Wednesday, December 12, 2007

Batik Di AngkasaRaya

Baru-baru ni aku dipaksa oleh boss aku untuk menghadiri satu konvensyen dan juga seminar yang pada mulanya aku cuba untuk mengelat dan bila aku melangkah ke KLCC (Kuala Lumpur Convansion Centre) mata aku terbuka dengan terangnya kerana konvensyen serta pamerannya sungguh menarik sehinggakan aku lupa diri dan tidak peduli dengan anak-anak murid aku yang merayau-rayau disuria KLCC.(ah korang nak merayau pergilah,aku nak tengok batik hehe)

Mungkin sebab promosinya agak kurang dan tidak meluas sehinggakan tidak ramai yang hadir.Atau juga harga bayaran masuknya agak tinggi (RM 300, tapi aku dan student aku dapat RM 55 je :D) sehingga tidak ramai yang berminat untuk menjenguk.Apa pun Konvensyen ini sangat berfaedah dan berguna lebih-lebih lagi untuk para pelajar seni dan fesyen.

'Kuala Lumpur International Batik (KLIB)' ini banyak merungkai tentang asal usul batik serta dari mana datangnya teknik-teknik dalam penghasilan batik modern seperti dari Jepun,China,India,Eropah. Seminar ini juga banyak mengajar tentang teknik teknik baru dalam penghasilan batik dan juga kaedah baru membuat kesan warna yang lebih menarik selain memelihara keaslian batik Malaysia.Ramai ahli-ahli panel kebanyakkannya pensyarah dari universiti seni di eropah juga datang untuk memberi pandangan.

Yang menarik sekali apabila aku melangkah ke dewan pameran...........................


Batik asli Terengganu antara yang dipamerkan disitu.


Antara batik-batik kontemporari yang dihasilkan oleh artis luar.



Kebanggaan: Batik pertama yang dipakai diangkasa? uuuuuiiiiiiiii!! yeke?


Antara koleksi-koleksi rekaan fesyen dari pereka tempatan yang turut dipamer.



Terdapat juga demonstrasi pembikinan batik yang menarik ramai pelancong.Diatas antara alat-alat untuk menghasilkan batik.


Pameran finalist-finalist dan juga pemenang Pertandingan Piala Sri Hendon


Tidak ketinggalan juga Fashion Show Batik untuk mengenengahkan bakat pereka Malaysia



Juga pameran eksesori-eksesori yang diperbuat daripada Batik yang menarik perhatian pengunjung.
Rata-rata aku rasa pameran ini memang berguna tapi kalau ia diadakan untuk umum lebih bermakna bukan untuk tatapan artis dan para aktivis sahaja,kesedaran untuk umum juga perlu bagi membuka minda bahawa warisan ini harus dipelihara.

34 comments:

bintang hati said...

batik mahal..
songket lagi mahal..

utk golongan yg berkemampuan, baguslah sokong hasil batik dan songket tempatan..

bagi golongan pertengahan mcm SAYA...?? tengok dan dengar sajer..

emm...

Azlan Zed said...

batik malaysia, untuk dunia... dan angkasa..?

Mak Su said...

eleh...dey all buat eksklusif sangat... orang biasa ni tak layak join

Chik chuMeLL said...

uishh..mhlnya tiket..no wonder la xramai org dtg kn..but i LOVE BATIK...

cheerio..

Miz

suriani said...

i love batik, i love mesia...
i got lots and lots of baju batik, how about u?

akirasuri said...

Woah!
Mahalnya nak masuk..
Patut pun rakyat marhaen tak tahu :)
Untuk golongan elit sahaja kot diorang anjurkan ni :|

Pegawai Khalwat said...

Bang,

Inilah masalahnya. Puak-puak dalam dunia fesyen ni, depa dalam niche area depa sendiri. Meskipun kita tau fesyen ni industri yang bernilai billion ringgit, (dan kat Malaysia baru nak menuju ke arah tu), tapi masih ia mengabaikan secara tidak langsung golongan marhaen ni.

Dan hang kena ingat, pameran ni lebih kepada nak memasarkan produk dari vendor kepada client dan juga lebih kepada publisiti.

Kalau golongan marhaen ni masuk (dengan anggapan pameran ni percuma atau RM10 cuma), depa ni takan dapat banyak faedah yang konkrit. Sekadar melaksanakan tanggungjawab sosial.

Industri fesyen kita belum sampai tahap tu lagi. Malah industri fesyen dunia pun belum banyak yang melaksanakan tanggungjawab sosial. Kalau ada pun tak banyak macam kempen Aids dan sebagainya.

Jadi, kita bolehlah berangan-angan dulu. Mana tahu angan-angan boleh jadi kenyataan.

Butaseni@Wan Raja said...

bintang hati...........
ya betul tu.satu topik yg bagus dicungkil.bangsa sendiri tak mampu miliki,kan?

alan zed...........
haaa dah nak ke angkasa,jangan tau tau

mak su...........
ya betul tu.orang kita nak tengok pun susah

insan biasa...........
ya memang mahal,insan biasa macam kita susah nak p tengok.

umi ameer..............
i love batik too but i don't have a lot,mahey nak memepuh.

akirasuri.........
ya,itulah yang gagalnya program ni.

pegawai khalwat..........
first of all,konvansyen ni pada asalnya memang untuk pengusaha industri batik untuk mempertingkatkan dan mendapat lebih pendedahan tentang teknik teknik baru serta bertukar pandangan dengan penggiat dari seluruh dunia.
Di europe,jepun,china dan jugak india pun ada teknik penghasilan tekstil yang lebih kurang batik,tapi mempunyai gelaran berbeza.semua orang nak berkongsi pandangan.pameran-pameran tu untuk peserta-peserta dari luar.
bayaran mahal dikenakan pulak sebab ia untuk pengusaha pengusaha batik mengambil tips tips dan pengalaman dari panel-panel luar dari eropah dan sebagainya.

memang tak adil bagi rakyat sendiri,aku pun tak setuju.tapi jangan tuan terus salahkan industri fesyen malaysia.
industri ni jugak punya matlamat yang sama dengan KeKKWa,mahu memartabatkan seni untuk rakyat.
pelbagai usaha telah dibuat untuk menyedarkan rakyat tentang batik dan pentingnya memelihara batik,lebih lebih lagi usaha allahyarham Datin Sri Hendon.
cuma konvensyen kali ni saja yang tidak begitu 'ramah dengan umum'.
nila setitik,jangan hukum industri fesyen terus,mak sentap tau nyah.
jangan ajar itik berenang :P

Unknown said...

patutlah tak heboh macam jom heboh. terhad pengunjungnya.

m i n e r a l . . . said...

sy pernah mencanting batik ..err tu cerita waktu belajar dahulu....hehehe..
batik memang indah...
antara identiti nusantara yg patut d pelihara.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

batik?....kurang maklumat tentangnya. bleh kongsike?...

Butaseni@Wan Raja said...

zalisa.......
haa tapi ada jugak pengunjung yang selambe masuk,diorang mintak pass kat pak guard,ntah.

mineral..............
ya,kena jaga ooo

cermindiri...........
nak tau lagi?hmmm nanti saya buat entry pembikinan batik pulak yee :)

- G O R O - said...

Golongan2 layman seperti aku ini..

Nak tgk jauh sekali, kalo teropong takut kabur.

Apapun, gadis berkain batik kan ayu.
haaa3..

bro dtg Key El lagi ek.

Unknown said...

ske batik... expat juga ske batik ada y sampai wat alas meja sbb cantiknye batik.

blackpurple @ jowopinter said...

Memang cantik-cantik. Unik dan berseni.

Tapi kalau nak masuk konvensyen itu RM300, berfikir dua-tiga kali juga nak masuk tu kalau pakai duit sendiri. He he he.

Butaseni@Wan Raja said...

goro..........
ya gadis ayu hahaha
a'ah aku turun KL tapi kejap je,tak sempat jumpa sape sape.:)

halogamora............
wah,buat tudung meja?kena kari macam mana?sayang ooooo

Jowopinter..............
hehehe aku pun claim kolej aku hahahaha

13may said...

masuk RM300???

buleh bayaq saman speedtrap :D

Anonymous said...

sayang kan.. pameran sebegini dikenakan bayaran yang mahal..
kedekut betul..

Sastri said...

mahalnya tiket masuk... macamana nak tarik pengunjung kalau macam tu ek?

Butaseni@Wan Raja said...

13May............
haahahaha macam selalu kenba ja hahaha.aku selalu dapat diskaum hehehe

rena...........
kedekut?hehehehe tu bukan kedekut,nak kaya cepat :D

sastri........
tujuan pameran ni sebenarnya bukan nak tarik pengunjung,nak untung je hehe

tegezoot said...

aku pakai kain pelikat.

Wira Nordin said...

tak tahu menahu pun perihal ni
menarik jugak kalau tahu
aku suka batik urban

jinggo said...

eh batikkk....
ooooo oooo oooo batikkk.....

Anonymous said...

hak. ku ni anak murid MR.butaseni ni, ada le nak defend sikit. hehe.

jgn marah ye.

kita merayau tapi dapat temu balik ke tempat temu tapi... lecturer yg hensem ni tak tau pi mana. haha. ingat tak 1-stop. hahahahahhaahahahahh!!!!!!

rashia terbongkar XD

pandagumuk. said...

xmampu..

Butaseni@Wan Raja said...

tegezoot................
haa nak pakai kain pelikat kena pastikan hang pakai sport shoe,cap dan t-shirt basah.

wira nordin...........
itulah pasal,orang ramai patut tengok.

jinggo..........
yeah batik,awat?nak ka?

annn...........
cis!one utama tu maha besar,stage sampai tiga,tak tau nak jumpa kat stage mana satu.oooooo pecah rahsia ye,potong markah!! :(

pandagemuk....
sebab tulah saya share dalam blog ni dengan semua :)

Super Nia Hana said...

heh..mmg cantik bangat!!
tp pesal yg mahal sangat sampe RM300 tuh?
nk tunjuk eksklusif ker??
sayangnya..

pjoe said...

tgk batik ni teringat kt kg di kelate
haih
rindu bebenor!
btw, aku tagged hang!
hehehe

and dont mention pasal bola
isk!

m i n e r a l . . . said...

tlg lap lap sawang kat sini... isk byk tul spider lepak....

Butaseni@Wan Raja said...

watashi......
bukan nak menu juk,tapi konvension tu hanya untuk penggiat-penggiat batik seluruh dunia,nak kaut untung lah tu.

nezjoe...............
uuui siot,lama kau tak kena tag hahahaha

mineral...........
haaa ni tengah lap sawang hahahaha
aku agak bz sebab aku dipaksa untuk training AuTOCAaD(macam siot)

Unknown said...

batik mmg cantek tp rege nye mahal :(

- G O R O - said...

Semekom..

Sibuk ker brader?

Danisha said...

Aku pun minat batik tapi seperti biasalah mahal ler plak kan....

Tapi tak pa...beli yang berpatutan walaupun tak cantik macam yang slalu tgk tu...
idakpun pakai ajer kain batik...ok jugak kan....pandai2 ler kreatifkan diri....hehehehe

Butaseni@Wan Raja said...

lindosh...........
ya betoll memang mahal ya'aamaty,sama harga dengan kemeja Dolce and Gabana hehe

goro............
ya bro,bz gila,tengah training seminggu CAD system,nak baca blog member pun tak dan huhu

danisha............
haa good idea.nanti aku p KLCC pakai kain batik dengan sport shoe,k hehe