Friday, July 6, 2007

Salah Siapa?

Aku ada sorang kawan, Hary (nama sebenar) yang bekerja sebagai seorang site supervisor di sebuah syarikat Construction milik abang iparnya.Tiap-tiap hari bila jumpa aku,si Hary ni asyik merungut.
"Aku dah kerja situ lebih pada 7 tahun,tapi gaji dok banyak tu jugak.Abang ipaq aku tu memang bakhil,taik idung masin.Nasib baik aku single,kalau dah kawin nak bagi anak bini aku makan apa?pasiaq?Umuq aku pun dah lanjut.Pasai tulah aku pi kerja suka hati mak bapak aku." itulah rungutan rutin si Hary.Kesian kat Hary dalam usianya yang lebih 30 tahun tapi masih lagi kais pagi makan petang.

Kebetulan si abang ipar Hary ni(kontraktor yang tidak kurang hebat) adalah kenalan aku jugak.Dia jugak asyik merungut dengan sikap si Hary ni.

"Aku pun tak taulah macam mana nak buat dengan si Hary ni,mai kerja,balik kerja suka hati dia.Ingat nak mai,dia mai.Ingat malaih nak mai,dia ponteng.Kerja banyak.NAk pecat,adik beradik,nanti apa pulak kata family.Pasai tulah aku tak naikkan gaji dia." itulah rungutan si boss pulak.

Jadi,yang mana satu yang betoi ni?Aku pun bingung dan pening fikirkan dua beradik ni.
si adik : Kerja ala balai sebab gaji tak akan naik.
si abang: Tak akan naikkan gaji sebab kerja ala balai.

Siapa yang patut dipersalahkan?

21 comments:

Izariza said...

Hahaha .. pi mai pi mai tang tu jugak la nampaknya. Tapi, rasa saya elok kamu sampaikan dengan niat yang elok pada kedua-duanya, agar dapat dirungkai semula apa yang tidak kena. Bukankah itu pahla namanya ..

Salam.

Pegawai Khalwat said...

Suruh si adik keja kerajaan. Ada kenaikan tiap tahun. Asalkan markah cukup.

Suruh si abang dapatkan tender kat kerajaan. Asalkan bajet cukup.

Psss.... macam luahan perasaan hang saja.

Mak Su said...

jadi si pendengar setia pun susah gak.. kena jaga ati 2 belah phk. sesekali bos tu adakan ler mesuarat adhoc ala ala suarakan apa apa tak puas hati.. buat ala ala santai aje ler.

dan butaseni pula dijemput menulis cerita bunga, saya telah mengetag awak... hihihi

NezJoe said...

salah dua-dua!
bukan tak boleh bawak bincang
dok cerita kay hang pulak.

Mimi Amilia said...

hola,
aah..dua2 salah
baik dua2 bersemuka dan berbincang

AiRynnz said...

salam ukhwah...

nak letak kesalahan pada org lain pun x sepatutnye kan? so nilai2 la diri dahulu...sama ada si adik atau pun si abang :)

akirasuri said...

oh oh!
ada masalah kesalahfahaman di kedua pihak. hahak. sabar ajalah.

apa kata awak tolong temukan depa depan-depan. he he he. bolehkan nyah! hahak.

*lariikk!!!

butaseni said...

kepada izariza......
iye,pahla tu memang pahla.nanti salah sorang mesti akan masam muka dengan saya uhuhuh,tak sanggup oo.

pegawai khalwat.....
si abang tu memang selalu buat projek dengan gomen,dia selalu komplain pasai kelembapan bayaran,tak boleh nak rolling terutama institusi hang tu.:P
luahan hati aku?masalah aku lain lah,masalah aku gaji banyak sangat sampai tak tau nak buat apa. haha

mak su......
sungguh kijam.kalau saya lukis bunga boleh?senang sikit hehe

nazjoe.........
itulah pasal.kiri kanan aku kena dengar.

mimi amilia........
dua dua nanti kena lempang hehehe

airynnz........
masalahnya dua dua kepala baru.

akirasuri.........
mak tak sanggup nyah,diaorang tu ganas ganas hehehe

Sastri said...

hmmm... alangkah baik sekiranya keduanya dapat duduk berbincang dan meluahkan apa terbuku depan masing2... mungkin akan ada jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini... mahukah/sanggupkah saudara jadi orang tengah? :D

miss_tree said...

Hary tu beralah la..
Dia kan makan gaji..
Kalau dh kerja elok2, br boleh demand2..

Aci tak fikir lagu tu?
Hehehehehe..

blackpurple said...

Pernah bekerja makan gaji dengan kontraktor, dan sekarang menjadi spara kontraktor. Mencabar, tercabar dan cabaran besar bergelumang dengan bidang ni.... :D

Mimi Amilia said...

lempang...jgn tak lempang...
ahahhaha

butaseni said...

kepada sastri..........
00000000000000 tidak,tidak.huhuhu

miss_tree......
hhhhhhhmmmmmmmmm logik jugak tu.

blackpurple.......
hmmm kata si Hary memang mencabar sangat sebab tu dia demand skit(katanya lah)

mimi amilia.........
tapi 2-2- tu badan besar lak huhu

amat p. said...

haha.. lawak betul.. tp memang susah la keje dgn adik beradik ni..

kamarul said...

ini dh macam kes "ayam ke telur dulu?"

artisticklytouch said...

HR consultation - RM100.00/hour habaq kat depa

k o r o m y s t said...

Kelakar la. Tapi sebenarnya, kalau kita bekerja dengan orang, tak kiralah adik beradik ke tak, kita kena kerja dengan beriya. Bukan senang nak dapat kerja. Kalau dia tak puas hati sangat, nape dia tak berhenti kerja carik kerja lain? O_o Mana tau kerja baru gaji lagi tinggi? Dia takut amek risiko ke? Harapkan kabel ekk? Isy isy...

Dalam hal nih, si abang tak bersalah. Dia upah si adik untuk berkerja. Bukan untuk kerja main-main. Dan memang menjadi lumrah alam, kalau si pekerja tak bagus, takkan nak bagi gaji tinggi. Not worth it larr. Hadoilaaa...

butaseni said...

amat panjang......
ya betoi.tapi dgn kawan2 pun masalah jugak kan bro,lain lak masalahnya.

kamarul....
haaaaaaa samalah konsepnya tu.bayangkan aku ni ditengah.penig!pening!

art...........
aku dah bagi no fon hang kat depa hahaha

koromyst.........
haip.memang betul kata kau,cari je kerje lain.tapi si adik ni pun kureng jugak.dia relax banyak.kalau kat tempat kerja lain dah lama kena tendang.

Mak Su said...

buta... lukisan bunga kamu santek ker? lukis ler... paste kat sini ek.

butaseni said...

mak su......
ok,cantek

crunchyahcock said...

adik tu ada sifat "typical malay",
jenis x kenal untung. kalu dah rasa dasyat.. try cari keja tmpt len la! baru dia sedar betapa untung kerja dgn famili.

abang ada sifat "nak tgk melayu maju", masih bersabar sebab nak tgk adik improve diri.

aku undi abg!!!