Sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2005 yang lalu,kolej ku telah memberi aku satu tugasan yang amat aku benci-membawak murid-murid aku melawat pertunjukkan-pertunjukkan fesyen dan tempat-tempat yang dapat memberi pendedahan kepada bebudak ini di sekitar Kuala Lumpur.Kebetulan pula salah seorang murid aku berjaya melangkah ke final 'The Star Young Designer Award 2005'.Sepanjang empat hari di situ, aku tak ubah macam seorang pengembala kambing dan ramai juga yang melihat aku seperti bapak ayam sebab murid-murid aku semua tu seksi seseksinya(budak fesyen...biasalah)
Sempat jugak aku melawat ke butik seorang pereka fesyen yang cukup popular di Malaysia ni,Bill Keith.Temu janji dengan beliau amat mudah sekali sebab beliau adalah sahabat kepada boss aku dan kami dilayan dengan baik sekali.
Satu persoalan yang bermain di fikiran aku adalah kata-kata pereka ini 'why most of our designers sooooo eager to design and market the western designs to the western countries?' .
Bijak,sungguh bijak otak si sepet ni.Subject matter atau inspirasinya ialah KEBAYA.Setiap rekaannya diselitkan dengan elemen-elemen kebaya dan tradisional Melayu sedangkan orang Melayu sendiri masih lagi teruja untuk mereka pakaian barat.Dan hasilnya cukup memberansangkan bila beliau mengadakan 'fashion show' di eropah sehinggakan ramai pelancong Italy yang berkunjung ke butiknya untuk mencari 'kabaya'.
Satu lagi nasihat beliau kepada murid-murid dan boss aku yang lupa diri ni(kononnya beranak di London,padahal di belakang pasar Paya Terubong).'Pasarkanlah khazanah kita kerana orang luar belum pernah lihat benda-benda ni, itu yang mereka cari, bukan benda-benda yang selalu mereka tengok.Tambahan pula rekaan barat jauh lebih bagus dan dasyat boleh kita jumpa di sana sebab itu budaya mereka jadi kita tunjukkan budaya kita.'
Aku tersenyum sinis kepada boss aku.Dan aku jugak amat menghormati ideology pereka ini.
Moralnya kita patut berbangga dengan khazanah yang kita ada dan gunakanlah ia sebagai identiti kita untuk memperkenalkan kepada dunia dan dunia juga mahu melihat khazanah yang mereka belum pernah lihat.
Ideology ini bukan sahaja boleh digunakan dalam rekaan fesyen ia juga merangkumi seni halus,rekaan grafik,senibina,hiasan dalaman malah filem pun boleh menarik perhatian mereka.
sedarlah wahai melayu....rambut kita hitam.
Saturday, May 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Lawak betul la cerita ang kali ni!
Aku betul rasa nak tergelak, sbb benda mcm ni jadi mungkin diaorang lupa bangsa apa sebenarnya mereka ataupun mereka tau tapi malu menjadi bangsa sendiri. Ini dah macam cerita anak khinzir yg malu nak dongak kepala sebab bapa dan ibunya khinzir.
hah! murid kamu seksi? mahu berkenalan! hehehe... :P
kepada tegezoot...
tak ada yang lawak brader...
segala-galanya berada di depan matamu.......
kepada kamarul....
mmmmmmmmmmm aku tak boleh jadi bapak ayam kat situ nanti terjejas periuk nasik aku lak...
aku sorang je boleh mmmmmmboleh..
itu kata-kata dari bapak fesyen pulau pinang...........
aku suka ngan soalan tu "why people racing to publish something like western to western??"
awek seksi???..... OH KAWAN KU YANG HENSEM BAIK HATI DAN MACHO.(rekomen la sorang kat adik mu ini)
tak boleh...
jangan ganggu pelajaran murid-muridku.
Sedaq diri takpa.
kepada Pegawai Khalwat
ya tuan dewa aku maha sedarrr
akulah si buta yang hina...
kaulah pendeta yang maha
kepada Pegawai Khalwat
ya tuan dewa aku maha sedarrr
akulah si buta yang hina...
kaulah pendeta yang maha
Tapi saya tidak suka kebaya yang terlalu 'dibaratkan' - kain yang jarang, sarungnya di belah tinggi.
Saya kira ada cara lain untuk mendapat perhatian barat - jenis fabrik dan design pada fabrik berkenaan.
Barangkali pereka fesyen juga perlu memikirkan bagaimana baju kurung boleh diubahsuai agar dapat menarik perhatian barat.
Salam.
kepada bunga rampai..
baiklah saya akan design seperti yang bunga rampai cadangkan tu..
atau pun saya akan suruh students saya buat macam tu,ok?
Kalau dah design, tunjuklah dalam blog, saya nak juga tengok :)
Lagi satu, saya selalu berharap agar ada pereka fesyen tempatan yang memberi perhatian serius kepada busana muslimah - memberi nafas baru, up-to-date, namun masih terpupuk ciri-ciri Muslimahnya.
Salam.
rajin melawat bekas sponsor hang na..he he
Post a Comment