Friday, July 4, 2008

Perginya Seorang Budayawan.

Pada minggu lepas penggiat-penggiat seni di negara kita khususnya di Pulau Pinang dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan apabila seorang insan yang telah banyak berjasa kepada industri seni persembahan negara telah menghembuskan nafas akhirnya.Mohd. Bahroodin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Baha telah pergi buat selama-lamanya.

Cikgu Baha yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam teater/seni halus dari USM pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Warisan Orang Hidup (Living Herritage Treasure) oleh Penang Herritage Trust pada 2005 dan telah banyak menghasilkan karya-karya yang boleh dianggap sebagai khazanah serta boleh menjadi rujukan kepada generasi yang bakal menjelma.Antara bakat dan kebolehannya adalah dalam persembanan bangsawan, tarian ronggeng, tarian joget, dondang sayang, boria dan juga penulisan skrip serta rangkap boria.Beliau juga banyak berlakon sebagai nyonya dan amat disukai oleh Persatuan Cina Peranakan (Baba Nyonya) Negeri Pulau Pinang hinggakan mendapat jolokan nama 'Bibik Hitam.

Minatnya dalam bangsawan bermula dari zaman kanak-kanak apabila mengikut orang tuanya menonton wayang parsi ini di Georgetown dan lama kelamaan menjadi orang suruhan (krew) dalam produksi pada kekitar tahun 50an.Beliau sendiri pernah mengikuti banyak produksi bangsawan yang asal sebelum zaman kejatuhan pada tahun 60an.Akhirnya menjadi pelakon,pengarah dan penulis skrip.(Apabila bangsawan mula memerlukan skrip).Mengarah puluhan produksi,antara yang paling digemarinya ialah Raden Mas,Sampit Ng Tai dan Puteri Saadong.
Semasa aku terlibat dalam produksi-produksi bangsawannya,banyak ilmu yang telah diturunkan kepada pelakon-pelakon serta anak anak buahnya seolah-olah seperti tahu yang beliau akan pergi dan mahu khazanahnya itu dipelihara dan perjuangannya disambung agar tidak mati begitu saja.Memang banyak ilmu dan pengalamannya dapat aku gali semasa produksinya berjalan.Diharap perjuangannya tidak akan terbantut ditengah jalan.
Cikgu Baha 1944-2008.
Alfatihah................

34 comments:

@xiM said...

al fatihah...

KAMATO said...

Kita kehilangan bakat seni yang tak ternilai...moga rohnya dirahmati

jinggo said...

al- fatihah.....

lepas ni hang la pulak ganti dia....
hang org harapan dia.....

Butaseni@Wan Raja said...

axim...........
amin

kamato..........
ya bro,kehilangan sangat.

jinggo.........
bidaah hehe.ramai lagi pelakon pelakon dan anak murid dia.hang pun pernah jugak berlakon bawah dia,masuk buat muka perongoih hahahahahhaa

Anonymous said...

puteri kenal dunia seni ni, asalnya dr bangsawan (Raden Mas) dayang.. dan sempat jg blajar tentang tarian.. wlau pun watak kecil... d sebabkn wtak kecil itu lah, maka timbulnya minat puteri untuk terus terlibat dengan dunia seni..

moga roh nya dirahmati..
al-fatihah

Salam(",)

artisticklytouch said...

innalillah...nak kena bagitau dora neh..

takda la orang nak merajuk-merajuk pastu berletiaq kat hampa na

mf said...

teman-teman. mari kempen untuk kebebasan berkarya.

Pegawai Khalwat said...

Amin.

Hang protege dia Butaseni. Jangan hampakan harapan arwah.

wanie_agk said...

moga yang baik2 untuk beliau

Anonymous said...

takziah pada keluarga arwah dan peminat seni tanah air. hidup itu pasangan mati, seperti juga tawa dan tangis, lelaki & perempuan. cuma apabila kematian datang bertandang, kita jadi tidak ria. padahal, mati bererti Allah menjemput kita ke sisinya. ke dunia yg kekal.

wallahualam. kak ila tetap sedih anak kucing kak ila mati...

tegezoot said...

Amin.

Hang protege dia Butaseni.Jangan hampakan harapan arwah.

Bunga Rampai said...

Amin.

Moga rohnya damai,senang dan tenang di Sana.

Salam.

13may said...

Al fatihah buat arwah

Anonymous said...

Al-Fatihah!

Tribute to The HEROES of ART.
1944-2008

All the best to the late Cikgu Baha.

Salam takziah.

Love,Laugh,LiveLive&Play,
H.O.T.S

Butaseni@Wan Raja said...

puteri cahaya.............
yaa rugi tak belajaq dari dia :P hehehe

art............
hmmmm tak dak dah.cak deng cak deng.

mf...........
aik sempat lagi kau promote dalam ni ek?!hahahaha

pegawai khalwat..........
hang pun sama jugak,kalau bab lighting mesti dia sebut
'erm mana pegawai dari U@# tu,jangan dok tarik harga mahai sangat!"hahahahaha

wanie...........
amiinn.

kak ila.............
laaaa takziah :(

tegezoot.............
hahaha hang protege pengarah bangsawan kontem :D

bunga rampai.................
amiiiinnnn

13May.............
al fatihah jugak

hots..............
ya ini entry tribute :)

Mak Su said...

Al-Fatihah

Danisha said...

Al Fatihah........

artsoul said...

sy tk sempat mengenali beliau,hanya mengenalinya dari jauh..

segala ilmu yg awak dapat,gunakan sebaik mungkin...

semoga rohnya ditempatkan dgn org2 yg beriman..

Butaseni@Wan Raja said...

maksu..........
amin

danisha..........
amin lagi

artsoul...........
nak guna macam mana?

kuIna said...

al fatehah, moga rohnya dicucuri rahmat.

artsoul said...

tak tau guna ka?? bak sini...

ANNA NUR said...

al-Fatihah.

yang idup pasti akan pergi jua.
cuma xtau bila.

~moga roh nya dicucuri rahmat. Amin!

Butaseni@Wan Raja said...

jentayutiara............
amin jugak

artsoul..........
ha ambik ar!

chenta..........
aminnn lagi skali.

J'Zelynn said...

Memang amat sayang sekali kehilangan seseorang yang amat berbakat seperti beliau....

Butaseni@Wan Raja said...

j'zelynn................
wwaaaaa ur malay is good haa.like really really malay wooo.apa pasai u tak mau p skolah cina?hahahaha

J'Zelynn said...

Sebab mak dulu sekolah melayu and bapa english educated, matlamatnya aku sekolah kebangsaan la...oooiiiiiiii....haha

Unknown said...

w/pun x kenal...takzih wat keluarga cikgu baha dan alfatihah utk nye.

PrincessAnnA said...

may he rest in peace........

muadzlife said...

al-fatihah,...

sukar nak cari pengganti ..:(

Butaseni@Wan Raja said...

j'zelynn.........
ooooooooo itu macam ka?patutlah first time i met u,terkejut dengar u cakap,macam melayu.

halogamora.........
hmmm :)

ann.........
yeah

muadzlife.........
ya sukar.

crunchyahcock said...

butaseni.... may the force be with you his young apprentice...

crunchyahcock said...

titik..pinangku titik,
ku titik diatas batu,
ku palit kat butaseni la tu....

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cikgu baha...minta maaf tak kenallah.apa pun, takziah di atas pemergiannya. al-fatihah...

Butaseni@Wan Raja said...

ahcock.............
darth shazli has thought you well,but you not a jedi yet!hoh hoh hoh (bunyi aku bernafas)

cermindiri.............
tak kenal takpe,sedekah fatihah saje hehe