Tuesday, June 24, 2008

Meredah Hutan dan Gua Bikin Filim!

Berlokasikan gua yang terjumpanya Perak Man iaitu Gua Kajang,Lenggong,Perak, baru baru ini aku terlibat pula dalam sebuah produksi filem yang cukup menarik dan dijangka akan hit yang menemui penonton tahun depan dengan membarisi pelakon-pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi,nama-nama besar dalam industri filem tanahair seperti Saiful Apek,Nabil (Raja Lawak2),Datuk Jalaludin Hassan,Pak Pi'e,Fouziah Ghous,Azad (Nana Tanjung),Erra Fazira dan ramai lagi turut beraksi.Aku pulak tergolong dalam pelakon nama-nama kecil yang tidak dikenali dalam cerita ni hahahaha.

Satu pengalaman yang amat berguna pada aku kerana diberi kepercayaan oleh tuan pengarah (Prof Madya Razak Muhaideen) untuk menyenaraikan aku dalam barisan pelakonnya.Biarpun bukan watak utama,tetapi banyak pengajaran dapat aku pelajari.Sedikit sebanyak aku sudah dapat membezakan antara lakonan teater dan filem atau drama serta take dari pelbagai angle.Memang banyak lagi yang perlu aku pelajari.Antara orang yang banyak memberi tunjuk ajar adalah sahabatku yang memegang watak Isac iaitu Azad,thanks bro.
Mari aku kongsi dengan korang seperti biasa...................
Pintu Gua Kajang yang menyimpan pelbagai misteri adalah salah satu lokasi filem ini.
Satu post istimewa dari otai Lenggong yang memegang watak orang kampung.
SINOPSIS
FILEM ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Isac yang bekerja sebagai wartawan untuk mencari konco-konco Watson yang tinggal didalam hutan sejak perang Jepun dan terputus hubungan dengan dunia luar. Isac menculik Mila,anak ketua kampung dengan menggunakan helikopter dan membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui Mila diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh Chief, Sifu (Saiful Apek) dan kawan baiknya, Tonga (Nabil) berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk sampai ke Bandar. Bagaimanapun, gara-gara terlalu lama tinggal di hutan, Sifu dan Tonga berdepan dengan masalah untuk membiasakan diri dengan dunia luar termasuk peralatan canggih seperti kereta, motosikal, tandas yang membawa kepada elemen kelucuan dalam filem ini. (Berita Minggu, 15 Jun 2008)

Penempatan kaum Watson yang terletak didalam gua.

Mama Tammy dan konco-konconya menculik Mila.

Berjaya,Jom blah!

Para pelakon tekun mendengar arahan tuan pengarah.

Salah satu adegan di sebuah stesen TV dimana Mama Tammy memperkenalkan orang gua ini kepada umum.

Mila terkurung dan kesedihan mengenangkan kampung halaman.Dapatkah dia diselamatkan?

Jangan lupa saksikan filem SIFU yang akan menemui anda di pawagam yang berhampiran tidak lama lagi :D dan ketahuilah kesudahannya.......

49 comments:

akirasuri said...

Waaa!
Dia dah jadi artis la :D
Awak pegang watak apa?
Otograp plis :D

KAMATO said...

Tahniah, pengembaraan seni mu semakin jauh, semoga berjaya

bunga rampai said...

Salam :)

Kan saya dah kata pencak awak lagi power, di atas dan di luar pentas!

Moga selamat semuanya.

Puteri Cahaya said...

herm...??!!
herm...!!??
herm...!?!?


my bro dah nak berlari dah... x dapek ler nak kjor.. pu3 takat jalan kaki jer, yg termampu.. apa pun Gd Luck..!!

butaseni said...

akirasuri............
jadi jahat hehehe

kamato............
thanks bro,life a journey,not a destination hahahaa

bunga rampai............
ha?ya ka cik kak?tq

puteri cahaya...........
mai mai hambat :D

Puteri Ezza said...

Sain kat sini...
Sain kat sini...

(Sambil hulur belakang kat dia. Sain otograp kat belakang baju kita tau. Hikhik).

Tahniah. Dah jadi actor dah dia ni. Next time, jadi hero filem lak ye. Ada talent.

J'Zelynn said...

Hey,
Congrats. You are doing great. Keep it up ya. Success is heading your way......

pjoe said...

kawan aku dah melangkah jauh...
nice knowing you dude!
from the beginning until now..

kita berbelog dalam tempoh waktu yang lebih kurang sama kan?

hehehe

kim salam kt heroin fauziah ghous!
ckp kt dia.. she's better than that - merujuk sitkom anak mami

butaseni said...

puteri ezza...........
sok sek sok sek (tengah sign) hahahahaha
apa khabar ba?

j'zelynn........
jom!kita pi!

pjoe.............
still merangkak bro,
ye she's better than that :D

axim said...

cayalah bro...kan da kata aritu berlakon video klip then mesti akan dapat berlakon drama atau film...congrats bro...u gonna be a star someday..!!!

nicegirlz said...

congratulation...

sy akn nnti kan kmunculan filem SIFU...

dan juga kemunculan butaseni...

hikhik..

muadzlife said...

wah...artis gitew...awww

Danisha said...

Pasti tengok SIFU sebab nak cari BUTASENI....

Congrats noh....

N nak autograf jugakkkkk....

butaseni said...

axim............
ya ka?kau ada kata ka?hehehe tq bro.
doakan k.

nicegilz.......
ye ye tengok tau hehe

muadzlife...........
awww

danisha.....
sok sek sok sek(tgh sign) haha

Pegawai Khalwat said...

Jangan leka dengan pujian.
Jangan terasa dengan kutukan.

Apa-apa pun TGI Friday!

Mak Su said...

kaum watson? tak sabar nak tengok kelibat butaseni

miss_tree said...

wow.
che butaseni dah jd artis.
:D

tahniah..perjalanan seni anda semakin gemilang..

artsoul said...

all efforts have pointed out, you successful

butaseni said...

pegawai khalwat..........
leka dengan pujian,aku bukan jenis cair bila dipuji,bukan jenis tahu mengungkap "aku hebat".
terasa dengan kutukan,telinga aku cukup tebal dengan kutukan,selalu apa kena kutuk hahaha

cuma aku akan sedih jika dibelakangkan biarpun bermatian..hehe
TGI.....sabaq sat!tgh pokai nih!

mak su.........
kalau tak silap sayalah :D

miss tree............
gemilang?ish tu Malaysia,bukan saya hehehe

artsoul..............
still long way to crawl.......

.:HalogAmora:. said...

tajuk citer ni SIFU?

p/s: lagi skali nk kata FUYYYYOOOOOOOOO berlakon d samping erra fazira..

m i n e r a l . . . said...

dah dua filem dah nie.. wa kena tgk sbb lu ade bro...kejejejeej

syabas moga bersinar bintangnya...aminnnnn

Anonymous said...

wa..da jadi selebriti la kwn aku.

- aria

wanie_agk said...

encik buta, bila tarikh tayang cerita ini?

coffeeHolic said...

butaseni- kwn2 saya ramai yg terlibat dlm filem ini.

orang kampung said...

satu masa dulu org tanya aku sebab apa ko suke cerita tu? aku kate sebab ada rahim razali, ahmad yatim dan tarmimi. Kemudian dah lama sikit , org tanya lagi cerita ni ko suka jugak kenapa? aku jawab sebab ada zulkifli zain, eman dan yusuf wahab. Tak mustahil nanti akan ada juga soalan yg sama pada generasi lain dan jawapan nya sebab ada wan raja. keep it up bro.

"abang & matinya seorang patriot boleh buat aku pause untuk pi toilet"

anjang.

Jentayutiara said...

moga makin glamour.....

butaseni said...

halogamora............
ya tajuknya itu.
erra memang layak digelar diva.dia pro gile dan personallitinya dihormati luar dalam dalam set.
bangga dapat balkon sekali dengan dia.

mineal............
hehehe 2 filem,tapi watak kecik jee.

ariapertama............
bro,kau skit hari lagi jadi legend trus beb. :D

wanie..............
hmmm raya kot.

coffeholic..............
ye tahu,diorang best.

orang kampung.............
melampau hang.pasai apa taste kita sama hahahahaha.
kalau geng hampa blakon aku takkan p toilet sampai habih show :D

jentayutiara.............
:) saya tak cari itu,saya cari makan hehehe
tq

PrincessAnnA said...

wa........

jadi penjahat yg tangkap gadis yg x bermaya tsk tsk tsk...

but suitable 4 u... d 1 hu cekik gadis yg x bermaya.. (me, the gadis n x bermaya cz i sick not well yet)

but anyhow...
gratz un ur blazing success~~!!

Nam Ron said...

camne bekerja dengan prof? Ko bekas pelajar dia ke? aku lebih banyak dengar cerita negetif tentang dia, ko sendiri secara peribadi camne?

aLiFFiLmMaker said...

Biar butaseni tapi celik karyanya..
biar mati akalnye tapi jangan mati jiwa..

Terus berjuang!
Moga jadi filmmaker berMINDA!

..FileMinda..

butaseni said...

ann..............
ok ok i wont cekik u anymore.
syyyyyyyyyyyyy!!

nam ron...........
salam tuan.bukan,10 tahun dulu anak murid allahyarham Mohd Abdullah(Pak Busu) masa kat ITM shah alam.

bekerja dgn prof bagi saya ok,dia percaya dengan pelakon-pelakon dia berkarya.takde dengar pun yang negatif.

aliffilimmaker.....
waahhhh best ayat lu :D
tq bro.

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

buta seni selalu jadi jahat je
pastu mesti mati
eheehehheh

c . h . e . n . t . a said...

wahhhh.. sahabatku jadi bentang pelem! bagus. bagus. bagus.

nah. x sangka kan.. rezeki ko makin berkembang dlm arena ni.

akuuuu.. tumpang bangga. tumpang gumbira. tumpang tuah. tumpang nama. hua hua hua.

~tahniah & syukur dgn anugerah Maha Esa! =)

maPieCeoFarT said...

aduii... datang ke perak ya kalian? saye kat taiping je... xtau ade shooting di area sini... kalau x, leh lar turun menyibuk... hehe... jadi extra mcm butaseni pun dah kire okey arh... =)

butaseni said...

watashi....
a'ah ek baru perasan,asyik mati ja dari dulu.

chenta.........
humm skit je

mapieceofart......
a'ah pesal tak cakap,tidak boleh mengekstrakan diri hehe

goboklama said...

cewah!!! tahniah bro!! akak konpiden butaseni bakal mnjadi org fofular 1 ari nnti!! Go bro!!

c . h . e . n . t . a said...

xpelah... pmulaan. itu lg manis. mulakn dgn yg kecil, lama2 jd lah bsr. dr yg bsr terussss.. nnt x larat pulak nk pikul.

~pelan2 kayuh ye.. tp nnt jgn lupa aku d sini ya! =)

thafiexq said...

wahhh bila kuar ek?! cam best!

rena said...

hmm..
tahniah!! tahniah!!
nanti simpan dua tiket preview filem utk saya yer..

butaseni said...

goboklama.........
waaahhhh doa tu kak.hehehe

CHENTA...........
eyah eyah (tengah kayuh melawan arus)

thafiexq..............
raya rasanya.hmmm serius jalan cerita dia best.

rena.............
2 tiket ja?

Ku Keng said...

wah, menarik cerita ini.

coffeeHolic said...

kemana menghilang?>

amirahsyuhada said...

perh confirm..jadi pelakon besar ni...peluang dah ada..jalan pun dah direntas...hati-hatilah dijalan itu yer.

kak ila said...

uwah... bangga kak ila. adik akak semakin maju, semakin jauh peginya. nanti tak ada masa lagilah nak jengah blog kak ila ya? sian akak...

butaseni said...

tuan keng............
ya tun,menarik jugak.lain pada lain skit.

coffeholic...........
kamulah yang hilang.bz memanjang :P

amirahsyuhada............
blum lagi,merangkak lagi ni.

kak ila...........
eh mesti!mesti lawat punya.

PrincessAnnA said...

when is the movie out.................>???? hehe. sure go see juzzzzzz to catch a glimpse of u in it haha.

butaseni said...

ann...........
raya i think

artisticklytouch said...

hang buat pa kat Mila? Mila dengan Erra mana lagi best?

huyooo...aku kagum namron komen kat sini...yang ini aku jeles!!

butaseni said...

art............
mila tu aku tengok boleh p jauh,ada soul.Erra macam biasa,Diva,memena patut di respek!

pegawai khalwat komen hang tak kagum?hahaha