Monday, February 11, 2008

Rangkuman Arahan Pertamaku

Berakhirlah sudah cumbuan dosa minggu lepas.Sungguh lama aku dan rakan-rakan berehat disamping cutiku yang agak panjang sempena Gong Xi Fa Cai.Maklumlah,aku sorang saja MElayu diKolej tu.Sempat juga aku melawat rakan seperjuangan aku diKedah nuuunnnn...AKRAB.Dua hari aku di Aloq Staq dan dilayan bagai Rajawan disana.Sempat juga kami berbincang secara tidak rasmi tentang perancangan projek Mega kami.Tidak kurang juga dengan gurauan yang tidak dapat aku lupa.

Berbalik kepada kupasan Cumbuan Dosa Semalam.Sebagai pengarah yang baru pertama kali berkarya,aku terlebih dahulu nak Trima Kaseh pada Pegawai Khalwat sebab percaya dengan kebolehan aku untuk mengolah skrip karyanya sendiri disamping membenarkan aku menambah atau mengurangkan perencah cerita tu.

Tidak berani aku mengomen sendiri samaada persembahan itu berjaya atau tidak,tapi setelah sesi soal jawab selepas show,rata-rata komen yang diberikan daripada penonton dan aktivis serta kawan-kawan teater amat menggalakkan.Sementara komen sahabatku Tegezot dan dari kumpulan Resdong's pulak amat posotif sekali.http://resdongs.blogspot.com

Tidak ada mana-mana seniman yang akan 100% puas dengan setiap karyanya,itu kelaziman.Tidak kira seni apa sekalipun.Tetapi aku sangat bersyukur dengan kebanyakkan pelakon-pelakonku telah menunjukkan peningkatan dalam lakonan mereka lebih-lebih lagi adik-adikku yang menuntut diUSM.Pengorbanan dan komitmen mereka amat membanggakan.Mereka amat beruntung kerana mereka dapat belajar dengan persatuan diluar USM (NGO),teori habis dikaut disana dan pengalaman dapat dikaut disini.

Aku cuma sedikit terkilan dengan sesetengah pelakon yang menggelarkan diri mereka otai.Apa lagi yang aku boleh perkatakan,peluang,kesabaran,pengorbanan dan kasih sayang(sebagai kawan),semua telah aku hidangkan.Ada yang berpolitik untuk diiktiraf sebagai otai sebab telah hanyut dengan pujian dan ada juga yang tidak mahu berlakon dengan pasangannya atas sebab peribadi.Sehinggakan aku terpaksa bertindak tidak profesional sepertinya pada malam full dress rehersal semata-mata untuk menolong masalah peribadinya kerana tidak suka berlakon dengan pasangannya.Nasib baik pasangannya profesional dan sanggup berkorban digantikan dengan pelakon gantian semata-mata untuk menolongnya,padahal pelakon ini telah menunjukkan peningkatan yang paling ketara dan komitmen yang tidak boleh dipertikai.

Pengorbanan aku itu dibalas dengan satu balingan taik kemukaku.Seorang pelakon yang baik akan boleh menjiwai apa saja watak yang diberi oleh pengarahnya,tanpa pengira aliran mana yang disukai sekali pun.Itu adalah kerja pelakon.Pada malam ketiga,malam yang penuh dengan penonton didalam auditorium disamping ramai aktivis-aktivis dari luar Pulau Pinang yang hadir,si otai ni dari awal lagi sudah merancang untuk 'buat gila' atas pentas.Satu watak slapstik yang biasa dibawanya sebelum ini.Dalam Cumbuan Dosa Semalam ni,aku memberi peluang kepada ramai pelakon termasuk 'dia' sendiri untuk membawa watak yang belum pernah dipegang mereka.Jadi si badut ni aku berikan watak serius.Pada malam ketiga betapa frustnya aku bila dia menslapstikkan wataknya.Satu kegagalan bagi pengarah jika penonton ketawa dikala adegan tegang.Itulah yang dibuat oleh badut itu.Jahanam!Jadi selepas ini biarlah dia berslapstik sampai tua.Kalau dah itu kepakarannya."biarlah burung hutan tinggal dihutan,burung sungai tinggal disungai",bak kata A.Samad Said.

Dalam penataan cahaya pula aku ingin mengucapkan syabas kepada tukang lampu kami,Jinggo yang boleh dikatakan berjaya menghasilkan cahaya yang aku inginkan.Pada percubaan yang pertama,kematangannya sudah boleh dilihat(dok mai dah).Si pengurus pentas dan pembantunya juga telah menjalankan tugas yang amat baik sekali.Semakin hari,makianku kepada kalian semakin berkurangan dan pada malam-malam persembahan walkie talkie itu langsung tidak bergema makianku hahaha syabas.

Dalam produksi yang serba ringkas ini,banyak benda yang dapat aku pelajari,bukan setakan dalam pengarahan teater malah tentang kesabaran,kepimpinan dan juga persahabatan serta setia kawan.Ia adalah satu pengalaman yang amat berguna sekali bagi seorang insan.

ps:kalau ada yang tersentuh,jangan melenting.Sebab tindakan mu sudah buat aku tersentuh lebih awal!!

44 comments:

orang kampung said...

bro, aku pernah hadapi situasi yang sama. Seorang penggiat teater yang aku kagum dan seorang pelakon yang aku kagum dari filem yang aku bangga dari kecil datang berbisik pada aku. " kita bekerja dengan manusia, kamu harus terima semua ini sebagai manusia" aku tak dizinkan menjawab sebaliknya dia suruh aku sambung. kita akan belajar banyak pekara dari memimpin sehinggalah ke mendengar masalah anak tak ada susu nak minum.
Jangan berhenti....kerana layang layang terbang menongkah angin, lagi kuat angin yang ditentang lagi tinggi layang layang terbang. biarpun layang layang itu hanya a piece of paper.

"alang alng mati biar kita mati berdiri"
-anjang-

.:HalogAmora:. said...

sabaq la... tp result baguih kan... kira puas ati (walau pun x tgk hehe.. tu la hang buat jauh jauh apsal... cuba wat kat KL bleh tumpang skaki tgk hehe)

butaseni said...

orang kampung..........
layang-layang putus tali?aik macam crita kat depan stadium ari tu ja hahaha.
"live for nothing or die for something" - wanRambo hahahaha

halogamora............
asam garam tu hehe.
biasalah kalau sekumpulan manusia berkumpul,ada sajalah kan?
insya allah kami ke KL nanti

pjoe said...

Tinggi status datang dengan banyak ragamnya.

Ok, ok. Mungkin tak semua macam tu, tapi secara harfiahnya manusia memang mudah hanyut dengan 'status'.

Tiba-tiba aku jadi emotional. Benci i!

Kau sihat, dood?

Aku OK. Cuma kerap mendapat serangan migrain yang tak segan silu singgah ditebing otak aku.

oh, lupa...
sabar ya. Kalah 2-1 je. Lgpun ManCity qute kuat season ni

hohoho

Pegawai Khalwat said...

Tu maknanya hang kena mengarah lagi. Asah lagi skill pengarahan dan skill mengekang getar antara insan.

Dia nak mai dah tu... nak mai dah....

:: dotter HMS :: said...

adatlah... fitrah manusia dilahirkan dgn mcm2 ragam & peel.. cuma susahnya bila manusia xtau nak menggunakan ragam & peel mereka mengikut kesesuaian keadaan & tempat..

~anyway, sbg kawan.. aku kagum dgn bakat hang yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa..

~aku rasa lah kan, diorang tu ngada2 or jeles hang yg mengarah.. kalo byk sgt songeh nya.. hang pas je suro dorang amik tempat hang.. hang amik tempat dia.. biar dia rasakan..

~congrats, my friend! :)

butaseni said...

pjoe..........
takpe takpe biar aku tenangkan kau dipagi-pagi ni hehehehe
hari tu MU kalau tu sebab diorang ikut mood,hari tu kan mood sedih,so diorang takkan nak rosakkan hari berkabung tu dengan kemenangan.Ferguson call aku,dia kata biarlah hilang 3 mata asalkan dapat menghormati team yg mati tu.:D

pegawai khalwat............
dok mai dah?mai dari mana?susah nak mengarah orang yang tak dak modal insan hahahahaha

dotter..............
hehehe aku stujuuu!!kaulah kawan aku hahahahaha

Puteri Cahaya said...

terima kasih Abang ku...terima kasih kerana memberi kepercayaan pd pu3..pu3 hargai & pu3 akn sntiasa bg komitmen kiranya d beri lg pluang...tq2. dah jd minat pu3...so x kan ader yg blh gugat dunia seni pu3 ni.pu3 akn trus bjuang mjd org seni..insyaallah..butaseni pun, jgn gv up..yerk..gd luck

Mak Su said...

gurauan macamana tu?

goboklama said...

itu yg untungnya kalu tmpat krja majoritinya kaum cina, kita serupa... Caliitt!!!! Tapi, cuti lama2 pun boring jugak kan??

Teruskanlah berkarya walau kekadang hasilnya x menepati sasaran. Jgn putus asa Butaseni!!!

butaseni said...

puteri cahaya...............
tiada sembunyi,kalau bagus aku kata bagus,kalau macam tuuttt aku kata tuuttt.
keep up the good work.
personal is personal,kerja is kerja.jangan campur.

mak su...........
gurauan yang akrab.

goboklama........
heheheh bukan setakat raya cina.raya kita pun saya boleh cuti panjang sebab ramai yang boleh gaanti hehehe untung ooooo

putus asa?tak kot.meluat ada hahaha

wanie_agk said...

tahniah, tuan. sayang sekali saya tidak berkesempatan menyaksikan hasil kerja tuan.

saya setuju, biarlah burung hutan tinggal di huta. biarlah..

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Semoga kau akan lebih berjaya di masa-masa akan datang.

Biasalah tu bro'. Dalam apa-apa bidang apapun tetap ada cabaran. Teruskan!

Sastri said...

sabar la bro... manusia memang pelbagai karenah... apapun, tahniah... semoga terus sukses... :D

umi ameer said...

wahhhh... tahniah, semoga ko terus mengarah dan mengarah dan mengarah..

buta, you have been tagged by me.

sesenang, u jawablah ye?

butaseni said...

wanie..........
memang tak sempat,preparation pun kejap je hehehe(lari tajuk)
tu burung wak wak.

jowopinter.............
ya betul tu bro.tapi kerana sorang ja rosak show aku.yang lain semua ok bro.tu yang sakit hati tu.

sastri.....
ya ya sabar sabar huhu

umi ameer...............
mengarah dan mengarah?tidak dan tidak.hehe
tak boleh masuk pun blog umi,privatized ka?

Rozie said...

perghhh...lama dah tak jenguk ke sini rupa2nya cik Butaseni dah naik pangkat jadi pengarah, atau aku ker yg ketinggalan??

bintang hati said...

haii..
lama tak singgah sini, rupanya dia sibuk mengarah teater yer..emm..tahniah..!!

SAYA teringin nak tgk teater live di atas pentas..pernah tgk teater di kaca tv tapi kurang "merasai" kehangatannya..sound tak real..

nanti datang KL ehh..leh SAYA tengok persembahan kamu dan team..

Best Of Luck...!!

pengalaman itu mengajar kamu menjadi lebih baik dan membuat kamu lebih banyak berfikir...sedangkan "dia" hanya kekeringan nilai2 murni dalam diri..

maka..perangai gila "dia" tidak merugikan kamu apa-apa..emm...

butaseni said...

rozie............
yelah asyik dok bz main dengan salji :P

bintang hati.........
betul tu,teater dalam tv kurang aura berbanding live.
insya allah nanti kami sampai.
bab dia tu...biarkan dgn labunya.

BUTTERANDBANANA said...

Yang tak ikut arahan kau tu, kau Sweeney Todd kan jerr....hehe

m i n e r a l . . . said...

tahniah berjaya mengarah...
pengalaman pertama tak dpt dijual beli bro...
dugaan pasti ade...itu yg menjdkan bro hebat, jgn ikut rentak yg sama...ikut jer jiwa sndri bro,

bak kate tok wan aku "buat baik berpada-pada...buat jahat sendri mau ingat" jejejejej

tegezoot said...

Ambik contoh yg terbaik diantara yg terbaik, dok ada depan mata ang!

Bukan aku, tapi Dewa Impian/Tuan besar/MahaKaryaCinta/SangKuriang.

rena said...

TAHNIAH BANYAK-BANYAK DAN BESAR-BESAR

saya sengaja tekan caps lock. sbb ini bukan ayat penyata. ini ayat pujian yang tulus ikhlas.
hihihi..

nanti mintak en. jinggo decorate lampu ari raya blh? ;)

butaseni said...

butterandbanana.........
wah lama menghilang mu ni.hehe
ya ya dah sumpah pun.jadi shreck!!

mineral.........
ya betoi kata tok wan hang :)

aku dah try sedaya untuk elak dugaan,99% dah hampir berjaya sehingga kelepup,taik terkena muka aku.

tegezoot..............
ya betolll!!
lagipun aku dah try.aku dah kutip yg baik dari semua orang dan buang yang buruk dalam diri aku,apa lagi yang orang tu nak?ha?ha?

rena..........
time raya memang jinggo juai lampu lip lap.dalam stor rumah dia ada stok sampai hari raya tahun 2013.tak caya tanya dia hahahaha

- G O R O - said...

Pheeeeeeewit...

COngrats bro.. Anda truly asia tul la. Semoga cumbuan DOsa dapat dipentas di KL.

Selamat bro... Rindu dgn korang..

umi ameer said...

hi again,

you have been tagged, sila jalan-jalan ke sini utk blog address baru saya..

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

13may said...

perjuangan yg penting!

hehhe

alan zed said...

sukses sukses.

butaseni said...

goro...........
tq,rindu hang jugak hehe

umi ameer.............
baik umi :D

13May......
yeah berjuang!

alan zed.........
macam ghangstar lak

iNsaN BiaSa said...

ai bro..jgn jeles k..hehe...
emm..manusia mmg begitu kn..xpela..kesabaran yg penting k..by the way..congratulation k..caiyok..!!teruskn usaha anda..

orang kampung said...

Jadikan suara suara nyamuk itu cabaran...

pandagumuk said...

marah bila disalahkan..
sedangkan diri sendiri juga menyalahkan..

bunga rampai said...

Tahniah!

Jadikan cabaran-cabaran itu sebagai pendorong untuk memajukan diri.

Salam :-)

butaseni said...

insan biasa....
ya manusia.tq :)

orang kampung.........
sssssssssssssssss (tgh spray myamuk)

pandagemuk...........
siapa?saya?

bunga rampai..............
tq cik rampai :)

Nunn said...

bukan senang nak senang....bukan susa nak susah.....pepepon selamat berjuang......

resdongs said...

bro.. 1ari sja tu, yang 2ari awal tu ko tak mau kasik kredit ke?

orang kampung said...

Selain dari tak sabar menunggu gaji masuk, aku juga tak sabar nak tunggu entry baru butaseni. hahahahahhahaa

Anonymous said...

tahniah..

tak kira apa yang berlaku
so lepas ni.. buat lagi baik!
Sapa kata jadi TUAN bESAR tu senang!?
Tak caya tanya PegawaiKhalwat!
Orang yang boleh jadi TUAN BESAR hanyalah org yang ada imaginasi tinggi dan mampu merealisasikannya..

kadang2 aku terpikir bagaimanalah nasib seorang perdana menteri malaysia.. kalau tak kena orang boleh masuk mental hospital..

sorang lagi yang genius.. Alex Ferguson.. dan adik angkat aku Christiano Ronaldo.. jgn marah..

Puteri Ezza said...

Wah, dah jadi pengarah ye? Tahniah. Boleh tahan : ) Bila nak amik saya berlakon? Tak nak ke arahkan semula teater yang pernah di pentaskan di Sabah? : )

butaseni said...

nunn...........
sebenarnya nak senang,tak susah,sendiri yang ssusahkan senang tu.

resdongs...............
mungkin tidak.sebab kredit 2 hari tu lah yang merosakkan i hari itu.

orang kampung.............
kalau macam tu aku tunggu hari gaji hang,dan aku buat enntry.baru kira bonus hahahahaha

anony.............
lari pada tajuk tu.nasib baik penyokong MU.

puteri ezza..............
teringin nak p sabah tapi sana sangat mahal bah.

artisticklytouch said...

haaa...mau tau ar...jangan berenti..perjalan harus terus ke depan, jangan pandang belakang nanti nampak hantu ha ha

butaseni said...

art............
ya ya sudah tau.kalau tengok depan ada haantu jugak aku terajang ja hantu tu hahaha

Anonymous said...

Buatlah teater seram...

Buleh aku belakon..

Bab2 terbang kasi aku je..

butaseni said...

anony...........
nak terbang ja?takmau jadi toyol?