Tuesday, February 26, 2008

Gulai Kawah Istimewa

Kalau bab makan direstoren mewah sudah menjadi tren dan kebiasaaan di dalam blog,kali ni aku nak kongsi dengan kalian tentang sebuah gerai makan yang sunggguh unik dan sempoi.Bertempat di Sungai Dua,Seberang Perai,Pulau Pinang,ada sebuah gerai yang menyediakan makanan ala-ala kenduri dikampung.Sajian istimewa gerai ini adalah gulai kawah daging.Memang terasa macam makan kenduri.Sungguh asli dan enak.

Awal-awal pagi lagi kami sudah berkumpul di Taman Budaya Tanjung untuk pakat ramai-ramai kesana dan
HASILNYA MEMANG TIDAK MENGHAMPAKAN.

Gulai kawah yang hampir tinggal separuh dikala jam baru pukul 12 tengah hari.

Dimasak ditempat kejadian

Sebahagian lauk pauk yang terhidang untuk dilapah.hehe

Taukenya (Abang Hamid) adalah salah seorang pelakon bangsawan yang dikenali di utara sungguh sibuk untuk melayan kami,mana taknya,dari bukak saja gerai tu tak menang tangan membungkus dan mengira hasil jualannya.Kami faham,itu tugasnya.Sekali sekala dia datang juga untuk bersembang pendek.Kami semua amat ringan mulut sekali untuk memuji makanan digerainya itu.

Abang Hamid sedang beraksi.

Antara lauk pauk yang lazat disitu.Tangan seorang omnivor yang cuba mencubit ikan talapiaku.
Dalam sekelip mata saja kesemua lauk pauk yang kami order tu licin,kalau tulang ikan tu pun boleh dimakan kami makan.
Sebelum kami semua beredar dari situ,kami semua sepakat untuk menjadikan acara makan di gerai Abang Hamid ni satu acara bulanan kami.Dan Abang Hamid juga berasa besar hati dengan kunjungan kami lalu memberi diskaun istimewa.Boleh datang selalulah macam ni hehehehe

48 comments:

Mak Su said...

saya pun terasa macam nak menjamu selera kat kedai abang hamid ler

- G O R O - said...

Sunagi Dua tempat mee udang...

Kuar ikut sungai DUa bleh sampai tasek Gelugor.

Anonymous said...

wah2..nak jd aktvt bulanan yer.. x ckp pun kt pu3?

ni yg nak merajuk ni.. tau ler ari tu pu3 x ikut... oo, nk boikot ler ni?
xper2..

Butaseni@Wan Raja said...

mak su........
jom jom sila oo sila

goro.........
ntah,aku pun tak tau.aku drive tapi cuma ikut arahan..kiri...kanan hehehe

puteri cahaya...........
hahahaha hang dengan aida kena boikot hahahaha
kami yg pi ja buat plan hahahahaha
:P

Super Nia Hana said...

wahhh..bolh jadi ahli bina badan
ahaahahah

artisticklytouch said...

perggghhh....gulai kawah batang pisang abg hamid memang best..kalau bulan puasa ada gulai kawah siput sedut...yang ni lagi best..sruuuuttt...sruuutt..bunyinya..

kunyah batang pisang yang best

blackpurple @ jowopinter said...

Pergh!

Meleleh air liur aku tengok gambar-gambar itu.

Kalau aku ke sana, mesti aku tak akan lepaskan punya.. Hehehe!

Butaseni@Wan Raja said...

hana...........
hmmm sungguh gagah perut ku hehe

art............
bulan posa?siang ka malam?

jowopinter............
ya ya akan aku bawak kau hehe
sure hebat

crunchyahcock said...

butaseni.... bagi lokasi. aku ingat nak gi jugak la

Nunn said...

perghh..sg dua tang mana aa..wa minggu depan turun bro balik ari ingat nak cari tempat ni....

crunchyahcock said...

abang hamid kena bagi komisyen kat hang nih!!!

crunchyahcock said...

abang hamid kena bagi komisyen kat hang nih!!!

crunchyahcock said...

abang hamid kena bagi komisyen kat hang nih!!!

pandagumuk. said...

sedapnye wea.mkn ngn ulam n smbl belacan.

lapar.

Butaseni@Wan Raja said...

ahcock.....
simpang sungai dua,belok kanan.1km lepas tu ada gerai char koew teow,sebelah tu.

nunn............
sama intruction macam aku bagi kat ahcock.

ahcock lagi.............
tak payah komisyen,discount sudah hahaha

apa da komen banyak banyak?!

pandagumuk..............
sseeddaaaaaaaaaaappppppppp!!

Pegawai Khalwat said...

Oi, hang bagi tau la kat depa Sg. Dua sebelah seberang perai. Kang tercari-cari kat Sg. Dua sebelah pulau, mampus tak jumpa.

jinggo said...

bila nak p lagi..........
sedap ooooo.....

Butaseni@Wan Raja said...

pegawai khalwat....
hang baca balik entry ni

jinggo.............
lepas habis show kompang kot haha

artisticklytouch said...

dia juai kat pasar ramadan seberang jaya n sungai dua...makan time buka posa, kalau ada belen, perangat untuk soq...tengah hari tak juai, harap maklum! tengah hari hang pi makan kat zhong zhen la ha ha

Butaseni@Wan Raja said...

art............
aik tau nampak

arianna adrizal said...

amboii... terliur la pulak ;p

Natra said...

Aku tak tau camne nak cakap...hang kalu baba makan memang laju no!! anyway, aku terusik dan terasa dengan dendangan lagu kat blog hang ni....sedap untuk halua telinga aku

crunchyahcock said...

burrpppp...!!!! alhamdulillah
thanks bro.

Anonymous said...

gulai kawah ni sebeno nye macam mane? mskudnya masak gulai dlm kawah.. camtu?

Sastri said...

adeh... tetiba terasa lapar plak...

Chik chuMeLL said...

nyum..nyum....kecur ait liur...sedapnya selera kampung kan...hingga menjilat jari...

KAMATO said...

Uhu...seleranya tengu, akan ku cari kedai bang hamid ni nanti....

Butaseni@Wan Raja said...

adriana adrizal...........
hahaha aku yg makan pun tengok terliurr :P

zety......
ini lagu perebet movie aku

akcock.............
rugi hang tak ikut

qasiehfirdaus.............
yaaa betoi.ras macam kenduri.

sastri..............
hahahaha entry ni memang ditujukan kat awak haha

insan biasa........
hmmmmmmmmmmm

kamato..................
ya cari,senang saja.

orang kampung said...

fuhhhhhh aku terbau bau sampai sini nih. Nanti aku bawak pemangsa pemangsa dari sini pulak...

13may said...

perghh!!!

kat mana ha kedai dia???

Sastri said...

kijammmm... kijammm... :p

akirasuri said...

pergh!
nampak sedap..
nanti belanja ek..
ha ha ha..

suriani said...

hi.. lama tak nyinggah sini...
lauk2 dalam periuk2 tu tentu sedap ek.. nanti kami naik penang, nak contact buta soh belanja!

ini i punya address baru, sudah tukar since ada stalker, gitu:

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

mai la no!

Butaseni@Wan Raja said...

orng kampung...
uih,sini sempoi tapi mana boleh lawan astaka pumpong!kami nak p kat hampa hujung bulan ni,pumpong jom hehe

13MAy...........
sungai dua seberang.sebelah char koew teaw aww

sastri..........
hihihi nanti ajak blackie mai sini

akirasuri..............
sila oo sila

umi.........
baik cik kak,nanti saya singgah

van_derksen said...

Hi bro2 semue. Salam dari sy. Sebenarnye sy terliur sgt dah nengok makanan2 tuh meleleh sampai kepinggang. Mahap la numpang tanya, camner nak pegi sana ek. Kalau buleh tlg le kasi map skit ek. Jgn marah bro...

ANNA NUR said...

aku rs mcm penah la g mkn kat sini dulu dgn liza penang..

Mimiamilia said...

eeee..benci laaa letak benda2 makan kat sini.
huwaa..jelesnya tak dpt makan sedap2.

crunchyahcock said...

huhuhu... tahap dewa gak nih!!! 38 comment tuh!!!

Butaseni@Wan Raja said...

van darksen.........
dari penang bride trus hala ke Aloq Staq.Nampak signboard Sungai DUa belok ke bawah jejantas.ada traffic light belok kanan.dalam 200km jumpalah :D

dottr..............
ye ke?sedap kan?

mimi amilia.........
hehehehe that was the idea hihi

ahcock.............
tu pun dah berkurun aku tak update entry....bz.

ANNA NUR said...

sedap! mg ms tu liza bwk aku time lunch. ramainyaaaaaaaaaaaa orang. pdhal baru kul 12.15pm, kitorang xdpt nk pilih lauk sgt sbb abih!

van_derksen said...

alamak bro...! sy dari kl la

Butaseni@Wan Raja said...

dotter.............
haaa lain kali pegi ahad macam kami hehe

van_derksen...
alamak tak dapek aku nak melolong.tak pun kau nak datang kau contact aku,aku bawak :D

van_derksen said...

Cantikk bro...
aku belanja bila aku turun sana nanti. Infact aku turun esok lepas mengundi, convoy dan chartered ferry ke pulau. Malangnya pull out last minute pasal pilihanraya. Camne nak contact bro..

Butaseni@Wan Raja said...

email aku psyfool78@yahoo.com then kita tukar no fon,k bro

Hasrul Halid said...

hohoho! hangpa kena pi pekena gulai batang pisang! sempoi, tapi tukang masak tu kena 'best' la, kalau tak gulai tu nanti hanya layak dipanggil 'makanan itik'...! hehehehehe!

Butaseni@Wan Raja said...

hasrul............
terbukti,tukang masak dia power

CerminDiri said...

salam kehidupan,

memang bestlah....meriah sungguh. ke buat-buat meriah?....

Butaseni@Wan Raja said...

uih,meriah betoi,sungguh!