Friday, November 30, 2007

Keraian Pemenggal Kepala

Ayat 'BANGSA KITA MEMANG KAYA DENGAN SENI BUDAYA' memang sudah tak perlu diungkapkan lagi,satu dunia sudah tahu.Bagi masyarakat Kadazan Dusun pula tarian adalah merupakan satu lambang kemegahan mereka dan tarian ini adalah tarian untuk menyambut pahlawan-pahlawan kebanggaan mereka pulang setelah berjaya melawan musuh disamping membawa kepala musuh yang dipenggal bagi tujuan ritual(mengelak daripada roh-roh jahat mengganggu dan juga bencana kepada pahlawan). Tarian yang meniru pergerakan burung ini dikenali sebagai tarian Sumazau.

Selain daripada kegagahan pahlawannya,daerah ini juga terkenal sebagai kawasan subur untuk penanaman padi sawah dengan kecekapan pemburunya dan kawasan yang kaya dengan ikan air tawar.

Tarian Sumazau adalah tarian yang popular sekali dalam kalangan suku kaum tersebut dan ia juga wujud melalui kepercayaan spiritual iaitu pemujaan terhadap Bambazon(semangat padi) bagi masyarakat Kadazan Dusun di daerah Penampang.Tarian ini juga beerti menari dengan penuh keriangan dan kejayaan bagi masyarakat Dusun,sumazau bukan sahaja lambang jati diri bangsa,tetapi terus memainkan peranan sebagai satu cara mengucapkan syukur dan terima kaseh kepada 'semangat' yang telah memberi kemudahan dan kesenagan kepada mereka.

Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian ini terdiri daripada 6 biji gong yang berlainan saiz dan sebiji gendang.Alat-alat yang digunakan dapat membuatkan penonton lebih terpaku menyaksikan pergerakan burung ini.'Pangkis' atau pekikan dalam bahasa Melayu adalah suara kemenangan dan kejayaan mesyarakat Dusun yang juga merupakan isyarat kepada perubahan setaip gerak dalam tarian tersebut.

Tapi sekarang tarian ini hanya ditarikan untuk menyambut tetamu,majlis-majlis keramaian,perkahwinan dan juga pesta keamanan(Pesta Menuai).Amat jarang sekali ia berkait dengan dunia mistik dan ritual.
Harap kibasan sayap burung ini akan terus berkibar selagi bangsa kita wujud didunia.

26 comments:

Mak Su said...

ada idea menarik ker uols tetiba crita sumazau ni?

- G O R O - said...

Orang seni tetap suka apa2 yang berkaitan ttg seni.

Teruskan usaha kamu memertabatkan seni dan budaya yang ada.

Nanti aku boleh dtg tgk.

rena said...

saya datang sini!!

rena said...

saya datang sini!!

rena said...

saya datang sini!!

butaseni said...

mak su............
hehehe idea tu adelah skit(rahsia dulu).tapi yang penting supaya adat ni tak lenyap terus,takat ni saja saya boleh bantu mengekalkannya dengan berkongsi bersama semua kawan kawan.:)

Goro.............
ya pasal yang ni semua khazanah kita semua :)
tq bro.

rena........
mai mai, sila sila :D

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

tarian sumazau??
ms kecik2 dulu watashi pernah menari utk wakil sekolah tadika
ahahahaha

Mak Su said...

oh..... hmmmmm, tunggu dan lihat, ek (dah gi rumah jamilah? http://jamilahyangayu.blogspot.com/)

KAMATO said...

Tarian ini sering dipertontonkan di satu sea food restoran di KK, memang mengasyikan bila tenguk tarian ini

Pegawai Khalwat said...

Sumazau?
Jauh merantau?
Apa kantau?

Hau hau hau!

alan zed said...

semoga sayap burung terus berkibar...

umi ameer said...

aku boleh bayangkan, ko pakai cam baju dorang tu, pastu goyang-goyang tarian semazau... asikkkkk!

blackpurple @ jowopinter said...

Tarian Sumazau itu, selain dari budaya bangsa juga salah satu bentuk senaman, sangat sesuai untuk exercise tangan dan lengan.

Sastri said...

haa... tarian ni sas biasa tengok... 'steps' nya nampak 'simple' tapi belum tentu boleh buat dengan betul... :D

akirasuri said...

Wah! Jauh merantau ke sana..
Apakah orang sana sudah mencuri incet butaseni kita ini..
he he he..

Info yang menarik!
Teruskan :)

tegezoot said...

terbanglah merantau meninggalkan kampung halaman bujang menuju ke kota keriangan perkahwinan.

Wira Nordin said...

salam...
kamu pernah tgk tarian sewang?

bunga rampai said...

Salam,

Nampak senang, mengipas-ngipas tangan macam burung helang. Tapi seninya cukup halus. Saya rasa paluan gong juga bukan mudah untuk dilagukan.

Pernah menari sumazau?

'Pesta Keamanan' bukan 'Pesta Kaamatan'?

amirahsyuhada said...

saya biasa lihat tarian ni dipersembahkan waktu bertugas di Beluran, sabah dulu. Memang unik, tapi tak tahu pula ada cerita disebaliknya.

Disana, remaja-remaja mereka memang amat bangga dengan budaya suku kaum mereka, mereka minat tarian tradisional suku kaum mereka, dan tahu mentarikannya.

Tidak seperti semenanjung, segala tarian itu hanya sekadar menjadi bahan ketawa remaja kini.

butaseni said...

watashi...........
masa tadika?hahahaha kejap tengah nak imagine hahahahaha comey!!

mak su..........
jap mak su tengah bagi salam,takde orang jawab pun :)

kamato............
ui best jugak makan seafood sambil tonton hehe

pegawai khalwat.............
tak boleh habaq lah hahahaha

alan zed...........
ya mudah mudahan.

umi ameer...........
saya ka?hahaha tak sesuai,kerass!

jowopinter...........
ya,kalau nari hari hari mmesti tangan macam van damn hehe

sastri............
ya memeng sudah ya'amat.kalau salah nampak macam sponchbob hahaha

akirasuri.............
curi hati?wahh jauhnya hahaha.teringin nak pergi gak.

tegezoot...........
kota keriangan perkahwinan?kota keriangan genting pernahlah aku dengaq.jangan dok buat pandai!

tarian sewang?yaaa nanti saya tulis lak :)

bunga rampai.............
dua dua pun boleh hehehe

amirahshuhada............
ya betul satu bahan jenaka bagi remaja.alhamdulillah KekkwA SEDANG MEMARTABATKAN SENI BUDAYA.INSYAALLAH ia akan terpelihara.

jinggo said...

best la kalau tengok depa menari............
aku selalu tengok...........
hihihi dalam tv la.....
teringin jugak nak tengok yang bukan dalam tv la..........

13may said...

tak penah layan secara 'live' lagi tarian nih...agak2 buleh kena rasuk dak???
hehhe

butaseni said...

jinggo.............
hang teringin nak tengok live?semalam kan anak buah abang mi tengah training sumazau dalam studio2.hang p lah menjamu mata dalam tu hahahaha

13May..........
hang duduk penang kan?haa hang mai rumah p ramlee,join jinggo jamu mata tengok penari kebudayaan penang golek :)

pjoe said...

gadis2 kadazan dusun sungguh comel2
hehe

wanie_agk said...

menarik sekali. mcm baca buku sejarah

butaseni said...

pjoe........
ya betoollllll!!!hahahaha
kesitu pulak kau hehe

wanie............
eh ye ke?itu belum guna bahasa bangsawan lagi tu hehe