Monday, September 15, 2008

Nik Aziz:Tokoh Keamanan?

Pagi ini sedang aku membelek-belek e-mail,terbaca aku sebuah e-mail dikirim oleh sahabatku, Sebat Luncai yang amat menarik dan membuatkan aku berasa amat bangga dan dengan tidak sengaja bibirku tersenyum puas.Apa ini benar?Suka sekali aku berkongsi dengan kalian.

Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila . Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu. Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia , menurut Barry Gusi.


Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya bahawa kita bukanlah pengganas,ia datang dari nagara yang beriya-iya menuduh. Orang kita pula mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini,fahaman politik kita ketepikan buat seketika. Ini adalah satu anugerah yang tinggi bagi rakyat Malaysia,orang Melayu khasnya.Kenapa berita gembira ini hanya disebarkan diruang maya,sepatutnya kita berkongsi dan sama-sama mewar-warkan berita ini sebagai tanda syukur.

31 comments:

pjoe said...

Tok Guru dah set satu benchmark yang tinggi utk pemimpin negara kita

Semoga Tok Guru panjang umur

p/s - beb...jgn bersedih ya. Aku ada foto khas utkmu di blog aku. :)

tegezoot said...

Takbir!!!

artsoul said...

yaaa...aku bangga!

Butaseni@Wan Raja said...

pjoe............
hahahaha tak luak pun.eleh beb tiap tiap season macam tu,poor start,masuk new year,gear5 terus.alah takat kalah sekali dalam 7 pertemuan,hehehhe terak paaa.mena g sebab Wes Brown & Van Der Sar kesian hahahah

tegezoot............
tak dengaq pun.

artsoul........
ya,patut.

Mak Su said...

tahniah buat Tok Guru

suriani said...

aku juga tumpang gumbira dengan anugerah itu!

blackpurple @ jowopinter said...

Tuan Guru memang layak. Takbir!!!!!!!

Butaseni@Wan Raja said...

mak su...........
hmmm bangga kan?

umi ameer...........
saya pun :)

jowopinterr.............
ya stojo.kuat sikit bro :D

Izariza said...

Anugerah daripada manusia, pengiktirafan daripada Allah ..

Natra said...

Tahniah buat beliau! aman, bebas dan merdeka semua orang nak. Jadi pertahankan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan kita kerana aku tak nak tergolong dalam golongan yang sentiasa dalam ketakutan.

PuTeRi CaHaYa said...

Eee.. suker nyer..
Hem...mmg le patut bangga!
Tahniah TG ....

Butaseni@Wan Raja said...

izariza...........
ya,tepat sekali.

zeqqqqqqqhty...........
waaaa lama hang menghilang.p mana cek?awat blog hang tak boleh bukak dah?

uchu :P :p ............
a'ah suke jugak :D

PuTeRi CaHaYa said...

hah... dah mula nak lekat ler tu... uchu2 aper?
jgn nak ngader lah... eee...

Butaseni@Wan Raja said...

hihihihihii along tak marah pun,awat uchu marah?hahaha
tu anjang dok ushaa je tu.

artsoul said...

along pun suke jugak...:p

Pegawai Khalwat said...

Amin!

Chik chuMeLL said...

salam bro...lama xsinggah kt cni..sebagai anak bangsa melayu dan seorg islam..teman bangga skali ngn TG nik aziz..syukur alhamdulillah...

Butaseni@Wan Raja said...

artsoul.........
eeeeeeeeeeeeeeee

pegawai khalwat..........
hg amin yg mana satu?tuan guru ka,aersoul jadi along?hahaha

insan biasa............
saya pun.pesal susah masuk blog kamu?

Anonymous said...

tak perlu nak bising sana teriak sini..
yang penting hati itu ikhlas..

faridmw said...

salam... semoga tok guru diberikan kesihatn yang baik untuk terus memimpin..

Butaseni@Wan Raja said...

rena.............
ya betol.tapi kita pun patut rai jugak kan?anugerah besar ni.

farid...............
amin.

Bunga Rampai said...

Semoga Tok Guru sepanjang masa dalam perlindunganNYA.

Salam :)

david santos said...

Great!!!
Congratulations!!!
Terima Kasih.

Anonymous said...

terima kasih atas info ni,kalau saya tak terbaca blog ni,tak tau lah saya.very good blog.
;)

Butaseni@Wan Raja said...

bunga rampai.......
amin jugak :)

david santos..............
shama shama :)

anony...........
saya pun dapat dari email,kita kongsi.
tq

The Island of NAMOYAKI, said...

butaseni,
Good posting.
Tahniah buat TGNA.
The power of 'Human Capital'.

Butaseni@Wan Raja said...

zul.........
ya perlu sebarkan nih.

Unknown said...

i get the same email too. all malaysian must be very much gratefull over glorious food we had everyday.

bro, selamat hari raya maaf zahir & batin.

Butaseni@Wan Raja said...

tq,same jugak,slamat hari raya :)

Anonymous said...

ya,macam tulah selalunya orang yang penuh ilmu didada,diaammm je

-Lan mascom

Ahmad Shafiq said...

tok guru! we proud of u