Thursday, September 25, 2008

Menjelang Aidilfitri:Korban Nyawa Demi RM4.60

Sekali lagi sedang aku membelek-belek surat-E sebelum memulakan kelas,aku tersentak membaca dan melihat gambar- gambar yang terhias didalamnya.Kali ini suatu peristiwa yang tidak aku jangka sama sekali berlaku.

Demi wang zakat sebanyak Rp 30,000(RM4.60),ribuan penduduk berduyun-duyun dan bersesak-sesak angkara kesempitan hidup di kawasan pedalaman Kota Perusuan,Indonesia.Peristiwa trajis ini telah mengorbankan 21 nyawa yang malang.Tanpa mereka sedari,pada hari itu, suatu rahmat yang mereka harapkan bertukar menjadi suatu musibah.

Dari awal pagi lagi ribuan penduduk miskin yang datang dari pelbagai pelusuk daerah datang berduyun-duyun ke rumah seorang dermawan di sekitar kota itu setelah mendengar khabar bahawa hartawan,H Syaichon ingin menunaikan zakat dengan menderma kepada penduduk miskin.Ternyata benar khabar itu.Jadi dengan sekelip mata dari puluhan bertukar ratusan dan kemudian ribuan yang memenuhi halaman rumah itu sehingga barisan yang aman dan teratur bertukar menjadi huru-hara.
Barisan yang mulanya diatur oleh keluarga dermawan itu merus menjadi sesak sehingga ramai yang dihimpit dan pengsan akibat kekurangan oksigen.Lebih malang lagi sesiapa yang lemah tidak akan terjamin keselamatannya,akibat itu ramai yang lemas dipijak dan terkorban.Al-Fatihah untuk umat Islam yang terkorban itu.

Inilah gambar-gambar mereka yang terkorban akibat kesesakan lautan manusia dan kesempitan hidup yang melanda umat Islam di Indonesia.Walaupun niat dermawan itu sungguh mulia,mungkinkah nyawa-nyawa itu dapat diselamatkan jiwa beliau menyalurkan derma itu kepada istitusi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pungutan Zakat dinegara kita ataupun beliau tidak yakin dengan sistem yang sedia ada dengan institusi pengurusan zakat di negara itu?wallahhualam.
Yang penting,aku merasa sungguh bersyukur dan bertuah kerana kemiskinan di sini tidak se'kronik' itu dan tiada penyelewengan dari pihak pengurusan zakat negara kita sehingga kita semua amat yakin dan dengan senang hati menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.Alhamdulillah.
#sumber dari Yesika Silvi Anastasia,Tangerang - Indonesia.

39 comments:

PuTeRi CaHaYa said...

betul.niat tu dah mmg baik dah..tapi...kerana niat baik, timbul musibah.

sedihnyer bila terkenang nasib diorg...

Al-Fatihah...
Salam

artsoul said...

aku ternganga baca entry ni..

the incident that really hurt my heart whereby unforgetable...
We should appreciate with our present life with full of basic life need(food,drink n hpuse) and loving people that surounded us compare to some other individual living without the basic life needs..

butaseni said...

ucu dan along :P............
insaf aku baca komen hampa.

artsoul said...

p rah!...hang punya insaf tak sampai seminute...:P

axim said...

ya Allah...ampunkan lah dos hamba hamba Mu in Ya Allah...

kadang kita lupa..dalam kesulitan kita masih ramai lagi insan lain yang bernasib malang..

renung renung kan lah...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

alhamdulillah, apa lagi nikmat yg kita inginkan di kala mereka yg lain tidak berkesempatan memilikinya.

salam aidilfitri...

maPieCeoFarT said...

Ya Allah... tragisnya kisah ni... ada juga tragedi terjadi dalam gembiraan kita nak menyambut Syawal ni ya... huuu... salu dgr cite org Indon mati kene pijak... konsert 07Des Sheila on 7 dulu pun kisah yg sama juga...

+ desperasi yg berakhir dgn sedih +

Al-Fatihah... minta simpang bende ni jadi kat negara kita...

mf said...

Jika sekalipun jabatan yang urus zakat tersebut,pun bisa jadi begitu juga Pak, kerna mereka ramai, lapar dan terdesak. Justru itu, jangan ribut, jangan rebut. sabar deh.

butaseni said...

artsoul.........
oooo kena tunjuk dan menangih depan hanpa?:P

axim............
ya ada lagi teruk kan?

cermindiri..........
hmmmm syukurr

mapieceofart...............
yang konsert tu sendiri cari hahahaha
ya,al-fatihah.

MF..............
hmmmm betul jugak tu.stuju!

jinggo said...

AL-FATIHAH....

c . h . e . n . t . a said...

kegembiraan yang berakhir dengan pemergian buat selama-lamanya.. mmg tragis & sadis. lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ni.

al-Fatihah utk mereka yg 'pergi'. takziah pada keluarga yg terlibat.

mungkin ada sebab yg kita tatau knp dermawan tu salurkan sendiri.

~syukur Alhamdulillah dilahirkan sbg warga Malaysia.

--{-@ Zaity @-}-- said...

Assalamualaikum, Jemputlah ambil kad raya di blog saya.

butaseni said...

jinggo......
.......amiiiinnnn(ramai ramai)

chenta...........
ya sungguh trajis.tq sebab kau yang send email ni kat aku untuk kita share.

zaity.............
yey!:D

tegezoot said...

Semua tu cermin bagi iman kita... so, cermin2lah!

Anonymous said...

aduuuhhhhh sedey aku bro

-lan mascom

butaseni said...

tegezoot.........
ha?cermin yang mana satu?kemiskinan ka rukun islam ketiga?

Lan..........
ya bro,aku pun.

umi ameer said...

hi..
sayapun tak sangka ini buleh berlaku sebab berebut sedekah..
syukur sesangat negara kita tak begitu
maka, berbanyaklah kita bersedekah, ye?

artisticklytouch said...

Agreed. Ada sebab mengapa saluran itu diwujudkan. Adil atau tidak saluran itu, itu urusan mereka dengan Tuhan. Bukanlah selayak kita untuk menghakimi.

Terbayang barisan yang selalu di depan Masjid Keling setiap pagi raya...

tegezoot said...

dua2...

butaseni said...

umi ameer...........
ya umi,kesian.

art.............
ya,semalam aku lalu,ramai gila,happening aku nampak.sampai kul 4 pagi.nampak macam orang baru habis terawih.

tegezoot.............
baik baik,akan ku cermin . :D

faridmw said...

salam selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin... kita bersyukur sangt negara begitu aman... leh menyambut raya dgn senyuman lagi... tpi apa pon ingt la orang yang susah..;)

Puteri Ezza said...

Astaghfirullahalazim. Dahsyat juga kejadian ini :-( Mohon copy story ni nanti kat rumah baru Ezza ye (puteriezza.com). Boleh tak?

Al-BIMA SAKTI said...

hargailah keamanan dan kesejahteraan negara kita. terus makmurlah malaysia..!!

mamat khalid said...

bila perut menjerit lapar.....

crunchyahcock said...

bila rakyat terbaca dalam media... keinsafan cuma terbit seketika dan hilang selepas mereka terleka kembali dalam dunia mereka..

PrincessAnnA said...

woah...my god...........

Rest in peace.....

i am actually in shock bout this news. shyt. dam. zzzzz

n how come the source got my name.. ehhehehehee

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri
memohon dan memberi kemaafan.

*entri ini meruntun hati

butaseni said...

farid.......
ya aaku nak sedekah lagi malam ni :)

puteri ezza.........
hmmm silakan :)
selamat hari raya.

al-bima sakti........
ya tuan,syukur.

mamat khalid..........
ya,jiwa rasa juga ingin merdeka.

ahcock..........
itulah manusia :).mudah terpesona dengan apa yang ada didepan mata biar yang indah dan yang malang.

ann...........
hahahaha maybe that girl is u(indon version)

pyanhabib...........
selamat hari raya juga brader,lu ajarlah gua nyanyi....
*ya,runtunan ini harus kita kongsi.

13may said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

butaseni said...

sama sama bro,mai rumah.

zul rahman said...

Qho' lu innalillahiwainna ilaihi ra jiun..

Al-Fatehah.

Thank you Butaseni. Your posted Blog regarding the incident is very much appreciated.

Sama-sama lah kita berdoa agar semuanya akan kembali ke pada yang Hak'. Insyaallah.

Salam Ramadhan.. eyyhhh... masih Ramadhan lagi tau, tu duit-duit rayer tu aper tuu..? :)

butaseni said...

Zul............
ya duit raya hehehehe,jemput ambik.bolah makan kat kapitan hahahaha

Maaf Zahir Batin Bro.

coffeeHolic said...

MasyaALLAH...SUBHANAALLAH....

Nurbaya Hassan said...

jd...sekayaknya aidilfitri ini harus di raikan dlm keadaan yg sederhana jua penuh keinsafan!!!

butaseni said...

coffeholic............
:(

nurbaya.............
ya betoollll!

Demang Lebar Daun said...

terlalu banyak nak diperkatakan hingga tidak ada satupun mampu diucapkan.

Selamat hari raya dan bersyukurlah kita di Malaysia.

butaseni said...

demang...........
ya betul bro,tq sebab lawat.
selamat hari raya.

best nama ko

Pegawai Khalwat said...

Amin!

shafiq said...

sedey! buat aku terkaku & insaf skejap. nsb bek negara kte xcm tuh. hmmm