Friday, September 28, 2007

Kelas Melukis Butaseni hehehehe

Langkah-langkah melukis Potret/Kartun/Karikatur

Pada entry aku yang lepas (Sibuk Bak Dewa Seni), ramai yang mengomel dan mamuji lukisan aku yang bernama Princesses of Songkhla.Terima Kaseh kawan-kawanku :) .Tapi yang menarik perhatian aku dalam ruangan komen adalah komen-komen sebilangan sahabat-sahabatku yang teringin hendak melukis tapi 'tak reti'.
Jangan risau,kalau nak ,cuba kita buat bersama.Aku boleh kongsi dengan kawan-kawanku.
Dibawah adalah langkah-langkah untuk melukis bahagian muka (perempuan).Mari kita try......

Langkah 1
Langkah pertama ialah dengan melukis sebuah kotak mengikut saiz dan bentuk muka yang ingin kita lukis.Kecil dibawah dan besar dibahagian atasnya.
- Kotak yang pertama adalah contoh muka atau rangka yang normal,yang kedua muka lebar atau tembam hehehe dan yang ketiga adalah jenis muka panjang dan kurus.
-Kemudian gariskan satu garisan tengah supaya muka yang dilukis nanti seimbang.
-Lukiskan satu garisan bagi menandakan posisi mata.Separuh daripada ukuran kotak tersebut.Contoh,Jika kotak itu panjangnya 12cm maka garisan mata itu terletak pada centimeter yang ke-6.
-Diikuti dengan garisan hidung iaitu separuh dari ukuran mata tadi.Ia terletak diantara garisan mata dan dagu.
-Garisan mulut pula terletak diantara garisan hidung dan dagu.Sedikit tinggi daripada kiraan separuh.

Langkah 2



Langkah kedua adalah dengan melukis rahang muka dan juga bentuk kepala.Garisan itu tidak boleh keluar daripada kotak yang terlebih dahulu dilukis kerana kotak itu adalah merangkumi saiz,panjang lebar dan juga bentuk muka.

Langkah 3

Setelah mendapat bentuk,saiz dan lebar muka tersebut baru kita masukkan mata,hidung dan mulut.Aku nasihatkan supaya hidung dilukis dahulu sebab ia mudah dan terletak ditengah-tengah muka,dengan ini juga kedudukan muka lebih seimbang.Kemudian diikuti dengan mulut sebab ia juga mudah.Bahagian yang paling susah adalah mata.Jika mata disalah lukis bermakna seluruh muka tidak akan sama dengan orang yang ingin kita lukis.
- Setelah selesai proses ini barulah kita masukkan rambut.Rujuklah buku-buku atau majalah untuk menambah idea. (seperti gambarajah di atas)

Langkah-langkah untuk melukis :


Mulut/Bibir

Bermula dengan garisan tengah (yang memang sudah sedia ada pada rajah diatas).Masukkan bibir bahagian atas dan bawah,Kemudian masukkan juga kedut-kedut pada bibir supaya kelihatan lebih 'real' lagi.

Hidung
Bermula dengan sebuah bentuk bulat yang dilukis pada pertengahan garisan hidung kemudian diikuti dengan lubang hidung.Langkah yang terakhir adalah dengan menambahkan garisan ditepi bagi menunjukkan tinggi atau lebar hidung tersebut.Jika hidung tinggi,bulatan itu lebih kecil dan dua garisan tepi itu tidak begitu jauh jaraknya.


Mata
Langkah yang paling penting untuk melukis mata adalah dengan melukis setiap garisan yang boleh dilihat seperti dikelopak mata garisan dibawah mata kerana ini adalah satu 'trandemark' pada seseorang itu.
Sekian.Selamat Mancuba.

ps :aku tak pernah mengajar dalam internet macam ni.Hari-hari secara live dan mudah untuk aku men Demo.
Kalau tak paham tanya aku,ok.

29 comments:

Rozie said...

cik butaseni...gambar idung tak der ker? idung

:: dotter :: said...

haah.... mana idung??

~terima kasih, cikguuuuuuuuuuu!!!!

ninadewe said...

wah.. kalo nk wt cam cik butaseni mesti punya jari yang luwes (sorry, tatau apa dlm b.m) klo tjari kaku cam saya mn leh wt camtu.. sy reti buat kartun je.. kartun khayalan sy.. hahah

sungguh berbakat.

klo kt dlm family sy, yg reti buat cam cik butaseni tu hanya mama n abang sy je =)

Puteri Ezza said...

Hikhik. Best! Ada kelas melukis online la. Free pulak tu. Terima kasih :) Kalau nak minta ajar guna warna berbentuk cecair, boleh tak? Hehe. Saya tak reti.

Kalaulah saya mempunyai kebolehan melukis gred A mcm Buta Seni ni, sayalah manusia yang paling gumbira. Saya minat lukisan dan minat melukis juga. Tapi saya pelukis gred E aje. Ala, yang reti lukis 'orang lidi' mcm budak tadika tu. Hikhik.

butaseni said...

rozie dan dotter........
alamak aku tertinggal hidung hahahahaha
next lesson ok hehehe

Ninadewe...........
eh mana pulak tangan kamu keras,kan kamu ni perumpuan hehehe
saya laki bukan pondan mestilah tangan keras hehehe
hah sekarang kamu belajar lepastu lagi bagus pada abang kamu :D

butaseni said...

puteri ezza..........
aik tengah jawab komen tetibe awak masuk hehehe
a'ah free lesson dari butaseni.hehehe
nak terrer,ok,saya ajar.

jinggo said...

kalau nak lukis muka kongkang cam mana pulak...........

IndahSakura said...

Terima kasih kerana ikhlas beri tunjuk ajar kat sini :)

rena said...

cikgu,
dah siap ni!!
saya nak A bintang

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Ada tutorial buat melukis muka lagi. Nanti aku pun nak cuba lukis muka aku sendirilah.

Usaha yang murni bro' . Tahniah!

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Ada tutorial buat melukis muka lagi. Nanti aku pun nak cuba lukis muka aku sendirilah.

Usaha yang murni bro' . Tahniah!

alan zed said...

pergh, hang memang bakat. :)

butaseni said...

jinggo................
kongkang?ha lepas ni pulak.bewak parit mau? :D hehehehehe

indahsakura...............
same same.try tau. :D

rena...............
dah siap?bagus meh cikgu nak tengok.........................................masya allah, ini kuda.hahahahahahaha
gurau je hehehe

lama manghilang?

jowopinter..............
hehehe bro,kau lukis gambar kau macam zaman rock kapak dulu,mesti gempak hehehehe

alan zed................
ish aku cuma tau basic ja.tq bro

Ceera said...

uwaaaaaa.. tak reti tak reti, saya dah cuba, tapi jadi muka hantu, sangat hodoh ok!!!

kamaruladli said...

thnks for the tutorial. ape kate ko letakkan gambo ko jadik model?

amirahsyuhada said...

saya susah nak lukis mata tu, bibir mungkin boleh lagi, tapi nak buat dia hidup, memang payah

akirasuri said...

he he he..
terasa macam belajar seni masa tingkatan 3 dulu jek :p

apapun. Terima kaseh untuk entri ni..
kamu berbakat!
sungguh!
:)

Pegawai Khalwat said...

Awat mesti perempuan ha?
Awat tak dak muka laki ha?
Muka pakcik ka, makcik ka, tok ka ha?


Psss... aku lukih idung pun ambik masa 3 jam. Aku rasa 24 jam konsentrate baru boleh jadi muka orang. Tu pun tak konpem elok.

Nampak sangat hang Dewa Seni Visual.

Puteri Ezza said...

Wahai Dewa Seni! Hikhik. Itulah yang dinamakan sehati sejiwa. Hikhik.
......
Buat apa hujung-hujung minggu ni?
......
Ada lukisan lain lagi tak selain daripada Princesses of Songkhla buat santapan mata saya? :-)
......
Gambar yang awak kirim kat e-mel tu saya nak minta izin untuk mem'print'nya. Boleh?

::QasiehFirdaus:: said...

uh.. cmni sy pun ank buat juga lah.. sy ade lah gak sedikit bakat.. bakat yg tumpul.. :)

wanie_agk said...

alahh, ini aku pun ada belajar masa kat sklh menengah dulu..lain xde ke?

butaseni said...

ceera............
hehe try try.mesti boleh punya.awal awal hodoh pun takpa lama lama boleh lah tu.

kamaruladli.............
aku model?oh tidak.sungguh hodoh.

amirahsyuhada.............
nak bagi hidup?hehehe itu tuhan je yg boleh hahahahaha

akirasuri.............
ya memang semua pernah balajar dulu.saya cuma refresh je hehehe

pegawai khalwat................
pasai apa pompuan?supaya hang boleh lukih potret bini hang.hehehehe
aik dah ada nama baru untuk aku?ceh

puteri ezza............
hujung minggu ni kami (geng teater) keluar berfoya foya hehehe tunggu next entry.
hah,nak print,printlah hehehe

qasehfirdaus.............
hah,tumpul?asah asah.nanti saya ajar lain lak hehehe :)

wanie.............
yang lain?hehehe tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Paris said...

ada bini lawa kalau x nak lukis pun tak guna... janji dah lama... x de pun...

butaseni said...

paris..............
heheheheehehehe :D
tulah sapa suruh duduk jauh bebenor hehehe

m i n e r a l . . . said...

bagus la cikgu nih... sy dh try tp tak jadi gak muka awek2 gua tuh heheh tgn keras kot, dok guna pc lama sgt... errr..r.r idung takde.. telinga pon takde yerk dlm ini sessi :)

Izariza said...

Salam E. Seni,

Begitulah ... buzynya saya sampaikan baru hari ni saya berkesempatan membelek entri kamu, dan akhirnya jumpa juga dengan bahagian paling best!! Huhu .. saya sungguh seronok! That's what I want, really!

Ok .. apa kata lain kali .. ajarkan pula cara melukis pemandangan.. boleh ke? Special request ni bro!Thanks in advance :)

maPieCeoFarT said...

uii...
brief tapi berguna...
leh aku apply wat assignment storyboarding...
aku mmg bermasalah sket lukis org...in detail..
huhuhahah...! thanx!!
sti lecturer aku kagum...

=)

syafiq said...

terima kasih klu perlu ajar lagi kami boleh...(^_^)

雨林画室 teearts.studio (Malaysia) said...

tee's ART CENTER 《美术绘画中心》
Hello! My name is Tee, I working as visual artist since year 1993.
Welcome contact me and join my art center, to make your self became artist!
( * None monthly fee require)
Map & information - http://teearts.multiply.com
Handphone: 012-2791328