Saturday, October 27, 2007

Viagra Kucing??

Tanggal malam raya yang ketiga jam 2:54 pagi,sedang kami beramai--ramai melepak kekenyangan selepas acara BBQ iaitu acara tahunan hari raya kami di rumah salah seorang sahabat,tiba tiba terkejut aku melihat sekumpulan kucing yang seolah-olah menghendap kami dari celah celah pokok,atas bumbung dan dari merata arah sambil berbunyi seolah-olah mahu mengawan."ish,takkan kucing-kucing ni jadi Zombie Kampung Dodol kot?"hairan juga aku dengan gelagat kucing-kucing tu.Yang lebih menghairankan aku bila terpandang muka seorang sahabat aku yang agak veteran ni tersenyum.Mesti orang tua ni ada muslihat.

Sambil tersenyum dan berekspressi riak,dia mengeluarkan beberapa anak-anak pokok.
"Hah,kalau hampa nak tau ni lah POKOK KUCING GALAK.Pokok ni memang tumbuh ditepi-tepi jalan ja.Senang ja nak cari,tengok bunga hijau kecik ni.Akaq dia bila kucing-kucing bau,walau dari jauh pun memang depa mai ramai ramai hehehe.Akaq dia jugak adalah ubat,vitamin dan jugak macam tongkat ali untuk kucing-kucing ni."Dan dia menyambung muka riaknya.Kami pun akur dan agak terpegun jugak dengan explaination orang tua ni.Memang kucing-kucing yang menghendap ni kelihatan mahu memakaan akar ini dengan rakus sekali.

Ini adalah rupa pokok kecil itu,lihat bunya kecil warna hijau itu,trademarknya.


Inilah rupa akar yang menjadi ubat dan tongkat ali kepada kucing.


Kemudian,kami pun perlahan-lahan undur dan masuk kedalam rumah untuk memerhatikan gelagat kucing-kucing itu.Bak sekumpulan singa yang mengerumuni seekor rusa yang lemah,kucing-kucing itu berkelahi sesama sendiri untuk merebut 'ubat kuat' itu.Akibat terlalu bising dan sebelum orang kampung bangun dan halau kami dari pulau ni,baik kami halau saja kucing-kucing ni.(tak sempat pulak aku nak ambil gambar)


Inilah hidangan yang berkhasiat untuk kucing.


Sempat lagi kucing liar ni menyambar akar dan cabut lari.

Kata member aku yang riak ni,pokok ni sekarang ditanam secara komersial di negeri Perlis dan dijadikan bahan Kajian (R&D) untuk digunakan oleh manusia pulak.Hmmmm kalau ia terbukti berkhasiat dan tidak memudaratkan kucing-kucing ini,apa salahnya kita pulak cuba.Jangan nanti kita jadi kucing galak selepas makan akarnya sudah.hehehe

ps: kepada Jowopinter, kau tahu tak nama saintifik pokok ni?kau kan raja pokok.hehehehhe

Tuesday, October 23, 2007

Salam Raya Aidil'Judi'

Musim raya menjelang dan menghilang sudah.Ramadan dan Shawal disambut dengan penuh kemeriahan dan keinsafan dimana rata-rata umat Islam sibuk mengerjakan ibadah puasa disiang hari dan berterawih pula dimalamnya.Sungguh singkat rasanya Ramadan dan Syawal yang mulia ini bagi sesetengah orang yang benar-benar menghayati dan menghambat pahala ibadah puasa.

Tapi bagi sesetengah orang,peluang yang terhidang didepan mata ini langsung tidak membawa apa-apa makna dan tidak diendah.Aktiviti malam mereka dibulan yang mulia ini disumbat dengan dosa laknat.Pondok casino kampung atau flat menjadi destinasi pilihan.

Sudah menjadi seperti satu adat bagi sesetengah Melayu di Tanjung untuk membina pondok bagi tujuan berjudi pada setiap daerah kampung dan flat.Bermula pada malam pertama Ramadan hinggalah kemalam hari raya keempat atau kelima, pondok-pondok itu dikunjungi dan dipenuhi oleh orang-orang yang mempunyai BIN pada ‘IC’nya.Yang lebih menyedihkan lagi, mejoriti penjudi-penjudi amatur ini adalah golongan yang sudah dihalau rumah,digamit kubur.Dari masa kesemasa,dari tahun ke tahun,semakin ramai lapisan pelapis yang akan menyambung tradisi ini dimana ia tergolong daripada belia belasan tahun yang sudah cekap dan cepat tangannya bermain serta berurusan dengan kad dan wang.

Salah satu contoh tapak projek

Pada satu malam,jumlah wang yang dicampak ditengah-tengah meja judi ini paling busuk mencecah RM 10,000-RM 15,000.Duit yang dikumpul setahun entah-entah oleh anak bini akan dizakatkan kepada seorang bookie atau lebih dikenali sebagai 'tong’.

Aktiviti ini amat berleluasa apatah lagi tiada tindakan serius yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.Jika ada pun cuma sebagai mengambil syarat dengan sekali sekala menjelmakan diri cukup sekadar pejudi-pejudi ini bertempiaran dikawasan terdekat seketika dan disambung semula 5 minit kemudian.Amat jarang sekali serbuan diadakan.
Malah aktiviti mereka dilindungi oleh makhluk biru gelap bermotosikal yang setiap hari kenyang perut mengaut untung mengutip cukai daripada pondok casino ini.Dapat beraya sakanlah abang-abang bervest hijau floresen ini pada hari raya.AlhamDuringgit!
Bukan tempat aku yang jahil ini untuk memberi hukum dan fatwa kepada mereka,tapi aku amat malu untuk mengaku yang mereka ini seagama,satu sauf dengan aku dan aku amat kesal dengan makhluk biru gelap yang memberi duit raya kepada anak-anak mereka hasil daripada zakat kasino yang dikutip.

Harap pihak berkuasa lebih serius membenteras gejala jahanam ini dan menghentikan aktiviti ini sebagai acara tradisi pada hari raya.Harap-harap juga golongan tua tak sedar diri ini dapat dibuka hati mereka untuk bertaubat dan membimbing pelapis-pelapis mereka untuk menamatkan adat songsang ini.

Thursday, October 18, 2007

Maaf Zahir dan Batinku pada Kalian :)



Kepada rakan rakanku,

Harap harap masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kalian semua.

Jika ada tersalah tutur dan laku,tersalah taip,tersalah komen,tersalah terjah harap dapat dimaafkan.Semoga kalian bergembira bersama keluarga tersayang dan dirahmati.

Maaf juga kerana tidak berkesempatan memohon ampun sebelum hari lebaran ini kerna dihambat oleh banyak hal-hal yang perlu dilangsaikan.

ps: kepada pegawai khalwat dan doter yg kutuk kereta vios aku,aku maafkan hahahahahah......kerana aku dapat juga hadiah saguhati yang aku idamkan hehehe (RM 5000) hihihi :P

Wednesday, October 3, 2007

Kreatif Tak Kena Gaya?

Sanggupkah anda hiaskan kereta kesayangan anda macam di dalam gambar-gambar ni?Ini adalah kereta Toyota Viosku yang dengan kreatifnya di'grafity'kan oleh student-student aku yang gila ber'eksperiment'.
Menggunakan teknik 'print making' dan free hand spray.

Pandangan dari tepi bersama sport rim yang striking.

Pandangan dari depan.Cermin depan yang menyejukkan hehehe

Dari sebelah kanan kereta.

Back View sebelum nombor plat diletakkan.


Inilah hasil keseluruhan kereta idamanku.
Jangan terkejut dan komfius,aku masih waras.Ini adalah replika kereta yang dihantar oleh sebuah syarikat kereta import untuk satu pertandingan anjuran mereka.Setiap replika kereta bersaiz seperti kereta asli dihantar ke kolej-kolej seni untuk dihias oleh para pelajar.Setelah siap dijahanamkan,mereka akan datang untuk mengambilnya semula bagi sesi penilaian.


Harap-harap melekatlah hadiah.Saguhati pun jadilah.

Monday, October 1, 2007

Semalam Yang Hangat@Kari...............

Semalam aku dengan rakan seperjuangan dan produksi Waktu Sesudah Itu menghabiskan masa dengan berbuka puasa sarta bersahur barsama.Kedua-dua tempat dipenuhi dengan kari yang mengasyikkan.Lokasi kami adalah disebuah restoren yang tidak kurang ekslusifnya yang terletak bersebelahan dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM).Jadi ikan-ikannya semestinya yang segar-segar belaka.

Inilah menu utama restoren ini, Kari Kepala Ikan...............

Kari kepala ikan yang dimasak didalam 'clay pot' ditambah lagi dengan sotong goreng tepung,ikan siakap tiga rasa,telur dadar dan juga sayur kailan.
Masing-masing menunggu waktu berbuka dengan bau yang sungguh menggoda sambil bergambar sakan.

Master Piece.

Tuan pengarah yang tidak berhenti-henti melahap bak Majlis Perbandaran.
Setelah selesai menghabiskan sisa-sisa yang ada,kami sempat berjemaah Maghrib disitu sebelum keluar berfoya-foya.Destinasi seterusnya.....Karaoke sampai hilang suara.Sesudah itu perut diisi lagi dengan kari hasil tangan mamak Masjid Kapitan.Gerai ini adalah antara yang paling popular dan paling sedap di Tanjung.

Beginilah rupa gerai yang sanggup dikunjungi biar pun penuh sesak dan tiada tempat duduk.Hasilnya berbaloi.

Kelihatan pengunjung dengan sabar beratur menunggu giliran.Barisan sebegini memang sudah menjadi kebiasaan bagi pengunjungnya.

Gerai istemewa ini hanya memulakan operasinya pada pukul 12 tengah malam.Biarlah berduyun orang beratur gerai ini tidak akan beroperasi walaupun pukul 11.59.
Inilah Nasi Kandar Beratur.
Setelah selesai manjamu selera,kami semua berehat sambil mambiarkan nasi di dalam perut turun lalu berbincang tentang projek kami yang akan datang.Sampai dirumah kami semua tidur hingga lupa diri.
Inilah aktiviti kami pada malam minggu yang lepas.