Friday, November 30, 2007

Keraian Pemenggal Kepala

Ayat 'BANGSA KITA MEMANG KAYA DENGAN SENI BUDAYA' memang sudah tak perlu diungkapkan lagi,satu dunia sudah tahu.Bagi masyarakat Kadazan Dusun pula tarian adalah merupakan satu lambang kemegahan mereka dan tarian ini adalah tarian untuk menyambut pahlawan-pahlawan kebanggaan mereka pulang setelah berjaya melawan musuh disamping membawa kepala musuh yang dipenggal bagi tujuan ritual(mengelak daripada roh-roh jahat mengganggu dan juga bencana kepada pahlawan). Tarian yang meniru pergerakan burung ini dikenali sebagai tarian Sumazau.

Selain daripada kegagahan pahlawannya,daerah ini juga terkenal sebagai kawasan subur untuk penanaman padi sawah dengan kecekapan pemburunya dan kawasan yang kaya dengan ikan air tawar.

Tarian Sumazau adalah tarian yang popular sekali dalam kalangan suku kaum tersebut dan ia juga wujud melalui kepercayaan spiritual iaitu pemujaan terhadap Bambazon(semangat padi) bagi masyarakat Kadazan Dusun di daerah Penampang.Tarian ini juga beerti menari dengan penuh keriangan dan kejayaan bagi masyarakat Dusun,sumazau bukan sahaja lambang jati diri bangsa,tetapi terus memainkan peranan sebagai satu cara mengucapkan syukur dan terima kaseh kepada 'semangat' yang telah memberi kemudahan dan kesenagan kepada mereka.

Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian ini terdiri daripada 6 biji gong yang berlainan saiz dan sebiji gendang.Alat-alat yang digunakan dapat membuatkan penonton lebih terpaku menyaksikan pergerakan burung ini.'Pangkis' atau pekikan dalam bahasa Melayu adalah suara kemenangan dan kejayaan mesyarakat Dusun yang juga merupakan isyarat kepada perubahan setaip gerak dalam tarian tersebut.

Tapi sekarang tarian ini hanya ditarikan untuk menyambut tetamu,majlis-majlis keramaian,perkahwinan dan juga pesta keamanan(Pesta Menuai).Amat jarang sekali ia berkait dengan dunia mistik dan ritual.
Harap kibasan sayap burung ini akan terus berkibar selagi bangsa kita wujud didunia.

Tuesday, November 27, 2007

ORANG MINYAK LAWAT ZOO TAIPING

Tanggal 24/11/2007 bersamaan hari sabtu yang lepas,selesailah sudah sesi jelajah teater Devian Dogma dimana Taman Budaya Kuala Lumpur menjadi destinasi terakhir kami.Tempat duduk auditorium di taman budaya itu sepatutnya diduduki oleh ramai lagi penonton namun hanya separuh sahaja dipenuhi (tak penuh leer hehe) dan walaupun memenatkan namun ia memberi kepuasan yang maksima kepada kami kerana dapat mementaskannya dihadapan orang-orang teater dan juga aktivis-aktivis yang berpengaruh di KL.

Rata-rata reaksi para penonton begitu positif dan memberangsangkan kerana penggiat seni disini lebih terbuka mindanya dan dapat menerima metafora yang di tunjolkan oleh tuan pengarah dan penulis skrip kami.Sesi viva atau sesi soal jawab kami juga berlangsung dengan positif sekali dengan soalan-soalan yang ditujukan menunjukkan yang mereka faham dengan intipati skrip.Ia seolah-olah memberi tonik kepada kami para pelakon setelah penat berkuntau bersilat semasa persembahan.

Taman Budaya Kuala Lumpur yang sungguh unik.

Kami juga amat berbesar hati bila dapat berjumpa dengan beberapa rakan blogger yang melawat kami sebelum dan sewaktu persembahan.Kami juga terharu dengan beberapa rakan kami yang hadir memberi sokongan sebelum persembahan kerana tidak dapat hadir pada sebelah malamnya ,trima kaseh Rena dan ada juga yang datang kehotel tempat kami menginap untuk berkenal dan melepak dengan kami.Terima Kasih Goro.(kami hargai kau sebab datang dari rumah yang agak jauh tu).

Selepas persembahan, kami agak sibuk menjawab soalan yang bertubi-tubi ditujukan sehingga tidak berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan yang lain.Mungkin ada lagi yang hadir,jika ada kami ingin memohon maaf sebab tidak sempat bersua muka.Kami amat terharu dengan seorang rakan yang walaupun tidak sempat bersua tapi berbesar hati dengan kehadiran kami ke KL dengan memberi kami cenderahati yang sungguh istimewa,menjunjung kasih Cik Bunga Rampai,kami sangat menghargainya.



Post para pelakon mengikut character masing-masing.


Keesokkan harinya,pada hari Ahad kami pun dengan senang hati bergerak pulang ke Tanjung dengan tiada tekanan dan tiada hambatan masa.Memandu dengan perlahan dan relax,sempat juga melawat Zoo Taiping,satu aktiviti santai yang menjadi kebiasaan kami setelah penat bekerja.

Friday, November 16, 2007

Final Countdown :Devian Dogma (24/11/2007)

Masa sedang bergerak pantas,
Nadi pengarah juga pelakun semakin mengganda,
Tarikh persembahan semakin menghampiri jelas,
Pelbagai langkah dan gerak diperkemaskan untuk kepuasan anda.

Dengan tarikh persembahan tidak lama lagi,ahli kumpulan Bakawalee sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk persembahan di Kuala Lumpur.Tuan pengarah dan juga tukang fikir,tukang reka dan tukang kerja belum puas memerah otak untuk menjayakan lagi persembahan Devian Dogma: Orang Minyak Mengganas.

Kami juga sebagai pelakon sedang giat untuk memperkemaskan lagi mutu lakonan,emosi dan penghayatan watak ditambah pula dengan langkah-langkah silat dan aksi-aksi stunt yang baru dan yang lebih mendebarkan.Setiap malam kami memberikan sepenuh perhatian dan tenaga untuk meningkatkan dan memperbaiki lagi lakonan dan pergerakan tanpa mengira penat.

Aksi pertempuran diantara Jamrud dan Tejo.

Surti yang berang dengan kebodohan Jamrud.

Pergaduhan Jamrud dan Tejo dihentikan oleh sebuah lembaga.
(siapakah dan apakah lembaga itu?saksikan)

Kepada rakan-rakan maya ku yang berada di sekitar Lembah Klang,kami Kumpulan Bakawalee yang dianggotai oleh Pegawai Khalwat,Butaseni,Jinggo dan Tegezoot ingin menjemput anda semua untuk hadir menyaksikan persembahan kami disamping menyokong dan memeriahkan lagi teater Malaysia.

Tempat : Taman Budaya Kuala Lumpur,Jalan Bandar.
(Bersebelahan Balai Polis Trafik)
Tarikh : 24 November 2007
Jam : 8:30 malam

MASUK PERCUMA

Kami sangat berharap agar rakan-rakan maya kami turut bersama dalam perjuangan kami.Kami juga berharap agar dapat juga kita bersua muka.

ps:Kepada rakan-rakan blogger,kami menyediakan cenderamata khas yang terhad untuk anda.

Saturday, November 10, 2007

The Next Picasso

Setiap hujung tahun,student-student aku akan adakan pameran seni untuk mamasarkan dan untuk diberi markah oleh pemeriksa luar.Banyak karya-karya seperti senibina,fesyen,hiasan dalam dan juga seni halus.Satu karya yang paling aku minat adalah karya seorang student aku yang paling berbakat dan telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan di Wolverhamton University of Art.

Berkonsepkan Cubisme,dia meneroka form yang telah dicipta oleh Pablo Picasso menjadi lebih modern.Cubisme adalah gabungan artifak dari africa yang dipamerkan di Paris pada masa itu dan juga sebuah kajian seorang saintis yang bertajuk 'The Multiple Point of View' diamana ia lari dari bentuk asal sesebuah figura.Konsep ini juga adalah kegemaran aku,jadi karya Ray Loh ni adalah kesukaan aku.:) (pilih bulu betul kan?hehe)



Arca-arca yang dihasilkan Ray


Kreatif menggunakan bahan buangan.


Gabungan 2D dan 3D ini adalah kesukaan aku.


Sebuah arca yang berinspirasikan "Vinus of Valendoff" yang menerangkan tentang kesuburan wanita.

Walau macam mana pun aku bangga dengan budak ni sebab dia low profile dan sangat humble.Harap dia berjaya manjadi the next Pablo Picasso.

Tuesday, November 6, 2007

BIKIN FILIM!!!!

Baru-baru ni,aku terlibat dalam sebuah produksi sebuah filem yang tidak kurang hebatnya.Sebuah sambungan kepada bahagian pertama.Yang pertama dulu memang mendapat sambutan,box-office.Aku dapat belajar satu lagi cabang,cara untuk berlakon didepan kamera.Difilemkan disekitar bandar Georgetown,filem ini telah menggunakan lebih kurang 150 pelakon extra.

Pelakon utamanya sempat berbincang dengan stuntmannya.

Lokasi penggambaran.(Di Lebuh PAntai,Georgetown,nampak seakan-akan Paris)

Inilah motor heroin crita ni.Ada watak superhero baru.


Stuntman menerima arahan daripada stunt co-ordinatornya.

Dikala malam menjelang,baru nampak ketidak profesionalan produksi ini.Menunggu dari pukul 3:30 petang,aku hanya mula berlakon pada pukul 11:15 malam.Setelah berlatih sebelum shoot beberapa kali,4 shoot diperlukanh untuk babak yang aku terlibat.Didalam babak itu termasuk juga watak-watak utama seperti hero dan heroin.Dapat jugak aku berlakon dengan muka-muka popular ni.Tapi nanti muka aku entah nampak atau tidak.

Keadaan dibelakang lampu semasa salah sebuah adegan penting.

Ramai pelakon tambahan yang terlibat dalam babak didalam office tu.Setelah selesai shooting babak office tadi.Tuan director dengan bijaknya memberhentikan sementara adegan itu dan menyambung satu adegan lain yang melibatkan pelakon utama sahaja.Jadi yang extra ni terpaksa tunggu sebab satu lagi shot dari angle berbeza akan dijalankan.
Detik 3:30 pagi,masih lagi menunggu.Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.Yang bercharactor kumpulan A,B dan C adalah kumpulan extra yang cuma lalu lalang.Kumpulan aku,A,baru selesai shoot.B dan C terpaksa tunggu.Tiba pukul 4:10 pagi,satu pengumuman diberikan."kepada kumpulan B dan C,babak anda dibatalkan,anda boleh balik",kata casting director.Betapa bengang dan hancurnya hati kumpulan itu,dahlah tunggu dari pukul 4 petang,pastu balik macam tu saja.

Sekumpulan mat saleh yang berang dengan keputusan itu.Casting director sedang 'slow talk" untuk
menenangkan sekumpulan mat saleh yang 2 hari tak mandi.
Inilah watak aku.Wartawan yang entah nampak,entah tidak hahahahaah.Cuba teka pukul berapa tu?nampak mcm tengah hari,padahal pukul 5 pagi.

Selesai pengambaran babak aku tepat pada pukul 7 pagi.Kemudian balik mandi dan terus ke office.Mengantuk ya'amat amat.Entah apa yang aku ajar student aku hari tu.Sepatutnya produksi jutaan ringgit seperti itu lebih cekap menguruskan masa.Apa kata selesaikan dulu adegan-adegan yang melibatkan pelakon tambahan dan extra.kemudian sambunglah dengan watak utama yang memang sudah sign contract.Jadi tidaklah menyeksa orang lain.Kan?Kalau tak kerana agent aku yang pandai menjaga hati pelakonnya dah lama aku blah.Cuma aku pandang muka dia saja.Tapi aku amat respek sekali dengan hero crita ni.Walaupun sibuk,stress dan penat.Beliau masih boleh senyum dan bermesra dengan pelakon tambahan dan bergambar dengan orang luar yang tidak dikenali.Dengan sikap sebegini,memang patut dia berada diatas sekarang.

Itulah aktiviti aku pada hujung minggu itu.Satu pengalaman baru.

Thursday, November 1, 2007

Sehari Bersama Bonyari

Suatu petang sedang aku menjamu mata bersama teman-teman di Batu Feringgi Night Market,tiba-tiba terasa seperti telinga aku ditarik oleh bunyi-bunyian yang sungguh memukau.Lalu aku dan member-memberku terpacak didepan kumpulan ala-ala hippies itu.Nafsu untuk aku membelek jam tangan tiruan,DVD RM4 dan pelbagai pakaian berjenama tiruan langsung hilang.Mata dan telinga hanya menumpu kepada BONYARI BAND.



Dengan menggunakan alat-alat musik dan bunyi-bunyian yang unik dan amat jarang sekali dilihat,kumpulan dari negara mentari terbit ini berjaya memukau para pengunjung night market itu. Aku kurang arif tentang nama alat-alatan mereka tapi yang aku tahu cuma alat yang seakan semboyan panjang itu namanya Didjuridoo,mereka memang berbakat besar dengan seorang boleh bermain sekurang-kurangnya tiga instrument.Taraf mereka kalau pemusik dinegara kita sudah pasti sudah banyak menghasilkan album.Dengan persembahan seperti itu,orang ramai tidak langsung bosan dan lokek memasukkan wang kedalam beg gitar mereka.Tepukan gemuruh diberikan setiap kali mereka memainkan lagu.






Malangnya sedang kami asyik melayan telinga kami,hiburan pada malam itu diganggu dan dihentikan oleh lembaga biru gelap bervest floresen yang dengan kejamnya menghalau kumpulan DragLog ini dari situ.


Sikap rendah diri dan menghormati tuan rumah membuatkan aku ingin mendekati mereka.Sempat juga aku bersembang dan bertanya beberapa soalan kepada mereka.Dan dengan ramah sekali mereka melayan aku seperti aku seorang pegawai imigresen.Nasib baik hampir kesemua ahlinya fasih berbahasa inggeris.


Bermula pada malam itu,aku selalu berkomunikasi dengan mereka dan sering menonton persembahan mereka disekitar bandar Georgetown.Rata-rata para penonton amat menyukai persembahan mereka.Tiba-tiba suatu idea tehinggap dibenak otakku.Lima hari lagi, KeKKWa Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari RAya,apa salahnya aku menjemput mereka untuk bermain dan memperkenalkan budaya mereka kepada penduduk tempatan.Idea aku itu disambut dengan besar hatinya oleh kumpulan ini.Dengan tidak membuang masa lagi aku bersama Jinggo terus 'mengontek' kakitangan dan pengarah Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan P Pinang.Lampu hijau mereka berikan.


Meraka melompat kegembiraan pabila mereka dijemput untuk bermain disitu.Lebih mengembirakan lagi kerana mereka dapat menikmati pelbagai juadah istimewa hari raya dan melihat banyak tarian serta persembahan kebudayaan kita pada malam itu.Bonus lagi diberikan apabila KeKKWa menyediakan kostum tradisional kita untuk mereka pakai pada malam persembahan.


Aku sempat memberi satu salinan CD lagu raya yang dikirim oleh Puteri Ezza untuk mereka berlatih beberapa lagu raya."If you play these songs,people will love you more' kataku dan dengan pantas mereka berlatih.Cuma dua hari diperlukan untuk mereka menguasai dua-tiga lagu raya.

Segak sungguh mamat-mamat DragLog ini berbeju Melayu.


Tiba di Taman Budaya Tanjung pada malam itu,ternyata mereka amat terpegun dengan majlis yang begitu besar.Mungkin mereka tidak menyangka 'parti' yang aku maksudkan sebesar itu.Mereka terlalu teruja untuk bermain sehinggakan terlupa untuk menjamu selera.





Inilah persembahan mereka pada malam itu.


Setelah selesai bermain,mereka dijamu pula dengan makanan yang enak lazat dibilik VIP.Licin meja itu dikerjakan mereka mungkin akibat terlalu lapar.Mereka juga diberkan tepukan gemuruh,dikerumuni oleh ramai peminat dan wartawan pada malam itu.


Ketika didalam kereta semasa pulang ke motel,mereka tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih dan setelah aku melepaskan mereka ditempat penginapan,kesemua ahli kumpulan itu sangat gembira dan memelukku.Di Jepun,selepas persembahan tiada siapa pun akan bercakap atau memberi tepukan kepada kami,tidak disini.Kami rasa seperti artis popular,kata Kiko,seorang ahli perempuan Bonyari sambil mengesat airmata gembiranya.


Itulah aktiviti dan sumbangan kami(BAKAWALEE) kepada penduduk Pulau Pinang pada hari raya lalu,memperkenalkan dan mempelbagaikan lagi seni persembahan disini.