Friday, October 17, 2008

Uji Bakat Illustrasi?

Selalunya kalau terima panggilan dari sebuah produksi ni sudah pasti tawaran berlakon akan tiba,sama ada drama,iklan atau filem.Bila talipon berbunyi,teruja aku melihat nombor syarikat itu tertera di skrin talipon aku,ingatkan tawaran berlakon seperti biasa.Tapi hari itu agak lain sikit bunyinya."Sebenarnya kali ni kami bukan nak offer kau berlakon,tapi nak offer lukisan kau berlakon".Pelik bunyinya,tapi itulah yang syarikat besar itu tawarkan.Setelah mereka tahu yang aku juga boleh melukis,aku diminta untuk menyiapkan beberapa jenis lakaran atau stroke ilustrasi untuk mereka cadangkan kepada sebuah syarikat makanan ringan.Wow!


Salah satu ilustrasi yang aku siapkan(Yang diluluskan)
Bagai nak rak,gila jugak aku menyiapkan 3-5 stroke berbeza yang perlu di email dalam masa dua hari.Akhirnya,salah satu stroke diterima dan produksi itu berjalan dengan segera demi mengejar deadline.
Ku sangkakan pereka-pereka syarikat tu dapat menyiapkan animasi tu dengan mudah memandangkan ada satu software animasi yang boleh menggerakkan sendiri sebarang ilusterasi,rupanya aku diminta pulak untuk menyiapkan kartun sehelai demi sehelai seperti dibuat Walt Disney 50 tahun dulu.Aduh,mampus!


Bersengkang mata aku siang malam menyiapkan beratus sketch berpandukan 'story board' yang dikirim.Sambil mengajar pun tangan aku terpaksa bergerak.Memandangkan aku di utara,syarikat tu pulak di KL jadi setelah siap dan aku email,siap dan email.Itu saja jalan untuk kami berhubung.






Banyak juga masa bersama sama kawan-kawan,rumah terbuka perlu aku korbankan.Tapi demi perhubungan dan sesuap nasi tambahan,bersemangat jugak aku menyengkang mata.Jika kufikir balik,bagus juga untuk 'port folio' aku,hmmm takpelah buat saja sampai siap.


Sehari selepas lukisan terakhir dikirim,aku terima panggilan produksi tu."mesti nak bincang harga ni hehehehe" rezekiallah.Rupanya berita buruk yang aku dapat.Atas sebab masalah teknikal dan kekangan masa,projek ini tidak dapat diteruskan.Kedua-dua syarikat ni gagal untuk mendapat persetujuan dan sefahaman antara mereka.Malang,sungguh malang nasibku.
Perlukah aku menangis atau perlukah aku mencarut? (@#%$&*%)

52 comments:

artsoul said...

apa barang nangis???? kan hampa semua kaki carut...

wei,bagi kat aku gambaq cartoon tu,aku nak frame...tkkan kat member2 pon hang nak juai??!!

Chik chuMeLL said...

sabaq no..dugaan tuu..comella gmbq kartun tu..(",)

pjoe said...

wohh
sayap makin lebar dude
congrats

nak nangis?
perlu aku bagi bahu?
haha

pandagumuk. said...

baru je nak gembire.tetibe ending sedeyh gileee.kasi satu copy kat aku wea!

Butaseni@Wan Raja said...

arrtsoul........
ini mengundang makian ku!

insan biasa.........
huhuhuhu

pjoe............
naaaakkkkkk huhuhu
ah!tapi ko liverpool xnak!
hehehe

pandagumuk...........
ambillah :D

~ The Author ~ said...

menarik menarik

Unknown said...

sabar....lukisan tu menarik.

engange satu professional agent la...

Butaseni@Wan Raja said...

zaity..............
:D tq

halogamora...........
i wish

Izariza said...

Hahaha ... mohon maaflah jikalau saya ketawa besar seusai menyudahkan pembacaan entri kamu kali ini!

Tidak mengapa .. itukan kerja Allah .. insyaAllah jika ada rezeki lain kali tentu lebih lumayan! :)

@xiM said...

takper..takder rezeki tuh...
usaha tu yang penting..at least kau dah berusaha kan??

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Butaseni@Wan Raja said...

izariza...........
hehehe takpe ketawalah hehe

axim............
ya bro xdak rezeki lagi.
tgh usaha ni.
amin :)

Nyda Zamani said...

alo..syok2 bace kat atas tibe2 sedih plak kat bawah
nak tisu??
huhuhu~
comel la kartun tu
hihi~

Anak Antu Seni said...

pasni kalau depa nak buat katun hentai bagi...

13may said...

mula mula mencarut...kemudian ko gelak gelak jahat >:)

Butaseni@Wan Raja said...

nyda...........
barat mana membaca,berat lagi bahu memikul.huhuhu

anak antu............
ya ya aku nak jadi anak hantu jugaklah!

13May............
ya pastu nangis balik.

kuIna said...

belum ada rezeki lg tu...

hati2 ya.. sy pernh bersmbang dgn seseorg katanya idea & animasi yg dihantr kepada sebuah penerbitn diubahsuai & diterbitkn atas nama usaha mereka.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
hang nak nangis boleh, nak carut pun boleh. tu hak hang. tp buat apa semua tu...? lainlah kalau hang buat semua tu, projek hang diterima pakai balik...

aku dapat baca perasaan hang...

saba' ajalah butaseni... yg pasti hang tak buta hati...
aku doakan hang dapat projek lebih besa' nanti... amin...

Butaseni@Wan Raja said...

jentayutiara.............
hmmmm kalau macam tu memang betul betul takde rezeki.

pss this entry is my alibi :D

al bima sakti...........
amiiinnnn,trima kaseh tuan

Anonymous said...

anda harus bom itu syarikat..giler bertul diorang ni penaya orang macamni.

Anonymous said...

harap ada copyright.
jangan lepas ni, lukisan2 tu muncul di media di bawah jenama orang lain.

Anonymous said...

ya bro,diorang ni semua bukan boleh percaya,entah entah,nanti diorang publish.carefull

PrincessAnnA said...

o... kaki carut ye, pas tu nak fine aku RM5 untuk setiap kata carut yg aku TER-cakp ye... heheehehehehehhe

sowiieee 2 hear that sir, wil haf more opportunities... heeeee

n sir,my drawing is fine ok.

Anonymous said...

tenang bro, org cam kita bukan skali dua kena camni. ini lah kriteria org2 yg akan sukses..
apa pun, wa salute!!

-tebak

CerminDiri said...

salam kehidupan,

perkara biasa dalam hidup. pasni kena cari periuk nasi lain plak.

Bunga Rampai said...

Bersabar cik abang. Itu lebih baik.
Percayalah, ada lebih sempurna selepas ini.

Salam :)

Unknown said...

peh ko memang berbakat..

kene cari lubang yang bagus bro...

bleh pergi jauh nie....

orang kampung said...

i.m back hahaha.... wey tak pa mencarut pun. Bulan poa tak boleh aaa...ni dak dah. hahahahahaa. Hang sihat ka?

PuTeRi CaHaYa said...

Allah... jgn risau... bakat tu dah jd perhatian org... manala tau nak dapat yg lagi besar, yer dak?

x baik maki2.redha jer..
rezeki lg murah nnt..insyaAllah..
pu3 doakan moga rezki butaseni m'curah2...

salam
(",)

mapieceofart said...

adeihhh... pengalaman yg pedih sadis... hu...xpa lah na, satu ja tlepaih xdak rezki, nu ada yang lagi besaq punya dok mai... lu rilek jer k, bro... chill2...

tapi hati2 juga... takut yg dah smpt dihantar tu disalah guna... huhu...

Pegawai Khalwat said...

Sang kancil dan kura-kura pun berkata,

"Jangan monyet, jangan! Kita tak boleh makan buah tu!"

Balas monyet, "Aku tak peduli! Aku tak peduli! Aku nak jugak,"

Lalu si monyet pun berlari-larilah meragut dan memakan semua buah cili padi yang merah meranum itu.

Butaseni@Wan Raja said...

amirahsyuhada.............
nak bom?saya masih waras hahaha
nanti tak pasal pasal CIA cari

anonymous2.........
relax,entry ni salah satu bukti hehehe

cermin diri............
hmm dok cari periuk ni :D

ann............
ya but i never carut in school.try me hahahaa

tebak.............
pesal ko pakai anony,mesti kess lupa passwaord ni,maklumlah blog kau dah bersawang.

bunga rampai.............
insya allah.tq cik kak

pendekar..........
suka nama lu bro :)

orang kampung..........
hg pun tau mulut kami hahahaha
aku sihat wal baloqliat.

puteri cahaya............
amiiinnnnn :)

mapieceofart...............
ye tgh berhati hati ni.tq

p khalwat..........
sang kancil tak semesdtinya betul belaka.kalau monyet lapar,takkan nak tengok ja makanan.ada rezeki gagau,takdak rezeki gagau tempat lain pulak.

senang bagi kancil cakap sebab daun dia boleh dapat dimana mana saja dalam hutan tu.monyet kena cari buah,mana boleh makan daun yang ada di tanah,dia pun tak mau jadi macam kancil,hari hari makan daun yang sama.

suriani said...

he heh.. ni baru betul2 malang..
ingat senang nak senang?
sabau jelah yang boleh aku katakan..

jinggo said...

nasibbb... nasibb...
bukan nasib enteng haaaa.....

tegezoot said...

takpa nanti aku panggil admire mai pujuk!

Butaseni@Wan Raja said...

umi ameer....
ye ye sabau sabau hehehe

jinggo............
tarak paa

tegezoot...........
hem!

artisticklytouch said...

been there, done that!!

life is part of learning

Mak Su said...

sunggh kechiwa... anda perlu berblog

Pegawai Khalwat said...

hang ni tak paham cerita sungguh.

Cerita tu adalah cerita monyet yang tak mau dengar cakap sang kancil makan buah cabai di dalam kebun kancil dan kura-kura yang yang penuh dengan buah-buahan lain.

Kancil dan kura-kura pun dah offer makan buah lain, tapi monyet tu tetap nak makan cabai.

Research beb, research.

ANNA NUR said...

mula2 maki puas2. sehabis mungkin. dh lega skitttt... cool! he he he.

apa-apa pun, sabar.... xde rezeki nak teruskan perjuangan. ada hikmahnya tu.

kot-kot lepas ni ada rezeki yg lebih baik dari yg ini.. manalah tau kan? kan? kan? :)

crunchyahcock said...

hoi abg ensem!!! jawab tag aku!! mesti!! huhuhuhu

Nurbaya Hassan said...

it's part of learning process in life. tak pe bro...nanti ade la rezeki lain yang nak datang tuh...hehehe...

p/s:-bila boley mula melukis potrait anak saya?

Butaseni@Wan Raja said...

art..........
yeah,never too late to learn.
risk is part of life

mak su............
tengah blog ni :)

p khalwat..........
ooow tak ingat cerita tu.tapi mungkin kerana kesukaran hidup membuatkan monyet engkar.sebab buah semua bermusim.kena gagau sementara ada.

lovecinta.............
hmmmm dah puas maki.

ahcock.........
:P

nurbaya.............

lu bila mau email itu gambar?

Mimiamilia said...

takde rezeki tu bro..takper, ada rezeki kat tempat lain.InsyaAllah

hidayat-idaman said...

sengkang mata konon...
dan p massage n spa lagi buat2 lupa lak

Butaseni@Wan Raja said...

mimi amilia...........
hmmm takpe,wa ok.

hidayat-idaman............
itu adalah godaan free yang tidak dapat aku tolak hahahahaha

Ahmad Shafiq said...

sabar bro...ish sadis tul citer tu

Anonymous said...

Takpa la bro....
jejeki tu Tuhan yang tentukan kita dah usaha ponn....
Pas ni buleh belaja dari pengalaman... jadi macam monyet makan cabai huhuhu

Butaseni@Wan Raja said...

shafiq..........hehehe sedih

pickering.........
takpe,monyet rajin carik makan hahahaha.
tq

Iliana said...

salam kenal...
ehhh~ ada la rezeki yg lebih dr tu nt...sabar je...teruja...1st time tgk ilustrasi kt blog

Butaseni@Wan Raja said...

eleeyana...........
salam kenal jugak :)

Anem Arnamee said...

salam ziarah..

m i n e r a l . . . said...

heheheh bro... mcm pernah berlaku kt aku dlu jerk... takpe belajar dr kesilapan.....

kadang2 mereka tak mengerti.. atau buat2 tak reti....terkotak katik kita dikerjakan....

good xperience tuh.... yihaaa tk care