Tuesday, September 2, 2008

Nostalgia Merdeka:Askar Jepun dan Lampu Dynamo

31 Ogos:Bila terdengar laungan Merdekaaaa! atau lagu lagu patriotik berkumandang dikaca dan di corong media,pasti ramai yang terkenang cerita tentang pengalaman pahit yang dirempuh nenek moyang mereka dulu.Tapi bagi kebayakkan anak muda sekarang pula,malam merdeka adalah malam untuk merempit sambil pemboncengnya mengibarkan bendera dan hon dibunyikan beramai-ramai serta melaungkan merdeka! dari atas motosikal diselikan dengan bunyi koyakan minyak motor.Sungguh istimewa malam itu bagi mereka.Sementara hari merdeka hanyalah cuti umum dan perarakan merdeka boleh kita tonton dari kaca tv.Bagi kaum hawa pula,jualan murah merdeka yang mereka dinanti-nantikan.Istimewa sungguh hari Merdeka.

Salah satu filem yang wajib ditayangkan setiap ambang merdeka adalah Sarjan Hasan,suatu yang tidak akan lekang dari ingatan merdeka kita.Sungguh berinspirasai filem itu.Bagi aku pula,setiap kali menonton filem itu,mengingatkan aku tentang sebuah kisah yang pernah suatu ketika dulu berlaku pada zaman penjajahan Jepun di Malaya.Cerita menghayat hati tentang pengorbanan Pak Usop yang malang.Ini adalah cerita dari orang orang tua yang masih hidup di sekitar kawasan rumahku.

Suatu ketika dulu,Butterworth,Pulau Pinang adalah salah satu pusat pentadbiran tentera Jepun di bahagian utara.Mungkin sebab ia adalah kawasan yang strategik untuk pengangkutan udara,laut dan darat.Di sini juga adalah tempat menyimpan stok stok seperti makanan,pakaian dan senjata mereka maka keraplah tentera tentera ini menghantar bekalan ke kawasan seperti Kedah,Perlis dan utara Perak.Setiap kali penghantaran mesti tentera Jepun akan membawa seorang atau dua hamba tempatan bagi memudahkan kerja mereka dan mungkin juga bagi menunjukkan arah tuju yang dihala.Suatu hari tiba giliran Pak Usop.Tugasan mereka kali ini adalah menghantar bekalan ikan kepada kem tentera di Sungai Petani,Kedah.Dengan semangat kental Pak Usop mengangkat tong-tong yang mengandungi ikan dengan kuderat yang luar biasa.Terpegun askar askar Jepun melihatnya.Kemudian dia diarahkan duduk dibelakang jeep bersama-sama tong-tong ikan itu,bukan masalah bagi Pak Usop yang gagah itu.

Setelah tiba di kem Sungai Petani,Pak Usop cuma dijamu dengan Ubi Kayu dan air kosong,namun ia juga bukanlah masalah bagi Pak Usop yang gagah itu.Setelah puas pemandu jeep itu berehat dan hari pun semakin gelap,mereka mula bersiap sedia untuk pulang ke Pulau Pinang.Jalan yang bakal dilalui ketika itu hanyalah jalan-jalan kecil dicelah-celah pokok getah.Setelah lebih kurang setengah jam bergerak dari kem,dalam keadaan malam yang gelap itu,tiba tiba lampu jeep itu terbakar dan terpadam.Tiada pula cahaya bulan pada malam tu,memang gelita.Pak Usop terdengar berbualan dua askar Jepun itu sama ada mahu terus pulang ataupun patah balik ke kem Sungai Petani.Di dalam otak Pak Usop,eloklah patah balik memandangkan ia lebih dekat dan dapat dia berehat.Tetapi kelihatan seperti mereka masih mahu meneruskan lalu dia pun mencari helah untuk menahan niat mereka dengan memberi alasan merbahaya,jika terlanggar batu dan lubang,akan rosak pula tayar jeep itu.

Idea Pak Usop seolah-olah berjaya meracun fikiran mereka.Maka mereka mula berpatah balik.Tersenyum Pak Usop setelah mereka percaya dengan kata katanya dan dia cuma terbayang-bayang dapat melelapkan mata hingga keesokkan harinya.Hanya beberapa saat setelah mereka berpatah balik.Mereka ternampak seorang tua sedang mengayuh basikal baru pulang dari masjid.Basikal itu punya lampu berkuasa dynamo.Kemudian si pemandu jeep pula punya idea yang lebih bernas.Dia merampas basikal dari orang tua itu,kemudian membuang tayar belakang dan mengikatnya di atas bonet depan jeepnya lalu memaksa Pak Usop untuk mengayuh basikal itu hungga keluarnya cahaya.Jika perlahan kayuhan maka kuranglah cahaya.Akibat itu buntut Pak Usop akan dicucuk dengan pedang jika kayuhannya perlahan.Terpaksalah Pak Usop yang malang itu mengayuh basikal dengan laju dari Sungai Petani hingga ke Pulau Pinang.Betapa malangnya nasib Pak Usop malam itu.Sebijak-bijak Pak Usop memberi idea malas,bijak lagi idea kejam si askar Jepun.

Begitulah melangnya nasib orang kita ditindas ketika zaman penjajah.Pelbagai seksaan diharungi oleh nenek moyang hampa dulu.Tak macam anak-anak muda lani,untung.Bukak-bukak mata dah ada televisyen,computer”kata salah sorang pak cik yang mencerita pengorbanan Pak Usop.

Harap cerita ini dijadikan iktibar,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ketanah hehehe MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

34 comments:

axim said...

nanti aku baca lain yer...nak ucapa selamat berbuka pose hari ni...

:D

nyda said...

huhu..
alhamdulillah kita dah tak dijajah macam tu dah skrg ni~
takotttt...~

lampu dynamo..hihi..teringat masa muda2 dulu...gi ngaji mlm2 kayuh beskal pasang lampu dynamo...hehe
=)

Pegawai Khalwat said...

Hummm....

Orang muda la ni, setakat baca dan mendengar cerita, takkan dapat pengajaran punya.

Tak percaya tanya biawak kat Batu Feringhi yang hang tangkap.

Dah mengalami baru serik dan rasa pengajaran tu.

butaseni said...

axim...........
ya ya selamat.

nyda......
atau pencuci baju?hehe

p khalwat......
nak tanya bewak free school bleh?sbb bewak bt fringgi dah lari ntah kemana hehe

Mak Su said...

sian kat pak usop... butaseni?! tukar kaler ek... cat rumah ler tu.. ahaks, selamat menjalani ibadah puasa dengan jaya.

orang kampung said...

...sambungan , bermula dari situ pak usop mula terfikir satu idea. Dia terfikir untuk mencipta lampu yang boleh dipasangkan dibumbung kereta. Bermula dari situ lah keretapolis, bomba, dan ambulan dipasang lampu diatas bumbung. Begitu hebatnya idea pak usup.

hehehehe....wey tq kongsi cerita tu. Apalah makna merdeka bagi mereka mereka yang tak pernah merdeka.

Selamat berpuasa dan selamat mermedekakan diri dari hambatan nafsu.

butaseni said...

mak su............
a'ah kesian hehe.ye mak su cat baru,boring dah bilik warna biru tu.sama sama.

orang kampung............
haaaa itu ending yang baik untuk cerita aku tu.
waaahhh dalam gila soalan tu bro.

ya nafsu menghambat,aku mengelak ahahhaa.hang pun sama ok bro

PuTeRi CaHaYa said...

takut nyer... x mau dah dijajah...tp, ntah ler... smp la ni...tgk, still x bebas2 lg.

herm!!

Salam
(",)
Bilik baru..yeye!!

goboklama said...

kalau arwah ayahku masih ada,dia lah yg akan menceritakan citer2 lama ni tanpa jemu,berulang-ulang kali kat sesiapa saja yg sudi mendengarnya.. Rinduuuuu.... Al-Fatihah...

Salam Merdeka & Salam Ramadhan

artsoul said...

sure kematu bontot pak usop tu...
alaaa, hang pun bukak2 mata dah ada tv dah tu tipa2 hari main PS2..ish,ish,ish,ish...

butaseni said...

puteri cahaya..............
sebab apa kita tak bebas lagi puteri?:)

goboklama............
hmmmm alfatihah

artsoul............
ya,tapi sejarah tak ku lupa.bergerak tetap[ ke depan hehe
ps3 sekarang :P

c . h . e . n . t . a said...

sian pak usop.

tp apalh sgt semangat merdeka pd ank2 muda skrg. minta dinyanyikn lagu sudirman tanggal 31 tu pun, bila smpai pkataan MERDEKA sj yg dilaungkn skuat2 ati.

~wpun nampak bsemangat, tp lebih kpd nampak mcm bsmangat. pdhal penghayatn tu x ada. lebih kpd syok sndiri.

~apa yg akan jd pd mereka bila nnt umor kita sebaya dgn pak usop......

tegezoot said...

TORA TORA!!!

Hades jatuh tangga plak lepas tu! HAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAAHHAAHHAHAHAAHHAAHhAHAA!!!!!!!!!!

"I hate you" kata Hades.

pandagumuk said...

pak usop.jasamu dikenang.

ngehh.

Puteri Ezza said...

Merdeka!!! Hikhik. Cantik kaler rumah :-) Selamat Berpuasa ye.

--{-@ Zaity @-}-- said...

Assalamualaikum, awak kta bagi awak blogger award for best friend, feel free to grab it at my blog. Happy blogging !

--{-@ Zaity @-}-- said...

Selamat hari Merdeka all, semoga kita sebagai anak merdeka dpt mengekalkan kemerdekaan buat tanah tercinta ini..

PuTeRi CaHaYa said...

Jajahan jiwa...

jiwa remaja yg dijajah...
jiwa insan yg dijajah...
jiwa sahabat yg dijajah...
jiwa insan t'syg yg dijajah...

Berdoa lah...moga jajahan jiwa diubati...

Merepek aper tah - ting!!
Hehehe..
(",)

butaseni said...

chenta...........
waaahhh..
tangan atas,tangan bawah
tangan atas,tangan bawah

tegezoot.............
cakap pa lu?
hahahaha
zeus aku yang punya!

pandagumuk.........
ya ya kukenang jua

zaity...........
sekapur sirih :)

puteri cahaya...........
waahhhhhh
kacau jiwa?

c . h . e . n . t . a said...

knp dgn tgn ko?
aku tada fhm.. ngih! :)

.:HalogAmora:. said...

skang spirit merdeka dah lain. depa lebih ska berparti .... depa ingat parti je...

butaseni said...

chenta........
hahahahaha
i hail u!hahaha

halogamora........
ya betol!merdeka fest!

jinggo said...

MERDEKA.....
MERDEKA.....
MERDEKA.....

apa tu merdeka.......

c . h . e . n . t . a said...

owh.. hihi.. :)

bozzobattousai said...

salam singgah,
merdeka klu takde sarjen hassan memang tak sah....
salam ramadhan...

butaseni said...

jinggo.........
merdeka itu hari kita banguin tidoq pukul 1 tgh hari kan?

chenta........
hmmm

bozzobattousai.............
hahaha YA!aku stuju.merdeka saja ka?bukan hari merdeka pun tayang jugak.bapak aku wajib tengok,walaupun hari hari ada p ramlee pun still nak tengok.kalau tak tengok macam dosa pulak hahaha

PrincessAnnA said...

wah... bila tukar layout ni? nt bad nt bad!

i went 2 c da fireworks in komtar during merdeka eve. hehehe.. was nice, but my neck felt so much pain after lookin up directly for 5 mins... zzz

nice story of pak usop hehe.

zulabdulrahman said...

Salam,

Salam hormat dan salam ramadhon.

Tumpang lalu, baru nak mula tulis kat Blog. Nak jadi Bloggers Jugakkk.. Buleh noo?

Apa habaq?

ZUL RAHMAN

Al-BIMA SAKTI said...

adakah anak-anak sekarang tak berjiwa kenegaraan? kerana mereka dilahirkan dalam keamanan dan seribu kemudahan..?

butaseni said...

ann.........
yeah yeah the firework.merdeka!hehe

zul.............
welcome to the club :)

al-bima sakti.........
hmmmm stuju walaupun saya dilahirkan pada zaman tun :)

zeqhty said...

askum...harap aku tak lama mendiamkan diri sampai ada orang kata blog aku bersawang. singgahlah ke RASA, ikuti perkembangab aku sebab aku akan ke Penang dalam bulan oktober untuk tour teater terbaru aku salam....

maPieCeoFarT said...

teringat pulak kecik² mase lidah tgh pelat lagi, bile aku sebut 'merdeka' yg kluar bunyinye 'mentega...!'

haha... =)

owh... anda diTAG...!

butaseni said...

zeqqqqqhty..........
wei,hang bila nak kawin?tour?ok cantek!

mapieceofART...........
OK JUGAK,JANGAN MALARIA SUDAH HEHE

butaseni said...

zulabdulrahman.............
sory bang,tertinggal pulak komen mu.ya ya sila sila.
selamat datang.hehhe