Thursday, May 10, 2007

Masihkah Bahasa Melayu Bahasa Yang Dikebangsaankan?episod 2

Sedang aku makan sambil bersembang dengan mak aku semalam,ada satu ayat mak aku yang mengingatkan aku masa aku kecik kecik dulu.Aku selalu ikut mak aku ke pasar(semata-mata nak mintak mak aku beli mainan atau cokelat).
Yang bermain diingatan aku adalah bahasa yang digunakan oleh peniaga cina dan pembeli atau pelanggan india.

tauke: ya ya acci mali,mali ini ikan balu sajja sampai oooo...ini hali manyak mulah.
wanita india: betol ka tauke?ini ikan semalam kita suddah tenggok..ayoyo apa ini tauke?ini ikan sudah lama...macam mana lu cakap baru....dei ,lu jangan mau tipu sama kita.
tauke: ayya aci,wa talak tipu oooo...ini ikan tiba-tiba sajia masuk dalam ini timba oo

Pada masa tu,dialog sebegini memang biasa sangat kita dengar antara seorang tauke dan wanita india bila berurusan di pasar.Pada waktu itu bahasa kita masih lagi kuat digunakan sebab orang-orang bukan Melayu ketika itu sudah dipupuk bahawa mereka harus menghormati dan menggunakan bahasa Melayu sebab mereka tinggal di negara orang Melayu.Bahasa Melayulah bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan.
Tapi kini bahasa itu hanyalah bahasa yang wajib dipelajari untuk lulus dalam SPM semata-mata kerana untuk para remaja bukan melayu yang ingin melanjutkan pelajarannya walaupun ke kolej swasta perlu sekurang-kurangnya lulus dalam matapelajaran ini.Ia adalah satu langkah yang cukup bijak kerajaan untuk memeliharanya tapi sayang, selepas tamat sekolah bahasa ini hanya dianggap bahasa kelas kedua.
Yang menyedihkan lagi orang yang nenek moyangnya menjamah ulam,mengunyah sirih dan berkemban batik juga lebih selesa bertutur dalam bahasa penjajah durjana.Sehinggakan kebanyakkan anak-anak kecil Melayu yang baru terbentuk lidahnya untuk berkata-kata sudah diajar untuk menyebut perkataan-perkataan Inggeris terlebih dahulu,bukan bahasa ibundanya sendiri.Kononnya generasi baru ini akan lebih bijak dan educated jika bertutur dalam bahasa ini.
Yang melucukan pula bahasa orang putih yang digunakan orang Malaysia semakin lama semakin tidak dapat difahami oleh orang putih sendiri yakni 'broken english'.

tauke: yes yes,acci ah.comelah see my fish.all new and fresh one ooooo.very cheap maaa.
yindian layddeee:yes aahh?ek eh, this fish yesterdday i see ready..ayoyo whaaat lah u?this fish aahh,old ready,how come u say new one....dei u dont bluf bluf me ahh
tauke: haiya acci..i dont bluff one,where got?this fish ahh suddently jump inside one maa

Beginilah rupa dialoq dua manusia yang sedang berurusan dipasar pada masa kini.Bahasa English'lah' pula yang menjadi bahasa perantaraan.Bahasa ini sudah boleh dianggap menyeleweng dari bahasa asalnya dimana aku rasa ia ditutur dengan lebih sedap dan betul oleh generasi bapak dan datuk aku.Jangan tak tahu, pada zaman penjajahan dulu, orang-orang Melayu ramai yang boleh bertutur bahasa Inggeris dengan loghat mat saleh,bukan broken English.
Pernah sekali aku terlibat dengan satu produksi teater Inggeris(terlupa aku nak cakap,aku boleh bertutur dalam bahasa itu tapi tidaklah mengada-ngada cakap omputeh dengan Melayu).Rakan lakonku adalah seorang wanita mat saleh dari America,dan juga dengan bangganya aku nak cerita,dia bekas Miss Florida dan pemenang tempat ketiga Miss Amarica.
Dia pernah cerita pengalamannya masa baru tiba di Malaysia.
(Dalam bahasa Omputeh lah) 'Aku terasa pelik bila sampai Malaysia,tempat yang cukup asing bagi aku,tapi mujurlah rakyatnya memang cukup ramah dan hormat orang lain.Yang memeranjatkan aku pulak,orang di sini bercakap dalam bahasa aku, sedangkan korang ada bahasa sendiri,dahlah tu salah pulak tu,aku pun kekadang tak paham apa kejadah(what the hell) yang korang cakap ni.
Ini yang membuatkan aku malu untuk mengaku yang orang negara kita ni mengejar kemodenan sehingga lupa asal usul,budaya dan sejarah bangsa masing-masing.Kita ni lebih selesa berfantasi bahawa kita dilahirkan di negara yang makan cheese dan ada pelapik paha bila makan.
Bukalah mata wahai Melayu,rambut kita hitam......

14 comments:

crunchyahcock said...

dlm astro...tok wan kata ulam..salad, abih tu nak salah sapa? kat dlm iklan negara pun dah ajar!!!!! itu lah kau,
pre-occupied sgt!!!

Butaseni@Wan Raja said...

kepada pegawai khalwat..
'what can i say?'(guna bahasa omputeh)
pertama ini blog aku yang mengarah!
kedua.. memanglah takkan ada penyelesaian dalam entry aku sapa yang baca dialah yang kena selesaikan!!

Butaseni@Wan Raja said...

kepada crunchycock
entry aku cuma membuatkan korang sendiri yang fikir....salah siapa

Butaseni@Wan Raja said...

aku ni kan jahil dalam
semua huhuhu

Anonymous said...

susah nak 'pujuk' mereka yang suka duduk di awangan supaya turun dan berpijak di alam nyata

~ salam perkenalan dari saya

tegezoot said...

bila aku baca entri kau kali ni, perasaan benci mula membuak-buak! buat aku rasa nak menjerit! jerit!!! marahkan pada siapa? marahkan pada blues! lagu blues tegah malam! malam-malam minggu!!! oh oh oh! yahu yahu! yahu yea!!!

pjoe said...

"cayunk, my fwen told me she live in ampunk!"

satu contoh penjahanam bahasa yang semakin popular sekarang

apa nak jadi

Bunga Rampai said...

Salam ukhuwah :)

Saya menghargai kunjungan anda ke blog saya, terima kasih.

Sementara menanti episod 3 ... ada kopi?

Butaseni@Wan Raja said...

kepada tergezoot..
teruskan blues anda, janganlah bersembunyi di lorong hitam,hidup tersisih...SAMPAH MASYARAKAAAATTTT,u yea yea yahoo yahoo yahooooo yeah!!
kepada nezloe...
itulah yang aku nak Melayu cuba tutup mata tu
kepada Bunga Rampai
episod 3 akan menyusul...
tunggu aku teliti kealpaan orang melayu dulu
salam perkenalan

Butaseni@Wan Raja said...

kepada nezjoe..
eh tadi tersilap taip...tutup mata pulak,
bukak matalah hehehe

jazrul said...

jangan tersilap buka seluar ja

web design

jazrul said...

tak pun buka puasa

co2 system

fauzi said...

apa yang buka2 ni

malaysia seo

fauzi said...

buka mata dapat cinta

fire extinguisher