31 Ogos:Bila terdengar laungan Merdekaaaa! atau lagu lagu patriotik berkumandang dikaca dan di corong media,pasti ramai yang terkenang cerita tentang pengalaman pahit yang dirempuh nenek moyang mereka dulu.Tapi bagi kebayakkan anak muda sekarang pula,malam merdeka adalah malam untuk merempit sambil pemboncengnya mengibarkan bendera dan hon dibunyikan beramai-ramai serta melaungkan
merdeka! dari atas motosikal diselikan dengan bunyi koyakan minyak motor.Sungguh istimewa malam itu bagi mereka.Sementara hari merdeka hanyalah cuti umum dan perarakan merdeka boleh kita tonton dari kaca tv.Bagi kaum hawa pula,jualan murah merdeka yang mereka dinanti-nantikan.Istimewa sungguh hari Merdeka.
Salah satu filem yang wajib ditayangkan setiap ambang merdeka adalah Sarjan Hasan,suatu yang tidak akan lekang dari ingatan merdeka kita.Sungguh berinspirasai filem itu.Bagi aku pula,setiap kali menonton filem itu,mengingatkan aku tentang sebuah kisah yang pernah suatu ketika dulu berlaku pada zaman penjajahan Jepun di Malaya.Cerita menghayat hati tentang pengorbanan Pak Usop yang malang.Ini adalah cerita dari orang orang tua yang masih hidup di sekitar kawasan rumahku.
Suatu ketika dulu,Butterworth,Pulau Pinang adalah salah satu pusat pentadbiran tentera Jepun di bahagian utara.Mungkin sebab ia adalah kawasan yang strategik untuk pengangkutan udara,laut dan darat.Di sini juga adalah tempat menyimpan stok stok seperti makanan,pakaian dan senjata mereka maka keraplah tentera tentera ini menghantar bekalan ke kawasan seperti Kedah,Perlis dan utara Perak.Setiap kali penghantaran mesti tentera Jepun akan membawa seorang atau dua hamba tempatan bagi memudahkan kerja mereka dan mungkin juga bagi menunjukkan arah tuju yang dihala.Suatu hari tiba giliran Pak Usop.Tugasan mereka kali ini adalah menghantar bekalan ikan kepada kem tentera di Sungai Petani,Kedah.Dengan semangat kental Pak Usop mengangkat tong-tong yang mengandungi ikan dengan kuderat yang luar biasa.Terpegun askar askar Jepun melihatnya.Kemudian dia diarahkan duduk dibelakang jeep bersama-sama tong-tong ikan itu,bukan masalah bagi Pak Usop yang gagah itu.
Setelah tiba di kem Sungai Petani,Pak Usop cuma dijamu dengan Ubi Kayu dan air kosong,namun ia juga bukanlah masalah bagi Pak Usop yang gagah itu.Setelah puas pemandu jeep itu berehat dan hari pun semakin gelap,mereka mula bersiap sedia untuk pulang ke Pulau Pinang.Jalan yang bakal dilalui ketika itu hanyalah jalan-jalan kecil dicelah-celah pokok getah.Setelah lebih kurang setengah jam bergerak dari kem,dalam keadaan malam yang gelap itu,tiba tiba lampu jeep itu terbakar dan terpadam.Tiada pula cahaya bulan pada malam tu,memang gelita.Pak Usop terdengar berbualan dua askar Jepun itu sama ada mahu terus pulang ataupun patah balik ke kem Sungai Petani.Di dalam otak Pak Usop,eloklah patah balik memandangkan ia lebih dekat dan dapat dia berehat.Tetapi kelihatan seperti mereka masih mahu meneruskan lalu dia pun mencari helah untuk menahan niat mereka dengan memberi alasan merbahaya,jika terlanggar batu dan lubang,akan rosak pula tayar jeep itu.
Idea Pak Usop seolah-olah berjaya meracun fikiran mereka.Maka mereka mula berpatah balik.Tersenyum Pak Usop setelah mereka percaya dengan kata katanya dan dia cuma terbayang-bayang dapat melelapkan mata hingga keesokkan harinya.Hanya beberapa saat setelah mereka berpatah balik.Mereka ternampak seorang tua sedang mengayuh basikal baru pulang dari masjid.Basikal itu punya lampu berkuasa dynamo.Kemudian si pemandu jeep pula punya idea yang lebih bernas.Dia merampas basikal dari orang tua itu,kemudian membuang tayar belakang dan mengikatnya di atas bonet depan jeepnya lalu memaksa Pak Usop untuk mengayuh basikal itu hungga keluarnya cahaya.Jika perlahan kayuhan maka kuranglah cahaya.Akibat itu buntut Pak Usop akan dicucuk dengan pedang jika kayuhannya perlahan.Terpaksalah Pak Usop yang malang itu mengayuh basikal dengan laju dari Sungai Petani hingga ke Pulau Pinang.Betapa malangnya nasib Pak Usop malam itu.Sebijak-bijak Pak Usop memberi idea malas,bijak lagi idea kejam si askar Jepun.
“
Begitulah melangnya nasib orang kita ditindas ketika zaman penjajah.Pelbagai seksaan diharungi oleh nenek moyang hampa dulu.Tak macam anak-anak muda lani,untung.Bukak-bukak mata dah ada televisyen,computer”kata salah sorang pak cik yang mencerita pengorbanan Pak Usop.
Harap cerita ini dijadikan iktibar,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ketanah hehehe MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!