Monday, August 18, 2008

Biawak Dikepung,Ikan Terapung (sambungan)

Ketika sahabat kami masih berada dibawah kaki pasangan biawak yg sedang bercumbu itu,hantu laut otai terus melangkah ke persisiran dengan pelbagai niat,satu,mahu menyelamatkan sahabat,dua,ingin memberi ajaran kepada pasangan itu dan dia terus menuju kesana maka yang lain pun melangkah perlahan menurut dari belakang.

Setelah ternampak samar samar seekor makhluk besar gagah sedang berjalan dari dalam laut,si gadis itu terperanjat dan terdengar suaranya “abang,apa tu?!” lalu kedua biawak itu bingkas bangun dan berundur terperanjat.Dengan tidak semena mena si otai bersuara “Ustat Kulup mana.Ustat,keluar ustat.” Mahu tak mahu kesemua kami terpaksa berlakon sebagai pegawai khalwat lalu ustat Kulup pun menyahut “Ya,ada sini ustat otai.” dan muncul dari celah celah batu.Muncul pula 6 lagi pegawai dari dalam air dengan muka yang tidak mesra.”Buat apa disini?’sapa kami pula,kemudian dengan yakinnya sahabat kami yang dari bawah batu itu dengan hanya berseluar dalam bangun dan terus berlakon.”Ya ustat,macam mana?,saksi semua dah cukup ni”maka hilang darah dimuka pasangan itu.Tidak terjawab soalan bertalu-talu kami.Cuma pasti mereka terfikir,dasyat betul pegawai khalwat disini,muncul dari dalam air dan celah celah batu dalam gelap ditengah-tengah malam.Sungguh komited dengan kerja.

Lakonan dan penghayatan watak kami semakin menjadi-jadi dan ketahap yang paling tinggi,masing masing melontarkan dialog dengan seriusnya.Ada kala juga aku terdengar dialog yang dipetik dari skrip-skrip yang pernah kami lakonkan(aku Cuma tertawa didalam hati,muka maintain serius),sungguh meyakinkan lakonan semua,kalau dipentaskan memang memberi kesan pada penonton.Pasangan itu mula merayu-rayu dan air mata mula bertakung dikelopak.”Tolonglah ustat,encik,abang,kami cuma berehat sekejap saja disini,kami tak buat apa apa pun”rayu si lelaki itu.”Amboi,berehat konon,kami nampak semua tadi,dari hampa sampai,duduk,bukak tudung,posing dengan kamera,dan bersuka ria,semuanya kami nampak”.maka mereka terdiam membisu.Ustat Kulup pula tidak berhenti-henti menelifon ustazah (lakonan semata-mata) “ya,bila nak sampai ustazah,dah lama dah kami tahan pasangan ni,bawak van mai cepat.Apa?ada 4 lagi pasangan?Hmm cepat sikit.”.Maka meraung lagi si gadis itu.”Tolonglah ustat,lepaskan kami,kami janji tak buat dah” tetapi semua masih tetap dengan watak masing masing.

Entah bagaimana salah seorang dari kami menyoal bertali arus tentang rukun rukun dan ayat ayat yang patut semua orang islam tahu.Tergagap-gagap si lelaki itu menjawab,tertungging terbalik ayat ayat serta rukun rukun dijawabnya sehinggakan dua kalimah syahadah pun lain yang dijawabnya,selawat mailudurrasul pula yang terkeluar.Datang pula ustat otai untuk membetulkan lelaki itu,lakonan otai itu sungguh dasyat,sungguh meyakinkan,sungguh sedap dia mengucap,dengan idgham dan dengung yang cukup lengkap,kami seperti mendengar seorang arab badawi mengucap.Kemudian ditarbiahnya pula si lelaki itu tentang hukum hakam dan tanggungjawab sebagai lelaki,suami dan umat islam.Dia cuma tunduk membisu.Kemudian giliran si gadis pula dimadrasahkan sehingga megalir air mata insaf.

Dan setelah lebih sejam barlakon,kami mula penat dan ketandusan idea untuk bermain,kami cuma memberi amaran keras kepada pasangan dari pantai timur itu supaya tidak lagi megulangi perbuatan itu,dan kalau boleh percepatkanlah niat untuk bernikah sebab kedua duanya sudah kemaruk tidak kira tempat dan waktu.Yang paling tidak boleh kami lupakan bila si pasangan itu disuruh pula untuk berdialog “abang,lain kali tak nak buat macam ni dah ye,jangan bawak saya datang ketempat begini lagi ye?janji tau.’dialog untuk si gadis.”baiklah,abang janji,lain kali abang tak buat lagi”untuk si lelaki pula.Sungguh kejam.Dan dengan muka serius,kami melepaskan mereka dengan amaran juga harapan tidak lagi mereka ulangi dan dengan pantas mereka menuju ke motosikal lalu memecut lari.Barulah kesemua ustat ini kembali ke watak asal dan ketawa bagai gila.Salah satu sebab yang membuatkan kami ketawa besar adalah kemeja T yang dipakai masing masing kesemuanya bercetakkan persembahan teater dan seorang ustat hanya berseluar dalam.Mungkin sebab terlalu takut dan bersalah,pasangan itu tidak perasankan baju-baju itu.Sungguh gagal pereka kostum untuk persembahan ini.

Jadi malam itu kami cuma menghabiskan masa dengan bergelak ketawa menceritakan kembali kejadian melucukan itu kepada rakan rakan serta isteri masing masing yang cuma memerhati dari jauh dan yang tidak dapat turut serta.Tak cukup disitu,kesemua kami memenuhkan sebuah kedai mamak dan ketawa sampai ke pagi.Untuk menyelamatkan seorang sahabat,itulah aktiviti serta lakonan improvisasi yang tidak mungkin dapat kami lupakan seumur hidup.Jahat sungguh kami malam ini,jadi pembuli yang kejam hahaha.

Inilah yang dinamakan 'Happening Theatre',iaitu lakonan yang tidak dirancang,berlakon mengikut keadaan yang berlaku dan dihadapan orang yang menonton.Dalam kes ini tidak ada penonton,cuma ada mangsa kejam macam dalam wakenabeb.hehe.Kalau berkesempatan akan aku tulis lebih mendalam tentang Happening Theatre di dalam blog Bakawalee-TETAMU nanti.

44 comments:

puteri cahaya said...

kahkahkahkahkahkahkahkah.. pecah abis, putus tali urat perut nih... kahkahkahkahkah.. can not tahan nih...

ish2, x abik lerh...insaf2..gelak bkn pasai apa, dok terbayang watak2 nih dok berlakon...

artsoul said...

hoiiii....!!!!anak hantu,bapak hantu jadi ustat!..mmg kaki buli la u all ni...hahahahaha

butaseni said...

puteri cahaya.........
rugi hang tak ikut,kalau tidak boleh blakon jadi ustazah tu.hahaha

artsoul..............
elleh,cuba kalau dia ikut,mesti jadi mak hantu jugak haha

Mak Su said...

baru dorang tahu ek... hantu ustat ada di mana-mana, sentiasa bersedia...caiyuk! caiyuk!

axim said...

lawak betuii laaa...kot yer pun nak wat wayang cari la temoat selesa sket kan...get a room ker apa ker...hisshhh mender mender macam ni perkara yang anat biasa dah skang...takdak rasa malu apa dah...

nasib baik ada 'ustat' ustat yang pandai memainkan watak tika dan saat kejadian ini berlaku..

*masih ketawa terkekek kekek sambil taip komen nih..ngeeeeeeee...

Pegawai Khalwat said...

Aahhh...

Aku nak buat pengakuan bersumpah bahawa aku tak terlibat langsung di dalam ini cerita.

Aku ada kat kampung dengan anak bini.

Psss.... ustat tu semua dulu berlatih dengan Paskal, pasai tu terer keluar ikut laut.

crunchyahcock said...

niat tu baguih sebab nak tulong kawan ngan pasangan tu dari lebih hanyut... tapi maktab mana la ustat spender tu belajaq???

wargh..kah..kah..kah

Ku Keng said...

Untung ada saksi; tak perlu bersumpah dalam masjid, membimbit Quran.

butaseni said...

mak su.........
ya,kalau buat lagi memang tak sedar diri punya orang hehehe

axim..........
ntah,depa ingat dah abih line clear lah tu,padahal depa buat free show depa tak tau.

peg khalwat....
hahahaha aku tumpang pakai nama hang ja.haha

ahcock..........
ustat tu darurat.hahaha

tuan keng............
hahahaha yang ni takpayah sebab depa dan kami dengan rela hati hahaha

Anonymous said...

Helloo...testing...testingg....

QasiehFirdaus said...

ye ke dia pakai sependa je? tak paham laaaaaaa wak...

Khutub Kannah said...

buahahahahah...adehh...oksigennn...oksigenn...

butaseni said...

anony...........
ha test puas puas

qasieh...............
tak paham?ustat tu memukat pakai spender je.hehe

khutub khannah..........
hahaha aik,hidup lagi hang?

c . h . e . n . t . a said...

hah hah.. penat gelak. mcmana blh timbul idea nk buat acting mcm tu. tp mmg hebat lah. kalo ada yg shoot by video, mesti kelako kalo tgk balik. kih kih.

~pandai biawak 2 eko tu naik motor. keh keh.

artisticklytouch said...

Alhamdulillah, aku dijauhkan dari segala tipu daya ini..

khutub khanah jenguk blog setahun sekali ka?

wanie_agk said...

aku nak ketawa je. tak nak komen. haha!

butaseni said...

chenta............
ya,rugi jugak.tapi nak buaty macam mana,takkan nak bawak videocam dalam air kot.

art...........
ya art,aku tau hang adalah umat yang dilindungi.tuhan sayang hang.

wanie............
hahahaha takpe,gelak je.

kuInaJentayutiara said...

leh bayangkn muka pasangan tu...

huhuhu!

13may said...

kah kah kah....

Bunga Rampai said...

Oh, cik abang dah sambung citer rupanya ... cik kak menguap pun jadi tak ngantuk sebab duk gelak sakan ... :D

Pelakon-pelakon hebat belaka!

Salam :)

akirasuri said...

Ha ha ha!
Hebat sungguh lakonan korang! :))
Memang boleh menang award ni! Alhamdulillah.. :)

butaseni said...

kujetayutiara.............
hehe ya,cuak gile.tambah tambah lagi bila ustat kulup gertak nak talipon mak bapak diorang.hilang darah,pucat.

13May...........
kah kah kah

bunga rampai.............
hahaha tapi t shirt kantoi.

akirasuri.........
hahahaha sapa nak bagi award tu?oscar atau jaip?hahaha

tegezoot said...

Ustat Otai ada info aku nak buat ops lagi kat situ dalam masa terdekat, ustat kulup dgn ustat spender dah maklum ke? macam dgn cik wan? nak bertugas ke?

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

ekekekeekek..
kita ni mmg pelakon dlm pentas dooniaaaaa


wahahahah-

Danisha said...

pecah perut ketawa nih.....

Rozie said...

salam..khabare kawan lama? lama sungguh x menyinggah ke sini..

butaseni said...

tegezoot............
hahaha ustat spender hahaha.depa ada bagi tau,tapi belum kompem.
ya,saya bertugas hahaha

hana.........
hmmmmm betul tu.

danisha............
hahahaha

rozie..............
a'ahg kemana menghilang?

goboklama said...

citer 18sx nih,ish,ish,ish... Prnah trserempak situasi yg sama di mana si pesalah tanpa disuruh telah merayu-rayu meminta jgn diceritakn perihal mrk berdua kpd ibu-bapa mrk. I was speechless then sbb lain yg ditanya lain yg dpt,merah padam rasanya mukaku masa tu,merah malu + geram!! grrrr!!!

Nurbaya Hassan said...

anda semua sungguh kejam!!!

butaseni said...

goboklama.............
pasangan tu memang kena soal dengan pegawai khalwat ke atau dengan posers macam kami?hehehe
memang bila mengelabah habis semua lupa,time nak buat tu terang hati pulak.

nurbaya...............
hehehe terpaksa!

Sastri said...

:D

isk isk... kira kes ngeri pengalaman buli nih... :p

muadzlife said...

wah sonoknya..happening theatre yer..
bagus gak..walau hanya lakonan harap2 pasangan tu sedra kesilapan mereka..

orang kampung said...

yang ni bukan lagi realism dh...yang ni truelism nyer aliran dh ni hahahahahahaha...mangkok ayun betoi ang pa....kalau aku tang tu pun gabra gila.

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Menarik apabila menjadi novel. Nakal tetapi ada pengajaran.

PrincessAnnA said...

pakai seluar dalam?! ahahahahahahah!!!!!!!!!!!!!!!

so very da kesian tat couple!!!!!!
even had 2 say dialog! hAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHAHHAAHH!!!!!!!!!!

butaseni said...

sastri.............
ish iish ngeri ngeri hahaha

muadzlife.........
hehe memang happening.

orang kampung...........
oit hang lani kena tukaq nama,hang dah duduk bandaq,bukan kampung lagi dah.
hmmmmmm kalau hg ikut kami malam tu pun mesti hg lupa diri punya blakon.

zalisa...............
ni tgh cuba buat novellah ni hehe

ann..............
yeah,u should listen to those two,u will laugh like hell.

kamaruladlibachek said...

aku nak kenal dgn biawak perempuan tu bole? hakhak.

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha!

Patut korang rakamkan semua aksi itu.

butaseni said...

kamaruladli..............
haaa?ada hati lagi tu?hahahaha
kitorang tak ambik no fon pun,kitorang tarbiah,bukan bermadah hahaa

jowopinterr.............
hahaa nasib tak baik,semua masuk laut tak bawak hp.

iLa @ LaLa said...

hahahhahahah... fist time masuk sini, dh dpt baca cita paling lawak!!
baguih nooo.. buat la slalu!! harap2 leh kurang la maksiat kat batu feringhi tu!! hahahhaha!!

John Melawi. said...

haha.

mesti diorang terus macam nak terkencing kan masa tu.

haha.

butaseni said...

ila@lala..............
hehe kat batu feronggi tu memang antara pusat dia.sekali sekala bolehlah asah skill belakon,buat kerap kerap kang kami pulak masuk dalam sebab menyamar hehe

john melawi..........
muka pucat,macam segala cecair dan pepejal didalam badan nak keluar hahahaha

pandagumuk said...

serius lawak gle part ustaz pakai seluar dalam tu wea.tak agak2 :))

butaseni said...

panda..........
dai memang macam tu.hahahah