Dengan menggunakan alat-alat musik dan bunyi-bunyian yang unik dan amat jarang sekali dilihat,kumpulan dari negara mentari terbit ini berjaya memukau para pengunjung night market itu. Aku kurang arif tentang nama alat-alatan mereka tapi yang aku tahu cuma alat yang seakan semboyan panjang itu namanya Didjuridoo,mereka memang berbakat besar dengan seorang boleh bermain sekurang-kurangnya tiga instrument.Taraf mereka kalau pemusik dinegara kita sudah pasti sudah banyak menghasilkan album.Dengan persembahan seperti itu,orang ramai tidak langsung bosan dan lokek memasukkan wang kedalam beg gitar mereka.Tepukan gemuruh diberikan setiap kali mereka memainkan lagu.
Malangnya sedang kami asyik melayan telinga kami,hiburan pada malam itu diganggu dan dihentikan oleh lembaga biru gelap bervest floresen yang dengan kejamnya menghalau kumpulan DragLog ini dari situ.
Sikap rendah diri dan menghormati tuan rumah membuatkan aku ingin mendekati mereka.Sempat juga aku bersembang dan bertanya beberapa soalan kepada mereka.Dan dengan ramah sekali mereka melayan aku seperti aku seorang pegawai imigresen.Nasib baik hampir kesemua ahlinya fasih berbahasa inggeris.
Bermula pada malam itu,aku selalu berkomunikasi dengan mereka dan sering menonton persembahan mereka disekitar bandar Georgetown.Rata-rata para penonton amat menyukai persembahan mereka.Tiba-tiba suatu idea tehinggap dibenak otakku.Lima hari lagi, KeKKWa Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari RAya,apa salahnya aku menjemput mereka untuk bermain dan memperkenalkan budaya mereka kepada penduduk tempatan.Idea aku itu disambut dengan besar hatinya oleh kumpulan ini.Dengan tidak membuang masa lagi aku bersama Jinggo terus 'mengontek' kakitangan dan pengarah Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan P Pinang.Lampu hijau mereka berikan.
Meraka melompat kegembiraan pabila mereka dijemput untuk bermain disitu.Lebih mengembirakan lagi kerana mereka dapat menikmati pelbagai juadah istimewa hari raya dan melihat banyak tarian serta persembahan kebudayaan kita pada malam itu.Bonus lagi diberikan apabila KeKKWa menyediakan kostum tradisional kita untuk mereka pakai pada malam persembahan.
Aku sempat memberi satu salinan CD lagu raya yang dikirim oleh Puteri Ezza untuk mereka berlatih beberapa lagu raya."If you play these songs,people will love you more' kataku dan dengan pantas mereka berlatih.Cuma dua hari diperlukan untuk mereka menguasai dua-tiga lagu raya.
Tiba di Taman Budaya Tanjung pada malam itu,ternyata mereka amat terpegun dengan majlis yang begitu besar.Mungkin mereka tidak menyangka 'parti' yang aku maksudkan sebesar itu.Mereka terlalu teruja untuk bermain sehinggakan terlupa untuk menjamu selera.
Inilah persembahan mereka pada malam itu.
Setelah selesai bermain,mereka dijamu pula dengan makanan yang enak lazat dibilik VIP.Licin meja itu dikerjakan mereka mungkin akibat terlalu lapar.Mereka juga diberkan tepukan gemuruh,dikerumuni oleh ramai peminat dan wartawan pada malam itu.
Ketika didalam kereta semasa pulang ke motel,mereka tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih dan setelah aku melepaskan mereka ditempat penginapan,kesemua ahli kumpulan itu sangat gembira dan memelukku.Di Jepun,selepas persembahan tiada siapa pun akan bercakap atau memberi tepukan kepada kami,tidak disini.Kami rasa seperti artis popular,kata Kiko,seorang ahli perempuan Bonyari sambil mengesat airmata gembiranya.
Itulah aktiviti dan sumbangan kami(BAKAWALEE) kepada penduduk Pulau Pinang pada hari raya lalu,memperkenalkan dan mempelbagaikan lagi seni persembahan disini.
36 comments:
wahhh...!!!
watashi nk tgk gakkkk!!
nk tengok live!
Sesungguhnya, hanglah orang yang paling layak memegang tampuk pemerintahan Bakawalee (jangan dok bagi alasan orang tak mau dengaq cakap hang!).
Hang secara nyata dan agresif mempromosikan kebudayaan kita kepada masyarkat luar.
Aku sangat yakin, depa ni bila pi tempat lain, akan membandingkan apa yang telah kita layani dengan masyarakat di negara lain.
Tempat lain depa tak jumpa la orang tepuk tangan ramai-ramai, ucap terima kasih tak henti-henti, jamu makan dengan juadah pelbagai rasa (bab kolestrol tu lain kira), dan layanan yang amat mesra.
Moga depa akan mempromosi yang baik dari tanah air kita kepada orang luar. Dan moga depa juga jemput kita ke Nippon nanti. Cepat, mula kumpul duit sekarang!
Pss.... Kiko pun peluk hang jugak ka?
ya best la......
ya... ya.... ya....
bukan dia peluk kiko....
kiko peluk dia......
ehhh.....
bukan.... bukan... bukan....
semua pelok dia kot.....
watashi..............
diorang skrg ada kat Port Dickson.Pi lah tengok live.hehehe
pegawai khalwat............
dah. pucuk pimpinan amendenye,biarlah aku jadi beruk angkat barang je.the shadow has overshadowed everything.hard to see the dark side is.....
jinggo..............
bida'ah :P
itulah beza org yg menghargai seni, kan? kiko peluk hang tak? hehe.
credit untuk kamu dan rakan-rakan yang lain..
malang saya jauh di kl, andai saya di penang.. mesti saya cari mereka
and.. acara peluk meeluk itu mmg tepat dengan situasinya.. hihihi
Wah! Tahniah bro!
Baca entri saja sudah terasa aura keseronokkannya.
Bila tengok vid tu bertambah-tambah sengeh saya.
memang nampak hidup, sungguh!
he he he.
Pandai ye diorang pakai samping..
nampak smart :)
pssstt: apa rasa dipeluk oleh kiko? hahak!!
*Larikk!!
terharu...
selalu gak nampak depa ni lepak kat town area Penang road but never heard them play before
alan zed...........
ya betul bro,tak semua orang menghargai seni.:P
rena.............
haaa rugi awak balik KL,kalau still tak USM boleh join acara peluk memeluk itu hahahahaha
akirasuri...........
ya,memang seronok malam tu.mula-mula diorang pakai sampin nampak macam hip hop hahahaha.tapi diorang nak jugak merasa pakai,pastu saya yang pakaikan.tersengeh diorang.hehe
rozie..............
saya pun huhuhuhu
soleilina.............
ha memang,kalau stop tengok memang best performence depa,hinbgga kita nak tengok sampai habis.
kepada semua...............
hentikan tohmahan pelukan itu,tidak.tidak!hahahahaha
ps..........penat aku buat cerita dan karang entry ni,topik tu yang korang bangkitkan.hehehehehhee sikit je hahahaha
Seni itu terlalu unik dan indah pada mereka yang tahu menghargai. Teruskan perjuangan yer..;)
Salam.
BAngsa Melayu kaya dgn budi bahasa dan Sopan santun..
Good Job la brader...
Sempoy..
Pekena line clear dulu.
satu ketika dulu biasa lihat broup baskin camnie kat bukit bintang, mungkin skrg ade lg kot, masa jer tak mengizinkan bermusafir d bukit bintang [mcm jauh sgt?]
mmg besttt... tgk live... kekadang gi uptown danau kota... tgk org buta main ogan live pon terkesima... kat tmpat mkn uptown damansara biasa ade org main gitar n harmonica... tp dok main lagu inggeris yg aku tak faham sleng diorg kekekekek....tak sedap sgt.. tp nyanyi lagu melayu kan best :).
usaha bro utk menyinari majlis itu sgt dihargai... great job bro.
p/s: errrr krim salam kiko yerk...sampai nangis dia ko kerjakan jejejejejej.
Hiii salam ziarah blog..
indahsakura............
ya,objektif kami (BAKAWALEE)adalah untuk semua lapisan masyarakat menghargai seni.perjuangan masih belum selesai.
goro..........
ya,walaupun orang jepun terkenal sengan sikap sopan santun dan menghormati orang,kita telah buktikan yang orang kita pun tidak kurang hebatnya.
mineral............
ya,kan lebih baik busker-busker ni cuba ketengahkan lagu-lagu kita selain lagu Knaocking on the heaven's door.Group ni ada identiti dan tak malu mempromosi budaya diorang,memang patut kami promote.
oi,aku tak buat apa pun kat dia hahahahahahahaha tanya jinggo dan pegawai khalwat kalau tak percaya.
shumerain........
tq sebab lawat.
wow... memang sesuatu yang baru ni... didgeridoo, sejenis instrumen muzik Aborigines kan?
En. Seni,
Menarik sungguh!
Dan memang benar kata kamu, pemilihan muzik latar lagu raya membuat mereka lebih dekat di hati penonton. Keep up :)
elok dibawak ke annual dinner kompeni
Tahniah! Tahniah! Tahniah! untuk kau terutamanya.
Nanti nama kau pun mereka bawa balik ke Jepun. Tahniah!
sastri..........
ya betollll.saya pun baru tau sebenarnya hehehe
izariza..................
ya orang ramai sanggup tinggalkan makanan bila diorang main lagu raya.pastu semakin sesak depan pentas tu.
mak su..............
a'ah,lepas diorang abih show ramai jugak yang offer diorang main kat annual dinner.tapi diorang nak ke tempat lain dah.
jowopinter..............
blushing muka aku bila orang kata tahniah banyak kali,macam aku baru grad plak.hehehetq bro.
harap macam tulah lain kali kami buat show kat tokyo diorang promote pulak,kan?:D
rambot draglog mereka itu ade bau kah?
Salam,
Menarik. Tak sangka ada juga busker yang perjalanan muziknya sampai ke luar negara. Agaknya siapa yang sponsor kumpulan ini? Apa tujuan mengembara? (adeh, macam soalan pegawai imigresenlah pulak :D)
Pihak berkuasa sepatutnya memberi ruang kepada kumpulan busker tempatan untuk membuat persembahan asal tidak mengganggu ketenteraman awam atau melanggar undang-undang/peraturan (ermm, ada ke undang-undang yang mengatakan tak boleh bermuzik di tepi jalan?). Saya tahu kebanyakan pemain muzik ini dari golongan yang baik-baik, dan pelbagai alasan diberi kenapa mereka bermuzik di jalanan - hobi, ketengahkan bakat. Ada juga yang punya pekerjaan tetap.
Saya kira, memberi ruang kepada mereka (dengan garis panduan)dapat membantu ketengahkan budaya/seni tempatan kepada pelancong asing.
Syabas kerana telah mengusahakan sesuatu! Moga hubungan dua hala berterusan - mana tau, satu hari nanti teater Bakawalee berpentas di dunia luar!
Aiseyymaan, panjang pulak dah komen - banyak sangat makan kuih raya ni :)
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
p/s mana gambar raya awak pakai baju Melayu berlabuci tu ? :D
Pasti bebudak ni unik gila n special gilar ...
Teringin juga nak tengok depa ni main live.....Mesti bestkan?....
penah tengok geng mcm ni kat kl dulu.. unik..
long lost fren
nur_dnie@yahoo.com
qasiehfirdaus............
sikit je hehehe
bunga rampai............
rasanya tak ada yang sponsor sebab diorang mengembara mencari duit disamping menghiburkan orang.ramai jugak yang masukkan duit ke dalam beg gitar diorang.duduk pun di budget motel.
ya pihak berkuasa tak beri ruang langsung kepada golongan ni padahal situi bukan kawasan persendirian,memang tak ada undang-undang tak boleh bermain ditepi jalan.dengan cara ni kreativity dan bakat diorang ni terhad.cuba tengok di new york,vanice,paris,golongan macam ni lah yang dapat meng'ekpress'kan creativity diorang.
ya alangkah baiknya kalau ada garis panduan untuk diorang ni.
ya,kali ni BAKAWALEE sponsor diorang main kat taman budaya tanjung,mana tau nanti bonyari pulak sponsor kitorang main kat tokyo:)
saya ingat lagi duulluuuuu awak ada suruh saya buat cerita pasal busker,kan?saya usaha cari tapi kali ni baru berpeluang mendekati diorang.
hehehehe gambar baju raya labuchi saya tak jadi,mungkin sebab terlalu berkilau hahahahaha
danisha..............
memang patut tengok,best gile
dini..............
kemana menghilang?
pandai lak org jepun main alat music org asli NZ ye? Tapi,u mmg kreatif la butaseni,cepat je menangkap peluang. Teruskan kekreatifan anda!!
Interestingnya!!!!
Suka suka suka....
Kalau dpt undangan ke Nippon, jgn lupa ole2 utk kami..
Aku bangga dapat jadi kawan kau dude. Walaupun kita tak pernah jumpa tapi aku bangga dengan kau.
Itulah yang budak-budak muda inginkan. Sedikit penghargaan dan juga platform untuk mereka berkarya. Bukan untuk wantg ringgit, tapi semata-mata minat mendalam terhadap sesuatu cabang seni.
Kalaulah ada 1000 orang seperti kau dude, anak muda kita takkan merempit merata.
bro lu memang tak buta seni bro....arigato
eehh masa pelok kiko tu pon kira seni jugak ka.........?????
goboklama...............
heheheh peluang terhidang di depan mata,tangkap je hehehe.lagipun ini bukan untuk kepentingan bakawalee semata-mata,untuk hiburan rakyat jugak :)
miss_tree..............
glad u like it.insya allah jika diizinkan tuhan :)
nezjoe................
tq dude,aku terharu.jangan lupa tgk teater kami sudah kat KeKKWa KL.ini hasil usaha kumpulan BAKAWALEE,bukan aku sorang,tanpa diorang,tak jadi projek ni.
nunn.................
hehe baru belajar celik.arigato
jinggo...............
ya,itu seni mempertahankan diri.
Salam lagi,
Terima kasih atas ingatan itu, amat menghargainya.
Saya kadang-kadang masa lalu kat laman Pasar Seni, singgah jugak sekejap kalau ada pemuzik yang sedang bermuzik masa tu. Kadang saya sembang dgn diaorang. Penampilan mereka kemas (pakaian, muzik) pada pandangan saya, malah lebih kemas dari kumpulan rock/metal yang melalak melolong tu.
Tercetus pulak sesuatu di kepala saya. Apa pendapat awak kalau ada busker tempatan yang memainkan alat muzik/berlagu tradisional di tepi jalan? Adakah ini menjatuhkan nilai muzik itu?
Baju berlabuci ... haha, mengalahkan M. Daud Kilau sampai gambar tak jadi! :D
Oopss ... terpanjang lagi komen :(
mcm pernah tgk performance ni kat bukit bintang...or mayb group lain.
erm...ape pun mmg fun bile tgk crowd enjoy.
bunga rampai...........
kalau pakai alat tradisional rasanya tempat tertentu saja kot.pelancong mungkin suka tapi tidak orang tempatan.
hehehehe oohhoooiiiiiiiiiiiiiiiii!!
nelly berry..............
ya memang fun.
SIRIH BERTEPUK PINANG MENARI
27 DISEMBER 2008
TAMAN BUDAYA NEGERI KEDAH
8.30 MALAM
Post a Comment