Jangan risau,kalau nak ,cuba kita buat bersama.Aku boleh kongsi dengan kawan-kawanku.
Dibawah adalah langkah-langkah untuk melukis bahagian muka (perempuan).Mari kita try......
Langkah pertama ialah dengan melukis sebuah kotak mengikut saiz dan bentuk muka yang ingin kita lukis.Kecil dibawah dan besar dibahagian atasnya.
- Kotak yang pertama adalah contoh muka atau rangka yang normal,yang kedua muka lebar atau tembam hehehe dan yang ketiga adalah jenis muka panjang dan kurus.
-Kemudian gariskan satu garisan tengah supaya muka yang dilukis nanti seimbang.
-Lukiskan satu garisan bagi menandakan posisi mata.Separuh daripada ukuran kotak tersebut.Contoh,Jika kotak itu panjangnya 12cm maka garisan mata itu terletak pada centimeter yang ke-6.
-Diikuti dengan garisan hidung iaitu separuh dari ukuran mata tadi.Ia terletak diantara garisan mata dan dagu.
-Garisan mulut pula terletak diantara garisan hidung dan dagu.Sedikit tinggi daripada kiraan separuh.
Langkah 2

Langkah kedua adalah dengan melukis rahang muka dan juga bentuk kepala.Garisan itu tidak boleh keluar daripada kotak yang terlebih dahulu dilukis kerana kotak itu adalah merangkumi saiz,panjang lebar dan juga bentuk muka.
Langkah 3

- Setelah selesai proses ini barulah kita masukkan rambut.Rujuklah buku-buku atau majalah untuk menambah idea. (seperti gambarajah di atas)
Langkah-langkah untuk melukis :
Langkah-langkah untuk melukis :
Mulut/Bibir

Hidung
Bermula dengan sebuah bentuk bulat yang dilukis pada pertengahan garisan hidung kemudian diikuti dengan lubang hidung.Langkah yang terakhir adalah dengan menambahkan garisan ditepi bagi menunjukkan tinggi atau lebar hidung tersebut.Jika hidung tinggi,bulatan itu lebih kecil dan dua garisan tepi itu tidak begitu jauh jaraknya.
Mata
Mata

Sekian.Selamat Mancuba.
ps :aku tak pernah mengajar dalam internet macam ni.Hari-hari secara live dan mudah untuk aku men Demo.
Kalau tak paham tanya aku,ok.