Saturday, November 10, 2007

The Next Picasso

Setiap hujung tahun,student-student aku akan adakan pameran seni untuk mamasarkan dan untuk diberi markah oleh pemeriksa luar.Banyak karya-karya seperti senibina,fesyen,hiasan dalam dan juga seni halus.Satu karya yang paling aku minat adalah karya seorang student aku yang paling berbakat dan telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan di Wolverhamton University of Art.

Berkonsepkan Cubisme,dia meneroka form yang telah dicipta oleh Pablo Picasso menjadi lebih modern.Cubisme adalah gabungan artifak dari africa yang dipamerkan di Paris pada masa itu dan juga sebuah kajian seorang saintis yang bertajuk 'The Multiple Point of View' diamana ia lari dari bentuk asal sesebuah figura.Konsep ini juga adalah kegemaran aku,jadi karya Ray Loh ni adalah kesukaan aku.:) (pilih bulu betul kan?hehe)



Arca-arca yang dihasilkan Ray


Kreatif menggunakan bahan buangan.


Gabungan 2D dan 3D ini adalah kesukaan aku.


Sebuah arca yang berinspirasikan "Vinus of Valendoff" yang menerangkan tentang kesuburan wanita.

Walau macam mana pun aku bangga dengan budak ni sebab dia low profile dan sangat humble.Harap dia berjaya manjadi the next Pablo Picasso.

32 comments:

wanie_agk said...

aku suka yang bawah sekali. mcm dugong pun ada

kamaruladli said...

aku suka no 2 tuh. ade sket2 cam muke ko kan? hehehe... gurau aje bro.

crunchyahcock said...

apa persamaan pablo picasso ngan pablo montoya????

Danisha said...

Aku paling suka dengan gabungan 2D & 3D tu.....

Suka tapi kan paham sangat pun kan? heheheh....
mesti setiap arca an karya ada maksud tersendii kan?

- G O R O - said...

Kreatif
Seni

Baguih depa nie xbutaseni.
Turun ilmu skit camna hang ajaq?

butaseni said...

wanie..........
haaa aku baru perasan hahaha

kamaruladli...........
ya betul,sebijik.aku kan inspirasi diorang haha

ahcock.........
pablo piacasso pelukis agung pablo toya tu hang hahaha

danisha........
tak paham pun takpe janji sedap mata memandang.

goro...........
aku mengajaq dengan memberi depa kebebasan untuk memilih konsep,dengan cara tu depa dapat mengekspress dengan lebih creative :)

Pegawai Khalwat said...

Bila hang nak buat solo?

Tanya budak ni dia nak buat solo tak? Free saja!

crunchyahcock said...

huih pegawai suruh buat 'free show'...??

Mak Su said...

hik hik hik, aduhhhh, aku tak paham tang gambar yg last tu... apa relevancynyer? sori ler... nampak sangat aku ni tak de bakat seni.

Sastri said...

tengok header blog ni, terus teringat lagu Walk Like An Egyptian... :D

lindosh said...

unik!

amirahsyuhada said...

hmm susah saya yang butaseni ni nak menilai.

tapi memang sesautu yang mengkagumkan jika seorang student tempatan, mampu bt camni.

butaseni said...

pegawai khalwat........
aku nak buat solo?hahaha monolog bolehlah.mana ada masa.budak ni pun bulan 1 nak blah ke wolverhamton.

ahcock..........
hah hang baru tau selalu bakawalee buat show free?

mak su.........
yang last tu memang takde kena mengena dengan yang atas sebab itu adalah salah satu assignment 3D dia.yang atas tu semua satu konsep.

sastri...........
yeah.saya minat tu.

lindosh.......
ya betoi hehe

amirahshuhada............
ish memang orang malaysia setaraf dengan artis luar.

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

watashi????garu kepala...
amenda nih???

ahahaah..tak paham utk menilai seni

Nezjoe said...

talented
gifted

itu baru anak muridnya

belum tgk gurunya

blackpurple @ jowopinter said...

Pergh!

Artistik, seni, 'berjiwa'. Sungguh!

Tahniah kepada murid2 kau itu. Kepada kau juga, gurunya.

jinggo said...

gabungan 3D ngan 3D tu cantik......

jinggo said...

eh silap 3D ngan 2D

butaseni said...

watashi..............
mai nak tolong garu hehehe
takpa hayati ja

nezjoe............
heheh guru dia dah tua.macam master yoda,dia relax ja,lepas young padawan dia je hahahaha

jowopinter...........
tq bro.ini time diorang pulak untuk expose.

jinggo......
hang tau lampu hijau tu ja harga RM450.takpalah dia ni kaya ya amat.

alan zed said...

genius. didoakan anak murid hang berjaya. :)

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Amin, amin, amin. Doa seorang guru insyaAllah makbul.

akirasuri said...

Hasil yang berseni.
Unik.
Suka!
Paling menarik yang guna bahan buangan tu :)

butaseni said...

alan zed...........
tq,tp xpa suruh dia doa cara dia sendiri hahahaa

zalisa.............
amin

akirasuri........
haaa yang tu best hehe

Izariza said...

Seni itu kadangkala .. walaupu boleh dipelajari tapi rasa saya banyak dipengaruhi bakat semulajadi kan?

Tahniah untuk pelajar itu.

Ceera said...

orang seni memang pelik2, hehe..

saya rasa number 2 sangat cumel, =D

butaseni said...

izariza...........
ya bakat tu no 2 sebenarnya.no 1 adalah kemahuan,kerajinan.tq sis

ceera.............
ye ke?peloik ke?saya ok je hehehehe
a'ah cumeeellll!!hahahahaha tq

bunga rampai said...

Waaahh ...
Guru kantoi masa megajar(dalam kelas sebab dengar lagu)pun boleh hasilkan pelajar sehebat ini ;)

Syabas!

butaseni said...

bunga rampai............
hahahahaha mana tau?hahahaha
musik tu adalah semangat untuk diorang,baru otak berjalan cergas.:D

m i n e r a l . . . said...

lasayat ini budakkk jgn sia-siakan bakat dia...

butaseni said...

mineral...........
ya dia dasyat.

zubin said...

kenape tak tulis lebih banyak tentang budak ni, hang ni pensyarah seni halus ke, nak belajaq dgn hang boleh ke. i like to get in touch with this kid sebelum dia pi mana2 boleh ka?

fakhrul_blueszy said...

hai......sya suke ar dengan seni tuh