Tuesday, June 3, 2008

Dilema Putera Mahkota Inderaloka

Termenung bingung si putera memikirkan nasib yang bakal menyusul tiba.Lama sudah si putera angan dan idamkan dirinya hidup bebas tanpa dikurung umpama terkukur disangkar kesunyian hiba.Si putera punya cita-cita.

Hajat dihati si putera ingin sekali menjelajah menjenguk serta merasa pahit dan lelah seperti insan-insan biasa.Bercita dimimpi pula ingin sekali si putera membuka negeri jajahannya sendiri tanpa meminta.Bukan menumpang lenang dibawah pengaruh ayahanda.Limpahan mewah terhidang hadapan mata.Berulang kali katanya "bukan itu yang anakanda minta,anakanda punya cita-cita".

Hidup si putera aman dan bahagia,katakan saja puteri mana yang diidamnya,sekelip mata dipinang ayahanda.Luahkan saja apa yang kemahuan diminta,sepantas kilat ditunaikan bonda.Berulang kali katanya "bukan itu yang Anakanda minta,anakanda punya cita-cita."

Di kratonnya segalanya ada,segalanya selamat,segalanya bahagia tetapi kesenangan ini harus si putera tinggalkan demi mencapai emas yang didamba.Tiada mudah jalan yang perlu ditempuh si putera untuk mangapai cita.Duri temucut mengelilingi, menanti,menunggu mangsanya.Itulah satunya jalan yang ada.Mengharung mara bahaya,emas dicita belum tentu terlaksana.Mungkin maut menunggu jasatnya,sebelum sempat meraba kilauannya.

Demi mengapai cita-citanya,bertekad si putera mengharungi juga.Itulah dilema bermain di minda,perlukah si putera melangkah kesana.Atau haruskah dirinya menyerah saja,hidup mewah dalam kratonnya tanpa berjuang mengejar cita kerana takut tewas sebelum sempat menggenggam emas yang diidamnya.

ps: patutkah putera tinggalkan istana yang selamat itu untuk mengejar cita-cita yang penuh berliku.Jika tidak berjaya jawabnya sengsara,tiada jalan pulang.Jika berjaya,kesenangan itu hak milik kekalnya.perlukah dia pergi,atau teruskan saja didalam istana itu tanpa mencuba.

30 comments:

Unknown said...

yeah.. dia perlu tanggu nrisiko ituk.. rugi2 kalo tak cuba.. kalau gagal nasib lah kan :P

tegezoot said...

Woa!!!
dalam2...

Anonymous said...

cita-cita... ish..
yer ker cita2?
myerah diri jer lah.. erm?? aduh... sakitnya NAK MEMILIH...

Butaseni@Wan Raja said...

lindosh..........
nasib apalah kalau gagal kan?huhuhu

tegezoot.....
kenapa?tergezut?hehe

anony..........
menyerah?hmmmm memang sakit

muadzlife said...

biarkan putera itu pergi..kerana semangatnya hanya bertunjangkan cita2 nya..

Anonymous said...

Gerak.Gerak.Ape tido lagi?!
Kibarkan sayap mu sang putra!

akirasuri said...

Huhu..
Metafora ni! :)

Erk! Ikutlah gerak hati sang putera tu..
Kalau rasanya itu adalah yang baek, maka baeklah ia..
Tapi sebelum tu mintalah petunjuk dulu dari DIA ;)

Jaga diri baek-baek..

Anonymous said...

ikut ler mana2.. Asal x sakit ati...

Butaseni@Wan Raja said...

muadzlife............
yaaa itu je semangat yang dia ada :D

anony lagi..........
sebelum ni pun tak tido,cuma tidur tidur ayam.ok nak warm up,nak kibarkan nih hehe

akirasuri.....
pada 'dia' tak akan putera lupa.hidup mati putera terletak ditangannya.
tq

puteri cahaya............
hmmmmm dalam tu.sat nak kena kaji dan tafsir ayat hang tu hehehe

AinNur Haris said...

emm..suruh sang putera dtg jumpa ayahanda SAYA..nikah dgn SAYA dan SAYA akan temani dia mengharungi apa sahaja...wahh!!

teruskan berjuang demi cita-citamu wahai putera..!! ngeee...

Pegawai Khalwat said...

Ikut kata hati, mati.
Ikut fikir rasa, binasa.

Tapi itu pepatah ayahandan dan nenda. Apakah putera rasa ia relevan semasa?

Psss...
7 hari bukanlah tempoh masa membina sebuah kota, tapi 7 hari adalah tempoh masa membinasakannya.

Ada orang hidup kerana berani mati, ada orang mati kerana berani hidup.

Puteri Ezza said...

Perkara apa sekalipun, kita haruslah berani mencuba. Tapi, sebolehnya, biarlah mencuba perkara yang baik-baik sahaja, kan.
Maka, Putera itu seharusnya mencuba :-)

KAMATO said...

bukankah kalau putera itu pergi dia masih bisa kembali walau pun gagal perjuangannya...

Butaseni@Wan Raja said...

cahaya mata....
nanti ayahanda datang membawa rombongan.hahahaha

pegawai khalwat......
eh mana ada putera cerita pasai 7 hari.igi idup agi mengelaban.

puteri ezza.....
ni yang baik,kompem hehhe

kamato....
oooo kali ini susah untuk dia kembali.

artisticklytouch said...

putera ka? macam puterari ja..

pergilah..
dramalah hang ni..
wat saspen je

blackpurple @ jowopinter said...

Tak usah takut pada kegagalan gagal.

Siapa mamat kacak dalam gambat itu ek?

ANNA NUR said...

berjuang dgn pengorbanan lebih baik dr terkorban tanpa perjuangan.

tny hati, mana yg baik walaupun mungkin jwpn nya x sama dgn apa yg difikirkan.

~kalo jd kat aku pun, tersepit & perlukn bantuan org luar utk buat pilihan.. :)

~apa pun yg jadi pilihan @ yg dipilih, berserah & tawakal jln paling baik. DIA tau apa yg baik utk ummah nya..

Butaseni@Wan Raja said...

art......
putra putri sayang,
putra putri saaaayang,
sedang berjuang.hahahaha

jowopinterr......
hehe takut beb hahahaha.
ok si putra gerak!!

gambar tu aku ambik dalam yahoo image.aku rasa macam ex housemate aku kat shah alam dulu,penari taman budaya sarawak.aku rasalah.

CHENT.......
berjuang dgn pengorbanan lebih baik dr terkorban tanpa perjuangan......YA!

Anonymous said...

saya duka menonton filem. Ada satu filem dari kisah benar. Sebuah kapal terbang terhempas di gurusn salji. Menunggu bantuan ramai yang mati, hingga kena makan kawan sendiri. Akhirnya, dua-tiga orang decide nak berjalan minta bantuan, ramai tak setuju, gurun salji tu seluas mata memandang. Kata diorang..

"Kalau mati macamana?"

Dua-tiga orang tu sahut..
"Kami akan mati berusaha, dari mati sekadar menunggu"

Ya, mati berusaha lebih mulia dari sekadar menunggu. Apa guna cita-cita kalau tak dikejar? Lebih baik gagal selepas mencuba, dari gagal untuk mencuba.

Anonymous said...

Keep away from people who always belittle your ambitions. Small people always do that, but the really good ones make you feel that you too can become great...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

teka punya teka....gambar tu wajah anda ke?...hampir serupa aje...

Mak Su said...

nak buat apa-apa wahai tuan putera, kena check minyak kat tangki tu ckp ker tak, nak geraaakkk sekarang kan shushahh...ish, shushah shushah aje.

Butaseni@Wan Raja said...

amirahsyuhada....
wow,best cerita ni.
yaaa mati berusaha!tq

anony......
whoa!great!!

cermindiri.....
salah!hahahaha

mak su.......
harga minyak dah naik,tapi isi RM 20 still boleh jalan 3 hari.

13may said...

errr...nak tinggal pesan kat putera tu bleh???

Jgn lupa ubah cara hidup...

oh ya! tu pesanan dari Bapa Kenaikkan kita...aku cuma menyampai saja...hehhe hehhe

m i n e r a l . . . said...

akhirnya sy disini hhehe, salam bro, moga sihat hendaknya.

perhhh sang putra,
putra kena tabah... keluarlah dr kepompong sementara cari sesuatu... kembali manjadi sesuatu, jejeeje

Butaseni@Wan Raja said...

13MAy...........
haa ni nak mengubah jalan hiduplah ni bro.hahahaha bapak apa?

mineral.............
hmmmm nak kena masuk dalam kepompong lagi satu pulak hehe
tq,bro.

Anonymous said...

kalau saya...

saya pasti mengejar ke jalan cita- cita saya wpun belum tentu nasib selepasnya.


cekal+tabah dan satu semangat.


InshaALLAH...

Anonymous said...

chayok!

Anonymous said...

gua minat teater ni bro, tapi darah seni tuh tak berapa nak ader dalam jiwa nih. Gambar tuh, yang macam Pateh Gajah Mada tu lu ker bro?

Butaseni@Wan Raja said...

coffeholic..........
:D tq

anony.........
chayok balik :D

sexytery..........
mungkin kot.bukan aku tu.