Monday, July 23, 2007

Memerang Di Awangan

Setelah selesai aku bersama beberapa rakan menolong sebuah kumpulan teater menyusun set dan prop untuk persembahan mereka,kami pun pergi besahkan tekak seketika di gerai Kak Normah di depan Kompleks Budaya Tanjung.

Kemudian datang seorang otai yang sering mengutuk dan memberi komen pedas kepada kumpulan teater yang bertanding di Festival Teater pada tahun ni,lalu dia pun duduk semeja dengan kami.Kami semua agak anti sikit dengan orang tua ni,mana taknya kumpulan baru(budak sekolah) pun dibantainya katika sesi viva atau soal jawab selepas show.

Takpelah,kami persetankan dia dan menyambung cerita,gosipan dan kutukan kami.Mungkin sebab dirinya tidak diperdulikan,dia pun cuba menyampuk.Sedang kami rancak berbual dan bergelak ketawa,kami terdiam mendengar ayatnya.

"hhmmm, lani aku tengok banyak memerang di kawasan ni kan? sambil mendongak ke wayar elektrik di atas bumbung auditorium.

Kami yang ter'blur' kejap ni pun mendongak kearah yang sama. "eh, ye ka ada memerang di kawasan ni? hati blur aku bertanya.

Rupa-rupanya sepasang musang sedang berkejar-kejaran dia atas wayar tu.
Lalu kami pun terdiam dan menjeling sesama sendiri(control gelak)
Adakah dia cuba untuk menarik perhatian atau memang mengong?!

Jadi bertambahlah topik kutukan kami pada sebelah malamnya pulak.

36 comments:

Pegawai Khalwat said...

Hangpa ni.

Kontrol sikit mengata kat orang tu.

Kang bila tua, Tuhan balas balik kena kutuk lebih teruk dari dia.

Orang tua-tua ni kita mesti hormat.

Pssss.... setidak-tidaknya depan depa.

jinggo said...

baik cikgu..............
dengan insafnya menaip......

k o r o m y s t said...

Hmm... musang kah? Atau anak musang kah? Atau tupai? O_o

Tak dapat bayangkan macamana musang boleh berlari-larian di atas wayar sedangkan saiz diaorang sebesar kucing rasanya. Tapi yelah. Musang kecik kot... o_O

butaseni said...

pegawai khalwat..........
wah wah waaaaahhh besar punya chermin! :P

kalau aku hidup di zaman purbawara sudah pasti aku akan kata
'waktu belajar kau guru ku,
waktu kurang ajar kau musuh ku."
hahahaaha

jinggo..........
dewa dah sekolahkan aku lah hahahaha

koromyst..........
musang memang boleh berlari atas wayer mcm tu.

Mak Su said...

heh heh heh - memerang = musang?

blackpurple said...

Otai itu cuba menarik perhatian agaknya. Kira berjayalah juga mendatangkan tanda-tanya dan mnegelirukan kau.....he he he...

Mimi Amilia said...

musang? ke tupai? isk?

Nezjoe said...

orang kelate panggil bok bong!

hehehe

org yg hanya pandai kutuk tu sebenarnya ...hmmm,...
malas ckp la aku..
hehehe

Nunn said...

Musang tu pon nak tunjuk skill kat pentas teater gak tu.. hehehe!

DoNg said...

assalamu'alaikum.... ako baru join nad hglaa org yg rekemen soh join blogging nih.... ajaq laa ako apa2 yg patutnya ako blajaq.. suma fren dijemput utk mengajar ako yg blur nih... assalamu'alaikum skali lagik.... muaah

DoNg said...

taksat tak baca blog hg tue... apa punya org tua... smpe 'memerang' pon tak kenai... bewak hidup toi... nnt kita ajak dia p zoo k... agar dia leh kenai 'memerang' ngan memerang... tgh dgq abdullah fahmi ngaji kt youtube nih... sedap nak mampos... alhamdulillah sedap sora dia.. insaf ako... assalamu'alaikum.. muah..

butaseni said...

mak su........
hehe ada ke dia kata memerang yang kat atas wayar electrik.

blackpurple.........
kalau betul ape yg kau cakap tu,dia memang tahap pendeta.kalau dia tak kenal musang atau memerang tu,memang dia bengong tahap kongkang.hehehe

mimi amilia.........
memang musang,musang mmg pandai bergayut mcm tu tau.

nazjoe............
haaaa aku nak carita kat mu skit,dari awal2 festival lagi dia asyik kutuk semua group,dia kata tak ada satu group pun yg bagi dia lebih pada 50% quality.lakonan pun sama.pastu masa sesi soal jawab,dia bantai gila2.nak jadi cerita,ada satu group(group yg dia favour sgt tu) last minute ada pelakon tarik diri sbb sakit,si pengarah mintak tolong dia ganti,pastu terus dia kata dia sakitlah,batuklah,sakit tekaklah.
(tambah satu lagi topik kutukan kami hahahahah)

nunn.........
musang kat area tu semua bukan butaseni hahahaha

dong.............
salam,bro blur hahahahahaha.
apa yang hang nak tanya?
takde apa yg special pun blog aku,hg tulis ja apa yg hg nak tulis,tak sapa nak marah pun hehe

arianna adrizal said...

malang org mcmtu. tunggu masa je nk dihentam blk. silap sikit, habisla... haha.

BUTTERANDBANANA said...

Aku teringat komen ibrahim saad semalam kat TV. Bunyik macam tua kutuk!!!

k o r o m y s t said...

tak puas ati... hahaha...
masih tak percaya tu musang! xDDD

crunchyahcock said...

mmg ramai yg anti ngan org tua tu ropenye..... ;)

akirasuri said...

pelajaran hari ini. musang tu macam memerang. he he he. adeii..

:)

butaseni said...

adrianna adrizal..........
sendiri je mencari malang,tau tak macam mana perasaan budak-budak yang baru belajar berteater dah kena bantai gile gile.hilang semangat bebudak tu nak teruskan minat diorang tu.tu yg semua orang panas dengan dia.

butterandbanana.......
ibrahim saat?hahahahaha apa pulak benda bernas yang dia kata?hehehehe
dia tu berkepit dgn pompuan di kiri dan kanan di ! utama pandai lah hehe.haiihhh,mcm mana FAM tak hancus.

koromyst.........
betuuuuuuullllllll,musaaaaannngggg.memang musang boleh bermain atas wayar elektrik.xpe mlm ni aku tunggu di tmn budaya tangkap gambar bagi kau tgk.

crounchycock........
yup,yg layan dia cuma LKA ja.lain semua buat dek je kat dia.semalam dia buat2 nak join kami(nak amik hati),kami buat dek jugak.

akirasuri........
bukan,itu bukan pelajaran.musang lain sekali,orang tua tu yang mengong hehe

DiaHarris said...

maafkan lar dia.. dia tu orang tua.. :)

- G O R O - said...

dia sudah tua, matanya sudah kabur..

Biarkan org tua itu dgn dunianya sendri...

kalo aku ader, konfem aku bantai gelak punya

Anonymous said...

TAHNIAH BAKAL PELAKUN LELAKI TERBAIK

Rozie said...

salam..apa khabar?

butaseni said...

diaHaris........
kami dah cuba nak maafakan dia.tapi bila ada show je dia asyik bentai orang,tu yg kami panas tuh.betul dia orang tua,tapi dia patut bimbing dan bagi semangat pada yang muda,yang baru berjinak-jinak.ini tidak,budak sekolah pun dia hentam cukup-cukup.kami semua mencari pelapis(kami dah tua jugak hehe),dah mcm ni larik lah budak-budak tu.

goro...........
hehehe masalahnya,dia nak mengajar budak budak tu jadi bongkak macam dia bila dah bagus.

anony...........
ek eh.saya rasa encik ni salah bloq nih. :P

rozie.......
khabo baik cik kak,dah abis petik strawberry? :D

miss_tree said...

Adui...betul ke musang?
Bukan tupai?
Ripley's believe it or not betul laa..

Memerang bukan dok kat air ke?
Ape raaa...
Tp excuse laaa, kata org tua..
Warga tua..teras masyarakat.. [*sila nyanyi..]
Heheheheheheh

m i n e r a l . . . said...

hehehhehe.. memerang yerkk jejejje
teringat mcm kisah pak abu dlm blog nunn . . . jejejje

Sastri said...

memerang? agaknya mata dia kurang nampak kot... tu yang musang disangka memerang... :D

zeqhtyramli said...

kalau cakap jer pandai,nak komen jer memanjang sapa tak meluat tul tak? kalau dah pandai sangat, tak kan musang ngan memerang pun tak pandai beza!!!

kamarul said...

jawapannya.... memang mengong.
wahahahaha!

butaseni said...

miss_tree.........
laa iyee,betul,musaanngg.hehehe
dia tu nak tarik perhatian kami,tapi ayat dia tu kurang bijak sangat hehehe sungguh mengundang kutukan.

mineral..........
a'ah hahaha aku pun baca jugak crita tuh.

sastri............
hehehe ade ke memerang,menatang tu kat sungailah.sungai kat penang ni pun dah berubah menjadi kopi o dah,segala hidupan sungai pun dah malas nak mai penang ni dah.dia tu mmg kurang bijak skit.hehehe

zeti...........
hehehe hang pun tau kan,memamg ramai orang macam ni dalam line seni nih.so macam mana nak orang respek dia kalau dia tak respek orang atau karya orang,kan kan kan?

kamaru.............
ya btoooooooooolllllllllll.jam tangan Likon untuk anda hahaha

KAMATO said...

bukan musang berjanggut ye....

butaseni said...

bukan hehehehe itu musang bermisai.

jinggo said...

itu musang beraambut kerinting....
yang pandai berkata-kata.....
tapi tak pa semalam dia pi ubah semua set mamu oooooooo.....
mamu pon ikut cakap dia.......dia rasa bangga gila........
ooppp silap.....
dia dengan pereka set terulung azmir.......

butaseni said...

jinggo............
oooooooooooo sabab tu lah aku nampak set dia lagi powerr pada set PGL.hhhhmmmm hm hm.

tegezoot said...

Dia kata; kita kena bangun kul 4.30 pagi buat latihan teater baru mendatangkan kesan yg hebat(info ni dari bujangmanis)

Ni aku pulak nak kata; Bangun kul 4.30 pagi buat sembahyang sunat Tahajjud lagi baik dan lagi banyak kesannya.

crunchyahcock said...

mmg x semayang la gamak nya org tua ni kot?

biar LKA layan sudah....

butaseni said...

tegezoot.........
ooooooooo sebab tulah dia mantell bila dah berumur skit hehe

crounchycock........
hahahaha wallah hu alam hehehe