Baru baru ni,aku akhirnya dapat juga melangkah satu lagi anak tangga (baru anak tangga kedua) bagi mengejar cita-cita yang kian lama terpendam.Mungkin satu kebetulan atau rezeki,aku terjumpa dengan seorang penerbit di sebuah majlis.Katanya dia pernah lihat muka ku.Mungkin tuan pernah menonton salah satu pementasan saya kataku,Barangkali katanya.Disitu aku dengan tidak malu dan membuang masa bertanyakan sama ada aku berpeluang untuk menunjukkan apa yang aku ada.(Ujibakat)
Dengan tenang dia menyuruh aku datang terus ke lokasi pengambaran.Aku terus ditawar untuk memegang sebuah watak,agak kecil tapi bercharacter dan ini adalah ujibakatku,terus didepan kamera.Satu tawaran yang sungguh aku nantikan.Aku diberi watak seorang penipu yang dipukul oleh hero dalam cerita itu,seorang pelakon yang aku hormati sejak kebelakangan ini,Farid Kamil.
Melihat aksi pelakon ini,aku sungguh terpegun,cukup lengkap pakejnya sebagai seorang pelakon.Setiap saat lakonannya diisi dengan baik,tidak kosong dan tidak bocor.Tapi yang paling aku hormat seseorang tu bila tidak sombong.Itu yang aku respek.Terasa aku sebesar kuman bila berlakon bersama mamat ni.
Cara produksi ini bekerja juga amat menarik minat aku,sungguh profesional.Dengan pengurusan masa yang baik,produksi ini dapat berjalan dengan amat lancar dan dapat menyiapkan 5 hingga 7 babak dalam satu hari.Seharian aku menghabiskan masa didalam sebuah pub yang disewakaan khas untuk pengambaran ini.Dengan kesemua gelas dan perut diisi dengan zapple.(menggantikan beer),masanya berlalu dengan begitu pantas.
Tapi apa pun aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada tuan penerbit (En Shukor) yang memberi kepercayaan kepada aku untuk terus beraksi didepan kamera.Harap ujibakatku ini berhasil.
Harap harap juga aku dapat merangkak ke satu lagi anak tangga,anak tangga ketiga.
ps: saksikanlah Siri Samarenda bertajuk Enigma pada Februari nanti.Aku jamin satu cerita yang menarik.
Aku belakon dalam siri ke 19 .(masuk kena belasah dan habis hahahahaha)
Sunday, January 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
pasti tgk sbb ade farid kamil!haha.bonus skali la ade butaseni jugak :P
semoga ko menjadi pelakon yg baik..
salam weekends bro!
rakan ku seorang pelakon!
wewittttt!
menang besar smlm dude!
dengki aku
wah minat farid kamil.
wah butaseni jadi pelakon.. akan kutengok nanti ehehhe
masuk. kena belasah. dan habis. hahaha
naper la diaorg x wat ko masuk kena bunuh jer kan???? wargh...! wargh...!! wargh...!!
Sayang sekali, aku tak sempat nak bagi nama hang kat produser Lepaskan Kembali Aku Ke Laut.
Kalau tak mesti muka hang dah masuk tivi. Muka Kak Yus dah gerenti masuk.
Tapi takpa, hang dah jadi rajawali la ni.
Terbang tinggi. Lebih dari Tegezoot.
waaa... semoga tercapai impian itu... nak tengok episod ke 19 je laa... sebab nak tunggu penampilan istimewa... :D
emm..SAYA pun mcm sastri..
nak tgk episod yg ke 19 jer..hehehe..
tahniah yer..!! ;-p
pandagemuk............
ya tengok,dia memang layak diminati,dia power.
yginsaf..........
insya allah.aku cuba.
pjoe.......
glory glory man united!!
lindosh..........
jangan miss hehe
zizie.........
ha itu je yang aku layak buat setakat ni hehehehe
ahcock............
itulah pasal,kalau kena bunuh lagi boleh buat poyo hahahaha
pegawai khalwat....
tulah aku tak penting untuk diingati.jadi kenalah bergerak sendiri.bukan niat nak tandingi sapa sapa.cuma mahu meningkatkan taraf hidup aku sendiri.
sastri........
wahh sungguh terharu,semata mata nak tengok lakonan ku yg sikit tu je huhuhu tq sis sas.
bintang hati.......
pastu jangan kutuk aku tau hahahaha
semua dah minat farid kamil
terpaksa la watashi cakap watashi nk tgk episod tu sebab buta seni
ahahahahahaha..
jadi owang jahat ke?
negh ngeh ngeh
bang, nak autograf... hehe. :)
insyallah..........
lepas ni naik tangga karen pulak..
dia gerak sendiri.....
waduh...dahsatlah butaseni ni....
kawanku seorang pelakon samarinda?
mitak autograf bang :P
watashi...........
hehe nak minat kat dia pun takpa,mmg patut pun.support saya sudahlah hahaha
alan zed...........
er kat ner?sini..jap ekk hehehe
jinggo...
ya bro tq.isya allah,tapi takleh cuma berharap,kena usaha tahap maxx.hanglah sahabat aku hehehe
mak su...........
takde yang dasyatnye mak su..tgh merangkak ni.
nelly berry...........
er kat mana?sini ye?mmmm ok.....sama sama.hahahaha
wow.. congratulations... ko mmg berbakat!
u have made it to the next step.
dah fofler nanti, jgn luper diri, tau!
encik buta memang sangat dasat, aura encik buta saya kesan dah mencecah aras ke6 iaitu 1 langkah lagi untuk berada sebaris dengan dewa-dewa seperti encik pegawai, tabik spring!!!
tapi crita tu sapa direct ha? lupa la aritu ang crita dah kat aku
umi ameer...........
tq umi.tapi next step ni pun belum tentu lagi,tunggulah kalau saya cukup bagus untuk diingati oleh produicer tu.hehe jangan congrat lagi..
nanti sure tak lupa diri punya.tetap anggap diri ni itik nila.
resdongs...........
aras ke 6?mungkin tidak.aku kena merangkak jauh lagi ni untuk sampai ke aras2 masakan dapat berdiri setaraf dewa dewa tu semua.kongkang yang malang ini akan tetap jadi kongkang...:(
crita tu Prof Razak yg direct.cerita bukan macam anak mami yee hehehe
Tgk ep 19 je lah nanti..
Kahkahkah..
Tahniah! Tahniah! Tanniah!
Satu episod pun ok, kalau watak kau kuat. :D
Aku nak calonkan kau dalam Anugerah Skrin la nanti...
sob..sob... nie... cam mane, lecturer nie suka berlakon drpd ajar kitaorang ke niee... sob...
tapiiiiiiiiii... best gak kalau sir nie pelakon hebat. wahhahaa. memang bnyk manfaat.....
bak kata orang.. "aim for the moon.. even if u fail u'll be among the stars!"
p/s trimas atas "comment" sir hari sabtu... ku gembira ngan hidup kuuuuuuuu........ tapi jgnle jadikan habit ok,nanti mampus kau.. hahahahahah!!!!!!!!
:D
Ang ada pakej(tak pyh la aku xplain satu2)
Filem goal ang kan? apa kata tmbah satu lagi goal.. Tony Jaa Malaysia.
tony jaa tangan lurus la, tapi si buta ni.. tangan dia... tangan dia.. tambah-tambah bila..
langkah je anak tangga tu, nape nak kena tunggu orang pimpin...star2 sekarang pun mulanya begitu..mu kena pandai cari job, kat penang tu job jarang2 nak datang...
miss tree........
hehe hihi tq.
jowopinter..........
anugerah skrin?waahhh
tu perli aku tu hahahaha
tq bro
ann........
everybody dies,but not everybody really lives.im sure you have your own dream instead of designing,right?
tegezoot............
hang ja partner scene lawan aku yg ada feel.sebab kita boleh belasah betol betol hahahaha
resdongs........
hang jangan ckap banyak,tangan aku bengkok ari tu sebab hang buat naya aku.dumbell overweight hang bagi aku.aku bukan nak badan besaq dan berulas mcm binatang,nak fit ja.
art..........
ada aku berharap sapa-sapa?job tu pun kat KL,bukan penang.memang kongkang kena keluar jugak dari hutan kecil tu sbb lutong tetap lutong
go bro gooo... maybe 2-3 steps jer lagik..
yihaaaaaaaaaaaa...
nak ikuuutttt!!!!
tapi...huhuhu... diri ini bukan kata nak merangkak...nak jalan pun tak pandai lg..tp, ckuplah sebagai pemain pentas. tak berani nak pi jauh2, tkut lupa diri. & ckuplah sekadar mengisi masa lapang... dan seni itu adalah 1 terapi buat ku.. apapun... daku doakan moga impian mu tercapai.... amin!!!
mineral...........
langkat yang ketiga tu yang payah bro ish..ish..
puteri cahaya........
hang takpa,ada dewa boleh ajaq.hehe
aku merangkak sendiri.
hmm..
tak dapat tengok la nampak gayanya.. dalam youtube ada?!
wah.. tka lame lagi kamu akan menang award ok! :)
bayu senja..........
haha youtube kalau nakm tengok menteri buat video skandel adalah bro hahaha
qasiehfirdaus..........
aik,baru extra yang kena pukul boleh dapat award ka?
brapa bayaran hang dapat dari babak hang?
Selalu xtra ni.. dlm ratus2 betoika?
la ni hang x bleh tunggu lagi.. hang mesti habis habisan
suruh pegawai khalwat terbit filem!
Senang semua kroni buta seni boleh belakon.. he he
jgn lupa aku kalu hang menang anugerah nanti..
puntet...
baru blakon 2 min nak cakap pasal anugerah?hahahah mimpilah.
bayaran aku dapat hari tu sikit lagi nan sama dengan gaji heath ledger hahahaha
hang kenai ka sapa heath ledger?
oitttt... dh byk duit jgn lupa belanja aku mkn & ajak aku g shopping! kih kih..
Salam,
Baik-baik naik tangga. Sampai puncak tangga jangan lupa tengok bawah, kut-kut ada anak tangga yang rapuh.
Seni itu oksigenmu :-)
Post a Comment