Tuesday, October 23, 2007

Salam Raya Aidil'Judi'

Musim raya menjelang dan menghilang sudah.Ramadan dan Shawal disambut dengan penuh kemeriahan dan keinsafan dimana rata-rata umat Islam sibuk mengerjakan ibadah puasa disiang hari dan berterawih pula dimalamnya.Sungguh singkat rasanya Ramadan dan Syawal yang mulia ini bagi sesetengah orang yang benar-benar menghayati dan menghambat pahala ibadah puasa.

Tapi bagi sesetengah orang,peluang yang terhidang didepan mata ini langsung tidak membawa apa-apa makna dan tidak diendah.Aktiviti malam mereka dibulan yang mulia ini disumbat dengan dosa laknat.Pondok casino kampung atau flat menjadi destinasi pilihan.

Sudah menjadi seperti satu adat bagi sesetengah Melayu di Tanjung untuk membina pondok bagi tujuan berjudi pada setiap daerah kampung dan flat.Bermula pada malam pertama Ramadan hinggalah kemalam hari raya keempat atau kelima, pondok-pondok itu dikunjungi dan dipenuhi oleh orang-orang yang mempunyai BIN pada ‘IC’nya.Yang lebih menyedihkan lagi, mejoriti penjudi-penjudi amatur ini adalah golongan yang sudah dihalau rumah,digamit kubur.Dari masa kesemasa,dari tahun ke tahun,semakin ramai lapisan pelapis yang akan menyambung tradisi ini dimana ia tergolong daripada belia belasan tahun yang sudah cekap dan cepat tangannya bermain serta berurusan dengan kad dan wang.

Salah satu contoh tapak projek

Pada satu malam,jumlah wang yang dicampak ditengah-tengah meja judi ini paling busuk mencecah RM 10,000-RM 15,000.Duit yang dikumpul setahun entah-entah oleh anak bini akan dizakatkan kepada seorang bookie atau lebih dikenali sebagai 'tong’.

Aktiviti ini amat berleluasa apatah lagi tiada tindakan serius yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.Jika ada pun cuma sebagai mengambil syarat dengan sekali sekala menjelmakan diri cukup sekadar pejudi-pejudi ini bertempiaran dikawasan terdekat seketika dan disambung semula 5 minit kemudian.Amat jarang sekali serbuan diadakan.
Malah aktiviti mereka dilindungi oleh makhluk biru gelap bermotosikal yang setiap hari kenyang perut mengaut untung mengutip cukai daripada pondok casino ini.Dapat beraya sakanlah abang-abang bervest hijau floresen ini pada hari raya.AlhamDuringgit!
Bukan tempat aku yang jahil ini untuk memberi hukum dan fatwa kepada mereka,tapi aku amat malu untuk mengaku yang mereka ini seagama,satu sauf dengan aku dan aku amat kesal dengan makhluk biru gelap yang memberi duit raya kepada anak-anak mereka hasil daripada zakat kasino yang dikutip.

Harap pihak berkuasa lebih serius membenteras gejala jahanam ini dan menghentikan aktiviti ini sebagai acara tradisi pada hari raya.Harap-harap juga golongan tua tak sedar diri ini dapat dibuka hati mereka untuk bertaubat dan membimbing pelapis-pelapis mereka untuk menamatkan adat songsang ini.

32 comments:

NJ@Goboklama said...

aikkk,ada juga golongan nih di Msia? apa lagi jenis dosa yg org 'kita' lakukan ye? Takpolah butaseni,kita toksoh cagho ko orghe2 gituh ;)

Mak Su said...

aik? ada kaaa...? tak relevan ler kaedahnyer

Mimiamilia said...

Huhu..ada gak golongan camni dlm 'islamic' country ni ek..

Usia dah senja pon buat perangai.

Butaseni@Wan Raja said...

goboklama..............
a'ah kawe tok suko tengok.tok se!tok se!nate beto hehehehe

mak su..........
a'ah orang beraya diorang berjudi.

mimi.............
islamic country?hampir trlupa saya.hehehe
yang tu bukan dah senja,dah nak masuk isyak dah tu.

Pegawai Khalwat said...

Nampak sangat aku bukan orang lama kat Tanjung ni. Sebab aku sendiri tak tau menatang ni ada.

Hang memang berani! Teruskan Butaseni! Hang memang layak.....

Unknown said...

oih teroknyaaa kasi taboh kat depa tu

wanie_agk said...

perkara tu ada di mana-mana. bagus lah kerana ko selongkar..

Rozie said...

inilah yg dikatakan harapkan pagar, pagar mkn padi

Butaseni@Wan Raja said...

pegawai khalwat...........
layak?layak apa?tak layak pun mulut aku tak laku.

lindosh............
taboh?memang nak taboh tapi orang tu kebanyakkannya dah pangkat bapak dan atok saya,tak sampai hati lak hehehe

wanie...........
dah bertahun hati aku merekam memandang gelagat depa tu.menyakitkan mata.

rozie...........
pagar tak boleh diharap yang si padi pun dah tak boleh harap hehehehe

KAMATO said...

Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan, mungkin boleh juga dilapur ke pejabat agama

Anonymous said...

tahniah kerana ketengahkan masalah ni. respek abih

ariapertama said...

utk buta seni.
ini satu isu yg bagus,namun jgn jadikannya seperti skop berita atau laporan kes semata-mata.anda karyawan,bukan wartawan.baik kiranya berikan satu analisa atau apresiasi berdasar kebolehan anda yang kreatif.sampaikan rasional 'judi' itu sendiri.mungkin dari sudut budaya,pemikiran manusia,bukankah itu semua dimensi pemikiran kreatif dan rasional. biarkan kerja-kerja awam dibuat oleh pekerja media yang menjadikan berita ini periuk nasi mereka.kamu artis.harus memberi nilai baru ada kyalayak kamu.syabas.

Butaseni@Wan Raja said...

kamato...........
erm buang karen ja lapor.tiap tiap tahun macam tu jugak.

sambal belacan........
tq bro.aduh pedas

ariapertama............
hehehe kalau macam tu aku taknak jadi wartawan dah lah.ape kata aku teater kan je crita ni?kau compose muzik hehehehe

- G O R O - said...

Ingat kat kmpg2 jer ada.. main judi dalam kebun getah atau sawit..

Sekali tgh kota pun diaorang leh wat port main ek.

Keji sungguh

Azlan Zed said...

huhu. bahaya nih.

Anonymous said...

Salam :-)

Selamat Hari raya Aidilfitri lagi dan lagi. Amboi, dapat RM5000 ye (merujuk kepada entri di bawah). Minta duit raya.... Hehe..

Butaseni@Wan Raja said...

goro..........
uih adaa,lagi sakit mata.berterang terangan.

alan zed.......
ya bahaya bahaya

puteriezza.........
hehehe dah abis kitorang joli katak:D

Anonymous said...

yang sibuk-sibuk dengan kes judi ni...kau tu posa penuh tak?

akirasuri said...

Wah!
Ada orang marahlah bro.
Huh!

Emm.
Diorang tu,
Kubur kata mari mari.
Rumah kata pergi pergi.
Tapi tak pernah sedar diri lagi.
Nak tunggu apalah lagi.
Hidup dah sampai senja ni.
Bawak-bawaklah sedar diri.

Alahai.

Unknown said...

Malang sungguh manusia2 itu :(

Butaseni@Wan Raja said...

anonymous..............
perlukah aku jawab soalan yg orang sering tanya budak darjah satu?hehehehehe kalau aku tak posa pun aku makan sorang sorang dalam rumah,tu antara aku sorang dgn tuhan,tak menunjuk dan tak bangga dengan apa yg aku buat.

akirasuri....
hahaha wah siap pantun lagi.

zalisa...........
anak bini diorang laaagi malang.

jinggo said...

itu la masalah masyarakat kita kat sini..........
betoi cakap hang depa bangga yang depa boleh main judi depan tu......
bangga yang mak bapak depa dok kata kat orang tapi depa lebih dari setan............
apa guna ber puasa kalau nak berjudi............
dah tentu tak kan............
hanya allah yang mengetahui........
bila org tegoq..... depa nak pukoi org tu.....
hebat sangat kah depa tu...........
yang membuat perkara mungkar, apabila ditegur marah..........
hebat sangat kah mereka yang bertanya org puasa atau tidak....
kalau diri sendiri tak becermin.....
itu tak kira lagi ayaq kencing setan yang depa dok minum lagi.......
syabas butaseni...........
satu pendedahan yang berani.......
semoga Allah memberkati dan melindungi kita dari perkara tersebut........

Wira Nordin said...

dasyatnya...
mungkin mereka boleh gantikan Tan Sri Lim Goh Tong kelak
muhahaha

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

biar betulllllllllll
nauzubillah..minat dijauhkan penyakit tu dalam kaum kerabat watashi..
taknak!!

Butaseni@Wan Raja said...

jinggo..........
yeah bebey yeah.larat ka kita nak tebgok depa ni tiap tiap tahun.sanggupkah anak anak kita esok terpengaruh dengan depa ni,jadi pelapis depa?

wira................
hahahahahaha bakallah tu.malaysia(melayu) boleh!

watashi.....
ya jauhkan.

pjoe said...

haih
apa punya turrr!

posa2 pun main jodi ka?
tak malu betul.

blackpurple @ jowopinter said...

Sesungguhnya manusia yang 'lupa' itu akan selalu kerugian...

Panggillah TV3 buat liputan. Kalau nak harapkan pegawai beruniform biru itu.....hmmmm......2 x 5 kot!

tegezoot said...

Aidilfitri disambut bagi meraikan kemenangan melawan hawa nafsu... Ini terbalik kuang, merayakan kemenangan mengikut nafsu!

Nur Hafiza Hasan said...

astaghfirullahalazim.
speechless kawe.. speechless.

Butaseni@Wan Raja said...

nazjoe...........
hahahaha lama aku tak dengar turr tu hahaha.
haaa memang depa tu turr!!

jowopinter...........
haa betul tu,karam singh walia cukup suka dengan benda macam ni.hehehe

tegezoot...........
fuuhhhh,hg menang ahli falsafah ulung pulau pinang.

miss_tree.........
ya,ayat yg pertama tu sudah.kalau sambung lagi mesti nak menyumpah diorang tu hehehe

faridmw said...

salam..
teruk la tu la tak tobat2 lagi...

Khutub Kannah said...

ohooo...camtu pon ada nooo...takpa la perkara ni telah didedahkan....so...orang yang rasa ada kena mengena dengan perkara tu cepat2 la ambik tindakan dengan segera....