Thursday, May 17, 2007

Rakyat Malaysia Paling Prihatin?

Sedar tak sedar,negara kita sudah diambang merdeka yang ke-50.Ini menandakan kita telah hidup aman damai bersama-sama dengan berbagai bangsa di bumi kita ini.’Lihatlah dunia,negaraku yang aman damai ini.’(terpoyo lak).Memang aku bangga sekali dengan negara aman kita,rakyat yang saling tolong-menolong dan amat prihatin sekali.

Sikap prihatin Malaysian ini memang sudah tidak boleh disangkal lagi.Kadang kala terlalu prihatin sehinggakan sikap ini sering kali menyusahkan orang lain.Amat nyata sekali apabila berlaku kemalangan jalanraya.Walaupun hanya terguris sedikit kereta si pemandu maka akan penuhlah kawasan itu dengan orang yang ingin mengambil tahu atau busybody.Sanggup terlewat untuk ke mana-mana destinasi asalkan tahu apa yang terjadi.
Itu baru kemalangan kecil,kalau yang besar dan dasyat macam mana?mesti akan lebih sesak lagi dengan masyarakat kita yang majmuk ni.Selalunya ada yang meninjau-ninjau nombor plat bagi tujuan berjudi, yang matanya merayap mencari barang berharga dan tak kurang juga yang ikhlas menolong.Kadang kala ambulans sendiri tidak dapat berhenti di tempat yang sepatutnya sebab terlalu sesak ditambah lagi dengan deretan kereta sehingga 4-5 km.Belum sempat sampai ke hospital, yang si cedera ringan akan parah dan yang parah akan ke rahmatullah.

Keprihatinan dan kesesakan ini bukan sahaja berlaku angkara kemalangan, malah ia sering berlaku akibat dari sebab penyebab yang tidak boleh diterima akal.Mula aku nak menyumpah. Pernah sekali aku bagaikan hendak amuk satu Malaya kerana terjebak dengan kesesakan ini di kala sudah terlewat untuk ke pejabat. 35 minit aku tersekat dan mencarut sendirian di dalam kereta bahana dua ekor memerang.Bayangkan betapa peraknya dan bengongnya Malaysian ni yang sanggup berhenti,berehat dan paling aku berang ada jugak manusia yang bernafsu binatang ni meletak kereta di atas jambatan dan selekoh yang mengundang jam hanya kerana mahu melihat dua ekor memerang sedang mengawan.Aduh!Pusing kepala beta,gila jadinya.

Pernah juga aku terdengar cerita dari seorang rakanku di KL di mana kesesakan berlaku sepanjang 3-4 kilometer di Federal Highway angkara seorang Minah Saleh bermini skirt yang duduk terkangkang di pembahagi jalan kerana keretanya rosak.Maka beratus-ratus mata yang ingin masuk ke dalam skirt itu.Bertamadunkah sikap ini?Kita boleh akur dan terima kiranya berlaku kajadian yang tidak boleh dielak seperti bom,rompakan,rusuhan atau bencana hebat berlaku,meskipun ini amat jarang berlaku di negara kita,ini atas sebab penyebab yang sengal.

Tolonglah rakyat Malaysia,janganlah terlalu menyibuk sehingga menyusahkan orang disamping masa dibazirkan begitu walhal kita harus bergerak pantas untuk mengharungi kegalakkan ekonomi dan lebih progresif membanting otak untuk diri,keluarga,bangsa,agama dan negara.Satu saranan aku yang buta ni,jika sudah hobi tuan-tuan untuk menonton teater jalanan ini,silalah letak kereta mahupun motor anda di tempat yang tidak memudaratkan perjalan orang yang mengejar masa.




20 comments:

Anonymous said...

prihatin la tu..tengok pompuan mat saleh tu pakai seluar dalam ke tak.
malaysia oh malaysia.

jinggo said...

tah la malaysia......
wahai malaysia yang perihatin..........
janganla sampai org buat keja tepi jalan pon nak berenti tengok......
buat la keja sendiri.....
kerja anda masa itu adalah memandu...
jadi memandulah.... jangan dok sebok nak tengok org buat keja.....

aku sokong butaseni tu.........
memang betoi pon......
tapi kalau pompuan maksaleh tu....
aku rasa hang pon tengok jugak kot...... hi hi hi hi hi hi hi hi

Butaseni@Wan Raja said...

kepada kamarul & Jinggo..
eemmmmmmmmmmbbooolehh

pjoe said...

Ya, orang kita sangat prihatin. Sampaikan kalau nampak je orang ramai berkumpul di tepi jalan...semua kalut nak tengok.

Anonymous said...

Memang di akui, masyarakat kita memang terlebih prihatinnya, tapi untuk yang tertentu saja.

Dan jgn lupa, kalau En Butaseni terlalu mengejar masa, jangan pula potong barisan ya! :)

Salam.

crunchyahcock said...

aku sokong ngan indahsakura....
kekadang tu aku rasa depa mmg perak, jakun dan kokoot!!

akirasuri said...

orang Malaya memang kuat cuci mata betul :)

tegezoot said...

pandangan pertama itu rezeki...

lebih2 haram!!!

Bunga Rampai said...

Tapi jiran sebelah rumah tak nak pulak prihatin. Kat bandar-bandar terutamanya. Kadang dah berjiran bertahun, nama dan asal-usul pun tak tahu. Tahu-tahu tolong bantu usung keranda jer...

Salam pagi Jumaat :)

Pegawai Khalwat said...

Aku tak prihatin (tak bertempat).

Tapi aku orang Tanah Melayu/Malaya/Malaysia.

Izariza said...

Ish ish ish .. Malaysiaku.
Bagaimana nak ubah tu .. nak tunggu orang lain start ke macamana? Ish ish ish ...

jinggo said...

ooohhhh...
malaysia ku...
ish ish ish...
aku bangga jadi rakyat malaysia....

Khutub Kannah said...

itulah yang selalu diperkatakan..."di mana bumi dipijak....di situ langit di junjung"...

Butaseni@Wan Raja said...

KEPADA
nazjoe..
memang macam tu...perasan tak bila keputusan nombor ekor kat kedai ekor pun boleh jam
indahsakura..
kalau dah lambat,terpaksalah menggunakan skill mencelah(satu lagi sikap Malaysian:) )
crunchycock..
aku yang karang,hang setuju dgn indahsakura lak?mencari jodoh ye bang?
akirasuri..
dah lah tu tak pandai cover lak tu hehe
tegezoot..
kalau lepas 12am takpa,dosa half (menurut panglima epal)
bungarampai..
satu lagi topik yang akan menyusul..tungguuuuuuuu
pegawaikhalwat..
mmmmmmmmmmmboleehh
izariza...
biarlah kita yang start..kot
jinggo dan khutubkannah..
lu olang lali dali tajok oooo

crunchyahcock said...

aik!! butaperut punya butaseni.... aku pulak yg kena? mmg buta sejak lahir nih!!!

Butaseni@Wan Raja said...

kepada cock..
dah banyak dah aku tengok komen hang semuanya samaaaaaaa ja..
aku setuju dengan anu..aku setuju dengan annii...:P

crunchyahcock said...

yelah dah mmg kata2 tu mcm yg aku nak taip.... aku setuju jelah..
"Aku setuju!!" (tegezoot mesti ingat sapa punyer ayat.)

crunchyahcock said...

lain kali aku bangkang plak.. mmmmmmmmmmmboleh?

Butaseni@Wan Raja said...

kepada ahcock..
bukan maksud aku suruh bangkang...bengok!!
bagilah buah fikiran sama...ni asyik setuju je....

crunchyahcock said...

baaaaaaaaik!