Thursday, April 24, 2008

Kompang Berbunyi Mei Ini.

Pada hari pekerja yang akan menjelma minggu depan,tiba giliran teater yg terbaru yang di terbitkan oleh kumpulan TETAMU. Persembahan ini agak menarik kerana projek ini adalah gabungan daripada 3 kumpulan yang paling aktif di Tanjung. Aktiviti malam kami kebelakangan ni cuma dihabiskan dengan cerita terbaru arahan salah seorang peserta Raja Lawak 1 iaitu Razali Redzuan (ZALI)

Salah satu adegan pertengkaran anak dan emak yang bakal dapat kita saksikan dalam BLKB

Bilangan pelakon yang agak ramai juga adalah satu ujian atau pancaroba yang produksi ini perlu hadapi,macam biasa, jika sekumpulan manusia berkumpul sudah pasti pelbagai ragam perlu ditangani oleh tuan pengarah.Masalah yang kerap dihadapi adalah sentiasa kekurangan orang untuk menjalankan latihan dari mula hingga ke penghujung cerita,terpaksalah berlatih cuma 1 atau 2 babak setiap malam.Tidak boleh disalahkan pelakon juga dalam hal ini sebab rata rata pelakon mempunyai kerja hakiki dan komitmen lain yang perlu dijaga.Inilah masalah kami yang amatur ni.Tapi alhamdulillah kebelakangan ini kerap juga kami dapat menjalankan latihan penuh sebab ada yang sudi menggantikan pelakon yang tidak dapat hadir.

Adegan tegang Umi dan Kak Dahlia.

'Cerita yang mengisahkan kemelut tiga jejaka yang ingin berkahwin tetapi perlu menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat menawan hati pasangan masing-masing.Tiga jejaka,tiga masalah yang berbeza.'
Saksikanlah sebuah teater komidi yang dijamin mencuit hati anda.

Yang paling menarik,cerita ini adalah gabungan diantara lakonan pentas dan juga persembahan multimedia hasil daripada lakonan dihadapan kamera.Pengarah dan juga penulis skrip bijak mengolah cerita ini menjadi lebih menarik dengan menambah beberapa adegan yang dapat membantu manaikkan tempo cerita dan juga menguatkan lagi konflik bagi memberi lebih impak kepada penonton.

Salah satu adegan babak yang disunting di sebuah butik pengantin.

ACTION!!Tuan Pengarah sedang memerhatikan pelakonnya berlakon dihadapan kamera.

Tinggal seminggu saja lagi untuk tarikh persembahan,barulah kesemua pelakon dapat memberi sepenuh komitmen dan mula berlumba-lumba untuk berlatih dan menaikkan tempo lakonan massing-masing.Barulah tuan pengarah dapat tersenyum kerana run-trough dapat diadakan setiap malam.

Diantara barisan pelakon BLKB, ceh macam posing untuk Press Confrence pulak hehehe

Diharap segalanya dapat berjalan lancar dan pening kepala pengarah dan penolongnya memerah otak berbaloi dan auditorium akan dipenuhi bagi memberi lebih semangat kepada kami,pelakon.Insyallah.

PS:Tabung kutipan akan diletakkan di pintu masuk auditorium untuk membantu seorang sahabat aku yang mengidap Barah hati.Harap-harap tuan2 dan puan2 dapat menyumbang untuk meringankan lagi beban sahabatku Maya Ernawati.

32 comments:

Anonymous said...

bila nk mai buat show d JB??

~limfa tu hati ke kelenjar?
~hope ada yg sudi beri sumbangan..
~plan bulan 8 nnt, update kt aku ye. sbb ada jgk budak2 IDe nk libat sama.. :D

crunchyahcock said...

aku akan menjelmakan diri....

crunchyahcock said...

aku akan menjelmakan diri....

muadzlife said...

okeh...harus pergi gak ni..:) menarik..sambil beramal..:)

KAMATO said...

moga hasrat untuk mengutip dana membantu sahabat itu akan tercapai

Hasrul Halid said...

rasa macam nak singgah jugak laaa... mungkin Sabtu!

Unknown said...

aku pun nak singgah jugak!!
teringin nak tgk..

-doakan agar sahabatmu Maya Ernawati selamat dan sentiasa sehat-

;)

Butaseni@Wan Raja said...

dotter...
JB,mak ai,jauh yeee.
ye ke?aku tak sure pulak.apa pun aku cuba ringankan bebannya.

crounchy...........
mailah.

muadzlife...........
sila ooo sila.

kamato............
amiinn.

hasrul...........
ya ya mai bro.cari aku ok

azizulhafiz..........
tq tq

Anonymous said...

mana ada jauh nya. dulu aku tiap2 bulan p penang stay kat copthorne xde apa pun.. saja je hang ni. kalo ditakdirkan hang mai sini, habaq naaa.. :D

Pegawai Khalwat said...

Awat gambaq hang semua adegan tegang?

Ada maksud tersembunyi ka?

Anonymous said...

tak ada buat di kuala lumpur?

Izariza said...

Salam,
Moga sukses ...

Butaseni@Wan Raja said...

dotter............
kau datang sorang,duit xpakai banyak.produksi nak travel pakai banyak duit.ada pahaammm???

pegawai khalwat............
maksud apa yg hg nak dengaq?

coffeholic.......
cerita ni mungkin tidak.cerita lain ada dalam perancangan.

izariza.........
tq tq

Anonymous said...

ok2
apa2 bgtahu la..
tringin jugak nak tgk:)

Mak Su said...

selamat berjaya

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Semoga sukses!

Aku suka gambar 'posing' paling bawah itu!

tegezoot said...

Hang tu kompang bila nak bunyi?

Danisha said...

Wah...Cam berminat gak nak gi...
InsyaAllah nanti sampai lah...

Butaseni@Wan Raja said...

coffeholic...........
ok,gua info.

mak su......
tq mak su

jowopinter.........
hehehe over kan?

tegezoot..........
sehingga ketemu yang berkualiti.

danisha.........
mai mai

jinggo said...

hahahaha.....
aku jengok masa baju tisu jamban dulu....
aku tak tau nak kata apa......
kompang ni pulak ....
entry sama ngan aku.....
hihihiii....
tapi entry hang lagi baguih dari aku....
macam2 ada.....
hihihhihiiii,........

mf said...

ada telah kami link.TQ

mf said...

ada? anda....

crunchyahcock said...

hang jgn memilih sgt... nanti kompang bunyi x tempo.. hehehe kan tegezoot kan?

wanie_agk said...

semoga sukses persembahan korang :)

Anonymous said...

betol saya sokong....
kalau ada apa2 saya nak join:)

abdullahjones said...

;)

Aima Othman said...

menarik tertarik..buat laa di kl..bley dtg tgk..kan coffeeholic kan..:D
teater neh syok jugek..slalu gak dulu time skolah2 lepak kat tmpt ayah tgk ayah mengarah teater :D

mane scene ko?

bile kompang ko berbunyi...jemput eh :D

Butaseni@Wan Raja said...

jinggo...
oww haha

MF........
ya,anda jugak di link!

chrunchycock.........
oit,bukan ikan termenung dia market oi.nak idup sampai bila bila oi.
cheh,kata kat aku konon!
tegezoot tu lainlah,muka dia ada sinar!

wanie...........
tq bro.

coffeholic.....
ya mesti.

abdullahjones.........
:D

aim A...
dalam cerita ni bunyi apa

artisticklytouch said...

bekas peserta raja lawak?
bukan drop-out raja lawak ka?

awat hampa buat wazi lagu tew? siannya...huduh

Bunga Rampai said...

Break a leg!

Salam :)

Anonymous said...

hahaHAHAhahaHAHAhahaHAHAhahaHAHAhaha..

~xda paham juga! :D
~aiiii... bunyi mcm nada marah je?????
~ye lah.. yelah.. :(

Butaseni@Wan Raja said...

art........
eh betoi apa.

bunga rampai.......
tq tq

dotter.........
ada ka?