Saturday, May 19, 2007

Beca:Keriangan Pelawat atau Keselesaan Rakyat?

Walaupun hari ini aku sibuk dengan pelbagai kertas kerja di pejabat disamping murid-murid aku yang tidak putus untuk datang meminta pendapatku tentang assignment mereka,tapi aku tetap hendak berkongsi pandangan berkenaan dengan Lanca atau lebih dikenali sebagai Beca.Idea ini tercetus setelah aku nyaris terjebak dengan kemalangan maut pagi tadi angkara sebuah beca yang penting diri.

Kalau dulu, sekitar tahun 20an,beca adalah satu pengangkutan yang utama disamping basikal dan kemudian ia adalah salah satu pengangkutan tidak kurang pentingnya dimana ia menjadi penggerak kepada kaum hawa yang ingin ke pasar dan para murid sekolah berulang alik mencari ilmu serta pengangkutan alternatif untuk mengangkut barang selain daripada kenderaan bermotor yang tinggi harganya ketika tahun 70-80an.Beca juga adalah sumber rezeki kepada penariknya disamping dapat berbakti menghantar penumpangnya kesana kemari dengan hasilnya yang tidak seberapa.Macam dalam filem Penarik Becha.Tidak pernah ku nafi menarik beca adalah kerja halal yang mulia dan ada keunikannya yang tersendiri serta menarik minat para pengunjung untuk menaikinya.

Tapi kini, di zaman serba moden dan serba pantas ini, keadaan jalan raya tidak lagi seperti dulu dimana ia sesak dengan kenderaan-kenderaan lain yang masing-masing sibuk memburu masa demi kerjaya serta kemewahan.Kalau boleh di tengah-tengah bandar pun memerlukan had kelajuan selaju 110km/h.Bahkan setiap orang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta dan motosikal untuk bergerak dan kelibat beca amat jarang sekali diperlukan,ia lebih berfungsi sebagai agen bersiar-siar.Pon!Pon!Pon!Pemandu kini tidak lagi dapat bersabar menanti pergerakan layu beca yang sering menyekat kemaraan sesebuah kenderaan dilaluan utama lebih-lebih lagi dikala masa kemuncak seperti awal pagi dan tengah hari.Dengan kehadiran hanya sebuah beca sudah cukup untuk mengakibatkan kesesakan atau traffic jam yang panjang dan yang paling mendapat perhatian aku,kelekaan penariknya sehinggakan aku nyaris maut angkara kelembapan dan ketidak prihatinan penarik beca tadi dimana dia langsung tidak mempedulikan kenderaan di belakangnya dan terus membelok lembab.Nyaris keretaku dirempuh lori yang cuba mengelaknya.Banyak juga cerita kemalangan yang aku dengar sebelum ini melibatkan atau berpunca dari sebuah beca.

Gambar di atas adalah gambar sekumpulan penarik beca yang beratur sebelum semua beca mereka ini penuh dan sarat dengan penumpang terutamanya pelancong yang teruja untuk menikmati pemandangan bandar Georgetown.Lokasinya adalah betul-betul dihadapan kolej atau pejabat aku bekerja.Bayangkan kedaan ini berlaku semasa kesesakan tengah hari pabila semua orang akan keluar untuk lunch.Dan setiap kali pesta ini berlangsung maka ramailah para pekerja yang lain akan tersekat dan lambat masuk semula ke pejabat,salah seorangnya 'aku'.
Ini yang membuatkan aku terfikir 'Adakah kewujudan beca ini untuk keselesaan rakyat Malaysia atau untuk keseronokan pelancong?,Yang mana satu harus diutamakan?'.Memang aku tidak nafikan ini adalah sumber pendapatan bagi ramai penarik beca,pendapatan yang agak lumayan jika dapat membawa pelancong disertakan dengan tips tapi amat wajar sekali bagi aku jika kerajaan menetapkan laluan bagi para penarik beca ini hanyalah ditempat-tempat peranginan dimana ia tidak langsung mengganggu kegiatan ekonomi di kawasan bandar atau menyediakan jalan khas bagi mereka membawa para pelancong meronda-ronda disekitar bandar atau mungkin juga menetapkan hari dan waktu tertentu(di luar waktu kemuncak) bagi mengelak kesesakan.
Dengan ini pendapatan para penarik beca tidak terjejas disamping kegiatan ekonomi di bandar-bandar terutamanya Georgetown tidak terganggu dan terbantut.

18 comments:

tegezoot said...

pertama sekali bagi komen? Wooo! Untuk pengetahuan ang mamak bapak ramai pun pernah accident dengan beca tapi lama dah la! kalau ang jumpa dia ang interviu sendiri la... Aku ingat ang ni patut jadi 'Datuk Bandar' ataupun 'Karam Singh Walia'. Sebab engkau sesungguh 'The Truth Seeker'

BaYu SenJa said...

beca langsung bayu tak pernah tengok kat syria.. tapi pickup taya 3 tu (ntah nak sebut spesis kenderaan apa pun tak tau) banyak juga !! hehe

Anonymous said...

best ke naik beca ni? btw, setuju juga dgn cadangan kau. buat laluan untuk keselamatan penarik beca dan juga untuk keselesaan orang ramai.
dua-dua menang.

crunchyahcock said...

"..abg beca, abg beca di tgh jln,
cari muatan untuk mencari mkn,
putar-putar kaki mengayuh,
makin jauh, keringat pun lalu jatuh..." -lagu abg beca. ;)

Butaseni@Wan Raja said...

kepada tegezoot..
mamak bapak?sapa tu?kalau aku jadi datuk bandar,akan aku jadikab Georgetown ini bandar bebas gay dan lesbian hahahahaha
kepada bayu senja...
rasanya kalau beca digantikan dengan mentang tu pun mesti kurang jam di GT ni.
kepada kamarul..
kenapalah si orang atasan tak boleh fikir benda ni,aku pun heran
kepada ahcock...
blog aku bukan tempat karaoke..
p relau lah

blackpurple @ jowopinter said...

Nak syorkan Menteri 'itu' buat beca di Putrajaya juga. Bagaimana agaknya sambutannya :)

Salam kenal.

tegezoot said...

bapak ramai tu budak aku la! Firdaus!

tegezoot said...

lupa pulak, adik kepada azhar kawan ang!

crunchyahcock said...

firdaus?? wargh..!!wargh..!!wargh..!!wargh..!!

akirasuri said...

beca. adanya dia menambah seri. adanya dia juga menambah semak.

laluan khas tu sangatlah setuju. kurang-kurang tak adalah 'siput' buat kacau di tengah jalan. :)

*tiba teringat kereta lembu bila baca entri ini.*

Anonymous said...

tiga tahun saya di penang, hanya sekali saya naik beca. itupun hari terakhir saya berada di penang.
kesihan pakcik beca itu.. terpaksa membawa saya yang berat ini. hohoho

Anonymous said...

Salam,

Bila tatap gambar dan baca entri ini, terus terbayang wajah2 tua yang tak berdaya si pengayuh beca, namun mereka tetap bersemangat memerah keringat demi untuk
meraih sedikit rezeki.

pjoe said...

Teringat beca di kota bharu...
cuma drivernya disebelah kiri penumpang bukan belakang.

Ya, aku setuju dgn buat laluan untuk beca.
But having said that org yg memandu dlm pusat bandar especially.. tak payah nak bawak laju2 kan?

Pegawai Khalwat said...

Dulu ada ura-ura nak menggantikan pengayuh beca yang ada sekarang dengan pengayuh beca yang muda dan sasa.

Tapi tak jadi, sebab golongan muda ramai yang tak nak dan kasihan pula golongan pengayuh beca sekarang yang dah bekerja sebagai pengayuh beca seumur hidupnya.

Laluan khas itu bagus, lokasi khas itu juga bagus. Rasanya elok juga diletakkan masa khas untuk naik beca saja.

Maksudnya naik bukan pada waktu yang sibuk.

Tapi akan timbul juga masalah, kerana sesetengah pengayuh beca bukan semata-mata bawa pelancong.

Ada juga yang bawa orang pergi balik pasar, bawa budak pergi balik sekolah dan ada juga yang bawa pergi balik barang dagangan lain.

So macam mana? Tunggulah lagi 10 tahun sebelum semua masalah ni dapat dikurangkan, bila ada pengayuh beca generasi baru.

Mungkin juga dah tak ada beca.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada blackpurple..
trima kaseh kerna melawat,
elok jugak cadangan tu supaya menteri2 boleh tengok sendiri masalah ni.
kepada akirasuri..
selalunya nampak semak.
kepada rena...
mahal tak tambangnya?
kepada indahsakura..
bukan saya nak menyekat periuk nasi mereka,cuma cadangkan supaya kedua2 pihak senang.
kepada nazjoe..
bawak laju2 tu cuma menerangkan yang orang bandar mementingkan masa.
kepada peg khalwat..
yang itulah masalahnya..pasar dan sekolah,semua tu peak hour.
aku bangga...sekali lagi komenmu panjang :) wahai plato

crunchyahcock said...

kalu diperhatikan, perangai pengayuh beca skang x ubah mcm driver teksi yg ala-ala 'taiko'.

ada waktu dulu, beca dikayuh hanya tuk duit nak beli dadah .

Bunga Rampai said...

Saya suka naik beca. Nyaman kala pagi atau petang. Cuma kesiankan pengayuh yang sudah tua.

Komen Bro PK itu menarik.

Salam.

ANNA NUR said...

lama betul aku x naik beca.. last se-x taun 1998.. masa tu dr pekan laor star nak p umah mak angkat aku kat kota tanah..

mmg best time tu sbb dpt 'ekon' free.. tp kesian sbb yg bwk beca masa tu aku kira pangkat atuk.. dah tua sgt.. (xtau lah dia hidup lagi ke x...). mmg penat atuk tu bwk beca sbb masa tu bdn aku very the gumuksssss lah sgt. kahkah..

mmg patut ada laluan khas utk pembawa beca ni, sbb kebanyakkan dah tua. tahap kayuhan pun x sepantas yg muda.. sbb tu masa tu, kitorg nyaris nak kena langgar dgn kereta yg xtau nak sabar.. sian atuk tu.. kelam kabut dia kayuh..

aku ni lak x sampai ati.. sbb rasa mcm atuk aku... aku pulak jadi polis trafik.. kalo ingat balik mmg kelakar.. bila atuk tu dah lps, aku naik balik... sudahnya, upah dari harga RM2 sb dekat sangat.. aku bagi dia RM10 sbb rasa xberbaloi dgn kudrat tua dia tu..

erm... beca.. beca..
(eh! dah mcm anto assignment lak kat hang en. butaseni.. heh..)