Tuesday, November 27, 2007

ORANG MINYAK LAWAT ZOO TAIPING

Tanggal 24/11/2007 bersamaan hari sabtu yang lepas,selesailah sudah sesi jelajah teater Devian Dogma dimana Taman Budaya Kuala Lumpur menjadi destinasi terakhir kami.Tempat duduk auditorium di taman budaya itu sepatutnya diduduki oleh ramai lagi penonton namun hanya separuh sahaja dipenuhi (tak penuh leer hehe) dan walaupun memenatkan namun ia memberi kepuasan yang maksima kepada kami kerana dapat mementaskannya dihadapan orang-orang teater dan juga aktivis-aktivis yang berpengaruh di KL.

Rata-rata reaksi para penonton begitu positif dan memberangsangkan kerana penggiat seni disini lebih terbuka mindanya dan dapat menerima metafora yang di tunjolkan oleh tuan pengarah dan penulis skrip kami.Sesi viva atau sesi soal jawab kami juga berlangsung dengan positif sekali dengan soalan-soalan yang ditujukan menunjukkan yang mereka faham dengan intipati skrip.Ia seolah-olah memberi tonik kepada kami para pelakon setelah penat berkuntau bersilat semasa persembahan.

Taman Budaya Kuala Lumpur yang sungguh unik.

Kami juga amat berbesar hati bila dapat berjumpa dengan beberapa rakan blogger yang melawat kami sebelum dan sewaktu persembahan.Kami juga terharu dengan beberapa rakan kami yang hadir memberi sokongan sebelum persembahan kerana tidak dapat hadir pada sebelah malamnya ,trima kaseh Rena dan ada juga yang datang kehotel tempat kami menginap untuk berkenal dan melepak dengan kami.Terima Kasih Goro.(kami hargai kau sebab datang dari rumah yang agak jauh tu).

Selepas persembahan, kami agak sibuk menjawab soalan yang bertubi-tubi ditujukan sehingga tidak berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan yang lain.Mungkin ada lagi yang hadir,jika ada kami ingin memohon maaf sebab tidak sempat bersua muka.Kami amat terharu dengan seorang rakan yang walaupun tidak sempat bersua tapi berbesar hati dengan kehadiran kami ke KL dengan memberi kami cenderahati yang sungguh istimewa,menjunjung kasih Cik Bunga Rampai,kami sangat menghargainya.



Post para pelakon mengikut character masing-masing.


Keesokkan harinya,pada hari Ahad kami pun dengan senang hati bergerak pulang ke Tanjung dengan tiada tekanan dan tiada hambatan masa.Memandu dengan perlahan dan relax,sempat juga melawat Zoo Taiping,satu aktiviti santai yang menjadi kebiasaan kami setelah penat bekerja.

31 comments:

Azlan Zed said...

sori bro, x dapat datang. kerja. :(

- G O R O - said...

Salam bro..

Kedatangan anda ke Kota Lumpur ini sgt2 dialukan lagi.
Diharapkan berpeluang kita menghabiskan masa lebih lama lagi.
Korang semua mmg best...
Layan...

Butaseni@Wan Raja said...

alan zed...........
takpe kami paham,takde rezeki bro :)

goro...........
ya,harap nanti boleh main ps2 skali hehehehe
datang tanjung kami entertain baik punya :D

blackpurple @ jowopinter said...

Aku beriya-iya sangat nak pergi malam itu. Tapi sayang, aral pulak melintang di tengah jalan. Ada komitmen keluarga. Sayang...

Bila lagi aku dapat peluang tengok persembahan korang agaknya...

Apapun tahniah! Teruskan berkarya!

suriani said...

aku pun tak dapek datang, sori!
anak aku sunat beb!
lenkali aku cuba datang, k?

Chik chuMeLL said...

alo bro..salam kenal..emm..bile agknya de lg ek..??jgn lupe roger2 sy ek..mmg teringn nk tgk teater..

cheerio

miz

Nur Hafiza Hasan said...

huhuhu...sorry..
25th tu ada kelas.

dulu kate nak dtg tganu/klantan..
kalau dtg sinibuleh lah insyaAllah miss_tree gi..
:)

pandagumuk. said...

nk dtg :(
tp perintah berkurung.keadaan x aman.

Butaseni@Wan Raja said...

jowopinter.............
faham bro,harap-harap ketemu jua nanti.

umi ameer...........
oooo yeke?takpe.kalau ada lagi anak yang nak bersunat tolong info jadi kami akan cari hari lain hehehe

insan biasa..........
sakam kenal bro.insya allah nanti kami war warkan jika ada lagi.

miss_tree.............
memang kami plan nak kesana tapi sekarang musim monsun pulok :( (padahal takde budjet hahahaha)

pandagemuk............
ya ya paham.ramai gile gagak diibu kopta masa tu.:D
salam kenal.

Anonymous said...

saya 'terpaksa' bersetuju dengan GORO.. kalian memang best!!

terima kasih kembali kerana mengalu-alukan kedatangan saya pagi itu..

serta tak lupa juga kerana berkongsi nasi beriani dengan honey chicken (bak kata lat) serta oren yang masam..

pasti kucing kuning itu rindu pada kamu semua..

nellyberry said...

wish i was there!

Mak Su said...

hohoho, saya miss ini theater... ada datang lagi ker?

Butaseni@Wan Raja said...

rena..............
hehe terpaksa setuju?:P
kami jugak berbesar hati awak datang menjengok pagi tu walau ada aral di sebelah malamnya.
tq.nanti kita semua makan nasi berianai lagi ok :D

nelly berry........
:) takpe.macam tajuk lagu incubus hehe

mak su.............
insya allah ada.takpe paham kenduri kan?

m i n e r a l . . . said...

congratss bakawale..
p/s: errr pos keychain hahahahha

ANNA NUR said...

mesti bestkan teater hang ni, en. butaseni..

tp apakan daya, masa tu anak2 sibuk merengek nak gi petrosains (siang) & eye on malaysia (mlm)..

satu ari melayan sampaikan aku xde peluang mengadap hang. heh3..

~insyaAllah, mungkin di lain kali aku berkesempatan & berpeluang...

Anonymous said...

wah, glemer rupanya tuan rumah ni :D

Butaseni@Wan Raja said...

mineral...................
tq bro,kami hargai kau.
laaa apesal tak jum pa kami,t shirt pun boleh bagi :D

dotter............
ye ye je kau sms aku mlm tu.:P

zalisa............
kalau glamer,mesti tiap tiap minggu masuk URTV hehehe

pjoe said...

sorry dude tak dapat pi

kau tahukan sebab kenapa?
aku hampa!
:(

Bunga Rampai said...

Salam,

persahabatan dijunjung
bawa ke Tanjung
dunia belum di penghujung
ada izinNya kalian kukunjung :-)

Tahniah! Persembahan yang berjiwa. Saya kagum!

CerminDiri said...

salam kehidupan,

anda salah seorang penggiat teaterke?....hebat.....memang hebat.....

Butaseni@Wan Raja said...

pjoe..........
ya aku paham.kau kena stand by nak ke toilet hehehehe
no problem.

bunga rampai...............
trima kaseh beribu :)

cermindiri.........
salam kenal.
ya,penggiat teater yang tak sehebat mana,cukup untuk habiskan persembahan :)
trima kaseh.

Sastri said...

hajat di hati nak ikut Blackie menonton teater bersama... tapi... takde rezeki... apapun tahniah...

bintang hati said...

SAYA pun nak menyelit juga..

nak ucap TAHNIAH atas kelancaran persembahan kamu...

nanti buat lagi yer..datang KL lagi..bagitahu tau..hehehe...

Butaseni@Wan Raja said...

sastri......
takpe,nanti kami buat lagi.nak korang duduk front row hehehe

bintang hati............
trima kaseh atas lawatan.nanti kami war warkan :)

tegezoot said...

Uuuuuuuuuuuuuuuiih!!!

Anonymous said...

terpaksa bersetuju..kerana awalnya saya mahu buat statement sendiri tentang keseronokan jumpa kalian..

alih-alih GORO sudah potong line..

maka terpaksa mengiakan sahaja pernyataan nya itu

sekian, terima kasih

Butaseni@Wan Raja said...

tegezoot.......
dialog aku dicuri oleh surti hehehe

rena...............
uuiiihhh saya memain jaa.tau awak happy ari tu hehehe
tq skali lagi :)

m i n e r a l . . . said...

maaf yer lps soal jwb kena hantar istri balik... almaklumla berbadan dua... tak berapa sihat...insyAllah d lain masa. :)

ANNA NUR said...

betollllll... aku mmg nk pi sbb ms tu aku x plan nk g mana2 sabtu mlm ahad tu... alih2 budak tu sibuk nk naik eye on malaysia sampai merajuk, nk x nk aku kna jgk lah mengalah..

ermmmm... aku dh lama sgt x involved dgn teater, since tahun 2001. budak2 grup teater aku dulu pun dh x pnah panggil aku.. xtvt ujung minggu asyik dgn skool aje sampaikn ms utk dorang dh xde.

la ni, kalo dorang ada show pun.. aku dijemput as penonton aje... iskh! rindu betul aku dgn dunia teater ni... uhukkkk!!

Butaseni@Wan Raja said...

mineral..............
takde hal bro,kami faham.
kau datang malam tu pun kami hargai sangat.

dotter...............
habis,aku merajuk macam mana?:P

kita dulu mcm dlm cite p ramlee,baru belajar ABCD guru pun mati.hehehe

ANNA NUR said...

alaaaaaaaaaaaaa.... hang merajuk dgn aku ka...???

alaaaaaaaaaa... cayang.. cayang...

~~erm, mcmana rope hang kalo merajok ehh..? ermmmm... (tgh membayangkan niiii..)