Baru-baru ni,aku terlibat dalam sebuah produksi sebuah filem yang tidak kurang hebatnya.Sebuah sambungan kepada bahagian pertama.Yang pertama dulu memang mendapat sambutan,box-office.Aku dapat belajar satu lagi cabang,cara untuk berlakon didepan kamera.Difilemkan disekitar bandar Georgetown,filem ini telah menggunakan lebih kurang 150 pelakon extra.
Pelakon utamanya sempat berbincang dengan stuntmannya.
Lokasi penggambaran.(Di Lebuh PAntai,Georgetown,nampak seakan-akan Paris)
Inilah motor heroin crita ni.Ada watak superhero baru.
Stuntman menerima arahan daripada stunt co-ordinatornya.
Dikala malam menjelang,baru nampak ketidak profesionalan produksi ini.Menunggu dari pukul 3:30 petang,aku hanya mula berlakon pada pukul 11:15 malam.Setelah berlatih sebelum shoot beberapa kali,4 shoot diperlukanh untuk babak yang aku terlibat.Didalam babak itu termasuk juga watak-watak utama seperti hero dan heroin.Dapat jugak aku berlakon dengan muka-muka popular ni.Tapi nanti muka aku entah nampak atau tidak.
Keadaan dibelakang lampu semasa salah sebuah adegan penting.
Ramai pelakon tambahan yang terlibat dalam babak didalam office tu.Setelah selesai shooting babak office tadi.Tuan director dengan bijaknya memberhentikan sementara adegan itu dan menyambung satu adegan lain yang melibatkan pelakon utama sahaja.Jadi yang extra ni terpaksa tunggu sebab satu lagi shot dari angle berbeza akan dijalankan.
Detik 3:30 pagi,masih lagi menunggu.Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.Yang bercharactor kumpulan A,B dan C adalah kumpulan extra yang cuma lalu lalang.Kumpulan aku,A,baru selesai shoot.B dan C terpaksa tunggu.Tiba pukul 4:10 pagi,satu pengumuman diberikan."kepada kumpulan B dan C,babak anda dibatalkan,anda boleh balik",kata casting director.Betapa bengang dan hancurnya hati kumpulan itu,dahlah tunggu dari pukul 4 petang,pastu balik macam tu saja.
Sekumpulan mat saleh yang berang dengan keputusan itu.Casting director sedang 'slow talk" untuk
menenangkan sekumpulan mat saleh yang 2 hari tak mandi.
Inilah watak aku.Wartawan yang entah nampak,entah tidak hahahahaah.Cuba teka pukul berapa tu?nampak mcm tengah hari,padahal pukul 5 pagi.
Selesai pengambaran babak aku tepat pada pukul 7 pagi.Kemudian balik mandi dan terus ke office.Mengantuk ya'amat amat.Entah apa yang aku ajar student aku hari tu.Sepatutnya produksi jutaan ringgit seperti itu lebih cekap menguruskan masa.Apa kata selesaikan dulu adegan-adegan yang melibatkan pelakon tambahan dan extra.kemudian sambunglah dengan watak utama yang memang sudah sign contract.Jadi tidaklah menyeksa orang lain.Kan?Kalau tak kerana agent aku yang pandai menjaga hati pelakonnya dah lama aku blah.Cuma aku pandang muka dia saja.Tapi aku amat respek sekali dengan hero crita ni.Walaupun sibuk,stress dan penat.Beliau masih boleh senyum dan bermesra dengan pelakon tambahan dan bergambar dengan orang luar yang tidak dikenali.Dengan sikap sebegini,memang patut dia berada diatas sekarang.
Itulah aktiviti aku pada hujung minggu itu.Satu pengalaman baru.
37 comments:
Amboiii, buat filim ye. Tak nak amik kite belakon sama ke? Hikhik :-P
Puteri,
Macam nak belakon jugaklah.....hehehehe
Filem sini atau filem luar?
Apapun kalau lalu kat Lebuh Pantai memang rasa macam kat Paris jer.
cicak man ke? hehe.
puteri ezza..............
tu lah sape suruh pegi duduk oversea hehehe
danisha..............
nak blakon?filem ni dah abih,nak join group teater kami bolehlah.sila oi sila
alan zed.............
ya,akulah #%$(^MAN!!ha itulah dia.
heh,citer cicak man ke???
ehehe..watashi tak tgk pun yg 1 tu taktau nape..kalu yg kedua ni..kalo betul ada butaseni..mcm nk kena tgk gak la..ahahahaha
best..best..popularla ko nanti, ya..
alamak...ala ala segan plaks ngan butaseni.. maklumler, sekarang dah jadi artis.. nanti geng ngan hero sajork
waaaa...artis arrr la ni...mintak autograf bley ka???
huhuhu sudah jadi org filim ekk/..
good lucksss!!
jgn lupa diri dah.....
watashi.................
hehehe tengoklah,muka saya nampak ke tidak belum tentu hehehe
wanie............
aik watak tambahan je nak popular macam mana:(
mak su.............
hahahahahaha hro hro tu pulak tak nak kawan dengan saya hehe
rozie.............
hehehe watak tambahan pun nak jugak?huhuh
mimi............
insya allaaaaaahhhhhhh.
ahcock..............
aku tetap w@*R#J+ YANG HAMPA KENAI :D
Takpa, tak lama hang pun akan jadi macam artis popular yang profesional dan tak bongkak tu.
Pasti!
Psss... bila pulak nak shoot dengan Afdlin Shauki dan Mamat Khalid? Hari tu dah deal kan?
Tahniah.... tu dah hampir nak jadi pelakon artis
hehehe tingat dulu jd xtra waktu sek menengah, citer panggilan pulau versi baru arahan [lupa la, mamat misai nipis yg suka belakon citer style lama2 tuh ahmad apa ntah]... mmg kena tunggu dr ptg sampai 3 pagi br shoot... sib baik waktu tu cuti sekolah... dpt rm50 dh rasa besar giler hehehe...
mmg style penggambaran macam tu kot bro... shooting pagi2 nie takde gangguan kot.
walau apa pun nk kena gi tgk gak nie citer siri ke-2 nih heheeh...
p/s: email autograf bole? jejjejej
wwwooooooo.............
pelakon filemmm....
tabit sama lu la kawan....
tangan atas...
tangan bawah......
tangan atas...
tangan bawah......
pegawai khalwat............
aku takkan bongkak hehehe.
oi,aku ni taraf extra ja.
kamato...........
aku memang artis bro......pelukis jalanan hehehe,bukan pelakon filim.
mineral..............
ah tu ahmad fauzi hehehe
memang macam tu shooting,tapi kalau time managemant dia kena lebih lancar pengambaran.
cicakman ke? waaa... dah mengorak langkah ke dunia pilem dah nih... :D
jinggo...........
read my lips....tuuuuutttttt!!
sastri..........
baru blaja :D
nanti kalau aku dah mcm model, jemput aku jugak berlakon dgn ko ye..teringin jugak nak jadi separa artis nie
crite ape ni bro? cicakman ker?
nati nak mitak autograf ye saudara butaseni ;)
Sudah jadi orang jalan Ampas;
Kembangkan sayap.
Congrats bro.
LEpas nie jadi HERO UTAMA.
Wah! Tahniahlah! Kau dah menapak ke satu langkah ke depan lagi. Jadi bintang pelem pulaklah lepas ini yek..
Psst...Berapa diaorang bayar kau...? He he he!
wira nordin........
laaa nanti kau jadi model macam mana nak blakon dgn aku,aku tak elok.kau kena lah blakon dengan hans isaac hehehe
nelly berry.........
tajuk dirahsiakan hehehehe
nak autograf?hehehehe
saya ni seniman yang hina je :D
goro.........
haa aku tengah try best ni bro.
dokan aku.
jowopinter..........
tengah merangkak panjat gunung.belum pun sampai kaki bukit.
ui lumayan sangat.boleh beli BMW 5 series hahahahaha.
fuyoooooooooo, nampak cam siang tu, tapi pagi rupenya, hebat2... kasik autograf bang, hehe~
biasalah produksi layan extra camtu, depa tak terpk yang extra2 tulah dah confirm penonton panggung filem tu, tanpa extra2 tu tak sempurnalah filem tu. Tapi biasalah orang bila dah kat awan, mana nak pandang orang lain yang kat atas pokok.
Wah3x..dalam diam rupa2nya dah jadi makin fofular ya :)
phewittttt
masuk film tuu
hehe
btw, cicakman 2 ke ni?
hurmmm
ceera........
a'ah lampu dia besar rumah hehe
amirahsyuhada........
itulah dia hehe
imammawaddah........
fpfular amendenye :)
nezjoe.........
rock on dude!!
Tidak lama lagi saya bakal membaca gosip-gosip tentang seorang pelakon filem yang popular bernama ... eh, apa nama glamer awak? :D
Menimba pengalaman - itu yang penting.
wah!
untungnya saya kenal awak sebelum jadi pelakon terkenal :D
he he he.
steady la bro!!!
bunga rampai...........
ya gossip-gossip liar hahahahahaha
don't worry saya ni clean punya :D
akirasuri.............
uuuuuuuu susah ooo nak terkenal sebab saya tak ensem :(
ahcock...........
yeah yeah jamboree!!
ehem.. nak sainnnnnnn!
;D
wei ari ahad pi treking lagi nak???
ala-ala jamie oliver kita buat bekal.
pastu kita post kat blog bagi member bloggers yg jauh nun jelessss
arianna adrizal......
nak sign?hehehehehe tak laku kot.
ahcock......
ahad ni ka?ya!aku akan bawak sate muahahahahaha
Tertanya-tanya saya - apakah judul pelem itu. Sekali ku pandang ala2 cicak man gitu...biarkan aku terus meneka dalam kesamaran:P
Suka seni tapi rabun2 pasal seni
Post a Comment