti banyak produksi bangsawan yang asal sebelum zaman kejatuhan pada tahun 60an.Akhirnya menjadi pelakon,pengarah dan penulis skrip.(Apabila bangsawan mula memerlukan skrip).Mengarah puluhan produksi,antara yang paling digemarinya ialah Raden Mas,Sampit Ng Tai dan Puteri Saadong.
Semasa aku terlibat dalam produksi-produksi bangsawannya,banyak ilmu yang telah diturunkan kepada pelakon-pelakon serta anak anak buahnya seolah-olah seperti tahu yang beliau akan pergi dan mahu khazanahnya itu dipelihara dan perjuangannya disambung agar tidak mati begitu saja.Memang banyak ilmu dan pengalamannya dapat aku gali semasa produksinya berjalan.Diharap perjuangannya tidak akan terbantut ditengah jalan.
Cikgu Baha 1944-2008.
Alfatihah................

Tuesday, July 1, 2008

TAG Nate dari PJOE.

Lama sudah aku di TAg oleh sahabatku PJOE,atas alasan kerja yang banyak dan juga outstation situ, outstation sini,tertangguhlah lukisan yang diarahkan itu.Dalam banyak-banyak benda nate-nate ni yang kau suruh aku lukis dude?hehehe,tak pe.Kita lihat............................................

Ini adalah ssyarat dan peraturan Tag ini:

*Anda diberikan beberapa jenis haiwan utk dilukis, tak kesah dgn apa cara(lukisan tangan atau perisian computer) anda untuk menghasilkan haiwan² pilihan anda terbabit.
*Pilih satu daripada senarai haiwan² dibawah.
*Sesudah menyiapkan haiwan² anda tersebut, sila tinggalkan link blog atau lukisan anda agar mereka yang selepas anda boleh melihat contoh² atau hasil² lukisan anda.
*Tag 1 atau seberapa ramai rakan yang anda mahu.
Jangan delete link² yang lain atau yg sebelum. Terima kasih.

Senarai binatang: -Calon-calonnya ialah...
tyrannosaurus, kuda, kura-kura, itik, ayam, penguin, gajah, ular, naga.


Aku telah gabungkan kesemua binatang yang kau arahkan aku lukis.Lu pikirlah sendiri bahagia mana binatang apa.Aku tidak tahu kepada siapa ingin aku tag,sape sape yang suka lukis,lukis sajer.
ps:Ada satu lagi TAG yang belum terjawab,iaitu tag miss Aim-A.Sabar,on the way.

Tuesday, June 24, 2008

Meredah Hutan dan Gua Bikin Filim!

Berlokasikan gua yang terjumpanya Perak Man iaitu Gua Kajang,Lenggong,Perak, baru baru ini aku terlibat pula dalam sebuah produksi filem yang cukup menarik dan dijangka akan hit yang menemui penonton tahun depan dengan membarisi pelakon-pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi,nama-nama besar dalam industri filem tanahair seperti Saiful Apek,Nabil (Raja Lawak2),Datuk Jalaludin Hassan,Pak Pi'e,Fouziah Ghous,Azad (Nana Tanjung),Erra Fazira dan ramai lagi turut beraksi.Aku pulak tergolong dalam pelakon nama-nama kecil yang tidak dikenali dalam cerita ni hahahaha.

Satu pengalaman yang amat berguna pada aku kerana diberi kepercayaan oleh tuan pengarah (Prof Madya Razak Muhaideen) untuk menyenaraikan aku dalam barisan pelakonnya.Biarpun bukan watak utama,tetapi banyak pengajaran dapat aku pelajari.Sedikit sebanyak aku sudah dapat membezakan antara lakonan teater dan filem atau drama serta take dari pelbagai angle.Memang banyak lagi yang perlu aku pelajari.Antara orang yang banyak memberi tunjuk ajar adalah sahabatku yang memegang watak Isac iaitu Azad,thanks bro.
Mari aku kongsi dengan korang seperti biasa...................
Pintu Gua Kajang yang menyimpan pelbagai misteri adalah salah satu lokasi filem ini.
Satu post istimewa dari otai Lenggong yang memegang watak orang kampung.
SINOPSIS
FILEM ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Isac yang bekerja sebagai wartawan untuk mencari konco-konco Watson yang tinggal didalam hutan sejak perang Jepun dan terputus hubungan dengan dunia luar. Isac menculik Mila,anak ketua kampung dengan menggunakan helikopter dan membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui Mila diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh Chief, Sifu (Saiful Apek) dan kawan baiknya, Tonga (Nabil) berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk sampai ke Bandar. Bagaimanapun, gara-gara terlalu lama tinggal di hutan, Sifu dan Tonga berdepan dengan masalah untuk membiasakan diri dengan dunia luar termasuk peralatan canggih seperti kereta, motosikal, tandas yang membawa kepada elemen kelucuan dalam filem ini. (Berita Minggu, 15 Jun 2008)

Penempatan kaum Watson yang terletak didalam gua.

Mama Tammy dan konco-konconya menculik Mila.

Berjaya,Jom blah!

Para pelakon tekun mendengar arahan tuan pengarah.

Salah satu adegan di sebuah stesen TV dimana Mama Tammy memperkenalkan orang gua ini kepada umum.

Mila terkurung dan kesedihan mengenangkan kampung halaman.Dapatkah dia diselamatkan?

Jangan lupa saksikan filem SIFU yang akan menemui anda di pawagam yang berhampiran tidak lama lagi :D dan ketahuilah kesudahannya.......

Wednesday, June 11, 2008

Bikin Video Klip Janice 'Zelynn

Baru-baru ni aku terlibat dengan pembikinan video klip seorang penyanyi baru yang bakal muncul,Janice Zelynn.Bekas juara sebuah rancangan hiburan di stesen tv yang paling popular pada tahun 1998.Setelah 10 tahun menyepi dan cuma terlibat dengan show-show jemputan saja,akhirnya dia akan muncul di Industri Musik Malaysia dengan tajuk albumnya J'zelynn "Sepanjang Hayatku".

Dengan suara yang sungguh unik dan fasih berbahasa Melayu,penyanyi ni pertaruhkan lagu-lagu yang berirama R&B dan pop serta pelbagai bahasa didalam albumnya.Korang boleh lawat websitenya http://amp.channelv.com/jzelynn
http://www.myspace.com/jzelynn
http://www.jzelynn.com/

Inilah Janice.Berkelocak jantung aku berlakon dengan minah ni,cun gile
Music Videonya pula mengisahkan sepasang kekasih yang sudah tidak sefahaman,bertengkar,bertengkar dan bertengkar hingga satu tahap,si Boyfriendnya sudah tidak tahan dan meninggalkan si Girlfriend tu.Dalam keadaan marah,si Boyfriend keluar rumah dan memecut dengan super bikenya.
Menunggang dalam keadaan marah,si boyfriend ni memecut lalu tidak dapat mengawal motosikalnya dan kemalangan.Kemudian menyesal si Girlfriend dengan kedegilannya.Dan dia pun menyanyi dalam keadaan sedih menyesal. :D (dapat jugak aku merasa menunggang super bike 1000 cc, motor paling besar yang pernah aku tunggang)

Satu teknik untuk mangambil ekspressi muka aku ketika kemalangan.Kreatif.Kononnya aku sedang menunggang motor tu.
Malang tidak berbahu,terbaring aku ditengah panas terik sambil berjaket kulit hehe

video
Ini pula salah satu adegan pertengkaran kami (close shot) didalam rumah sebelum aku keluar dan mati.haha
Harap kawan aku ni akan berjaya dipersada seni tanahair sebaris dengan penyanyi bukan Melayu yang lain seperti Vince Chong dan juga Jac Victor.Disamping tu,aku pun dapat pengalaman baru,berlakon dalam sebuah music video.

Tuesday, June 3, 2008

Dilema Putera Mahkota Inderaloka

Termenung bingung si putera memikirkan nasib yang bakal menyusul tiba.Lama sudah si putera angan dan idamkan dirinya hidup bebas tanpa dikurung umpama terkukur disangkar kesunyian hiba.Si putera punya cita-cita.

Hajat dihati si putera ingin sekali menjelajah menjenguk serta merasa pahit dan lelah seperti insan-insan biasa.Bercita dimimpi pula ingin sekali si putera membuka negeri jajahannya sendiri tanpa meminta.Bukan menumpang lenang dibawah pengaruh ayahanda.Limpahan mewah terhidang hadapan mata.Berulang kali katanya "bukan itu yang anakanda minta,anakanda punya cita-cita".

Hidup si putera aman dan bahagia,katakan saja puteri mana yang diidamnya,sekelip mata dipinang ayahanda.Luahkan saja apa yang kemahuan diminta,sepantas kilat ditunaikan bonda.Berulang kali katanya "bukan itu yang Anakanda minta,anakanda punya cita-cita."

Di kratonnya segalanya ada,segalanya selamat,segalanya bahagia tetapi kesenangan ini harus si putera tinggalkan demi mencapai emas yang didamba.Tiada mudah jalan yang perlu ditempuh si putera untuk mangapai cita.Duri temucut mengelilingi, menanti,menunggu mangsanya.Itulah satunya jalan yang ada.Mengharung mara bahaya,emas dicita belum tentu terlaksana.Mungkin maut menunggu jasatnya,sebelum sempat meraba kilauannya.

Demi mengapai cita-citanya,bertekad si putera mengharungi juga.Itulah dilema bermain di minda,perlukah si putera melangkah kesana.Atau haruskah dirinya menyerah saja,hidup mewah dalam kratonnya tanpa berjuang mengejar cita kerana takut tewas sebelum sempat menggenggam emas yang diidamnya.

ps: patutkah putera tinggalkan istana yang selamat itu untuk mengejar cita-cita yang penuh berliku.Jika tidak berjaya jawabnya sengsara,tiada jalan pulang.Jika berjaya,kesenangan itu hak milik kekalnya.perlukah dia pergi,atau teruskan saja didalam istana itu tanpa mencuba.

Monday, May 26, 2008

Memuja Pentas:Mintak Izin Jin Dulu Kemudian Baru Tuhan?

Dalam persembahan-persembahan tradisional orang Melayu seperti Bangsawan, Mak Yong, Kuda Kepang, Mek Mulung, Ulik Mayang ,tiada yang mengejutkan jika ia dikaitkan dan juga berinteraksi dengan alam mistik.Antara sebab utamanya adalah kerana persembahan-persembahan ini amat dekat dan berkait rapat dengan watak-watak yang pernah hidup dimuka bumi dan telah lama tiada tetapi watak-watak ini dahulunya bukanlah calang calang watak,kebanyakkannya watak yang kuat daripada cerita sejarah,lagenda mahupun mitos.
Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu,upacara memuja pentas adalah satu kewajipan sebelum memulakan sesebuah persembahan bagi meminta izin dan juga mengelak daripada berlakunya kejadiaan yang tidak diingini.Setiap kali persembahan, seorang bomoh atau pawang akan diupah untuk 'memelihara' kawasan permainan.
Berikut adalah langkah-langkah yang diambil pawang itu sebelum pentas sedia dimainkan.
1) Mengasap dengan kemenyan seluruh pentas.
2) Sediakan Beras kunyit,beras basuh,bertih yang dicampurkan dengan tepung tawar untuk dicampakkan diatas pentas.
3) Menepung tawar diseluruh pentas dan juga kepada benda-benda serta alat alatan yang akan digunakan atau dipegang oleh pemain/penari bagi mengelak daripada terkena sihir buatan orang.
4)Sesudah menepung tawar,pentas dan peralatan direnjis pula dengan air didalam mangkuk yang berisi bunga-bungaan untuk membangunkan seri persembahan itu dan pera penonton akan terpesona menonton seolah memandang bunga-bungaan yang wangi.
5) Memecah kelapa!Ini adalah suatu adat yang tidak boleh diabaikan supaya suara pelakon/penyanyi lebih lunak dan lemak suaranya serta manis rupa parasnya.
6) Akhir sekali.......membaca doa memohon kepada tuhan supaya selamat dan dijauhkan dari segala bala bencana.
Orang dulu-dulu lebih taksub dan lebih cenderung kearah tahyol dan khurafat dengan mendahului amalan-amalan ini daripada memohon kepada tuhan terlebih dahulu.(hish!Apa nak jadi dengan orang dulu-dulu nih)
Walaupun aku pernah alami sendiri kejadian aneh diatas pentas,aku percaya ia disebabkan kami tidak sempat membaca doa pada hari itu,bukan sebab tidak pecah kelapa.
Tapi sekarang budaya atau amalan ini amat jarang sekali diamalkan.Ia hanya cukup dengan bacaan doa-doa,Ayat Kursi serta Fatihah sebelum beraksi dan juga tidak mempersendakan watak watak yang dimainkan.

Tuesday, May 13, 2008

Tamadun Yang Menjangkaui Masa

Bertempat di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah,USM,kini berlangsung satu pameran yang bagi aku cukup menarik dan berguna untuk kita lawati.Pameran yang bertajuk 'IQRA:Garden of Wisdom' ini banyak mempamerkan artifak-artifak dan juga bahan sejarah yang penting dari tamadun Islam.

Barang-barang serta senjata yang pernah digunakan pada zaman kegemilangan Islam di Andalusia,Mongolia dan juga China dapat kita saksikan disini.Pameran ini telah membuktikan yang tamadun Islam adalah sangat besar,canggih berteknologi serta pengetahuan para pejuang serta ahli-ahli fikir Islam pada masa itu sememangnya hebat dan mendahului masa.

Ingin aku kongsi dengan kalian...........
Antara meriam yang diukir ayat-ayat suci yang pernah digunakan dalam perang menarik minat pengunjung.

Pedang yang digunakan oleh pejuang-pejuang Mongol.
(Terdapat juga ukiran ayat-ayat suci pada padang tersebut)


Perisai Parsi serta senjata yang pernah digunakan pada perang.

Selain daripada peralatan perang,banyak juga artifak dan peninggalan ketika kemasukan dan pendakwahan Islam di nagara China.Lukisan landskap dan caligrafi Cina juga dipelbagaikan serta digabungkan dengan unsur-unsur Islam supaya rakyat tempatan lebih mudah memahami istilah Islam pada ketika itu.
Tepak sirih gangsa bermotifkan caligrafi Islam atau Khad untuk menyambut tetamu juga ada dipamerkan.

Tulisan Khad yang mempunyai pengaruh kaligrafi Cina.

Tembikar yang biasanya mempunyai lukisan landskap cina ditukar kepada tulisan Khad.

Tulisan Scroll (Gulungan) yang biasanya 18 inci panjang digabungkan dengan Kalimah suci dan diterjemah dalam bahasa manderin.
Kompas yang digulakan dalam pelayaran oleh pelayar-pelayar Islam

Jam yang menggunakan cahaya matahari ciptaan orang Islam juga dipamerkan.
Terdapat banyak lagi bahan-bahan sejarah yang menarik untuk kita lihat dan pelajari.Bukan setakat bahan sejarah,teknologi,alat-alat azimat serta tangkal yang mengandungi ayat-ayat suci yang dipakai oleh pejuang Islam juga boleh kita lihat.
Kalau aku nak upload semua gambar yang aku ambil tadi memang penuh satu page blog aku ni.Kepada yang berdekatan,aku cadangkan kalian semua pergilah melawat pameran ini,bagus.Selain daripada pameran IQRA ni,ada juga pameran lukisan daripada artis-artis tempatan yang boleh membuatkan anda teruja.
Kalau ada masa lawatlah.

Monday, May 5, 2008

Kupasan:Kompang dah Bunyi Dah!

Sebulan sibuk dengan latihan intensive untuk persembahan,akhirnya selesailah sudah pementasan 'Bila Lagi Kompang Berbunyi".Tiga hari persembahan mendapat sambutan yang sungguh membanggakan.Sehingga penonton terpaksa duduk diatas tangga dan berdiri.Gelak ketawa penonton juga seolah-olah memberi tonik kepada para pelakon untuk bermain dengan lebih baik.Komen-komen yang diberikan kepada tuan pengarah juga sangat positif dan membina.

Semua pelakon memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.Penonton tidak kering gusi ketawa dengan telatah pelakon dan bila tiba adegan tegang pula,auditorium senyap sunyi dengan penonton yang memberi sepenuh perhatian.

Mari kita saksikan...................

Aksi Abdul Ghuyub,si tua miang tidak serik-serik untuk mengurat si janda,Dahlia si tokey warung.Siang malam singgah ke warung untuk menjual minyak dengan Dahlia.Dahlia pulak rimas dengan orang tua ni.

Boy pulak terkejut dengan berita aweknya Aida mengandung akibat perhubungan yang tiada batas.Dia mahu bertanggungjawab dan menebus dosanya tapi si Aida pula tak mahu kahwin malah mahu gugurkan anak tu sebab baru mendapat tawaran sebagai peramugari.Meka berkalulah pertengkaran.
Aida dibelasah teruk oleh emak setelah rahsianya terbongkar.Kakaknya,Munirah terjumpa alat ujian kehamilan didalam biliknya.Emak mahu pijak-pijak perut Aida sebab dia terlalu membenci Boy yang tidak punya pekerjaan tetap.

Si tua Ghuyub mahukan Dahlia,tapi hati Dahlia lebih tertarik kepada Kulub,anak teruna tua kampung yang juga sering berkunjung ke warungnya.Agenda si Kulub pula adalah untuk mengurat si anak,Munirah.Dahlia tidak sedar yang tujuan Kulub merapatinya hanya untuk mendekati Munirah.Dahlia pula yang syok sendiri.

Dua orang buruh Indon yang bertukang di rumah Dahlia juga tidak ketinggalan dengan agenda untuk mengurat Munirah.Dua orang pelakon ini telah berjaya membuatkan penonton terbahak-bahak.

Watak Ah Kau (Hanizar/TokMoh) juga tidak ketinggalan dan tidak menghampakan dengan aksi lawak spontannya.Ah Kau sedang gembira dengan berita isterinya selamat melahirkan anak yang ke-12.

Oleh sebab Dahlia membenci Boy,satu strategi diaturnya.Seorang perunding perkahwinan yang sibuk mempromosi pakejnya disuruh berkahwin dan menjadi pak sanggup kepada Aida bagi tempoh 2-3 bulan untuk menutup malu.

Umi kepada Boy yang sangat mementingkan taraf dan keturunan pula datang menyerang dan menghina Dahlia juga anak-anaknya serta menyuruh Aida melupakan Boy yang berketurunan baik-baik.Bergaduh lagi!

Sehinggalah datang bapak (bekas suami Dahlia) yang bijak dan tegas menyelesaikan segala masalah dan kekeliruan yang berlaku dia rumah Dahlia.Kesemua orang dimarah,dah kesemua masalah selesai.

Maka kompang pun berbunyi dengan ketiga-tiga pasangan ini melangsungkan perkahwinan serentak.Kulub+Munirah, Boy+Aida dan Ghuyub+Dahlia.Maka tamatlah huru-hara dia rumah itu.
Rata-rata penonton memuji penulis skrip (Nizam Ramli) dan juga olahan yang oleh tuan pengarah (Razali Redzuan) yang sungguh padat denga lawak jenaka serta massage.Ada juga pelakon komidi yang popular di Tanjung ini hadir dan mengomen cerita ini telah berjaya mempersembahkan pelbagai ganre lawak yang bermutu.Persembahan ini juga telah berjaya menyatukan 4 kumpulan teater dia Tanjung dan masing-masing memberikan komitmen yang sangat membanggakan.
Selesailah sudah.
ps:Tabung kutipan rakan kami yang menderita Barah Hati,Maya tidak begitu memberansangkan.Akan kami cuba untuk berbakti pada persembahan yang akan datang.

Thursday, April 24, 2008

Kompang Berbunyi Mei Ini.

Pada hari pekerja yang akan menjelma minggu depan,tiba giliran teater yg terbaru yang di terbitkan oleh kumpulan TETAMU. Persembahan ini agak menarik kerana projek ini adalah gabungan daripada 3 kumpulan yang paling aktif di Tanjung. Aktiviti malam kami kebelakangan ni cuma dihabiskan dengan cerita terbaru arahan salah seorang peserta Raja Lawak 1 iaitu Razali Redzuan (ZALI)

Salah satu adegan pertengkaran anak dan emak yang bakal dapat kita saksikan dalam BLKB

Bilangan pelakon yang agak ramai juga adalah satu ujian atau pancaroba yang produksi ini perlu hadapi,macam biasa, jika sekumpulan manusia berkumpul sudah pasti pelbagai ragam perlu ditangani oleh tuan pengarah.Masalah yang kerap dihadapi adalah sentiasa kekurangan orang untuk menjalankan latihan dari mula hingga ke penghujung cerita,terpaksalah berlatih cuma 1 atau 2 babak setiap malam.Tidak boleh disalahkan pelakon juga dalam hal ini sebab rata rata pelakon mempunyai kerja hakiki dan komitmen lain yang perlu dijaga.Inilah masalah kami yang amatur ni.Tapi alhamdulillah kebelakangan ini kerap juga kami dapat menjalankan latihan penuh sebab ada yang sudi menggantikan pelakon yang tidak dapat hadir.

Adegan tegang Umi dan Kak Dahlia.

'Cerita yang mengisahkan kemelut tiga jejaka yang ingin berkahwin tetapi perlu menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat menawan hati pasangan masing-masing.Tiga jejaka,tiga masalah yang berbeza.'
Saksikanlah sebuah teater komidi yang dijamin mencuit hati anda.

Yang paling menarik,cerita ini adalah gabungan diantara lakonan pentas dan juga persembahan multimedia hasil daripada lakonan dihadapan kamera.Pengarah dan juga penulis skrip bijak mengolah cerita ini menjadi lebih menarik dengan menambah beberapa adegan yang dapat membantu manaikkan tempo cerita dan juga menguatkan lagi konflik bagi memberi lebih impak kepada penonton.

Salah satu adegan babak yang disunting di sebuah butik pengantin.

ACTION!!Tuan Pengarah sedang memerhatikan pelakonnya berlakon dihadapan kamera.

Tinggal seminggu saja lagi untuk tarikh persembahan,barulah kesemua pelakon dapat memberi sepenuh komitmen dan mula berlumba-lumba untuk berlatih dan menaikkan tempo lakonan massing-masing.Barulah tuan pengarah dapat tersenyum kerana run-trough dapat diadakan setiap malam.

Diantara barisan pelakon BLKB, ceh macam posing untuk Press Confrence pulak hehehe

Diharap segalanya dapat berjalan lancar dan pening kepala pengarah dan penolongnya memerah otak berbaloi dan auditorium akan dipenuhi bagi memberi lebih semangat kepada kami,pelakon.Insyallah.

PS:Tabung kutipan akan diletakkan di pintu masuk auditorium untuk membantu seorang sahabat aku yang mengidap Barah hati.Harap-harap tuan2 dan puan2 dapat menyumbang untuk meringankan lagi beban sahabatku Maya Ernawati.

Friday, April 18, 2008

Baju Pengantin Tisu Jamban!

Sehari didalam kelas, aku kebuntuan untuk mengajar kerana anak-anak murid aku kali ini sungguh cekap dan cepat sekali bekerja,setiap tugasan yang diberi dapat disiapkan dengan pantas sekali tanpa kesalahan sehingga aku kekurangan idea untuk mengajar,masa kredit masih panjang untuk aku teruskan.

Kemudian datang kerani kolej aku memberikan poster serta borang untuk pertandingan "Toilet Paper Wedding Gown'.Lalu ia menjadi satu tugasan yang wajib untuk mereka.Dengan nada paksa aku meyuruh mereka menyertai dan menyiapkannya didalam kelas aku.Sungguh diktator hehehe.

Ingin aku kongsi dengan kalian proses pembuatan baju pengantin ini.

Bahan-bahan yang dibenarkan untuk pembikinan.(Tisu tandas,tisu,gam dan pita sahaja)

Langkah pertama,siapkan pola asas mengikut bentuk badan juga dengan menggunankan tisu dan gam.Base ini haruslah dibuat dengan tebal supaya ia lebih kukuh dan dapat dipakai oleh model tanpa sebarang masalah.Jika menggunankan kain,cara ini dipanggil 'Draping Technique'.Selain itu,pola yang dihasilkan mengikut ukuran diatas kertas juga digalakkan,kerana ukurannya lebih tepat tetapi dengan drape,ia lebih pantas.

Beginilah bentuk pola asas mengikut bentuk badan setelah selesai dibentuk.

Beginilah rupa baju pengantin yang sudah siap dihias permukaannya dengan bebunga serta hiasan-hiasan yang lain.

Siap! Segalaanya berjalaan lancar.Projek ini cuma memakan masa dua hari termasuk proses menunggu gam kering.Mereka hendaklah menghantar foto baju ini dari sudut depan,tepi dan belakang kepada penganjur (Gurney Plaza) Kesemua murid-murid aku tersenyum puas setelah sepuluh baju yang telah siap diletakkan disuatu sudut 'Fashion Department' ini.

Lebih memeranjatkan dan mengembirakan kami,keesokkan harinya kesemua peserta mendapat panggilan daripada penganjur mengatakan yang mereka semua layak keperingkat akhir pertandingan itu yang akan diadakan di Gurney Plaza pada Sabtu 19/4/2008 jam 1.30 petang.Ia juga dapat menaikkan nama kolej aku.


ps: CEO dan Principle tersenyum lebar bila tengok muka aku hihihi.

Thursday, April 10, 2008

Gaji Atau Dosa Pahala?

Sedang aku dengan beberapa sahabat melepak menghilangkan dahaga selepas latihan semalam.Datang seorang member kepada memberku.Dengan mood memberontak bahana pilihan raya yang masih membuak-buak dalam dada,dia dengan geramnya meluah kepada mamber aku ni.

"Bilal tempat kita ni dah lama dah orang dok tengok,dia mai pagi azan subuh lepas tu balik.Lama-lama adalah sorang hamba Allah ni tegur dia,siap bagi teh tarik lagi sebab nak jaga hati sebelum tanya."

Hamba Allah: Pak *&%$#,kalau saya tanya jangan marah yee,saya tak tau,cuma bertanya.Pagi-pagi dok mai
azan ni pastu Pak *&@#% balik terus ka?Awat tak semayang sekali?

Pak *&@#%: Eh,aku punya sukalah,kerajaan ambik aku jadi bilal,depa bayaq gaji aku mai azan,aku
azanlah.Aku semayang ka tak semayang ka tu aku dengan tuhan.

Hamba Allah: oooooooo kerajaan bagi gaji,tuhan tak bagi gaji,Pak *&@#$ tak semayanglah,macam tu?

Pak *&@#$: Hang jangan campoq hal aku!

Begitulah pertengkaran dua orang masjid di kawasan dekat dengan rumah aku.Agak tersentak aku dengan member-member aku dengar cerita tu. Ada jugak orang macam ni.

Monday, March 24, 2008

Hari untuk Lupakan Masalah.(Sehari Suntuk)

Macam biasa,setiap kali selepas persembahan kami akan adakan majlis makan malam dan juga aktiviti riadah atau lepas tention.Destinasi yang sering menjadi pilihan adalah Monkey Beach atau Teluk Duyung kemudian ke Hutan Lipur Sungai Tukun.Walaupun macam dah takde tempat lain (macam komen Art dalam blog pegawai khalwat),tapi aktiviti seperti ini memang tidak menjemukan dan dinanti-nantikan.
Disini aku ingin berkongsi dengan Pegawai Khalwat dan kalian semua aksi-aksi yang mungkin tertinggal oleh P.Khalwat di dalam entrynya.

Ambil tenaga extra sebelum bermula xpdc(padahal naik bot)

Berkumpul di pintu gerbang Taman Negara Pulau Pinang yang dijanjikan pada pukul 8 pagi (9.50 baru semua ada),kemudian kami pun bergerak merentasi hutan belantara yang mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit.Dengan keadaan hutan yang mencabar dan serangan hendap monyet-monyat yang lapar,kami pun berjalan.

Kemanakah arah yang nak dituju.

Kepenatan langsung tidak terasa.Masing-masing enjoy.

Akhirnya tiba didestinasi. Monkey Beach.

Makanan sudah terhidang dan disediakan oleh kumpulan yang menaiki bot.Yang mendaki dan meredah hutan seperti aku,sampai terus saja makan.Makanan kami dimasak sendiri disitu oleh chef handalan kami,kak Yus bersama suaminya.Yang lain hanya meramaikan dapur.

Selepas makan,masa untuk salin pakaian untuk berkubang.

Hampir setengah hari berendam tidak langsung disedari oleh orang-orang yang lupa diri ini.

Setelah jemu dilaut.Tempat untuk membersihkan badan(air bukit) juga disediakan.Hamba Allah ini dengan kreatifnya menggunakan paip disitu,buat air hujan.

Setalah selesai membersihkan badan,tiba masa untuk ke destinasi kedua.Kali ni semua naik bot.Dah tak larat meredah hutan lagi.Trip pertama sudah berlepas bersama barang-barang,trip kedua lebih selesa hahahaha.

Sampai didestinasi kedua.Mula-mula,makan lagi.

Kemudian berendam beramai-ramai didalam air sungai pulak.(Gambar ini ihsan daripada Pegawai Khalwat)

Setelah lebih kurang sejam bermain,melompat,dan bersukaria didalam kolam paras leher ini,kami pun mengemaskan barang-barang kerana ada sekumpulan orang yang tidak sabar-sabar untuk mandi bersama keluarga sehingga bertindak seolah-olah menghalau kami.Sehinggalah hari semakin gelap,maka kami pun berjalan pulang.

PS: Keesokkan harinya,ada yang tidak pergi kerja,MC,demam.haha

Wednesday, March 19, 2008

Boria:Upacara Kaum Syiah?


Jika kita terdengar perkataan Boria,semestinya kita akan terbayang kilauan pakaiannya yang berwarna terang menderang, perlakuan dan tarian yang mencuit hati dan juga aksi-aksi lucu sketsanya.Walaupun ia adalah media untuk menyampaikan pesanan kepada penontonnya,ia masih lagi dianggap sebagai hiburan ringan bagi sesetengah pihak.Tapi tahukah anda dari mana asalnya persembahan teater ini.

Asalnya adalah upacara untuk memperingati trajedi kematian Saidina Husssein dan Hassan,putera kepada Saidina Ali (cucu kepada Rasullullah SAW) yang dibunuh tentera-tentera Muawiyah bin Abu Suffian oleh kaum Syi’ah yang diadakan setiap tahun pada 10 Muharram diperkuburannya.

Dalam upacara tersebut diadakan pelbagai persembahan termasuk lakonan,syair dan nyanyian beramai-ramai berkumpulan dari merata perusuk daerah.Bendera putih yang disimbahkan warna merah pula menjadi simbolik kepada peristiwa yang dikenali sebagai Ta’ziya.Selain itu ia juga menjadi satu upacara meratap,menjarit-jerit dan memukul diri hingga berdarah bagi memperingati dan menebus dosa kaum Syi’ah ini.

Upacara ini lama kelamaan berubah sedikit demi sedikit hingga ia dipermudahkan dan syair-syairnya tidak lagi berkisar tentang peristiwa kematian tersebut malah ia diselang-selikan dengan cerita rakyat dari timur dan peristiwa-peristiwa dalam kitab Injil dan Taurat.Lakonannya pula dilakonkan sejajar dengan tajuk syair yang dinyanyikan.

Lama kelamaan ia menjadi sebuah persembahan yang berubah, dari fahaman Syi’ah kepada kisah rakyat,serta media untuk menyampaikan fahaman politik sehingga semakin banyak kumpulan-kumpulan yang wujud dan bersaing untuk mencari rezeki.

Oleh sebab itulah teater ini dikatakan berkembang selari dengan kefahaman Syi’ah.Dimana sahaja terdapat kaum Syi’ah pasti saja teater ini wujud.Maka berkembanglah teater ini ke Parsi,India dan kemudiannya dibawa ke Pulau Pinang dimana ia sudah menjadi sinonim dengan Pulau Mutiara ini.Ingat Boria,ingat Pulau Pinang.
ARIBBA……RANCAK!!

(sumbar ini ihsan dari Pusat Pengajian Seni,USM dan KeKKWa)

Thursday, March 13, 2008

GELLAAAAAAAAAAAPPPPPPPP!!!


ADUHHHHHHHHHHHH!!!!

Kemana harus ku suluh.Butakah spektraku??
Gelap......Gelap...........GElaaaaaaappppppppppp!!!!!!!

Bayang-bayang itu dimana mana saja.Dikiri bayang,dikanan bayang.Atas..bawah..belakang....bayaaanngg!!!!
Atau lampu suluh ku kehabisan bateri??

Atau Gerhana ini Kekal??


GElaapppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!


Friday, March 7, 2008

Apeeee Kau Dapat?!

Undilah,Kita semua................... hihi

Aku bukanlah penganalisis politik yang pandai.Entry ni pun tak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik.Tetapi dari segi general sudah menampakkan kebengongan orang kita yang terlalu taksub,extreme bila mengikut orang.

Tak kisahlah siapa yang betul atau siapa yang penipu,tapi jangan kita sesama keluarga,bangsa,kaum,agama bertelingkah serupa perang salib.Kesudahannya ada jugak laki bini bercerai bahana benda ni. Yang menang berkempen itu bersenang lenang, bergelak ketawa di'kerusi' itu,yang porak peranda nanti.....KITA.Apeee kau dapat?!

Walau apa pun setakat patut sudahlah.TIba hari tu pangkah,balik dan tidurrr.

SELAMAT MENGUNDI........

Tuesday, February 26, 2008

Gulai Kawah Istimewa

Kalau bab makan direstoren mewah sudah menjadi tren dan kebiasaaan di dalam blog,kali ni aku nak kongsi dengan kalian tentang sebuah gerai makan yang sunggguh unik dan sempoi.Bertempat di Sungai Dua,Seberang Perai,Pulau Pinang,ada sebuah gerai yang menyediakan makanan ala-ala kenduri dikampung.Sajian istimewa gerai ini adalah gulai kawah daging.Memang terasa macam makan kenduri.Sungguh asli dan enak.

Awal-awal pagi lagi kami sudah berkumpul di Taman Budaya Tanjung untuk pakat ramai-ramai kesana dan
HASILNYA MEMANG TIDAK MENGHAMPAKAN.

Gulai kawah yang hampir tinggal separuh dikala jam baru pukul 12 tengah hari.

Dimasak ditempat kejadian

Sebahagian lauk pauk yang terhidang untuk dilapah.hehe

Taukenya (Abang Hamid) adalah salah seorang pelakon bangsawan yang dikenali di utara sungguh sibuk untuk melayan kami,mana taknya,dari bukak saja gerai tu tak menang tangan membungkus dan mengira hasil jualannya.Kami faham,itu tugasnya.Sekali sekala dia datang juga untuk bersembang pendek.Kami semua amat ringan mulut sekali untuk memuji makanan digerainya itu.

Abang Hamid sedang beraksi.

Antara lauk pauk yang lazat disitu.Tangan seorang omnivor yang cuba mencubit ikan talapiaku.
Dalam sekelip mata saja kesemua lauk pauk yang kami order tu licin,kalau tulang ikan tu pun boleh dimakan kami makan.
Sebelum kami semua beredar dari situ,kami semua sepakat untuk menjadikan acara makan di gerai Abang Hamid ni satu acara bulanan kami.Dan Abang Hamid juga berasa besar hati dengan kunjungan kami lalu memberi diskaun istimewa.Boleh datang selalulah macam ni hehehehe

Monday, February 18, 2008

Lupa Sengketa,Senam Seni

Dalam kesibukan ramai orang berpolitik,tak kiralah di parliment atau di persada seni ni, satu aktiviti yang sungguh menyihatkan dianjur oleh KeKKWa.Segala sengketa dan tegangan dapat dilupakan sementara pada pagi minggu yang lepas.

Disamping bersenam,orang ramai juga diberi kesedaran dan pengenalan terhadap beberapa bentuk tarian tradisional,bersenam sambil menari. Iitulah yang dimaksudkan Senam Seni.

Bapak Silat Pulau Pinang sedang teruja bersenam sambil menari.

Program-program seperti ini juga dapat memberi kesedaran pada golongan muda supaya jangan lupa langsung tarian kita dan aerobik itu tidak semestinya lagu Lets Get Loud semata mata.

Sambutan hari tu sungguh baik sekali,bermacam ragam berbagai peringkat umur datang menari.Yang berseluar demin,berikat kepada,berlengan besar,semua bergumbira hari tu.Usaha ini kalau diteruskan memang menghiburkan dan berguna sekali.Ratarata pengunjung Taman Belia Pulau Pinang sungguh terhibur dan minta untuk ia diadakan lagi.
Daya penarik: Yang sebenarnya ramai yang hadir dan tunggu hanya untuk cabutan bertuah hahahaha
Kepada anda anda yang suka aktiviti seperti ini,tunggulah ia sampai pula ketempat anda.dijamin terhibur.

Monday, February 11, 2008

Rangkuman Arahan Pertamaku

Berakhirlah sudah cumbuan dosa minggu lepas.Sungguh lama aku dan rakan-rakan berehat disamping cutiku yang agak panjang sempena Gong Xi Fa Cai.Maklumlah,aku sorang saja MElayu diKolej tu.Sempat juga aku melawat rakan seperjuangan aku diKedah nuuunnnn...AKRAB.Dua hari aku di Aloq Staq dan dilayan bagai Rajawan disana.Sempat juga kami berbincang secara tidak rasmi tentang perancangan projek Mega kami.Tidak kurang juga dengan gurauan yang tidak dapat aku lupa.

Berbalik kepada kupasan Cumbuan Dosa Semalam.Sebagai pengarah yang baru pertama kali berkarya,aku terlebih dahulu nak Trima Kaseh pada Pegawai Khalwat sebab percaya dengan kebolehan aku untuk mengolah skrip karyanya sendiri disamping membenarkan aku menambah atau mengurangkan perencah cerita tu.

Tidak berani aku mengomen sendiri samaada persembahan itu berjaya atau tidak,tapi setelah sesi soal jawab selepas show,rata-rata komen yang diberikan daripada penonton dan aktivis serta kawan-kawan teater amat menggalakkan.Sementara komen sahabatku Tegezot dan dari kumpulan Resdong's pulak amat posotif sekali.http://resdongs.blogspot.com

Tidak ada mana-mana seniman yang akan 100% puas dengan setiap karyanya,itu kelaziman.Tidak kira seni apa sekalipun.Tetapi aku sangat bersyukur dengan kebanyakkan pelakon-pelakonku telah menunjukkan peningkatan dalam lakonan mereka lebih-lebih lagi adik-adikku yang menuntut diUSM.Pengorbanan dan komitmen mereka amat membanggakan.Mereka amat beruntung kerana mereka dapat belajar dengan persatuan diluar USM (NGO),teori habis dikaut disana dan pengalaman dapat dikaut disini.

Aku cuma sedikit terkilan dengan sesetengah pelakon yang menggelarkan diri mereka otai.Apa lagi yang aku boleh perkatakan,peluang,kesabaran,pengorbanan dan kasih sayang(sebagai kawan),semua telah aku hidangkan.Ada yang berpolitik untuk diiktiraf sebagai otai sebab telah hanyut dengan pujian dan ada juga yang tidak mahu berlakon dengan pasangannya atas sebab peribadi.Sehinggakan aku terpaksa bertindak tidak profesional sepertinya pada malam full dress rehersal semata-mata untuk menolong masalah peribadinya kerana tidak suka berlakon dengan pasangannya.Nasib baik pasangannya profesional dan sanggup berkorban digantikan dengan pelakon gantian semata-mata untuk menolongnya,padahal pelakon ini telah menunjukkan peningkatan yang paling ketara dan komitmen yang tidak boleh dipertikai.

Pengorbanan aku itu dibalas dengan satu balingan taik kemukaku.Seorang pelakon yang baik akan boleh menjiwai apa saja watak yang diberi oleh pengarahnya,tanpa pengira aliran mana yang disukai sekali pun.Itu adalah kerja pelakon.Pada malam ketiga,malam yang penuh dengan penonton didalam auditorium disamping ramai aktivis-aktivis dari luar Pulau Pinang yang hadir,si otai ni dari awal lagi sudah merancang untuk 'buat gila' atas pentas.Satu watak slapstik yang biasa dibawanya sebelum ini.Dalam Cumbuan Dosa Semalam ni,aku memberi peluang kepada ramai pelakon termasuk 'dia' sendiri untuk membawa watak yang belum pernah dipegang mereka.Jadi si badut ni aku berikan watak serius.Pada malam ketiga betapa frustnya aku bila dia menslapstikkan wataknya.Satu kegagalan bagi pengarah jika penonton ketawa dikala adegan tegang.Itulah yang dibuat oleh badut itu.Jahanam!Jadi selepas ini biarlah dia berslapstik sampai tua.Kalau dah itu kepakarannya."biarlah burung hutan tinggal dihutan,burung sungai tinggal disungai",bak kata A.Samad Said.

Dalam penataan cahaya pula aku ingin mengucapkan syabas kepada tukang lampu kami,Jinggo yang boleh dikatakan berjaya menghasilkan cahaya yang aku inginkan.Pada percubaan yang pertama,kematangannya sudah boleh dilihat(dok mai dah).Si pengurus pentas dan pembantunya juga telah menjalankan tugas yang amat baik sekali.Semakin hari,makianku kepada kalian semakin berkurangan dan pada malam-malam persembahan walkie talkie itu langsung tidak bergema makianku hahaha syabas.

Dalam produksi yang serba ringkas ini,banyak benda yang dapat aku pelajari,bukan setakan dalam pengarahan teater malah tentang kesabaran,kepimpinan dan juga persahabatan serta setia kawan.Ia adalah satu pengalaman yang amat berguna sekali bagi seorang insan.

ps:kalau ada yang tersentuh,jangan melenting.Sebab tindakan mu sudah buat aku tersentuh lebih awal!!

Monday, January 28, 2008

Menghitung 'Cumbuan Dosa Semalam.'

Bertempat di Taman Budaya Tanjung,pada hujung minggu ini berlangsung sebuah lagi projek dari kumpulan Bakawalee.Kali ini tajuknya agak kontroversi sikit,nyaris-nyaris ia ditukar dan ditapis oleh KeKKWa Pulau Pinang.

Cumbuan Dosa Semalam mengisahkan tentang empat cerita yang berasingan yang masing-masing menceritakan tentang keruntuhan akhlak anak bangsa yang kita sedia sedar tetapi kita tidak punya kuasa dan keinginan untuk mengambil tahu.Ia sentiasa berlaku didepan mata kita tapi kita yang 'purak purak tak tahu' dan tak nampak.Jadi persembahan ini adalah untuk kita mengambil iktibar bersama. Disini aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan sedikit sinopsis dan persediaan pelakon dan juga krew untuk menjayakan persembahan kontroversi ini.

Setia
Enna seorang gadis yang sosial tapi setia pada cinta dan mengandung, anak orang yang dicintainya, Eddy. Eddy itu acuh tak acuh dalam perhubungan, tidak mahukan anak itu, mahupun perhubungan yang sah.

Satu adegan dalam Setia Papa dan Mama sedang berbincang untuk berkahwin walaupun Mama berbadan dua.

Kesal
Nurul merupakan seorang ibu yang kemurungan akibat kematian anak tunggalnya. Beliau kerap mengalami gangguan delusi kerana merindukan anaknya. Suaminya, Shahril terpaksa bersabar dengan kerenah Nurul. Satu hari, kesabaran masing-masing mencapai hadnya.
Nurul sedang mendodoi anak 'maya'nya.

Nafsu
Nadia adalah seorang lesbian yang tegar. Hubungannya bukan setakat pada peringkat emosi, tetapi menjurus kepada hubungan fizikal. Dan Nadia kini senantiasa ketagihkan hubungan itu. Pertemuan dengan Latifah menyebabkan dia terpaksa merasionalkan tindakannya.
Nadia sedang menggoda Latifah dalam sebuah bilik hotel.

Panas
Faridah seorang isteri yang setia. Terlalu setia. Walau kepada suaminya, Khairul yang panas baran. Nadia selalu menjadi mangsa keganasan rumah tangga, tetapi beliau tetap tidak mahu melaporkan keadaan suaminya kerana terlalu sayangkan rumahtangga mereka.
Adegan ganas Khairul sedang mendera isterinya Faridah.

Tulang belakang disebalik pementasan ini,tanpa mereka tiada show.

Buat kali pertama aku diberi tanggungjawab yang cukup besar dan mencabar oleh Tuan Besar untuk mengarah sebuah pementasan.Yang lebih mencabar aku adalah bilangan pelakon yang agak ramai(ramai daripada kebiasaan kami).Jangan bandingkan dengan PGL The Musical hehehhee.
Ape pun aku jamin tuan puan tidak akan menyesal dan akan meninggalkan kesan jika menontonya.

Friday, January 18, 2008

Aktiviti dalam Penjara.

Cuba bayangkan,sedang kita lepak disuatu gerai,tiba-tiba datang black maria dan mengangkut kita tanpa usul periksa terlebih dulu.Kita diangkut bersama 10 orang atau lebih penagih.
Berikut adalah sebuah kisah dari seorang kakitangan kerajaan yang bernama Sinta(bukan nama sebenar) yang malang. hahahaha macam dalam majalah Mastika pulak.haha

Ada sorang member aku ni,sedang kami berborak tentang topik penjara,dengan tiba-tiba dia dengan bongkaknya berkata"hampa pernah duduk lock-up?haaa aku pernah,ni baru gangster."mari aku ceritakan pada korang tentang pengalaman 'gangster' ni selama 2 hari satu malam didalam lock-up.

Suatu petang syawal,seperti biasa kebanyakkan kawasan ditanjung ni mesti ada pondok,korang tahulahkan pondok ape.Kalau tak menjudi,diorang stone kat dalam tu.Jadi malang tidak berbau pada kawan aku sorang ni.Baru saja dia labuhkan punggungnya dia atas kerusi gerai tu dan baru jarinya cuba menjentik buah carrom yang terhidang didepannya,datang sekumpulan polis yang telah lama menghendap kaki-kaki stone dikawasan tu.Rupa-rupanya ada juga 'barang' yang tersimpan dikawasan tu.Dan tanpa banyak bicara lagi,siapa saja yang ada disitu turut diangkutnya.Ramai juga yang sempat hilangkan diri,tapi malang bagi kawan aku ni sebab dia cuma berkain pelikat.Ada lagi yang lebih malang,kawan aku sorang lagi yang cuma berhenti sekejap beli burger untuk anaknya dan cuma mahu menonton perlawanan carrom juga terpaksa makan burger atas black maria.

Sampai saja dibalai polis besar ditanjung itu,sebelum mengambil keterangan,semua 'banduan sementara' ini harus masuk dulu didalam lokap untuk pemeriksaan dan jugak sebarang jaminan.Muka kawan aku yang 'gangster' ni mengecut menjadi sebesar buah limau,menurut kawan aku yang sipembeli burger tu.Ayat pertama yang kedengaran disapa oleh penghuni-penghuni cell itu sebaik mereka masuk didalam lokap 'aii J-Lo dah mai dah".Bayangkan,semakin kecil muka 'gangster' tu setelah banduan menegur punggungnya yang empuk semacam J-Lo.

Sahabat aku tu pun mula cari tempat yang selesa untuk duduk sementara dia dipanggil untuk pemeriksaan air kencing dan sebagainya sambil mengharapkan dia dibebaskan segera kerana dia tidak bersalah.Tetapi dia tidak boleh duduk di dalam cell itu sebab muka-muka yang memerhatinya memang menakutkan.Ada pula seorang penghuni disitu datang mendekatinya,dan berkata 'mat aku nampak muka hang dah pucat gila,relax.Memang hang ni jenih tak bersalah, hang nak takut apa?Hang duduk sini,aku jaga hang".Bertambah risau lagi si Sinta ni bila member-member yang lainnya dengan selamba meletak kepala dan terus terlena,ialah dah biasa masuk keluar lokap.


Tunggu punya tunggu kawan aku ni pun terlena mungkin kerana keletihan.Kawan baru si Sinta tu pula asyik mengajak dia berborak.Oleh sebab Sinta agak takut dengan mamat ni, dia pun terpaksa melayan.Satu ayat atau nasihat mamat tu yang paling Sinta tak dapat lupa hingga kini adalah.."lain kali hang jangan mai sini,sini lokap,tak best.Kalau dalam jail tu lagi best sebab ada aktiviti dan makan ayam.Sini makan ikan yang dah lama,tak sedap".Jadi kawan aku pun cuma melayan sebab ketakutan sambil menyumpah mamat ni dalam hati"celaka punya orang,aku nak balik,dia suruh pi masuk jail pulak".

Kemudian Sinta pun terlena.Keesokan harinya dia terjaga awal pagi,seawal pukul 4 pagi kerana tidak tahan kesejukan.Mana taknya,mereka cuma berseluar dalam.Kau tengok aku,aku tengok kau.hahahahaha
Alangkah leganya Sinta dan si pembeli burger apabila terpandang muka seorang sahabat iaitu seorang peguam yang datang pada pukul 9 lebih untuk menjamin kedua-dua kawan aku ini.'Farid,Farid tolong aku Farid,aku nak balik Farid.Aku nak pi kerja Farid" itulah rayuan si 'Gengster' dari dalam cell sebelum polis melepaskan mereka pulang.

Setelah beberapa hari berlalu,Sinta asyik berlagak dengan kitorang yang dia pernah merasa dua hari didalam lokap,kami agak muak dan meluat dengan kata-katanya walaupun agak terpegun pada mulanya sehinggalah datang si Farid the Lawyer menceritakan pada kami yang muka si Sinta ni sebesar buah limau yang berseluar dalam.Kami semua yang berada dia situ terus gelak hingga mengalir air mata.Selepas itu langsung hilang bongkak si Sinta dan sehingga kini J-Lo menjadi nama samarannya.

Moral cerita ini,jangan bongkak dan jangan lepak di 'black area" hahahahaha

Sunday, January 13, 2008

Sebuah Enigma.........

Baru baru ni,aku akhirnya dapat juga melangkah satu lagi anak tangga (baru anak tangga kedua) bagi mengejar cita-cita yang kian lama terpendam.Mungkin satu kebetulan atau rezeki,aku terjumpa dengan seorang penerbit di sebuah majlis.Katanya dia pernah lihat muka ku.Mungkin tuan pernah menonton salah satu pementasan saya kataku,Barangkali katanya.Disitu aku dengan tidak malu dan membuang masa bertanyakan sama ada aku berpeluang untuk menunjukkan apa yang aku ada.(Ujibakat)

Dengan tenang dia menyuruh aku datang terus ke lokasi pengambaran.Aku terus ditawar untuk memegang sebuah watak,agak kecil tapi bercharacter dan ini adalah ujibakatku,terus didepan kamera.Satu tawaran yang sungguh aku nantikan.Aku diberi watak seorang penipu yang dipukul oleh hero dalam cerita itu,seorang pelakon yang aku hormati sejak kebelakangan ini,Farid Kamil.

Salah satu adegan dalam drama bersiri ini.

Melihat aksi pelakon ini,aku sungguh terpegun,cukup lengkap pakejnya sebagai seorang pelakon.Setiap saat lakonannya diisi dengan baik,tidak kosong dan tidak bocor.Tapi yang paling aku hormat seseorang tu bila tidak sombong.Itu yang aku respek.Terasa aku sebesar kuman bila berlakon bersama mamat ni.

Cara produksi ini bekerja juga amat menarik minat aku,sungguh profesional.Dengan pengurusan masa yang baik,produksi ini dapat berjalan dengan amat lancar dan dapat menyiapkan 5 hingga 7 babak dalam satu hari.Seharian aku menghabiskan masa didalam sebuah pub yang disewakaan khas untuk pengambaran ini.Dengan kesemua gelas dan perut diisi dengan zapple.(menggantikan beer),masanya berlalu dengan begitu pantas.

Tapi apa pun aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada tuan penerbit (En Shukor) yang memberi kepercayaan kepada aku untuk terus beraksi didepan kamera.Harap ujibakatku ini berhasil.
Harap harap juga aku dapat merangkak ke satu lagi anak tangga,anak tangga ketiga.

ps: saksikanlah Siri Samarenda bertajuk Enigma pada Februari nanti.Aku jamin satu cerita yang menarik.
Aku belakon dalam siri ke 19 .(masuk kena belasah dan habis hahahahaha)

Friday, January 4, 2008

Arabian Night..

Sedang aku terkandas didalam bilik hotel menunggu anak-anak murid aku semua pulang dari merayau pada trip department aku ke KL tempuh hari,sempat juga aku merasa makan Arab ditengah kota metropolitan itu.Dari siang aku cuma dapat memerhati restoren itu dari jauh kerana menghambat masa untuk ke pameran dan akhirnya dapat juga menjamah makanan direstoren yang terletak di Jalan Putera ini (bersebelahan dengan Hotel Grand Center).

Salah satu menu yang ntah apa-apa,aku pun tak ingat,bedal saja.

Sampai aku direstoren itu,rupanya hanya aku sorang saja yang bakal dilayan oleh pekerja Arab disitu."Assalamualaikum my friend,you want try our special menu for today?"itulah sapa pelayan Arab bermisai lebat (mungkin itu saya ayat yang dia tahu)setelah aku melabuhkan buntutku dikerusi mahal itu.Melihat menu yang diberikan,memang aku tak tahu langsung tentang makanan mereka ni,aku pun mengangguk saja dengan soalan tadi.Keadaan menjadi huru-hara dalam restoren itu setelah aku menyebut "NA'AM".Mungkin sipelayan tadi sangkakan yang aku betul-betul fasih berbahasa Arab lalu dijerit dan memberitahu rakan-rakannya didalam.Cuak juga aku mulanya,ingatkan ada pengebom berani mati datang,rupanya disangkanya ada rakan baru yang boleh berborak.Ceh,buang karen betul.


Menu itu cuma dipanggang bila di'order' oleh pelanggan oleh chef yang didatangkan khas dari Iran.
Setelah aku menjamah makanan yang dihidangkan itu,ternyata ia sangat lazat,secukup rasa.Begini rupanya rasa makanan Iran.Sedap.Kalian semua patut mencuba.Sedang aku makan pula,tuan punya kedai atau tauke nya pula datang melayan aku dan menanyakan bagaimana dengan rasa makanannya.Setelah aku cakap sedap,terus sitauke itu duduk dan meluah perasaan sedih pulak pada aku.Katanya tempat yang disewa itu sebenarnya mati dan tidak sesuai,duit pulak banyak sudah dikeluarkan.Terfikir pulak dalam otak aku,betul jugak cakap Pak Arab ni,harga yang tertera dalam menu ni pun hanya sesuai jika dijual diKLCC atau di kawasan seperti Bangsar atau Sri HartaMas barulah sesuai,bukan ditempat yang dipenuhi dengan orang yang lalu lalang seperti di jalan yang berhampiran dengan Chow Kit ini.Harga satu hidangan adalah dalam lingkungan RM15-RM35,belum termasuk minuman.Tapi bagi aku ia berbaloi dengan kesedapannya,cuma ia dijual disalah tempat.

Kelihatan Restoren ini dari depan dan pelayan Turki bermisai tebal sedang berposing.
Setelah selesai meluah perasaannya padaku,ditawarnya minuman, "do you want some tea or tea tarik,my friend?' Dan menawarkan shi sha Arab (paip)kepadaku.Aku sangkakan dia menawarku kerana meluangkan masa untuknya,rupanya ditulis juga didalam bil.CiS!!sungguh c%l@k* segelas teh tarik yang "DITAWARKAN" kepada aku RM 3.50 harganya dan RM15 untuk She sha.
Sambil menyumpah,mencarut dan memaki seranah,aku pun berjalan pulang kehotel dengan kenyangnya.Tapi aku rasa tidak serik untuk makan disitu,memang sedap,lain kali kalau aku makan disitu lagi,aku dah tahu,jangan sesekali setuju dengan pelawaannya.Makan dan Blah! hehe

Thursday, December 27, 2007

Disebalik Dinding,Dikala Jingga.

Esok,bersamaan dengan hari Khamis-27/12/2007 sebuah kumpulan pelukis yang bergelar Dikala Jingga akan mengadakan pameran kerya karya seni mereka di Galeri Budaya,Rekacipta dan Inovasi,USM.Pameran ini bertemakan 'Behind The Wall' bermaksud kehidupan yang abadi dibelakang sesebuah tembok.

Terdiri daripada 5 anak muda yang mahu dikenali dunia dengan karya karya mereka yang unik,kreatif dan tidak kurang juga yang berkontroversi.Mereka mereka ini adalah saing saingku sewaktu diuniversiti dulu dan mereka mereka ini juga adalah sahabat dan idola aku.Terasa amat hampa sekali aku tidak berkesempatan untuk turut serta dalam pameran ini kerana tiada karya terbaru aku bahana aku dihambat oleh tugasan dan persembahan.Memandangkan pameran ini ditempat permainan aku....lebih hampa aku.

Atas memintaan mereka,Insya Allah aku akan menyumbangkan sebuah Monolog yang bertajuk Lazri Meon(Daerah Zeni) karya A. Samad Said untuk memeriahkan lagi majlis perasmian esok.(kalau aku dapat emergency leave,kalau tak aku cuma akan menjadi menonton).Harap-harap aku dapat menyumbang.
Perasmian pameran ini akan diadakan pada esok hari (Khamis,27/12/2007) jam tiga petang.Jemput semua hadir,percuma.

Antara karya-karya mereka mereka.....


Nurazmal Dato Yusoff


Zulkifli Zainal Abidin


Tidak ketinggalan juga sebuah siri arca bertajuk AYAM karya artis jemputan mereka.


Samsudin Lappo (TEbak)


Haris Hamsani


Nurhayati Dato Yusoff

Harap-harap segalanya dapat berjalan dengan lancar dan harap harap aku dapat menyumbang dan berkarya juga esok.Kepada yang berminat sila datang beramai ramai.

Wednesday, December 19, 2007

Tagged from Liverpool :)

Dalam kesibukkan aku training,melayan kerenah MQA dan jugak minggu assessment dan jugak markah.Aku di tagged oleh Fernendo Pjoe.Ikutkan hati aku tak ade masa nak tulis,tapi memandangkan team aku baru mengalahkan team dia,takpelah aku layan dia,nanti sedih lak hahahahaha

LAYAN.............

1) Name of a person who made you laugh last night?
Steven Gerrard hahahahahahahahahaha
(eh tu dua malam lepas hehehe)

2) What were you doing at 0800?
Baru bukak mata sebab tertidur letih gila balik kerja,pastu tuan pengarah (pegawai khalwat)
call aku dan maki sebab lambat datang praktis hehehe

3) What were you doing 30 minutes ago?
Dengar leteran boss dalam bilik meeting pasal staff dan pensyarah yang selalu datang lambat
(termasuk aku hahaha)

4) What happened to you in 2006?
The most memorable – Naib johan Festival Teater Kebangsaan bersama Resdong’s P.Pinang.

5) What was the last thing you said out loud?
GOOOOLLLLLLLL!!!!!!!!! Carlos Tevez scored a cheeky goal to beat LIVERFOOL hahahahaha

6) How many beverages did you have today?
4 – Milo(breakfast), Nescafe tarik (morning break),Coke (lunch in meeting room,pizza hut),just had ali café 3 in 1 in my room while typing this.

7) What colour is your hairbrush?
Pink hahahahahhahahahahaha I kan rambut panjang

8) What was the last thing you paid for?
Nescafe tarik (morning break)

9) Where were you last night?
In pegawai khalwat’s office,practice before we went to KARAOKE hihihi

10) What color is your front door?
Which door?house or office?house white,office red.

11) Where do you keep your change?
In the arm rest in the car.

12) What's the weather like today?
Heavy rain right now.

13) What's the best ice-cream flavour?
HMMMM choclate laahhhhhh!! hihhi

14) What excites you?
Carlos Tevezzz’s goal hahahahahaha

15) Do you want to cut your hair?
No Way!!

16) Are you over the age of 25?
Yes!!In another 2 month ill be leaving the 20’s huuhuhu
but still Rock Sampai Mati!!!!

17) Do you talk a lot?
Yes,if I know that person.

18) Do you watch the O.C?
ha?apa tu?

19) Do you know anyone named Steven?
Steven Gerrard!hahahahahahahahahaha loser!!

20) Do you make up your own words?
Yup J

21) Are you a jealous person?
Yup J

22) Name a friend whose name starts with the letter 'A'
Acan hahahahahahaha icon kampong dodol!!

23) Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Kandaq Ayaq hhahahaha bapak teater pulau pinang!!

24) Who's the first person on your received call list?
S#Y@ng huhuhuhuhu

25) What does the last text message you received say?
Please reload your phone L

26) Do you chew on your straw?
eeeewwwwwww no!

27) Do you have curly hair?
No.Soft and bouncy hair hahahahaha

28) Where's the next place you're going to?
Aloq Star for a friend’s wedding.

29) Who's the rudest person in your life?
My stage manager bujang manis hahahaha

30) What was the last thing you ate?
Mom’s rendang.esok raya haji

31) Will you get married in the future?
entah ,wa rock beb hahahahaha

32) What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
I am Legend.sempoi!!

33) Is there anyone you like right now?
Yes.Awek kerja kat kedai tom yam ujung kampung tu hehehe

34) When was the last time you did the dishes?
Last night(tapi pinggan aku jelah heheh)

35) Are you currently depressed?
Yes. Training,i hate that thing.

36) Did you cry today?
Almost!!!

37) Why did you answer and post this?
Because a Liverpool fan tagged me hahahahahahaha

38) Tag 5 people who would do this survey.
1) Akirasuri2) Wira Nordin3) Ceera4) Bunga Rampai5) Mineral

Wednesday, December 12, 2007

Batik Di AngkasaRaya

Baru-baru ni aku dipaksa oleh boss aku untuk menghadiri satu konvensyen dan juga seminar yang pada mulanya aku cuba untuk mengelat dan bila aku melangkah ke KLCC (Kuala Lumpur Convansion Centre) mata aku terbuka dengan terangnya kerana konvensyen serta pamerannya sungguh menarik sehinggakan aku lupa diri dan tidak peduli dengan anak-anak murid aku yang merayau-rayau disuria KLCC.(ah korang nak merayau pergilah,aku nak tengok batik hehe)

Mungkin sebab promosinya agak kurang dan tidak meluas sehinggakan tidak ramai yang hadir.Atau juga harga bayaran masuknya agak tinggi (RM 300, tapi aku dan student aku dapat RM 55 je :D) sehingga tidak ramai yang berminat untuk menjenguk.Apa pun Konvensyen ini sangat berfaedah dan berguna lebih-lebih lagi untuk para pelajar seni dan fesyen.

'Kuala Lumpur International Batik (KLIB)' ini banyak merungkai tentang asal usul batik serta dari mana datangnya teknik-teknik dalam penghasilan batik modern seperti dari Jepun,China,India,Eropah. Seminar ini juga banyak mengajar tentang teknik teknik baru dalam penghasilan batik dan juga kaedah baru membuat kesan warna yang lebih menarik selain memelihara keaslian batik Malaysia.Ramai ahli-ahli panel kebanyakkannya pensyarah dari universiti seni di eropah juga datang untuk memberi pandangan.

Yang menarik sekali apabila aku melangkah ke dewan pameran...........................


Batik asli Terengganu antara yang dipamerkan disitu.


Antara batik-batik kontemporari yang dihasilkan oleh artis luar.



Kebanggaan: Batik pertama yang dipakai diangkasa? uuuuuiiiiiiiii!! yeke?


Antara koleksi-koleksi rekaan fesyen dari pereka tempatan yang turut dipamer.



Terdapat juga demonstrasi pembikinan batik yang menarik ramai pelancong.Diatas antara alat-alat untuk menghasilkan batik.


Pameran finalist-finalist dan juga pemenang Pertandingan Piala Sri Hendon


Tidak ketinggalan juga Fashion Show Batik untuk mengenengahkan bakat pereka Malaysia



Juga pameran eksesori-eksesori yang diperbuat daripada Batik yang menarik perhatian pengunjung.
Rata-rata aku rasa pameran ini memang berguna tapi kalau ia diadakan untuk umum lebih bermakna bukan untuk tatapan artis dan para aktivis sahaja,kesedaran untuk umum juga perlu bagi membuka minda bahawa warisan ini harus dipelihara.

Thursday, December 6, 2007

Bermula Episod Baru...........

Tidak sempat penat dibadan hilang dan lebam bengkak dikaki surut bahana adegan stunt dalam Devian Dogma di Kuala Lumpur,kini bermula satu lagi episod baru.Kini giliran bangsawan 'Tengku Putri Salasiah' anjuran KEKKWA,Pesta Pulau Pinang dan Budaya Sari P Pinang pula dipentaskan di Taman Budaya Tanjung.

Berkisarkan sebuah cerita tentang kemelut yang melanda sebuah negeri akibat ketamakan dan ketidak adilan kuasa serta tidak amanah para pentadbir sebuah istana,Tengku Puteri Salasiah juga mempunyai keistimewaannya sendiri dengan isi tersirat atau metafora yang mahu disampaikan oleh penulis dan pengarah begitu jelas sekali dapat dibaca oleh penonton kelak.


Tuan pengarah serta penulis skrip Dato Prof Ghouse Nasruddin juga akan beraksi pada persembahan ini dengan rebabnya.

Seperti biasa bangsawan memerlukan ramai kepakaran dalam pelbagai segi seperti jabatan tarian,lakonan,persilatan,teknikal,set juga ahli muzik dan setiap jabatan akan bertungkus lumus untuk memperkemaskan bahagian masing-masing menjelang hari persembahan.Disini aku ingin berkongsi dengan kalian kesibukan dibelakang pentas oleh semua pakar-pakar yang ada.


Para krew pentas dengan tekunnya melukis motif-motif pada papan lapis yang akan dijadikan hiasan dalam istana (set).

Tokey Pangggong juga tidak ketinggalan menyibukkan diri dengan wayar-wayar untuk lampu -lampu pentas nanti.

Kostum yang sudah sedia digantung untuk dipilih dan dipakai oleh para pelakon dan penari.


Pengurus pentas dan penolongnya sibuk berbincang dan 'buat pandai' bagi melancarkan lagi perjalanan cerita.


Dibelakang pentas jabatan silat pula tidak ketinggalan berkuntau bagi memperkemaskan lagi langkah.


Inang-inang dan penari tekun mendengar arahan.


Tarian juga digilap pada saat-saat akhir bagi melentikkan lagi pergerakan.


Kini giliran pelakon pula memperkemaskan lakonan dan emosi masing-masing.

Pada hujung minggu ini akan berkumandanglah lagu lagu serta dialog melayu klassik di Taman Budaya Tanjung serta terjahan terjahan keris diatas pentas.Dengan segala persiapan sudah hampir lengkap,harap-harap segala-galanya dapat berjalan dengan lancar.

Friday, November 30, 2007

Keraian Pemenggal Kepala

Ayat 'BANGSA KITA MEMANG KAYA DENGAN SENI BUDAYA' memang sudah tak perlu diungkapkan lagi,satu dunia sudah tahu.Bagi masyarakat Kadazan Dusun pula tarian adalah merupakan satu lambang kemegahan mereka dan tarian ini adalah tarian untuk menyambut pahlawan-pahlawan kebanggaan mereka pulang setelah berjaya melawan musuh disamping membawa kepala musuh yang dipenggal bagi tujuan ritual(mengelak daripada roh-roh jahat mengganggu dan juga bencana kepada pahlawan). Tarian yang meniru pergerakan burung ini dikenali sebagai tarian Sumazau.

Selain daripada kegagahan pahlawannya,daerah ini juga terkenal sebagai kawasan subur untuk penanaman padi sawah dengan kecekapan pemburunya dan kawasan yang kaya dengan ikan air tawar.

Tarian Sumazau adalah tarian yang popular sekali dalam kalangan suku kaum tersebut dan ia juga wujud melalui kepercayaan spiritual iaitu pemujaan terhadap Bambazon(semangat padi) bagi masyarakat Kadazan Dusun di daerah Penampang.Tarian ini juga beerti menari dengan penuh keriangan dan kejayaan bagi masyarakat Dusun,sumazau bukan sahaja lambang jati diri bangsa,tetapi terus memainkan peranan sebagai satu cara mengucapkan syukur dan terima kaseh kepada 'semangat' yang telah memberi kemudahan dan kesenagan kepada mereka.

Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian ini terdiri daripada 6 biji gong yang berlainan saiz dan sebiji gendang.Alat-alat yang digunakan dapat membuatkan penonton lebih terpaku menyaksikan pergerakan burung ini.'Pangkis' atau pekikan dalam bahasa Melayu adalah suara kemenangan dan kejayaan mesyarakat Dusun yang juga merupakan isyarat kepada perubahan setaip gerak dalam tarian tersebut.

Tapi sekarang tarian ini hanya ditarikan untuk menyambut tetamu,majlis-majlis keramaian,perkahwinan dan juga pesta keamanan(Pesta Menuai).Amat jarang sekali ia berkait dengan dunia mistik dan ritual.
Harap kibasan sayap burung ini akan terus berkibar selagi bangsa kita wujud didunia.