Setelah hampir setahun berhijrah dari utara ke ibu kota dan dari kehangatan lampu pentas ke silau cahaya lampu di belakang kamera,akhirnya pengorbanan aku membawa hasil.Bukan sekadar susah payah dan penat lelah sahaja yang perlu aku curah,nasib dan rezeki juga tampil disebelah.
Walaupun banyak juga muka aku dapat diselitkan di dalam drama-drama melayu di tv,tidak pernah terlintas peluang ke skrin panggung datang dengan begitu cepat.Berkat doa mak ayah barangkali.Pernah juga aku tanam dalam benak otak aku yang aku akan berjuang hingga menjadi pelakon utama sebuah filem tapi tidak secepat ini.Alhamdulilah,rezeki datang awal.Aku tak akan hampakan sesiapa.
Aku telah mendapat kepercayaan daripada pengundi-pengundi yang kerap melawat murai.com. bagi membawa watak Ghous seorang bi sexual yang mata keranjang, seorang orpotunist dan akan berganding dengan seorang lagi pelakon yang mendapat undian tertinggi bagi watak seorang transexual iaitu Arja Lee dalam filem ...Dalam Botol.Tetap merasa yang rezeki memihak kepada aku dan bukan kerana aku lebih hebat dari dua orang pelakon senior yang berentap merebut watak itu.Ternyata aku memang menghormati dua orang pelakon ini dan berharap akan dapat bekerja dengan mereka di masa akan datang.Aku berharap juga ia akan menjadi kerjaya tetap aku untuk bertapak dan mencari rezeki.
Sekalung budi,jutaan kasih kepada 'casting director' saudara Adlin Aman Ramli dan penerbit filem ini Puan Raja Azmi dan juga saudara Khair Rahman sebagai pengarah kerana memberi kepercayaan serta sesiapa sahaja yang mengundi juga yang menyokong aku selama ini.Kepada kawan-kawan blogers yang kian melupai aku (sebab dah lama aku tak jenguk),akan aku kembali aktif selepas ni memandangkan aku sudah berpindah rumah dan coverage internet lebih baik. :)
ILL BE BACK!!
28 comments:
bro,
congrats!!!
moga terus berjaya, tahniah...aku tunggu filem tu
mimie
tq sis,eh yg dalam fb tu awak ke?
kamato
yeah bro,nanti tgk tau heheheh
hahahhaa.....
pindah yaaaa....
hahaha.....
kalau dah mulakan dengan watak pelik cenggitu, saya rasa tak mustahil utk butaseni menapak lebih jauh dan bakal lebih banyak kali lagilah kita dapat lihat wajah awak di skrin lebar, skrin tak lebar. tahniah!
nanti saya cuba-cuba jugak ler gi nonton cerita dot dot dalam botol ni :)
kawan blogger tak lupa, tapi kita paham ler kalu awak bizi :)
caiyuk caiyuk
takpa, hang baru 3 bulan tak hapdet. Ada orang satu tahun pun tak hapdet.
jinggo..........
ya!a whole new world!
mak su.....
insya allah saya akan buat terbaik dan give it all to u all.
ya memang bz sgt dlm 2-3 bulan ni.
tq mak su
pk.......
tulah,aku rasa mcm lama gila x masuk blog,cuma dan update tp xdan nak jengok org.tp xse bz kerja hang lah hehehe
congrats!!! so from nw on rajin2 update tau! skang hang dh mai KL...tang mana ni? dah jadi org KL la noooo :P
Dah jadi selebriti kau sekarang eh....
halogamora.....
hmmm dah dok subang sekarang hehee.tp tetap kerap balik tanjung :)
jowopinter.....
oih mana ada.skit skit je hahah
wah, congratulasi bro.
all the best.
:)
congrats! jgn lupa kt aku.
kih kih. :)
congrats! :)
mana ada sapa pun melupakan lu la bro!
hehe
congrats!!suke3~
Salam Wan Raja (cik kak pulak yang rasa glamer bila sebut nama ni ... hehehe..),
Tak pernah lupa! Cuma barangkali kalau nak hadiahkan sesuatu, kenalah yang glamer-glamer juga, bukan yang biasa-biasa ... :P
Tumpang gembira atas kejayaan, moga terus berjaya!
Tahniah! Go Butaseni go!!!
dah bertahun kenal saiful wan raja ni...
tapi bila pandang-pandang...
hensome juga dia ni...
hmMmmm...saiful..i sayang u...
alan zed.........
giving all my best bro
tq
lovechenta.....
mana boleh lupe.reunion tetap nak kau yg handle.jgn dah kawin xleh lak
claire....
tq so much
nyda.....
good luck jugak show hangpa
bunga rampai.....
hehehe insya allah saya buat terbaik.kalau terjumpe jgn lupe tegur k.salam
resdong.....
gila!
resdong...i pun sayang u jugak :p
aku nak sayng hang jugak buleh.....blah!!! aku bannga jadi hang kawan aku kawan hang yg kawan nan kawan2 aku yg juga kawan hang!!! tahniah kawan aku
ari tu rasa mcm putra lrt tu senget..
rupa2nya si art yang naik tren
pastu rasa mcm kurang oksigen jer kat KL ni..
rupa2nya hampa plak yang berhijrah..
tp x per, bila kita berkongsi warna langit dan udara yang penuh dengan bau asap kereta.. kita akan jadi kebal dan boleh memusnahkan raksaksa berduri dengan penuh keyakinan. yeay!!!
all the best to u. saya doakan yang baik2 saja untuk kamu.
congrats!!
betul2 bz nih....sila update yee org subang :P
aaaai...dengaq cita beribu akan dihabiskan kat kereta...cayooq!baru rock...
wak
Salam....
Anda tidak buta....tahniah!!!!
sesiapa yg ikuti entri-entri dlm blog ini akan dalam mengenali watak dan perwatakan wan raja. watak dinamik yg mungkin akan berubah status sosialnya selepas ini.
artsoul...
p komen blog depa la :P
ahcock.....
lagi sorang
rena.....
hehehe banyak sangat raksasa sini
tq rena
@xim.....
tq bro!bila nak masak kat aku haha
halogamora.....
coming soon my twin sister hehe
wak.....
hang dengaq pun dari aku,tu cuma plan
indah hairani......
baru dok bukak mata :D
zizie ali....
mengubah status sosial?
biar betul bro hahahahha
never!
mineral dah tonton 'dalam botol' tahniah utk butaseni... cerita itu agak berat, tp kecewa dgn penonton, mgkin jika flim itu dtg dari eropah mereka lebih serius.... tahniah sekali lagi. teruskan usahamu.... errrr nasi arab bila nie hauhauhau.
Post a Comment