Wednesday, March 19, 2008
Boria:Upacara Kaum Syiah?
Jika kita terdengar perkataan Boria,semestinya kita akan terbayang kilauan pakaiannya yang berwarna terang menderang, perlakuan dan tarian yang mencuit hati dan juga aksi-aksi lucu sketsanya.Walaupun ia adalah media untuk menyampaikan pesanan kepada penontonnya,ia masih lagi dianggap sebagai hiburan ringan bagi sesetengah pihak.Tapi tahukah anda dari mana asalnya persembahan teater ini.
Asalnya adalah upacara untuk memperingati trajedi kematian Saidina Husssein dan Hassan,putera kepada Saidina Ali (cucu kepada Rasullullah SAW) yang dibunuh tentera-tentera Muawiyah bin Abu Suffian oleh kaum Syi’ah yang diadakan setiap tahun pada 10 Muharram diperkuburannya.
Dalam upacara tersebut diadakan pelbagai persembahan termasuk lakonan,syair dan nyanyian beramai-ramai berkumpulan dari merata perusuk daerah.Bendera putih yang disimbahkan warna merah pula menjadi simbolik kepada peristiwa yang dikenali sebagai Ta’ziya.Selain itu ia juga menjadi satu upacara meratap,menjarit-jerit dan memukul diri hingga berdarah bagi memperingati dan menebus dosa kaum Syi’ah ini.
Upacara ini lama kelamaan berubah sedikit demi sedikit hingga ia dipermudahkan dan syair-syairnya tidak lagi berkisar tentang peristiwa kematian tersebut malah ia diselang-selikan dengan cerita rakyat dari timur dan peristiwa-peristiwa dalam kitab Injil dan Taurat.Lakonannya pula dilakonkan sejajar dengan tajuk syair yang dinyanyikan.
Lama kelamaan ia menjadi sebuah persembahan yang berubah, dari fahaman Syi’ah kepada kisah rakyat,serta media untuk menyampaikan fahaman politik sehingga semakin banyak kumpulan-kumpulan yang wujud dan bersaing untuk mencari rezeki.
Oleh sebab itulah teater ini dikatakan berkembang selari dengan kefahaman Syi’ah.Dimana sahaja terdapat kaum Syi’ah pasti saja teater ini wujud.Maka berkembanglah teater ini ke Parsi,India dan kemudiannya dibawa ke Pulau Pinang dimana ia sudah menjadi sinonim dengan Pulau Mutiara ini.Ingat Boria,ingat Pulau Pinang.
ARIBBA……RANCAK!!
(sumbar ini ihsan dari Pusat Pengajian Seni,USM dan KeKKWa)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
54 comments:
ooo....
baru aku tau......
watashi pun baru tau..
tingat masa tadika
watashi masuk boria(persembahan pentas)
baju merah,jaket hitam kilat2..seluar putih.
ahahahaha
"selamat datang..kami ucapkan...
"kepada guru dan rakan2..
"kami anak kecil akan...."
er..watashi dh lupaaaaaa!!!!!
ahahhah
O, macam itu rupanya sejarahnya. Ingatkan datang dari negara mana..?
Boria Sg Pinang ada lagi tak ek? . Hehehe!
Tongkat Ali, Kacip Fatimah. Ni pun pengaruh Syiah. Sebenarnya byk lagi pengaruh Syiah dalam masyarakat kita, takut2 menjadi amalan kita pulak. Muhasabah diri.
Teringat Boria Anak Tanjung lak...
Start darjah satu masuk boria sampai la lepas SPM tapi la ni baru aku tau sejarahnya.....
jinggo...........
hang tau?hang tau?hang tau!
watashi..........
hahahaha comey!
jowopinter..........
diorang dah slow down sekarang.tapi tetap 'legend'.
tegezoot.............
uih!silap aku carita pasai agama agama ni,aku lupa hang masuk.kalau aku salah jangan marah yee pendeta.
danisha...........
thanks to USM dan KeKKWa.kalau tidak aku pun tak tau.
begitu sejarahnya ek... dulu masa kecik2 selalu menonton rancangan hiburan di rtm yang ada menampilkan kumpulan boria nih... enjoy... :D
hmmm...patut laa...
Slam.
Syiah atau sunni?
Biarkan Allah sahaja mengadilinya.
Boria layan beb..
sastri............
boria mmg kena enjoy,terhengkak0hengkak sikit,kalau baik,diam,tu nasyid hehehe
13May............
hhmmmmm
goro..............
moral cerita ni pasal sejarah boria.bukan pasai mazhab.hehe
enche butaseni,
me nak g penang this weekend 21 hingga 23 mac! (dengan harapan enche butaseni bole blanja makan makanan yg best kat penang)
umat menderita seluruh alam,boria asalnya kat afganistan..
nelly berry-apa!mr.buta seni nak belanja nescafe gelas kecik kat rest.JAYA pun takda duit(tengah miskin),nak suruh belanja nasi kandaq $ rojak buah,hMMmm pucuk dicita ismet ulam raja la gamaknya...keh keh keh (ngan mara hah)(guwau jer)...
Salam,
Terima kasih info menarik ini.
Saya kurang faham kenapa Boria dimasukkan dalam kategori teater, bukan nyanyian, kerana apa yang saya faham melalui persembahan, Boria lebih banyak menyanyi dan sketsanya sedikit sangat. Boleh jelaskan?
Maaf, saya buta seni.
nelly berry......
sila o sila
anony........
afganistan?hang dengaq sapa cerita?kandaq ayaq?memang aku semiman hina,miskin.aset aku cuma otak
bunga rampai.........
sebab ia merangkumi semua(persembahan).
sketsa,tarian,nyanyian,kostum bergemerlapan hehe
hmmMm..betoi..tapi seniman miskin hang seniman ada keta satria baru,HP 2,ada sauna...bkn mcm anony..hanya ex5 seat koyak..org seberang kata "miskin apakan,inda miskin bahz,biskin takarang,inda jua miskinnya ani nyangku"...
anony............
hang ni tulis syair hindu ka?
buta seni......
ni bukan syair hindula,ni lah dinamanya the real syair pujangga..
karawale.....
karawale.....
karawale.....
.....khamis depan,kol 10.30,tempat biasa,hang belanja aku......
.....ada saunaaaaaaa.....aci anjing,wak manjaaaaaaaaaaa
Ooo..
Baru tahu..
Makaseh untuk info seni ni :D
o ye ke.. pnah wakil negeri lawan pertandingan boria peringkat kebangsaan kat Penang Free School..
& jadi JOHAN! :)
dan..dan aku rasa banyak yang aku tak tau ni. tq bro.
dulu mase skolah kat penang asal persembahan je wat boria.besh woo!happenning!
aku memang suka tenguk boria
hurm, baru saya tau... trimas. :)
salam kehidupan,
mungkin ada betulnya sebab bangsa melayu telah diresapi dengan pelbagai adat, istiadat dan upacara kaum lain.
dulu masa skolah suka tengok org men boria neh.. rasa cam nak pi join skali ja hihih
haduii.... 26 komen tuh!! jenuh aku belek sesatu..
nelly bayar brape jadi tour guide?hehehe..
Boria? sekarang aku sedey tengok generasi muda zaman ni.. kita ni usaha la nak kekalkan aktiviti yg penah gemilangkan pulau pinang, tapi bebudak skrg????
sikit hari kalu silap... depa nanti tanya.. boria ??? apa tu??
kat pesta pun dah kurang sambutan.
anony(wak)...........
nak belanja macam mana,aku seniman hina,xdak duit.hang kaya,ada gym.
akirasuri.............
same same.
cinta............
oooooooooo yaka?
tahun berapa tu?
rumah saya dalam kawasan tu dulu.
orang kampung...........
hampa bukan juara kebangsaan ka baru ni?macam mana tak tau?!
pandagemuk..............
yaaa boria kena happening.ariba sana ariba sini.hehe
kamato.............
tak semua orang suka.ada yang kata boria ni terhengkak-hengkak macam keling.
alan zed................
lepas ni boleh war warkan.
cermin diri..............
ya betul tu.
lindosh......
join,happy gile.saya pun pernah join 2 kali je,tu pun blakon sketsa.
ahcock..............
ya betoi!!
ERM...rindunya nak join boria...teringat masa skolah dlu2
Aku baru nak buat entri pasai boria, hang dah buat dulu.
Sebenaqnya info yang lebih detail pun ada kat Butaseni, sapa yang betoi minat nak tau, kontek dia personali.
Betoi, entri ni pasai sejarah, bukan pasai mazhab. Tajuk entri hang memang kerap menyentak qalbu.
puteri cahaya..............
lani nak join pun boleh,kontek budaya sari hahahahahaha pasti berseri.
pegawai khalwat...........
aku lebih eficienlah nampak gayanya hahahahaha.
oi,yang lebih detail kena tanya kat mentara guru,LKA.yang lebih detail pasai mazhab pulak kena tanya pendeta mega langit ketujuh yang agung-tegezoot.
tajuk tu mau suspen hahahahaha
pegawai khalwat lagi.........
qalbun dalam bahasa arab - anjing!!
OWHH
ITU KE ASAL USULNYA
wah wah wah
tidak aku tahu
p/s - tidak sesekali ku menjadi maskot red setan ituw!
tak rela nyah!
kakaka
hi...saye add awk nyer link kat blog saye.
hentikan perbuatan memberi gelaran yg ternyata terlalu bida'ah kpd aktivis teater penang. Bida'ah itu sesat dan sesat itu ke neraka.
La aku nak bagi nama kat ang pulak! ingat dia sorang sj boleh bida'ah!
Seniman buta gapura syurga.
pjoe....
kau dari dulu sepatutnya sertai setan merah,tapi dulu kau liarr.
tapi kau nampak sesuai bila ada tanduk.MU pasti menang malam esok.
aim-a.....
ok,nanti saya link jugak.tq.
tegezoot......
nama nama itu sangat sesuai dengan character masing masing.oklah aku maintain nama hang mega hebat sudahlah.
tegezoot lagi.....
seniman buta sudahlah.aku tak hebat.
oo cam tu ghupe nye...
Assalamu'alaikum. Apa khabar? Lama tak bertandang ke sini. Maaf ye :-(
Kat Sabah, alhamdulillah, semuanya terkawal :-)
Entri yang menarik dan berguna. Terima kasih atas pengetahuan yang baharu ini.
pap!
saya sudah tag awak!
teringat zaman skolah lu buat persembahan boria..best oo..
nunn.............
hmmmmmm
puteri ezza..................
oooo.sama sama
nana.............
alamak!
insan biasa............
hehe ramai orang terlibat waktu skolah skolah dulu kan?:D
ohhh, begitu kisah sejarahnya..
salam
lama sungguh tak jennguk
lama sangat2
now baru reda sibuk
dulu penah berlakun utk boria kat uni.malu plak bila fikir
umi amer............
ya umi begitulah,aribba!
wira..............
apa nak malu pulak.patut bangga.
erm... lama dah.. area tahun 1995. byk sweet memories d penang.. eheh. :)
lastly join boria taun 1990, ms tu darjah 6. best, sbb jadi JOHAN. so, dpt le wakil sekolah g daerah d dewan SUK shah alam. tp xdpt tempat lak. he he he. tarian je dpt kedua.
~baguih la info hang ni. dpt le aku ilmu baru.
~oit.. aku dh mls nk YM! ha ha ha..
CINTA...............
mesti time tu tgh bercinta
dotter.........
no 2?kira baguslah tu.
hahahaha wei,jangan merajuk
info yg baik...
terima kasih...
apa kate cerita skit lg, ttg upacara syiah yg dibawa ke malaysia, bukan sahaja boria, tp beberapa jenis tarian lain... ada yg jalan atas bara la, mkn kaca la.. apa lagi erk, lupa lak nama tarian tu... ade tersebar ke perak dan johor... errr tahu tak?
mineral.....
erm aku kena gali dan buat research dulu.tak boleh tulis sesuka hati.bagi aku masa k bro.
hah hah.. x bercinta tp dh reti jeling anak teruna org! hah hah.. rite now, dia pun dh ada family.. i dh xblh jeling2 dh skrg. mungkin kena jadi pemburu pulak. kah kah..
cinta..........
aik betul pulak serkapan jarang ku hihihiihii ish kau ni........
mana entri baru...rindu ar....
c.i.n.t.a itu BUTA.. :)
amer zaman..........
alamak bro,bz skitlah,lagipun connection kat ofice ni problem skit.
cinta............
ya!
Post a Comment