Sampai aku direstoren itu,rupanya hanya aku sorang saja yang bakal dilayan oleh pekerja Arab disitu."Assalamualaikum my friend,you want try our special menu for today?"itulah sapa pelayan Arab bermisai lebat (mungkin itu saya ayat yang dia tahu)setelah aku melabuhkan buntutku dikerusi mahal itu.Melihat menu yang diberikan,memang aku tak tahu langsung tentang makanan mereka ni,aku pun mengangguk saja dengan soalan tadi.Keadaan menjadi huru-hara dalam restoren itu setelah aku menyebut "NA'AM".Mungkin sipelayan tadi sangkakan yang aku betul-betul fasih berbahasa Arab lalu dijerit dan memberitahu rakan-rakannya didalam.Cuak juga aku mulanya,ingatkan ada pengebom berani mati datang,rupanya disangkanya ada rakan baru yang boleh berborak.Ceh,buang karen betul.
Menu itu cuma dipanggang bila di'order' oleh pelanggan oleh chef yang didatangkan khas dari Iran.
Setelah aku menjamah makanan yang dihidangkan itu,ternyata ia sangat lazat,secukup rasa.Begini rupanya rasa makanan Iran.Sedap.Kalian semua patut mencuba.Sedang aku makan pula,tuan punya kedai atau tauke nya pula datang melayan aku dan menanyakan bagaimana dengan rasa makanannya.Setelah aku cakap sedap,terus sitauke itu duduk dan meluah perasaan sedih pulak pada aku.Katanya tempat yang disewa itu sebenarnya mati dan tidak sesuai,duit pulak banyak sudah dikeluarkan.Terfikir pulak dalam otak aku,betul jugak cakap Pak Arab ni,harga yang tertera dalam menu ni pun hanya sesuai jika dijual diKLCC atau di kawasan seperti Bangsar atau Sri HartaMas barulah sesuai,bukan ditempat yang dipenuhi dengan orang yang lalu lalang seperti di jalan yang berhampiran dengan Chow Kit ini.Harga satu hidangan adalah dalam lingkungan RM15-RM35,belum termasuk minuman.Tapi bagi aku ia berbaloi dengan kesedapannya,cuma ia dijual disalah tempat.
Setelah selesai meluah perasaannya padaku,ditawarnya minuman, "do you want some tea or tea tarik,my friend?' Dan menawarkan shi sha Arab (paip)kepadaku.Aku sangkakan dia menawarku kerana meluangkan masa untuknya,rupanya ditulis juga didalam bil.CiS!!sungguh c%l@k* segelas teh tarik yang "DITAWARKAN" kepada aku RM 3.50 harganya dan RM15 untuk She sha.
Sambil menyumpah,mencarut dan memaki seranah,aku pun berjalan pulang kehotel dengan kenyangnya.Tapi aku rasa tidak serik untuk makan disitu,memang sedap,lain kali kalau aku makan disitu lagi,aku dah tahu,jangan sesekali setuju dengan pelawaannya.Makan dan Blah! hehe
49 comments:
hmm... kat Jalan Putera? kat mana tu ek... apa nama makanan yang sangat sedap tu? nak gak la cuba kalau bole... :D
Kalau sedap tak apa. Kalau tak sedap, itu yang leceh. Hehehe!
Tapi betulah tu, lokasi pun memainkan peranan juga. Kalau sedap macamana sekalipun, tempat entah apa-apa, tak jadi jugak.
Eh... hang kan memang boleh cakap Arab?
hang kan 3 tahun kat dunia berkaitan Arab ni.
Psss... masih menunggu TGI Friday hang.
tersenyum ku baca... nmpknyer pengalaman penuh makna, jgn terpedaya yer bro :)
errrr mai KL, yer mkn di mana tu, leh gak try :)
setiap sabtu mlm minggu, kekkwa ade buat santai di laman beringan err kt perkarangan diantara istana budaya dan balai seni, ade memacam juadah dan persembahan... free2 pergila :)
sedap nya aku tgk menu hang tu.. nk try aku takut. hah hah! pak arab servis lah katakan.. he he. tp gambo tu mmg dh buat aku kecur.. lapooooooooooooooooooooooooooooooo!
tahniah kerana ko terkena juga.
sastri.....................
jalan putera tu kat area The MAll,atas lagi dekat nak sampai simpang ke Chow Kit.Trylah,sedap tapi ingat pesan saya"MAKAN DAN BLAH!!"
jowopinter...............
betul tu beb,lokasi.kesian pulak aku dengar pak arab ni meluah kat aku.memang takde orang yang singgah walaupun sedap.
pegawai khalwat.............
aku dulu sekolah arab tapi setiap kali kelas bahasa arab aku blah hahahaha.tak minat skolah tu sbb takdak lukisan.
mineral.............
ya,pak arab punya pusing setaraf dengan mamak hahahaha
ada aktiviti KeKKWa?aku tak tau pun.thanks for the info.
dotter............
hmmm dah tengok gambar kan?amacam?
nanti kita jumpa disana kita makan kat situ.bawak along skali,lama tak jumpa dia.
wanie..............
hehehehe merketing diorang dasyat rupanya hehe
emm..agaknya stiap customer yg dtg makan situ jd tempat luahan rs ati tokey pak arab tu kot..haha..
experience is da best teacher in da world..hehe...
salam kehidupan,
kalau kat sini itu dipanggil
sya am atau laham musyakkal. best tak?...
pelawa tu pelawa berbudi bahasa da...
itu baru pra dugaan persiapan ang nak naik haji tahun depan.
ehehehe..nape model tu misai dia tebal arr???
ahahaha
takde kena mengena pun
:P
aku setuju, memang sedap masakan pak arab ni... tapi tak boleh makan selalu.. selalu sangat muak juga. pernah juga part time kerja kat restoran sebangsa dia orang ni masa study dulu, sekarang tak berapa ingat menu2 dia orang, memang pelik
takpa......
janji dapat makan sedap......
hihihihii.........
Salam,
Baca tajuk - ingatkan nak bercerita tentang tarian gelek, haha!!
insan biasa..
tapi pengalaman yang kena keluarkan duit banyak yang den tak berkonan tu ha hehe
cermin diri......
apa tu?
mohamadkholid......
ya budi bahasa ada makna tu
tegezoot.......
naam!hang lari dari tajuk,subtex salah!
watashi.......
dia rasa dia seksi hahahaha
kamato..........
aku rasa kalau aku makan selalu pun tak muak.sedap bro hehe
jinggo.........
abis,ujung bulan makan maggi lah huhuhu
bunga rampai.........
hehehehe tajuk mau gempaq hihihi
hehe. ingatkan cerita aladin tadi... :)
oleh kerana Che Butaseni SATU-SATUnya pelanggan maka dipulun habis-habisan segala caj.
hehehehehe..xpe yg penting sedap.
bagi miss_tree, kalau makanan tu berbaloi dengan harga yang dibayar, apa salahnya..
tp xleh selalu lah kan..
huhuhu, kena prektis kuatk kuatk sikit sakap arab ek
makan sedap takpe kuar duit lebey kan?
alan zed..............
hahaha aku dapat idea dari lagu kartun tu lah bro hahahaa
miss_tree..........
a'ah dah lama tak dapat mangsa agaknya hehe
mak su...........
yallah yallah!!
umi ameer..............
ye umi sedaaaappp!!
wokeyyyy...!! nnt aku turun KL aku bgtau hang. nnt kabo kat along sekali eh! :)
makanan tu kalau di nando's dia panggil espetada.. memang best, harganya cuma rm24++
wokey.aku turun sana next week,ada projek skit.aku call kau.
resdongs........
aku tak suka nando's,pedaih!!!
sexy ke misai tu??
ayoyoyyo..minta2 le bakal watashi takde misai
aahhaha
demand!
apa la.. pondan pondan pondan!! ingat, target bulan depan 60kg
itu mmg taktik diorang nk naikkan harga bil secara paksa rela
sesungguhnya tiada apa yang percuma di kotaraya ini dude!
kekekeke
watashi.............
hahahaha manalah tau,kot kot taste kat pak misai mcm tu haha
resdong..........
tak makan pedas tu bukan pondan,tapi bijak.tak sakit perut,buasir kurang!!hahahaha
bila masa aku kata nak bagi berat aku 60KG?aku nak maintain berat ni sampai umur aku 55.hahahaha
rena..........
ha betul tu terpaksa kurela!hahaha
hmmmm rena.....hihihihihihi hmmm
pjoe..............
ya sungguh kijam pak arab tu.
kamu terkena dgn dia yg bermisai lebat itu kah? hahaha :P
bukan mantain berat badan la, cuma tambah plate olympic lebih sikit, malu la bila orang tengok rupa hensem and badan sasa tapi angkat 40kilo pun terketaq
salam maal hijrah bro..
salam maal hijrah...uikkkksss makan kebab turkey ker?!!
sebut my friend je da tergoda :P
qasiehfirdaus..........
bukan.si misai tu cuma ambil order saja.saya kena dengan tauke dia berperut tebal hahahaha
resdongs..............
hahahahahaha bukan selalu terketaq.aku dah lama tak berkecimpung.first time p dgn hang terus belasah macam sazali samad,mana bileh.tangan aku tak boleh straight tau ari tu.nasib baik aku blakon watak samseng,boleh jadikan tu character,kalau aku blakon watak bapak yang penyayang?ha?ha?ha?
mimie amilia...........
sama sama sis.
rozie............
salam kembali.hehehe bukan kebab turky,kebab iran.:D
pandagemuk...........
ha betul tu.kita sangkakan diorang betul betul ikhlas sebab sama sama islam.huhuu
kihkih... ok ler tu. lain kali boleh ler ikut sekali...
hehhe...sib baik sedap :D
puteri cahaya..........
nanti kita tour show kat KL kita serang
13May........
hah memandang tu ja,kalau rasa hampeh macam subaidah,aku amok satu KL
baiiiikkk!!!! Asal bahagia...
puteri...
uih dah makan sedap tak bahagia lagi?haha
haha...so sekarang ni kene la beringat.. nothing is free ye bang.
at least makanannye sedapkan...jgn la marah sangat hehe
halogamora.............
hehehe yes u're right :)
apa sahaja yg berkaitan dgn arab memang sedap.
ang bleh jadi bapak penyayang yang berpoligami dan bahagia dan berlaku adil kepada setiap isteri
zizie ali..............
ya,makanan semua sedap tapi perangai diorang tak semua elok,kan bro?
resdong's............
tiba tiba!satu pujian yang merosakkan orang.aku bukan jenis ketagih pujian.ada pehemm??!!
hahahahaha
oi, Hotel Grand Central lah...
situ area panas tau...hang buat pa situ? haaaa...aku kata dah, hang ni gay...
ha ha kantoi kantoi
bahaya kalu cam tu beb
art.............
BESAR PUNYA CHERMIN!!
alam setia.........
iuh bahaya bahaya
Post a Comment