Wednesday, May 30, 2007

Gangguan Emosi Dalam Bangsawan?

Baru-baru ini sedang aku berehat di atas katil sambil membaca surat khabar,aku terpandang satu artikel atau komen tentang pementasan Bangsawan berjudul ‘Menjunjung Duli’ karya Abdul Rahman B yang di jayakan oleh Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur dan penuntut-penuntut ASWARA.(Akademi Seni,Budaya dan Warisan Kebangsaan). Tajuk artikelnya adalah Bangsawan Bangkit Semula. Aku amat tertarik dengan tajuk si pengarang ini. Tetapi yang lebih menarik perhatian aku adalah satu ayat yang mengatakan ‘lagu dangdud dalam persembahan ini tidak releven'.

Bangsawan adalah satu media hiburan yang lengkap untuk menghiburkan penontonnya. Ia bukan sahaja menghidangkan sebuah lakonan yang sangat dramatis malah ia juga diselitkan dengan nyanyian,tarian,kugiran(alat musik traditional) dan juga lawak jenaka. Jadi Bangsawan adalah salah satu khazanah yang kita patut angkat dan martabatkan. Kini banyak persembahan dapat kita tonton di merata negeri bahkan pihak kerajaan juga berusaha untuk menghidupkan kembali khazanah ini dengan mengadakan Festival Bangsawan di peringkat negeri dan kebangsaan.Ini adalah satu langkah yang amat bagus sekali untuk memeliharanya.

Bangsawan adalah satu persembahan yang amat unik sekali dan ada keistimewaan tersendiri. Sesuatu persembahan bangsawan itu tidak akan lengkap jika tidak disertakan set atau pentasnya yang penuh warna dan penuh kemewahan lebih-lebih lagi semasa babak di dalam istana atau balai rong seri.Tidak hairanlah set-set ini sangat berat dan amat sukar sekali untuk diubah pada setiap kali pertukaran babak dimana ia mengambil sedikit masa untuk melaksanakannya.Jadi sebab itulah diadakan persembahan selingan atau lebih tepat lagi ‘extra turn.’
Para penonton biasanya akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian,tarian dan juga lawak jenaka bagi memberi laluan kepada para krew mengubah set bagi babak seterusnya.

Kepada sesiapa yang tahu tentang gambar ini,diam-diam sajalah

Tahukah anda, pada zaman kegemilangan bangsawan dulu,tidak semua penonton yang hadir datang untuk menonton lakonan semata-mata, ramai juga yang datang hanya untuk menyaksikan extra turn sebab ia menghiburkan penonton dengan lagu-lagu dan tarian-tarian yang popular pada masa itu seperti mambo, rumba, cha cha, limbo dan sebagainya di selangi dengan joget dan ronggeng. Di situlah mereka dapat melihat dan belajar segala tarian-tarian dan lagu-lagu baru dari barat serta menari bersama. Para penonton juga boleh meminta lagu kegemaran mereka dengan menulis di atas kertas dan disertakan dengan wang upahnya dan mereka juga boleh memilih siapa saja untuk menyanyikan lagu itu(para pelakon).Jika lagu itu dinyanyikan dengan baik dan memuaskan hati mereka maka duit akan dicampak ke atas pentas dan akan dibahagikan kepada ahli produksi.

Berbalik kepada artikel dangdud tadi,bagi aku ia tidak langsung mencacatkan persembahan itu sama sekali kerana di dalam bangsawan ia juga kedang-kala boleh dipelbagaikan mengikut kehendak penontonnya.Bukanlah maksudku menggalakkan lagu-lagu Snoop Doggy Dog ataupun My Chemical Romance dalam bangsawan. Aku masih waras, tapi maksud ku asalkan ia masih lagi berkait dengan budaya kita, tiada salahnya. Syabas Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur dan penuntut-penuntut ASWARA.

Pernah juga aku terbaca artikel atau komen persembahan bangsawan dalam sebuah surat khabar tabloid yang berbunyi (lebih kurang), ‘Persembahan malam tadi boleh dikategorikan sebagai sempurna jika tidak kerana persembahan nyanyian pada setiap pertukaran babak yang mengganggu konsentrasi penonton,’. Ini menunjukkan yang wartawan ini tidak tahu-menahu tentang asal-usul dan persembahan bangsawan apatah lagi tentang extra turn.

Untuk memelihara keunikan bangsawan dan extra turn ini, aku rasa elok juga diselitkan tarian-tarian traditional yang telah lama tidak didengari dan disaksikan dimana aku rasa ia hampir pupus dan sepatutnya ia diperkenalkan semula kepada golongan muda seperti Mek Mulung, Barongan, Cik Siti Wau Bulan dan sebagainya supaya ia akan kekal dan tidak lenyap ditelan zaman, bukan hanya memainkan lagu-lagu yang selalu didengar seperti Patah Hati, Tudung Periuk dan sebagainya. Tidak salah juga sekali sekala diselitkan irama-irama lain seperti dangdud serta tarian-tarian yang dapat menarik ramai penonton baru.

Sunday, May 27, 2007

Ratu Sumazau Yang Sasau

Sang Ratu hidup dalam keadaan yang sangat derita bahana sikap kekasihnya yang alpa berfoya-foya, kaki perumpuan, kaki mabuk, penipu, pengikis harta dan curang. Menghayati segala yang asing dan menolak segala yang hakiki.Atas dasar cinta dan sayang, si ratu menguatkan diri untuk mengharungi hidup itu dengan tabah.
Oleh kerana sikekasihnya tahu yang si puteri itu akan terus setia dan pasrah, semakin menjadi-jadi kebinatangannya.
Dengan tidak pernah diduga si ratu, datang seorang pemuda untuk menawarkan cahaya dengan penuh keikhlasan dan sanggup segala sanggup kepada si ratu. Si ratu akhirnya akur dengan rahmat yang hinggap di dirinya.
Kebahagian yang telah lama lenyap dalam hidupnya kini kembali tersimbah. Bagai tidak percaya si ratu yang hidupnya kini bagaikan di surga dengan ketulusan sipemuda semakin hari semakin utuh yang tak mungkin akan luntur. Sungguh bertuah rasa si ratu. Semakin hari wajah sikekasih semakin kabur di ingatan si ratu.
Sudah menjadi sifat sicicit Adam bila ratunya bahagia dengan sipemuda baru, dia ingin merampasnya semula. Berbagai-bagai helah muslihat untuk menggenggam kembali si ratu, lama kelamaan pukau kata sikekasih telah menjilat otak si ratu. Barangkali racun dan pukau itu sudah lama melekat ditubuh si ratu,lalu dia pun tewas.
Maka dia pun kembali kejalan yang penuh gelap derita dan meninggalkan cahaya yang menerangi hidupnya. Inilah jalan yang akan ditempuh si ratu ke akhir riwayat. Sikekasih tersenyum puas dan tidak mungkin akan berubah. Nafsu foya akan terus mengawalnya untuk terus curang. Si ratu merana tak terkata. Walaupun sedar dengan kebodohannya, si ratu seperti terpaku dan tidak dapat keluar dari jalan derita itu.
Sipemuda tidak dapat menangkis racun yang sudah sebati ditubuh si ratu itu lalu akan menyuluh ke tempat lain.

Kepada kengkawan yang asyik bertanya maksud lukisan aku ni……….
Kepada Tegezoot,Harap entry ini menjawab soalanmu.

Thursday, May 24, 2007

Berbogel Di Gym?


Gymnasium adalah satu ayat global yang tidak perlu lagi diperjelaskan.Semua bangsa di dunia tahu dan menggunakan perkataan ini.Biar yang dewasa mahupun budak-budak.Sebut saja gym, semua akan terbayang satu kegiatan yang sihat iaitu bersenam. Disamping bersenam,gym juga adalah tempat untuk kebanyakkan manusia mencantikkan dan membentuk badan mereka seperti yang diinginkan.Ada yang mahu kurus dan ada juga yang inginkan tubuh sasa.

Tahukah anda asal usul perkataan Gym?Bogel!Itulah maksudnya dalam bahasa Greek purba yang berbunyi Gymos.Gymnasium pula berasal dari perkataan Gymnazein yang bermaksud tempat untuk berbogel (Place to be Naked) Ya, memang pada zaman itu,semua orang bersenam sambil berbogel dalam satu tempat yang sama tidak kira lelaki atau perumpuan.Kemudian barulah tempat ini menjadi pusat latihan tempur, bersukan dan juga gusti untuk kanak-kanak.

Hinggalah pada tahun 1598 maksud Gymnasium ini ditukar daripada ‘Place to be Naked kepada Place to Exercise bermaksud tempat untuk bersenam.

Sementara perkataan Gymnastic pula adalah kesinambungan dari perkataan Gym yang asalnya berbunyi Gymnastikos yang bermaksud seseorang yang berkemahiran dalam seni senaman badan yang tidak semestinya bogel.(someone skilled in art of body exercise which no longer necessarily naked). Ia pula ditukar kepada perkataan Gymnast pada tahun 1595.

Jadi lepas ni kalau orang tanya aku ‘wei petang ni hang buat apa?’, aku akan menjawab”nak pergi bogel”,boleh? hehehe

Wednesday, May 23, 2007

PURBAWARA KONTEMPORARY

SiKongkang Yang Malang

Pada zaman dahulu yang lalu, di dalam sebuah hutan yang jauh jauh teramat………….

Seekor Kongkang merayau berseorangan mencari teman dan kehidupan baru sesudah habitatnya di serang, diroboh dan dimusnahkan.. Ada kawan-kawnnya ditembak mati dan disangkar untuk dijual ke taman haiwan.Dengan sedih sikongkang ini pun mencari dan terus mencari…

Setelah berhari-hari berjalan,bergayut,sampailah dia di sebuah kawasan indah dan penuh dengan buah-buahan yang ranum lagi keemasan.Yang menjadi penghalang kepadanya adalah sekumpulan lutong yang menghuni kawasan itu.
Dengan sifat rendah diri yang amat rendah,si kongkang itu pun meminta belas untuk menjamah sedikit bagi melapik perut.Kerana tiada tempat dan arah lain yang nak dituju,si kongkang ini meminta untuk tinggal disitu buat sementara maka ada sekumpulan lutong yang tidak setuju dan yang lainnya tidak menyuruh mahupun menghalau.Kebanyakkannya tiada masalah cuma sekumpulan kecil sahaja yang tidak sukakannya.

Tiba satu hari yang malang, si pemburu-pemburu kejam itu pun sampai ke tempat tinggal sang lutong-lutong itu untuk menjalankan aktiviti kejam mereka.Bertempiaran si lutong-lutong lari ketakutan tetapi masih lagi cuba menyelamatkan habitat halaman mereka daripada dimusnah.
Dengan semangat dan dendam si kongkang kepada pemburu-pemburu itu,dia terus menyerang pemburu-pemburu itu bersendirian sehingga mereka kehabisan peluru,kepenatan dan lari.
Sungguh gembira si kongkang sebab berjaya menghambat dan menyelamatkan kawan-kawan barunya itu.Dia tidak mengharapkan balasan buah-buahan keemasan itu tetapi Cuma berharap yang dia dapat diterima.

Alngkah patahnya hati si kongkang itu apabila si lutong-lutong itu tidak mengendahkannya dan tidak juga berterima kasih.Bagi sang lutong,dia tetap kongkang dan tidak akan menjadi semulia lutong.’Biar kau hanya menjadi kongkang sampai bila-bila, jangan lebih dari itu’,itulah bicara sang lutong.
Si kongkang merasa dirinya amat hina sekali dan tetap akan mencari jalan bagaimana untuk diterima dan dihargai lutong.

Monday, May 21, 2007

Grafiti Pertama Dalam Sejarah Dunia

Di America, grifiti adalah satu media bagi para muda-mudi kulit hitam mengekspresikan diri dan perasaan mereka.Ia seringkali dikaitkan dengan jiwa yang memberontak dan ia lebih cenderung kepada vandalisme. Bermula dengan tulisan yang berupa cacian,provokasi dan ketidak puasan hati mereka kepada golongan atasan dan juga kerajaan atas penindasan yang mereka alami terutamanya daripada golongan kulit putih America.

Semakin hari tulisan,dan cacian ini ditambah dengan corak supaya ia kelihatan lebih menarik untuk dibaca.Kemuadian pelbagai jenis corak dan pendekatan lagi dicipta dan diperkembangkan dengan lebih kreatif sekali sehingga ia menjadi trend dan ikutan sehingga ke nagara kita.Aku tak pasti sama ada anak-anak muda kita tahu asal usul kegiatan ini atau tidak.Kadang-kala bila aku pulang ke rumah,aku terasa seolah-olah aku sedang hidup di Bronx,New York degan dinding tangga yang berwarna-warni.Hip Hop sana Hip Hop sini.Semak permandangan aku.Ini mengingatkan aku tentang asal usul lukisan di dinding yang aku belajar semasa di universiti dulu.Suka rasa inginku berkongsi bersama.


Tahukah anda bahawa antara seni catan dan lukisan dinding yang terawal dihasilkan oleh manusia adalah pada 30,000 tahun dahulu atau lebih dikenali sebagai zaman paleolitik.Manusia pada zaman ini masih belum mengenal erti bercucuk tanam dimana mereka memburu untuk hidup.Lukisan-lukisan ini dihasilkan oleh orang-orang zaman batu yang tinggal dan berteduh di dalam gua serta hidup dalam puak-puak atau kumpulan.Lukisan-lukisan ini merupakan imej binatang ini dilukis bagi tujuan keagamaan dan penyembahan kepada tuhan mereka untuk kejayaan memburu hari esok.Berdoa untuk dimurahkan rezeki.Disamping itu upacara ritual akan diadakan pada malam-malam tertentu dengan tarian dan nyanyian di hadapan unggunan api(ala ala Red Indian) bagi memuji dan meminta rezeki dari tuhan mereka.Semakin lama,gua itu semakin sarat dengan lukisan yang semakin harinya semakin cantik dengan teknik serta penggunaan medianya juga semakin diperkembangkan.Bermula daripada teknik melukis dengan arang,ia kemudiannya diperbaiki dengan teknik cetakan atau hand-stencil dengan menggunakan getah-getah tumbuhan sebagai warna.

Antara gua-gua yang terawal dihuni oleh orang-orang batu ini adalah Gua Cosquer yang terletak di Maditerranean Coat berhampiran Marseilles,Perancis (gambar di sebelah) yang kini lebih daripada separuh gua ini sudah ditenggelami laut tetapi lukisan-lukisannya masih lagi dapat dilihat dengan jelas.Sehingga kini, gua ini masih lagi menjadi pusat penyelidikan para penyelidik seni dan ahli-ahli arkeologi.Disamping itu, gua ini juga menjadi salah satu pusat perlancongan di Marseilles.
Aktiviti-aktiviti purba ini juga dilakukan dengan tidak kurang kreatifnya oleh orang-orang batu yang menghuni gua-gua di timur Sepanyol,Italy,Jerman, selatan Russia dan utara Afrika dan banyak lagi negara-negara Eropah.
Inilah asal-usul lukisan dinding dan juga seni catan. Cuba bayangkan, orang-orang zaman batu juga tahu dimana tempat yang sesuai untuk mereka menyonteng dinding disamping mempunyai motif tertentu untuk berkarya.Pada zaman ini,tidak kira di Malaysia atau di America sekali pun, contengan-contengan graffiti ini dihasilkan dimana-mana saja tanpa difikir ia sesuai atau tidak, mengganggu atau tidak serta mencacatkan permandangan atau tidak.
Jadi jika muda-mudi ingin berkarya disamping mengekspesikan diri anda, silalah memilih tempat dan lokasi yang tidak mengganggu permandangan orang lain.

Saturday, May 19, 2007

Beca:Keriangan Pelawat atau Keselesaan Rakyat?

Walaupun hari ini aku sibuk dengan pelbagai kertas kerja di pejabat disamping murid-murid aku yang tidak putus untuk datang meminta pendapatku tentang assignment mereka,tapi aku tetap hendak berkongsi pandangan berkenaan dengan Lanca atau lebih dikenali sebagai Beca.Idea ini tercetus setelah aku nyaris terjebak dengan kemalangan maut pagi tadi angkara sebuah beca yang penting diri.

Kalau dulu, sekitar tahun 20an,beca adalah satu pengangkutan yang utama disamping basikal dan kemudian ia adalah salah satu pengangkutan tidak kurang pentingnya dimana ia menjadi penggerak kepada kaum hawa yang ingin ke pasar dan para murid sekolah berulang alik mencari ilmu serta pengangkutan alternatif untuk mengangkut barang selain daripada kenderaan bermotor yang tinggi harganya ketika tahun 70-80an.Beca juga adalah sumber rezeki kepada penariknya disamping dapat berbakti menghantar penumpangnya kesana kemari dengan hasilnya yang tidak seberapa.Macam dalam filem Penarik Becha.Tidak pernah ku nafi menarik beca adalah kerja halal yang mulia dan ada keunikannya yang tersendiri serta menarik minat para pengunjung untuk menaikinya.

Tapi kini, di zaman serba moden dan serba pantas ini, keadaan jalan raya tidak lagi seperti dulu dimana ia sesak dengan kenderaan-kenderaan lain yang masing-masing sibuk memburu masa demi kerjaya serta kemewahan.Kalau boleh di tengah-tengah bandar pun memerlukan had kelajuan selaju 110km/h.Bahkan setiap orang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta dan motosikal untuk bergerak dan kelibat beca amat jarang sekali diperlukan,ia lebih berfungsi sebagai agen bersiar-siar.Pon!Pon!Pon!Pemandu kini tidak lagi dapat bersabar menanti pergerakan layu beca yang sering menyekat kemaraan sesebuah kenderaan dilaluan utama lebih-lebih lagi dikala masa kemuncak seperti awal pagi dan tengah hari.Dengan kehadiran hanya sebuah beca sudah cukup untuk mengakibatkan kesesakan atau traffic jam yang panjang dan yang paling mendapat perhatian aku,kelekaan penariknya sehinggakan aku nyaris maut angkara kelembapan dan ketidak prihatinan penarik beca tadi dimana dia langsung tidak mempedulikan kenderaan di belakangnya dan terus membelok lembab.Nyaris keretaku dirempuh lori yang cuba mengelaknya.Banyak juga cerita kemalangan yang aku dengar sebelum ini melibatkan atau berpunca dari sebuah beca.

Gambar di atas adalah gambar sekumpulan penarik beca yang beratur sebelum semua beca mereka ini penuh dan sarat dengan penumpang terutamanya pelancong yang teruja untuk menikmati pemandangan bandar Georgetown.Lokasinya adalah betul-betul dihadapan kolej atau pejabat aku bekerja.Bayangkan kedaan ini berlaku semasa kesesakan tengah hari pabila semua orang akan keluar untuk lunch.Dan setiap kali pesta ini berlangsung maka ramailah para pekerja yang lain akan tersekat dan lambat masuk semula ke pejabat,salah seorangnya 'aku'.
Ini yang membuatkan aku terfikir 'Adakah kewujudan beca ini untuk keselesaan rakyat Malaysia atau untuk keseronokan pelancong?,Yang mana satu harus diutamakan?'.Memang aku tidak nafikan ini adalah sumber pendapatan bagi ramai penarik beca,pendapatan yang agak lumayan jika dapat membawa pelancong disertakan dengan tips tapi amat wajar sekali bagi aku jika kerajaan menetapkan laluan bagi para penarik beca ini hanyalah ditempat-tempat peranginan dimana ia tidak langsung mengganggu kegiatan ekonomi di kawasan bandar atau menyediakan jalan khas bagi mereka membawa para pelancong meronda-ronda disekitar bandar atau mungkin juga menetapkan hari dan waktu tertentu(di luar waktu kemuncak) bagi mengelak kesesakan.
Dengan ini pendapatan para penarik beca tidak terjejas disamping kegiatan ekonomi di bandar-bandar terutamanya Georgetown tidak terganggu dan terbantut.

Thursday, May 17, 2007

Rakyat Malaysia Paling Prihatin?

Sedar tak sedar,negara kita sudah diambang merdeka yang ke-50.Ini menandakan kita telah hidup aman damai bersama-sama dengan berbagai bangsa di bumi kita ini.’Lihatlah dunia,negaraku yang aman damai ini.’(terpoyo lak).Memang aku bangga sekali dengan negara aman kita,rakyat yang saling tolong-menolong dan amat prihatin sekali.

Sikap prihatin Malaysian ini memang sudah tidak boleh disangkal lagi.Kadang kala terlalu prihatin sehinggakan sikap ini sering kali menyusahkan orang lain.Amat nyata sekali apabila berlaku kemalangan jalanraya.Walaupun hanya terguris sedikit kereta si pemandu maka akan penuhlah kawasan itu dengan orang yang ingin mengambil tahu atau busybody.Sanggup terlewat untuk ke mana-mana destinasi asalkan tahu apa yang terjadi.
Itu baru kemalangan kecil,kalau yang besar dan dasyat macam mana?mesti akan lebih sesak lagi dengan masyarakat kita yang majmuk ni.Selalunya ada yang meninjau-ninjau nombor plat bagi tujuan berjudi, yang matanya merayap mencari barang berharga dan tak kurang juga yang ikhlas menolong.Kadang kala ambulans sendiri tidak dapat berhenti di tempat yang sepatutnya sebab terlalu sesak ditambah lagi dengan deretan kereta sehingga 4-5 km.Belum sempat sampai ke hospital, yang si cedera ringan akan parah dan yang parah akan ke rahmatullah.

Keprihatinan dan kesesakan ini bukan sahaja berlaku angkara kemalangan, malah ia sering berlaku akibat dari sebab penyebab yang tidak boleh diterima akal.Mula aku nak menyumpah. Pernah sekali aku bagaikan hendak amuk satu Malaya kerana terjebak dengan kesesakan ini di kala sudah terlewat untuk ke pejabat. 35 minit aku tersekat dan mencarut sendirian di dalam kereta bahana dua ekor memerang.Bayangkan betapa peraknya dan bengongnya Malaysian ni yang sanggup berhenti,berehat dan paling aku berang ada jugak manusia yang bernafsu binatang ni meletak kereta di atas jambatan dan selekoh yang mengundang jam hanya kerana mahu melihat dua ekor memerang sedang mengawan.Aduh!Pusing kepala beta,gila jadinya.

Pernah juga aku terdengar cerita dari seorang rakanku di KL di mana kesesakan berlaku sepanjang 3-4 kilometer di Federal Highway angkara seorang Minah Saleh bermini skirt yang duduk terkangkang di pembahagi jalan kerana keretanya rosak.Maka beratus-ratus mata yang ingin masuk ke dalam skirt itu.Bertamadunkah sikap ini?Kita boleh akur dan terima kiranya berlaku kajadian yang tidak boleh dielak seperti bom,rompakan,rusuhan atau bencana hebat berlaku,meskipun ini amat jarang berlaku di negara kita,ini atas sebab penyebab yang sengal.

Tolonglah rakyat Malaysia,janganlah terlalu menyibuk sehingga menyusahkan orang disamping masa dibazirkan begitu walhal kita harus bergerak pantas untuk mengharungi kegalakkan ekonomi dan lebih progresif membanting otak untuk diri,keluarga,bangsa,agama dan negara.Satu saranan aku yang buta ni,jika sudah hobi tuan-tuan untuk menonton teater jalanan ini,silalah letak kereta mahupun motor anda di tempat yang tidak memudaratkan perjalan orang yang mengejar masa.




Monday, May 14, 2007

Artis China Pulang Hampa...

Baru-baru ini,bertempat di kolej aku berlangsunglah sebuah pameran seni tembikar dari Jingdezhen,China.Beberapa artis yang agak dikenali di negara itu hadir dan mempamerkan hasil kerja unik dan halus mereka.

Artis-artis ini kebanyakkannya berasal dari daerah Jingdezhen yang memang sudah dikenali dengan penghasilan tembikar yang bermutu tinggi dan berkualiti. Sungguh indah dan menarik sekali seni yang dibawa ini sebab amat jarang sekali kita dapat lihat tembikar yang dilukis lanskap cina dan juga lukisan figura cina.

Amat memeranjatkan juga harga yang tertera di kad harga itu yang sungguh murah(bagi mengumpul seni) sekitar RM 800- RM 2500 lebih-lebih lagi artis dan tembikar-tembikar ini diterbangkan khas dari China.

Yang membuatkan aku rasa terkilan adalah kedegilan artis-artis ini untuk membenarkan orang yang bukan dikalangan pengumpul-pengumpul seni,golongan atasan ' cha ya nun alif' ,pelancong,dan artis-artis cha ya nun alif untuk melawat pameran mereka.Dan pihak penganjur pun tidak sedikit pun membangkang.

Sayang, para pelajar jurusan seni halus tidak dikhabarkan langsung tentang pameran ini.Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mendapat ilham untuk tugasan-tugasan universiti kerana bagi aku pengalaman juga penting bagi pelajar selain dari memerah otak di khutub kannah (perpustakaan)semata-mata.

Maka kesudahannya,selepas tamat pameran ini, jumlah keseluruhan tembikar yang terjual cuma tiga biji sahaja sesudah kematian ramai kutu-kutu di atas kepala mereka kerana kolej aku yang agak terceruk,tidak ramai yang hadir.Kalau bukan kerana ketamakan mereka sudah pasti seni tembikar kebanggaan derah mereka ini sudah dapat membuka mata bangsa-bangsa yang lain termasuk Melayu.

Jadi si artis-artis bongkak ini pulang hampa...........

Sunday, May 13, 2007

Gurindam Jiwa Untuk Ramong...

Mong....kaulah inspirasi yang membakar semangat bebudak hotel,
memberi tenaga dan kekuatan sesudah habis keringat bekerja,
mengendurkan kembali urat-urat yang telah simpul yang telah tegang,
berbakti bukan setakat ukiran yang mennyusuk nurani tetamu hotelmu,
menghias indah makanan-makan si arab untuk dilapah dengan lahapnya,
juga mengurut menyegarkan batin sahabat-sahabatmu.......

Mong...kaulah pencetus pergerakan kepada para pemuda terbilang,
bersengat waja mengejar masyur mengejar bintang,
didikan dan kededikasianmu membentuk pelapis pejuang,
melontar skip dengan penuh perasaan dengan penuh jiwang.

Mong....kehebatanmu sudah tak terlindung,
diiktiraf profesor diiktiraf dewa diiktiraf bangsa,
kesenianmu sudah tidak dapat dibendung,
tidak kan hilang dimamah masa.

Mong....kaulah pendeta kaulah bapa,
memberi petunjuk memberi penawar,
kaulah pelindung kaulah dewa,
lakonan hidupmu tak pernah tawar.

mong...kaulah segala-galanya.
bapak seni seMelaya.

Saturday, May 12, 2007

Memasarkan Produk Barat ke Barat?

Sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2005 yang lalu,kolej ku telah memberi aku satu tugasan yang amat aku benci-membawak murid-murid aku melawat pertunjukkan-pertunjukkan fesyen dan tempat-tempat yang dapat memberi pendedahan kepada bebudak ini di sekitar Kuala Lumpur.Kebetulan pula salah seorang murid aku berjaya melangkah ke final 'The Star Young Designer Award 2005'.Sepanjang empat hari di situ, aku tak ubah macam seorang pengembala kambing dan ramai juga yang melihat aku seperti bapak ayam sebab murid-murid aku semua tu seksi seseksinya(budak fesyen...biasalah)
Sempat jugak aku melawat ke butik seorang pereka fesyen yang cukup popular di Malaysia ni,Bill Keith.Temu janji dengan beliau amat mudah sekali sebab beliau adalah sahabat kepada boss aku dan kami dilayan dengan baik sekali.
Satu persoalan yang bermain di fikiran aku adalah kata-kata pereka ini 'why most of our designers sooooo eager to design and market the western designs to the western countries?' .
Bijak,sungguh bijak otak si sepet ni.Subject matter atau inspirasinya ialah KEBAYA.Setiap rekaannya diselitkan dengan elemen-elemen kebaya dan tradisional Melayu sedangkan orang Melayu sendiri masih lagi teruja untuk mereka pakaian barat.Dan hasilnya cukup memberansangkan bila beliau mengadakan 'fashion show' di eropah sehinggakan ramai pelancong Italy yang berkunjung ke butiknya untuk mencari 'kabaya'.
Satu lagi nasihat beliau kepada murid-murid dan boss aku yang lupa diri ni(kononnya beranak di London,padahal di belakang pasar Paya Terubong).'Pasarkanlah khazanah kita kerana orang luar belum pernah lihat benda-benda ni, itu yang mereka cari, bukan benda-benda yang selalu mereka tengok.Tambahan pula rekaan barat jauh lebih bagus dan dasyat boleh kita jumpa di sana sebab itu budaya mereka jadi kita tunjukkan budaya kita.'
Aku tersenyum sinis kepada boss aku.Dan aku jugak amat menghormati ideology pereka ini.
Moralnya kita patut berbangga dengan khazanah yang kita ada dan gunakanlah ia sebagai identiti kita untuk memperkenalkan kepada dunia dan dunia juga mahu melihat khazanah yang mereka belum pernah lihat.
Ideology ini bukan sahaja boleh digunakan dalam rekaan fesyen ia juga merangkumi seni halus,rekaan grafik,senibina,hiasan dalaman malah filem pun boleh menarik perhatian mereka.
sedarlah wahai melayu....rambut kita hitam.

Thursday, May 10, 2007

Masihkah Bahasa Melayu Bahasa Yang Dikebangsaankan?episod 2

Sedang aku makan sambil bersembang dengan mak aku semalam,ada satu ayat mak aku yang mengingatkan aku masa aku kecik kecik dulu.Aku selalu ikut mak aku ke pasar(semata-mata nak mintak mak aku beli mainan atau cokelat).
Yang bermain diingatan aku adalah bahasa yang digunakan oleh peniaga cina dan pembeli atau pelanggan india.

tauke: ya ya acci mali,mali ini ikan balu sajja sampai oooo...ini hali manyak mulah.
wanita india: betol ka tauke?ini ikan semalam kita suddah tenggok..ayoyo apa ini tauke?ini ikan sudah lama...macam mana lu cakap baru....dei ,lu jangan mau tipu sama kita.
tauke: ayya aci,wa talak tipu oooo...ini ikan tiba-tiba sajia masuk dalam ini timba oo

Pada masa tu,dialog sebegini memang biasa sangat kita dengar antara seorang tauke dan wanita india bila berurusan di pasar.Pada waktu itu bahasa kita masih lagi kuat digunakan sebab orang-orang bukan Melayu ketika itu sudah dipupuk bahawa mereka harus menghormati dan menggunakan bahasa Melayu sebab mereka tinggal di negara orang Melayu.Bahasa Melayulah bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan.
Tapi kini bahasa itu hanyalah bahasa yang wajib dipelajari untuk lulus dalam SPM semata-mata kerana untuk para remaja bukan melayu yang ingin melanjutkan pelajarannya walaupun ke kolej swasta perlu sekurang-kurangnya lulus dalam matapelajaran ini.Ia adalah satu langkah yang cukup bijak kerajaan untuk memeliharanya tapi sayang, selepas tamat sekolah bahasa ini hanya dianggap bahasa kelas kedua.
Yang menyedihkan lagi orang yang nenek moyangnya menjamah ulam,mengunyah sirih dan berkemban batik juga lebih selesa bertutur dalam bahasa penjajah durjana.Sehinggakan kebanyakkan anak-anak kecil Melayu yang baru terbentuk lidahnya untuk berkata-kata sudah diajar untuk menyebut perkataan-perkataan Inggeris terlebih dahulu,bukan bahasa ibundanya sendiri.Kononnya generasi baru ini akan lebih bijak dan educated jika bertutur dalam bahasa ini.
Yang melucukan pula bahasa orang putih yang digunakan orang Malaysia semakin lama semakin tidak dapat difahami oleh orang putih sendiri yakni 'broken english'.

tauke: yes yes,acci ah.comelah see my fish.all new and fresh one ooooo.very cheap maaa.
yindian layddeee:yes aahh?ek eh, this fish yesterdday i see ready..ayoyo whaaat lah u?this fish aahh,old ready,how come u say new one....dei u dont bluf bluf me ahh
tauke: haiya acci..i dont bluff one,where got?this fish ahh suddently jump inside one maa

Beginilah rupa dialoq dua manusia yang sedang berurusan dipasar pada masa kini.Bahasa English'lah' pula yang menjadi bahasa perantaraan.Bahasa ini sudah boleh dianggap menyeleweng dari bahasa asalnya dimana aku rasa ia ditutur dengan lebih sedap dan betul oleh generasi bapak dan datuk aku.Jangan tak tahu, pada zaman penjajahan dulu, orang-orang Melayu ramai yang boleh bertutur bahasa Inggeris dengan loghat mat saleh,bukan broken English.
Pernah sekali aku terlibat dengan satu produksi teater Inggeris(terlupa aku nak cakap,aku boleh bertutur dalam bahasa itu tapi tidaklah mengada-ngada cakap omputeh dengan Melayu).Rakan lakonku adalah seorang wanita mat saleh dari America,dan juga dengan bangganya aku nak cerita,dia bekas Miss Florida dan pemenang tempat ketiga Miss Amarica.
Dia pernah cerita pengalamannya masa baru tiba di Malaysia.
(Dalam bahasa Omputeh lah) 'Aku terasa pelik bila sampai Malaysia,tempat yang cukup asing bagi aku,tapi mujurlah rakyatnya memang cukup ramah dan hormat orang lain.Yang memeranjatkan aku pulak,orang di sini bercakap dalam bahasa aku, sedangkan korang ada bahasa sendiri,dahlah tu salah pulak tu,aku pun kekadang tak paham apa kejadah(what the hell) yang korang cakap ni.
Ini yang membuatkan aku malu untuk mengaku yang orang negara kita ni mengejar kemodenan sehingga lupa asal usul,budaya dan sejarah bangsa masing-masing.Kita ni lebih selesa berfantasi bahawa kita dilahirkan di negara yang makan cheese dan ada pelapik paha bila makan.
Bukalah mata wahai Melayu,rambut kita hitam......

Wednesday, May 9, 2007

Adakah Teater itu 'Realism' Semata-mata; Ism yang Berlainan itu Karut?

Terkelu sejenak lidah dan akalku mendengar rintihan para rakan seperjuanganku apabila hasil karya serta gubahan fikiran mereka diselar dan dilabel sebagai 'tahyol dalam teater'.
Seperti yang si celik-si celik seni sekalian fahami,terdapat pelbagai aliran atau 'ism' di dalam seni teater.Tidak semestinya semua aliran menuntut supaya para pelakonnya bergerak serta bertutur seperti di dalam kehidupan yang sebenar yakni realism,ia boleh juga diterbalikkan pergerakannya,disongsangkan pertuturannya dan dilebih-lebihkan sifatnya.Bak kata seorang pendeta teater negara kita (Ahmad Yatim) 'besarkan,rempangkan pergerakan anda'.
Jadi amat tidak adil sekali jika seseorang penggiat teater apatah lagi yang sudah berzaman bergelumang di arena ini menetapkan fatwa bahawa 'tiada yang benar sesebuah ism itu melainkan realism'.Amat penting sekali individu itu menghormati karya rakan seperjuangan mahupun berlainan fahaman,ideology serta ism jika inginkan pendapat,pendekatan ataupun dirinya sendiri dihormati .
Dengan ini mutu persembahan teater di negeri ini akan dapat dilonjakkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.Tidak wajar Melayu berpecah belah hanya disebabkan teori teater yang berbeza.
Persatuan-persatuan ini tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan Persatuan Lanca Pulau Kendi.

Tuesday, May 8, 2007

Kami di Layan Bagaikan VVIP

Pada hujung minggu yang baru berlalu, aku bersama-sama rakan seperjuangan (Bersatuan Bakawalee) dan dewa-dewa teater Pulau Pinang telah berkunjung ke utara tanah air (Kedah dan Perlis) untuk mengadakan persembahan teater berjudul Devian Dogma:Orang Minyak Mengamok!!!!.Aku adalah salah sorang pelakon yang bertuah itu. Ini adalah sebahagian daripada rancangan 'tour' kami di semenanjung Malaya.Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan amat lancar sekali.
Yang aku ingin luahkan di sini adalah rasa terharu aku dengan layanan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri Perlis dan sebuah kumpulan teater yang antara paling terkenal di negara kita....ahhh!! rasanya tak guna aku nak selindung lagi,kumpulan yang dimaksudkan adalah AKRAB,Kedah.
Sepanjang kunjungan kami di Perlis,kami amat terpesona dengan keindahan taman budaya Perlis dan pihak jabatan telah melayan,menjamu serta menyediakan kami kemudahan yang amat memuaskan hati kami.Asrama yang cukup selesa dan amat menenangkan sekali di sediakan kepada kami disamping makan minum kami dari pagi hingga ke tengah malam.
Tiba pula di Kedah,kami dilayan oleh kumpulan AKRAB.Layanan yang diberikan sangat membuatkan kami tersentuh huhuhu.. bilik disediakan,tikar dan toto juga dihamparkan sehinggakan penghuni rumah yang agak ramai itu sendiri tidur di dalam sebuah bilik yang sesak dan padat demi keselesaan kami.
Aku paling respek dan terharu pada salah seorang ahli kumpulan itu yang sedang mengalami masalah yang besar,tetapi sanggup melupakan bencana itu demi menjaga mood kunjungan kami itu.
Semangat melayu dan setiakawan yang di tunjukkan oleh AKRAB sungguh akrab sekali dan kami akan membalasnya jika mereka berkunjung ke Pulau Pinang.