Monday, September 24, 2007

Rumah Untuk Tatapan Umum

Sudah bertahun kawasan rumah P Ramlee atau lebih dikenali sebagai perkarangan Taman Budaya Tanjung menjadi tempat lepak,berkumpul,bersosial dan juga tempat latihan dan ia boleh dikatakan sebagai rumah keduaku namun tidak pernah terlintas dibenak otakku untuk mengunjung ke rumah Lagenda itu.

Pada suatu petang,sedang aku menunggu yang lainnya untuk berlatih teater bangsawan yang baru,terlintas pula difikiranku untuk menjenguk teratap unik itu.

Disini aku ingin berkongsi bersama rakan-rakan mayaku..................


Rumah P Ramlee


Rumah yang dibina semula seperti keadaan asal tempat Lagenda itu dibesarkan iaitu di Jalan P Ramlee,Pulau Pinang.


Keadaan didalam kamar P Ramlee bersama-sama dengan perabot dan juga sebilangan baju yang pernah dipakai olehnya.


Antara Baju-baju yang pernah dipakai oleh P Ramlee


Katil zaman dulu kala yang kukuh,kuat yang diperbuat daripada besi dan bertiang.


Keadaan di dapur


Inilah potret kedua ibu bapa P Ramlee.

Satu langkah yang cukup baik yang diusahakan oleh Jabatan Arkib Negeri Pulau Pinang untuk mengekalkan keunikannya disamping memberi pendidikan kepada umum.

30 comments:

jinggo said...

memang cantik rumah tu....
aku pon baru sekali masuk saja....

Pegawai Khalwat said...

Elehh...
Hang pun nak mengetest Sony Ericsson Cybershot 3.2 Megapixel tu kan? Kan? Kan? Kan?

Puteri Ezza said...

Saya belum pernah berkunjung ke rumah tersebut. Nanti berpeluang ke sana, ajaklah saya pergi ye :-)

Sony Ericsson Cybershot 3.2 Megapixel??? Baru ek? Hehe.

butaseni said...

jinggo........
ya cantik.hang masuk degan sapa tu?hehehhe

pegawai khalwat............
sambil menyelam minum air.lani aku nak tunggu si musang tu jalan atas wayer letrik depan gerai kak Norma.ramai yg tak percaya aku cakap dalam entry aku yg dulu tu.

puteri ezzza.........
wokeh nanti awak sampai sini kita pegi,nanti siap ada kompang sekali hehe
baru?hehehehehe :D

DiaHarris said...

bestnya.. tak pernah pergi situ.. rasa macam nak gie lar nanti..

selamat berpuasa!

miss_tree said...

Beliau satu dalam sejuta.
Tiada yang dapt mengganti..

Erkkkk..sungguh cantik lukisan dalam entry terdahulu.
Dah siap save..

miss_tree said...

Oppps...tlupa..
Background song sangat menarik!
Reminds me of hometown..
[sbb bunyi mcm ala-ala wayang kulit gitu.. correct me if I'm wrong~]
:D

blackpurple @ jowopinter said...

Elok, sekurang-kurangnya boleh jadi tatapan generasi akan datang...

Allahyarham memang suka baju kotak-kotak ekk....

artisticklytouch said...

mari ber'3G' kalau hang ada duit la he he

sapa nak pi rumah P.Ramlee, jangan pi malam, sebab P.Ramlee selalu takdak, dia pi makan tosai dengan Ahmad Nesfu. Saloma ada tapi dia penyegan sikit..

butaseni said...

DiaHarris...........
Sila o sila.nanti i jadi tourist guide nya hehe

miss_tree........
hehe TQ.Ya memang lagu wayang kulit - dewa panah perang.

jowopinter..........
ya.memang boleh dikatakan hampir separuh daripada bajunya berkotak.

art...........
ber3G?boleh?aku7 ada duit tp tak mau membazir ber3G dgn hang hahaha
for ur info benda yang selalu aku dok mantion tapi dah bertahun tak jadi jadi tu seperti yg hg selalu perli aku tu...just happened mua hahahahaha

ps: P Ramlee tu LKA,Ahmad Nisfu tu Diaz dan Saloma tu sapa?Mustika?hahahaha

alan zed said...

rumah encik ramlee b putih. al-fatihah. semoga rohnya tenang di sana. :)

kamaruladli said...

kadang2 terfikir juga apa agaknya komen P Ramlee dengan industri filem sekarang.

faridmw said...

salam...

umah yang mengingtkan kita seniman2 terdahulu... senyum selalu..

butaseni said...

alan zed...........
ya.bila melangkah masuk secara automatik hati akan terbaca al fatihah.terharu beb.

kamaruladli.........
a'ah ek.agaknya dia akan kutuk tak?

faridmw..........
haaa sambil sedekah fatihah sambil tersenyum selalu :)

david santos said...

Thanks for posting, butaseni!
Very nice photos.
Have a good day

ninadewe said...

waaa... i like this!! P. Ramlee is one of my fave artist.. huhuh..

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

cantikkkk!!!!!

- G O R O - said...

Kawan aku baru balik dari Penang buat outdoor photoshoot..
Byk gak gambar umah nie dia amik.
Canteek

butaseni said...

david santos..........
mille grazie. :D

Ninadewe.........
suka ye?datanglah sini :)

hana ni mo nai........
kalau live lagi canteekk

goro..........
ya ka?awat tak habaq hehe

akirasuri said...

oh oh!
saya suka tengok gambar!
Terima kaseh kerana berkongsi :)

Arwah sehingga kini masih belum ada pengganti..
mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat.. amin..

Puteri Ezza said...

Cakkkkk! Masih sibuk bak Dewa Seni ke? Hikhik. Bila nak bagi alamat? Nak pos cenderamata Aidilfitri ni :-)

Kompang? Memang ada ke?

Nezjoe said...

pergh!
dah lama aku teringin nak jejak kaki ke situ

rumah legenda...
ada aura yg kau rasa masa kau jejak situ?

butaseni said...

akirasuri..........
cara saya amik gambar tak seterrer awak :)
ya belum terganti.

puteru ezza..........
hahahahahha adaaa kompang untuk awak sorang je.hehe
alamak lupa di dalam kesibukan.

nezjoe.............
aura?adaaaaaaa.rasa mcm nak ke toilet.ari tu masa sahur aku makan tandoori hahahahaha

goboklama said...

sedihnya tengok baju bergantung tuh, al-fatihah utk arwah...

:: dotter :: said...

yup... al-Fatihah buat arwah.

~semoga warisan nya sentiasa terpelihara & dikenangi selalu..

~aku lum berkesempatan p ke sana, mungkin satu harin nanti.. :)

butaseni said...

goboklama........
ya al-fatihah juga secara automatik dlm dada masa kat situ.

ps: apa masuk goboklama? :)

dotter..........
kau bawaklah student kau melawat,tak pun abang kau hehehehe

Puteri Ezza said...

Untuk saya sorang aje ke? Bukan untuk kita berdua? Hikhik. Jangan marah aaa. Gurauan pagi Khamis :-)

Terima kasih ye. E-melnya telah diterima :-)

Mak Su said...

bagus untuk generasi muda

Sastri said...

terima kasih kerana berkongsi gambar... tak dapat p ke sana sendiri, sekurang-kurangnya dapat tengok gambar pun jadi laa... :D

butaseni said...

puterri ezza........
mana boleh,kompang untuk satu kampung dengar hehehe
ooh dah dapat ye?nannti hantar ye hehe

mak su......
ya mak su bagus.nanti generasi cucu kita pun kenal dia hehe

sastri..........
enjoy...........