Monday, July 30, 2007

Raden Mas yang Lemas

Dengan tarikh persembahan lebih kurang dua minggu lagi,produksi bangsawan Raden Mas menghadapi masalah yang amat kronik.Dengan para pelakonnya yang sekejap ada,sekejap tak ada dan sering ponteng latihan yang membuatkan si pengarahnya hanya mampu memuncungkan mulutnya.Setiap kali latihan pasti tidak akan cukup pelakonnya.

Untuk melengkapkan latihan para pelakon, yang hadir terpaksa melakonkan dua hingga tiga watak untuk menampung kekosongan yang tidak hadir.Mujurlah si pemegang watak utama berdisiplin orangnya. Walaupun berbangsa Hindustan yang membuatkan dia agak lambat untuk menjiwai watak yang diberi dan mengalami masalah dalam menutur bahasa Melayu apatah lagi bahasa Melayu klasik,ditambah pula dengan lengok serta alunan dialog bangsawan tetapi dia tekun berusaha.Setelah dua bulan merangkak dan akhirnya lakonannya boleh diterima.

Kesihatan pengarah juga amat tidak menentu sekali dan doktor juga mengesyorkan beliau berehat sahaja dirumah memandangkan jangkanya dijangka kurang dua tahun,insan yang baru-baru ini telah dianugerahkan "The Living Herritage of Penang" semakin tenat mental dan fizikalnya.Beliau masih lagi meneruskan perjuangannya dalam bangsawan dan dengan ikhlas sekali ingin mewariskan pada generasi muda untuk menjaga khazanah ini sebelum beliau berehat untuk selamanya.

Pada sabtu lepas, semasa latihan dijalankan, the Living Herritage ini diuji dengan dasyatnya apabila beliau mendapat satu panggilan daripada si Raden Mas yang memberi berita buruk seburuk-buruknya mengatakan dia terpaksa menarik diri di saat-saat akhir ini bahana masalah keluarga.Dengan semua persediaan untuk persembahan seperti tempat,tarikh, promosi serta jemputan telah dibereskan sehinggakan Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Warisan bersama-sama Gabenor Pulau Pinang juga sudah mengesahkan kehadiran mereka,segala-galanya nampak pudar.
Mendengar berita buruk itu,kami yang hadir semua terdiam dan tuan pengarah buntu memikirkan pengganti si Raden Mas disaat begini.Mungkin kerana terlalu hampa dan sedih pengarah uzur ini terus rebah dan tidak sedarkan diri.Huru-hara jadinya Taman Budaya Tanjung pada malam itu.Kini beliau masih lagi terlantar di bilik sakit tetapnya.Dan latihan diberhentikan buat sementara.Semakin kabur nampaknya persembahan kami pada bulan merdeka nanti.
Harap-harap Raden Mas yang baru akan datang menggantikan yang tewas itu dan Dandiar si Panglima Jawa dapat meneruskan perjalanannya ke Temasik.

Monday, July 23, 2007

Memerang Di Awangan

Setelah selesai aku bersama beberapa rakan menolong sebuah kumpulan teater menyusun set dan prop untuk persembahan mereka,kami pun pergi besahkan tekak seketika di gerai Kak Normah di depan Kompleks Budaya Tanjung.

Kemudian datang seorang otai yang sering mengutuk dan memberi komen pedas kepada kumpulan teater yang bertanding di Festival Teater pada tahun ni,lalu dia pun duduk semeja dengan kami.Kami semua agak anti sikit dengan orang tua ni,mana taknya kumpulan baru(budak sekolah) pun dibantainya katika sesi viva atau soal jawab selepas show.

Takpelah,kami persetankan dia dan menyambung cerita,gosipan dan kutukan kami.Mungkin sebab dirinya tidak diperdulikan,dia pun cuba menyampuk.Sedang kami rancak berbual dan bergelak ketawa,kami terdiam mendengar ayatnya.

"hhmmm, lani aku tengok banyak memerang di kawasan ni kan? sambil mendongak ke wayar elektrik di atas bumbung auditorium.

Kami yang ter'blur' kejap ni pun mendongak kearah yang sama. "eh, ye ka ada memerang di kawasan ni? hati blur aku bertanya.

Rupa-rupanya sepasang musang sedang berkejar-kejaran dia atas wayar tu.
Lalu kami pun terdiam dan menjeling sesama sendiri(control gelak)
Adakah dia cuba untuk menarik perhatian atau memang mengong?!

Jadi bertambahlah topik kutukan kami pada sebelah malamnya pulak.

Tuesday, July 17, 2007

Kisah Benar:Dirasuk Ketika Berlakon

Cerita aku kali ni adalah kesinambungan daripada entry lepas iaitu 'adat membuka panggung dan alam mistik' dalam teater traditional.Mungkin juga peristiwa ni hanya kebetulan,wallahualam.Yang nyata,aku sendiri mengalami dan melihat dengan mata aku sendiri.Jeng jeng jeng!

Tak berapa lama dulu,aku terlibat dengan satu produksi mega besar anjuran kerajaan negeri,Bangsawan Puteri Saadung.Show itu juga ditonton oleh seorang peminat setia bangsawan iaitu Gabenor Pulau Pinang.Persembahan berlangsung selama dua malam.Untuk orang awam pada malam pertama dan untuk VVIP pada malam berikutnya.

Pada malam pertama,semuanya berjalan dengan lancar,mungkin kerana tiada tekanan dan hanya orang awam saja yang hadir.Semua pelakon sempat memanaskan badan dan membaca doa (buka panggung)sebelum bermula.Pada malam tu,penonton yang menunggu show,jadi kami mengambil masa sepenuhnya sebelum beraksi.

Salah satu adegan dalam Puteri Saadung


Pada malam berikutnya,iaitu malam VVIP, kami menjadi kelam kabut dibelakang kerana Gabenor tiba awal pada waktu yang dijadualkan.Para pelakon belum sempat warm up dan berdoa sementara si puteri masih belum siap merias muka jadi selepas selesai make-up,kami terus mulakan persembahan.Segalanya bermula ketika babak satu dimana bomoh diraja yang ditemani Penghulu Tumpat datang untuk menyampaikan sembah berserta dengan asap kemenyan.Di situ bermulalah segala huru-hara.Hampir kesemua pelakon terasa ketegakan roma.Kemudian tiba pula peristiwa parang terbang dengan tidak disengajakan semasa babak perang diantara tentera siam dan melayu Kelantan yang nyaris menikam salah seorang pahlawan(si tergezoot).

Pada babak di istana siam pula, dayang-dayang yang menunggu giliran untuk babak seterusnya,satu demi satu rebah,menjerit dan meraung sambil bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kudengar.Daripada 8-9 orang dayang cuma 3 sahaja yang dapat meneruskan persembahan dalam keadaan takut,yang lainnya sedang mengamuk di bilik persalinan.Penari-penari yang dijemput khas dari Songkhla juga berpelukan sesama sendiri dalam ketakutan.Kemudian si puteri pula mula menggigil ketika diatas pentas bersama aku dan sempatku berbisik"Nur,focus!",mujurlah dia tersedar dan meneruskan lakonannya.

Dengan Gabenor dan VVIP sedang asyik menonton,tiada seorang pun penonton lain yang sedar dengan kekecohan yang berlaku di belakang pentas.Seperti virus yang bertindak dengan pantas,kini giliran pelakon utama pula dirasuk.Sedang berlakon untuk babak akhir yang agak tegang,tiba-tiba suara Datuk Bendahara yang romantis bertukar menjadi garang.Aku yang sedang duduk di atas takhta mula kecut perut."ya allah,tolonglah selesaikan dulu babak last ni, pastu orang-orang ni nak bertukar menjadi serigala jadian pun jadilah",bisikan hati kecut ku.Akhirnya kami berjaya juga mengawal perasaan dan menghabiskan persembahan kami tanpa disedari penonton dan VVIP yang kami beraksi di depan dan di belakang pentas.

Setelah semua penonton dan Gabenor keluar dari auditorium untuk menjamah jamuan ringan yang disediakan,Datuk Bendahara yang kurus kering mengamuk diatas pentas dengan kuderat yang luar biasa sambil berteriak'berani hampa kacau tempat aku?!,hampa tau aku sapa?".6-7 orang diperlukan untuk mengunci pergerakan orang tua ni,mujurlah tiada keris asli ketika itu.Setelah dibisik dengan ayat kursi ditelinganya barulah dia menjadi tenang semula.Ketika itu ada lagi saki baki penonton yang belum keluar dari auditorium,jadi rahsia kami terbongkar juga.Mujurlah ada seorang ustaz yang menawarkan diri untuk membantu,dan terselamatlah semua yang terasuk.

Setelah semua pulang kerumah,keesokkan harinya aku dikejutkan pula dengan panggilan talipon yang mengatakan si Penghulu Tumpat berada di hopital mental.Dan aku menghubungi yang lain untuk melawat sahabat kami ini.Khabarnya dia mengamuk di kampung dengan parang dan berbahasa bangsawan lalu dicekup polis dan dihantar ke sini.Dia cuma sedarkan diri setelah dikurung di hospital ini.Seminggu dia disitu bersama rakan-rakan baru.

Sampai begini natijahnya.

Kemudian timbullah pelbagai ideologi tentang peristiwa ini.Ada yang berpendapat ia adalah satu perbuatan khianat untuk memalukan produksi ini,ada juga pendapat yang kejadian ini berpunca daripada kajahilan kami kerana tidak membuka panggung terlebih dahulu dan tidak kurang juga yang menyalahkan aku sebab tidak buka capal dan tidak bersila di singgahsana,karut!hehe.Segala-galanya hanya 'dia' saja yang ada jawapannya.


psss...buka panggung cara kami biasanya dimulakan dengan al-fatihah dan selawat ke atas nabi,bukan sembelih ayam.Jangan salah sangka yeee

Friday, July 13, 2007

Persediaan dan Persembahan Mek Mulong













Persembahan Mek Mulong asalnya dipersembahkan di dalam sebuah bangsal yang terbuka,tidak berlantai,tidak berdinding dan ia cuma terdiri daripada tiang,bumbung dan para sahaja dimana pemain-pemain duduk dan dikelilingi oleh penonton. Paranya pula mestilah menghadap ke timur iaitu hala matahari naik atas sebab-sebab yang tertentu.Peralatan ’jamu’ pula diletakkan diatas para tersebut dan tikar dihampar ditengah-tengah bangsal sebagai lapik duduk.

Upacara buka panggung adalah sesuatu yang wajib sebelum sesuatu persembahan dimulakan bertujuan menghindari segala gangguan dan berjalan dengan lancar.Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah sirih pinang,kemenyan dan minyak kelapa.Sirih jampi diserahkan kepada para pemain untuk dimakan,terutamanya para puteri.Kemenyan pula digunakan untuk memperasapi segala jenis alat muzik sementara minyak kelapa pula disapukan kepada gendang dan setelah disapu,alat-alat ini tidak boleh dilangkah.Upacara ini dilakukan pada setiap kali mengadakan persembahan bagi menjamu dan meminta izin daripada semangat-semangat yang wujud disekeliling.

Satu lagi upacara yang wajib diadakan sebelum persembahan ialah sembah guru.Acara ini lebih besar daripada acara buka panggung dan ia diadakan sekali dalam setahun dengan mengadakan kenduri dan seekor kambing disembelih jika tidak, dipercayai para pemain akan ditimpa bencana terutama ketua kumpulan.Kemudian barulah persembahan dimulakan.Biasanya persembahan akan diadakan sedikit sahaja pada malam pertama dan disambung pada malam berikutnya lalu ditamatkan pada malam yang ketiga.Pada malam inilah segala ramuan untuk persembahan kepada kuasa ghaib disajikan dan terdapat pula ahli kumpulan yang ‘melupa’(menurun).Ketika inilah orang-orang sakit akan diusung masuk kedalam bangsal untuk diubat.

Para pelakon Mek Mulong biasanya terdiri daripada lelaki yang memakai pakaian perumpuan.Mungkin kerana lelaki mempunyai semangat yang lebih kuat.Dalam persembahan ini terdapat watak utama raja yang disebut sebagai Pak Mulong manakala Mek Mulong adalah nama gelaran kepada si puteri.Puteri selalunya diiringi oleh inang pengasuh.Watak Awang pengasuh juga bertindak sebagai bomoh.Musuh-musuh kepada Pak Mulong pula terdiri daripada Raja Gergasi dan raja dari negeri lain yang iri hati.

Persembahan ini diiringi oleh ahli-ahli muzik yang turut menyanyi sebagai suara latar.Alat alat yang digunakan ialah seperti serunai,Gong,Cerek,Semborong,Ibu Semborong serta Anak Semborong. Para pemuzik juga akan menyahut seruan yang diucapkan oleh para pelakon dan jika seruan itu tidak disambut atau dijawab oleh pemain-pemain lain,maka persembahn itu akan ‘mati maklat’.Ia bermaksud persembahan itu tidak dapat diteruskan kerana ‘terganggu’ oleh hantu dan jin. Persembahan ini dimulakan dengan lagu pengenalan yang disebut 'bertabuh' yang terdiri daripada tiupan serunai dan diikuti pula dengan alat-alat muzik lain.Ia dianggap sebagai penghormatan kepada penonton sambil menarik perhatian penonton terhadap permainan seterusnya.Bertabuh juga dimainkan selama lima hingga sepuluh minit bertujuan meletakkan pemain-pemain dalam 'angin'(warm up) supaya mereka dapat bermain dengan baik.Kemudian barulah tarian dimulakan dengan penari memulakan tarian ketika duduk dilantai dengan cara membuka sembah.Tujuh jenis tarian dipersembahkan iaitu tarian sembah,tarian gembang,tarian puteri mabuk,taria menora,taria sirama,tarian putri masuk bilik air dan taria sedayung.

Setelah tamat satu babak, pencerita akan memulakan hikayatnya.Peranan pencerita ini dilakukan oleh Pak Mulong.Semua pertukaran adegan atau perpindahan suasana dalam cerita akan dilakukan dengan cara menyanyi beramai-ramai dan disertai oleh pantun.

Beginilah persedian,proses dan persembahan teater tradisional Mek Mulong yang kaya dengan nilai-nilai kelembutan,keunikan dan tidak ketinggalan juga unsur-unsur mistik yang sangat menarik untuk ditonton dan dihayati.Jika berkesempatan akan disertakan klip video di dalam blog ini untuk tontonan semua dan diharap khazanah ini dihargai dan terpelihara.

Monday, July 9, 2007

Hiburan Puteri yang Terbuang.

Di sebuah negeri yang dikenali sebagai Legor,Siam,terdapat sebuah kerajaan yang amat kuat dan kebal sekali dibawah jajahan seorang raja yang kejam bernama Raja Ligor. Ligor memang terkenal dengan sikap bongkak dan tamaknya di mana dia kerap kali menyerang negeri jirannya seperti Kedah dan Kelantan bagi memenuhi kehendak peribadinya.

Suatu hari Raja Ligor dikurniakan seorang puteri yang baru dilahirkan.Bagaimanapun, nujum diraja menasihatinya supaya membuang puteri comelnya itu kedalam hutan kerana dipercayai akan membawa sial dan mala petaka kepadanya di masa hadapan lalu tanpa berfikir panjang lagi dia mengarahkan puteri itu dibuang jauh dari negerinya.Beberapa orang inang pengasuh menawarkan diri untuk menjaga dan memelihara bayi itu lalu dihantarnya juga ke kawasan buangan itu.Maka tinggallah puteri dan beberapa inang di dalam hutan kesunyian dan hidup bersendirian. Mungkin akibat terlalu sunyi dan sedih dengan tindakan ayahandanya yang kejam itu,si puteri tidak berhenti menangis.Pelbagai cara dan daya telah dicuba oleh inang-inang itu namun masih buntu.Akhirnya mereka membuat sebuah gendang dan dipalukan.Si puteri,lantas berhenti menangis dan mendengar paluan gendang itu dengan penuh minat.

Kemudian,paluan gendang itu dimainkan apabila puteri menangis dan berduka.Lama kelamaan paluan gendang itu diiringi dengan cerita dan tarian oleh inang dan dayang untuk menghiburkan si puteri. Akhirnya, terciptalah sebuah persembahan yang menjadi kegemaran si puteri sehingga dewasa.Lama kelamaan,si puteri sendiri mengetuai persembahan itu dan mulalah mereka menjelajah dari desa ke desa,keluar dari kawasan buangan sehingga ke negeri Kedah membuat persembahan.Namun kelibat si puteri terus lenyap dan menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Persembahan ini kemudiannya ditiru dan menjadi ikutan di desa-desa yang pernah disinggah oleh si puteri itu dan lalu menjadi persembahan yang diminati ramai di beberapa buah kawasan seperti di Kampung Paya Kelubi dan ia kemudiannya dibawa pula ke Wang Tepus lalu terus berkembang ke Kuala Nerang dan akhirnya berkampung di Wang Tepus,Jitra,Kedah dimana ia menjadi mainan dan persembahan tradisi pada musim-musim tertentu.

Ada juga yang berpendapat bahawa persembahan ini berasal dari Ligor,Siam kemudiannya diperkenalkan di Kedah ketika berlaku persengketaan Kedah-Siam.Namun misteri kehilangan si puteri lebih dikaitkan dengan persembahan ini dimana setiap kali persembahan ini dimainkan,ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam mistik.

Inilah MEK MULONG,sebuah persembahan 'teater tradisional' yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah yang amat unik sekali.


bersambung.....................
Episod seterusnya, "Persembahan Mek Mulong."

Friday, July 6, 2007

Salah Siapa?

Aku ada sorang kawan, Hary (nama sebenar) yang bekerja sebagai seorang site supervisor di sebuah syarikat Construction milik abang iparnya.Tiap-tiap hari bila jumpa aku,si Hary ni asyik merungut.
"Aku dah kerja situ lebih pada 7 tahun,tapi gaji dok banyak tu jugak.Abang ipaq aku tu memang bakhil,taik idung masin.Nasib baik aku single,kalau dah kawin nak bagi anak bini aku makan apa?pasiaq?Umuq aku pun dah lanjut.Pasai tulah aku pi kerja suka hati mak bapak aku." itulah rungutan rutin si Hary.Kesian kat Hary dalam usianya yang lebih 30 tahun tapi masih lagi kais pagi makan petang.

Kebetulan si abang ipar Hary ni(kontraktor yang tidak kurang hebat) adalah kenalan aku jugak.Dia jugak asyik merungut dengan sikap si Hary ni.

"Aku pun tak taulah macam mana nak buat dengan si Hary ni,mai kerja,balik kerja suka hati dia.Ingat nak mai,dia mai.Ingat malaih nak mai,dia ponteng.Kerja banyak.NAk pecat,adik beradik,nanti apa pulak kata family.Pasai tulah aku tak naikkan gaji dia." itulah rungutan si boss pulak.

Jadi,yang mana satu yang betoi ni?Aku pun bingung dan pening fikirkan dua beradik ni.
si adik : Kerja ala balai sebab gaji tak akan naik.
si abang: Tak akan naikkan gaji sebab kerja ala balai.

Siapa yang patut dipersalahkan?

Wednesday, July 4, 2007

Terjebak!!

Aku telah diTAg oleh The Optimus Nazjoe dan Iman Mawaddah(sungguh kijam).Nasib baik assignment yang sama aku dapat.
HAh!Ini dia jawapanku....................

1. A person is only good as a khalifah and responsible to take care of
his/her dignity.
2. Friendship is always illusive. Easy come, easy go.
3. To love is to forget all your other interests and dreams.
4. Money makes me blind!!
5. I miss my campus life. No worries.
6. My way of saying i care is by pinching her cheek hehe
7. I try to spread love and happiness by showing my good behavior? Ye ke?
8. Pick the flowers when I loose my mind
9. To love someone is to commit your life to that person.
10. Beauty is the ‘curve’ of a women hahahaha. Jocking, is the inner of
a person. Ye ke?
11. When I was thirteen, what I remember the most when i had
my first cigarette hehehe .
12. When I was twenty one, I remember my first job(after graduate),it
was sucks, man.

13. I am most happy when Manchester United wins hehehe
14. Nothing makes me happier than watching DVD while lying on my
bed

15. If i can change one thing, i will change Malaysian Flag!
16. If smile were diamond then I’ll be the biggest Casanova in the
world hihi. Definitely will date Megan Fox…she’s a foxxx!!

17. Wouldn't it be nice if we could travel around the world without
thinking about money.hehe macam mana tu?

18. If you want to love me, then you have to unleash me.
19. Money is not everything but like the oxygen for human to breathe
20. The most touching moments I have experienced is when my
Grandfather passed away right after aidilfitri prayer.

21. I smile when I remember my childhood life. so cheeky
22. when I am happy, i will call my friends for teh tarik hehe
24. The best thing i did yesterday was clean my desk.hehe
25. I i ever write a book, I will give it this title, ‘Open Your Eyes’.
26. One thing I must do before I die is to bungee jump from KL Tower
or KLCC. betoi nih!!


Ok, aku nak tag pulak:
1.Jinggo
2.Tebak
3.Koromyst
4.Sentuhan Seni