Monday, June 1, 2009

Anak Tangga Ke Ketiga....Akhirnya.


Setelah lama menghilang dan setelah sekian lama merangkak dalam dunia drama dan perfileman,kini tiba masa untuk aku bangun dan mengorak langkah seterusnya.Anak tangga yang kedua mula aku tinggalkan.Tangan sedang menggapai anak tangga yang ketiga.

Kali ini aku diberi peluang untuk menulis dan berlakon cerita aku sendiri.Hasil perbincangan aku bersama rakan karib (Azad Jazmin),producer,pengarah dan pengarah fotografi di sebuah gerai di Ampang,tercetuslah idea untuk menghasilkan


"ANAK MAMAK,MENANTU MAMI"



Dibintangi oleh Azad Jazmin (Anak Mami),Faezah Elai (Otai) dan Aku sendiri dibantu oleh pelakon-pelakon teater Pulau Pinang dan juga dibantu oleh Mamak Mydin arahan Zulkifli SallehGhani,cerita ini mengisahkan tentang kehidupan sebenar anak mami di Pulau Pinang.


Sinopsis
Mengisahkan seorang pelajar yang sangat meminati anak-anak mami yang terdapat di universitinya.Dalam bilik kuliah,pensyarahnya memberikannya satu tugasan perlu disiapkan dalam masa cuti semester yang akan datang.Tugasannya memang sesuai sangat dengan minatnya “Pulau Pinang”.Mazir perlu mendapatkan seseorang yang dapat membantunya.
Jabbar seorang romeo yang merasakan dirinya seorang hero hisdustan,hobinya adalah mengurat perempuan-perempuan yang berada di dalam perpustakaan padahal tidak ada seorang perempuan pun yang mahu melayan kerenahnya.Walau bagaimanapun,Cuma Jabbar seorang yang dapat menolong Mazir.Mazir datang kepada Jabbar untuk memintanya membawa pulang ke Pulau Pinang.



Sampai di Pulau Pinang,Mazir sungguh teruja menaiki feri.Memandangkan ini kali pertama dia ke Pulau Pinang,dia sangat teruja melihat permandangan yang indah itu.Sampai dirumah,keluarga Jabbar,Mamak Sultan dan mami Jora Bee menyambutnya sebagai seorang tetamu dengan baik tetapi Jabbar sempat berlari menyembunyikan bingkai-bingkai gambar keluarganya kerana tidak mahu Mazir tahu yang dia punya seorang adik.
Pada paginya,Mazir terkejut melihat banyak makanan diatas meja denganmenu-menu yang sangat asing baginya.Selepas sarapan,Jabbar membawa Mazir berjalan-jalan disekitar Georgetown.Jabbar sempat memperkenalkan Mazir kepada bapa saudaranya Mamak Mastan.Walaupun Mamak Masan dan abangnya Mamak Sultan adalah musuh ketat,tapi Mamak Mastan masih melayan mereka dengan baik.Pelbagai kejadian yang pelik dapat Mazir alami sejak sampai di Pulau Pinang.


Mamak Sultan pulang kerumah selepas berniaga terlanggar air takungan lalu terkena jirannya yang juga musuh ketatnya Mamu Basyah dan berlakulah pergaduhan.Bukan setakat mamak dan Mamu yang bergaduh,isteri-isteri mereka juga turut masuk campur untuk menunjuk hebat.Ini lagi mengelirukan Mazir.
Setelah seharian berjalan,Mazir terasa haus dan turun ke dapur untuk mendapatkan air, ternampak kelibat orang diruang tamu dan dia terus menangkap orang itu.Kemudian lampu dibuka dan sebenarnya orang yang ditangkapnya adalah Shasya Bee,adik kepada Jabbar.
Sejak itu Mazir menaruh hati kepada Shasya Bee.Dalam diam,Mazir kerap mengintai Shasya Bee sehingga ia disedari Jabbar.Shasya Bee seorang pelajar kolej dan seorang anak mami yang pendiam serta menjaga tatasusilanya sehingga rakannya Normi Basyah,anak kepada Mamu Basyah mula mengajaknya berfoya-foya dipusat karaoke sehingga Shasya Bee menjadi teruja untuk mengikut kemana sahaja Normi p bilik sebelah.




Satu hari dengan tidak diduga Jabbar dan Mazir terjumpa Shasya Bee dan Normi yang mereka sangka awek dibilik sebelah.Kemudian ia menjadi punca pergaduhan dua keluarga.dalam masa yang sama En Rahman sangat berkenan kepada Shasya Bee untuk disatukan dengan anaknya Rafi yang seorang kaki perempuan.



Mamak Mastan dan Mamu Basyah yang menaruh dendam terhadap Mamak Sultan berpakat untuk menjatuhkan perniagaan Mamak Sultan dengan melepaskan lipas dan tikus di restorennya.Encik Rahman yang mulanya berminat untuk melabur kepada kedai nasi kandar Mamak Sultan akhirnya bertukar fikiran setelah kedainya disaman Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana kotor.Bukan setakat itu,niatnya untuk berbesan dengan Mamak Sultan juga dibatalkan.


Jabbar dan Mazir mengambil keputusan untuk menyiasat kejadian sabotaj itu dan mereka dapat menjerat dua orang upahan Mamak Mastan dan Mamu Basyah.Setelah dipaksa akhirnya dua samseng itu mengaku yang itu adalah angkara Mamak Mastan dan Mamu Sultan.Kemudian mereka berjumpa dengan kedua mamak itu mengaku bersalah setelah diugut untuk melaporkan kepada polis.Mereka berjanji untuk berdamai dengan Mamak Sultan.







Jabbar dan Mazir mengambil keputusan untuk menyiasat kejadian sabotaj itu dan mereka dapat menjerat dua orang upahan Mamak Mastan dan Mamu Basyah.Setelah dipaksa akhirnya dua samseng itu mengaku yang itu adalah angkara Mamak Mastan dan Mamu Sultan.Kemudian mereka berjumpa dengan kedua mamak itu mengaku bersalah setelah diugut untuk melaporkan kepada polis.Mereka berjanji untuk berdamai dengan Mamak Sultan.




Tamatlah sudah segala kerja di Pulau Pinang.Kini hanya tunggu masa untuk ke studio untuk editing.Dan drama ini baru sahaja dibeli oleh chanel baru di Astro iaitu Astro Warna dan insya allah akan ditayangkan pada awal tahun depan.



Kini aku sedang menghitung masa untuk projek aku seterusnya,kali ini aku akan berlakon satu watak heavy dalam telemovie "Kasih"....nantikan.


27 comments:

KAMATO said...

Tahniah, tahniah....tak sabar tunggu tayangannya

jinggo said...

go gadget go....

NJ@Goboklama said...

wuiisshhh, ada spoiler lagik! :D

Pegawai Khalwat said...

hang punya sinopsis pun bersimpul-simpul macam mamak cakap jugak.

Anyway, don't stop. Dan ingat, kawan yang nak pejatuh ramai, yang nak penaik tu sikit.

So jaga-jaga.

Butaseni@Wan Raja said...

kamato.....
tq bro :D

jinggo....
blum dapat inspektor

go9boklama......
hehe

pegawai khalwat......
sedang berjaga-jaga ni.

PrincessAnnA said...

wah.... so long din c u blog ade.....

seems kinda nice.

but i don't have astro.

=_=

abu musarrif bin abu bakar said...

APA2 pon,owang juai kasut 2 hensem.heeeeee

artsoul said...

lecturer tu seksi kan....

Bunga Rampai said...

TAHNIAH cik abang!
Cik kak doakan semoga terus berusaha ke tahap yang lebih tinggi dan berjaya menjadi yang terbaik.

Harapan saya ialah apa yang bakal dipersembahkan nanti di samping menghibur dapat memberi teladan kepada umum.

Juga jaga diri. Iri hati dan cemburu lebih banyak berbanding yang menyokong.

Salam :)

OzzyAli -Topstar said...

Cerita panas
http://adibhamsyari.blogspot.com/

blackpurple @ jowopinter said...

Pergh! Tahniah bro!

londoners said...

aisey...astro tak boleh tengok kat internet

All the best bro.

Butaseni@Wan Raja said...

ann..........
get one hahahaa

abu.......
hahahaha ya betol!

artsoul........
nasib baik astro,kalau rtm crita ni kena gam

bunga rampai..........
trima kasih,insya allah adik akan ingat.

ozzyali........
ayo yo

jowopinter........
tq.lain kali aku buat crita anak jowo plak hehehe

londoners........
xpa nanti dah TX gua letak dlm blog hehe
tq

londoners said...

Good job in BEREK.
Exudes ur versatility.

Sayang ep. 11 tak dak kat u tube or tv3 online.

Nyda Zamani said...

uwaaa...
nak tengokkk
hehhe
go go go
kami sentiasa menyokong kamu!
all da best in wut eve u do!

Anonymous said...

hwwwaaaa.. Bro,
We are proud of you with this Blogspot.com and Bloggers thingy,
You actually take time to read and answer them one by one, and this show that you care,
great, its healthy isn't it?

well, what else we gonna say accept for; can't wait to see you on TV, hehehe TV,TV,TV...

about those peeps who are 'iri hati', dont worry about them because they are just an 'irritating and irritated' because of your look, wealth, health (stop smoking, ha ha), peeps around you, etc etc etc all the good thing,

Well, GO!, we are with you, always,

Butaseni@Wan Raja said...

londoners.............
wow,orang london tengok aku blakon hehehe.
tq salam

nyda........
tq nida.nanti keluaq aku bagitau.
rindu bakawalee

hots.........
wow,tq so much for supporting.

puteri_cekak said...

suka2 x sbr nak tgok..chaiyok2,,,,,u got a pakej...tahniahh..boleh habaq satu pej komtar

m i n e r a l . . . said...

go on bro, we support lu, dh dok ampang ka.. leh la pekena teh tarik... (sambil bersihkan sawang kat sini)

m i n e r a l . . . said...

go on bro, we support lu, dh dok ampang ka.. leh la pekena teh tarik... (sambil bersihkan sawang kat sini)

theriderinblack said...

Mak oiiii....terkejut aku tengok AMMM malam tadi 24/01/2010!! Memang terangkat dan ada kelas!!!Tahniah, sudah lama gua tidak melihat filem 'killer' macam tu. Tahniah kepada semua yang terbabit. Teruskan lagi usaha seperti itu. Bravo!!!

Idreez Izz said...

salam. adakah en wan raja ni ialah pon adik anuar? semalam tgk citer ni, my wife, junaidah cakap pon yg berlakon. tapi masa kenduri anuar kt melaka tu rambut panjang kan. or maybe tersilap orang.

Siervo de Dio said...

sempoi, aku dh tonton telefelem ni, aku bleh katakan ni qeja hangpa yg berkualiti, jarang nak jumpa hasil qeja mcm ni sebenaqnya... hangpa wat aku tringat balik ja pengalaman aku masa kat penang zaman2 dok mengaji sana dolu2...

papa pon, hail orang penang smua, mak nakan aku dua orang dok sana menikah ngan org sana, spupu spapat aku pon jadi la warga penang, creta hangpa mmg bg aku nilai sentimental utamanya bab pusat pengajian kat usm, aku slalu dok tringat pusat seni usm yg sempoi tu : )

mrs.JamaL said...

ok la..tapi aku x suka betul la watak kawan hang tu..sape nama die y tinggi cam anak amitab bachan tu

Anonymous said...

sy sgt brharap ada vcd cerita ni dikeluarkan. slalu singgah kedai dvd jenguk2 kot2 ada....tp x ada.

Anonymous said...

dah tgok cerita Kasih dan AMMM tuh, best btul. good job, bro.

neina said...

seriously, ni cerita yang aku boleh ulang tgk seratus kali pastu gelak mcm orang gila without fail tiap2 seratus kali tu aku tgk. hahahahahaha even bila teringat tajuk pun aku rasa dh nak sasau.

mungkin jiwa mamak tu terlalu dekat kot. tokwan mamak. xleh buat apa la. tapi muka aku ja macam cina. tapi capati aku reti. ahahahaha.

sampai bapak aku yang bukak tv kalau ada cerita ni kt astro dia siap panggey aku sampai aku mai depan muka dia. suruh tgk pastu gelak sama2. paling sempoi dia buat suara si jabbar time kena pelecey part suara kt padang. sumpah tu paling lawak. ahahahahahahahaha.

gila la best. tolong buat lagi cita2 anak mami macam ni. and please make sure yang betui2 mami / berketurunan tu yang belakon. sempoi baguih punya ada.

cayala! keep up the good work!