Bertempat di Taman Budaya Tanjung,pada hujung minggu ini berlangsung sebuah lagi projek dari kumpulan Bakawalee.Kali ini tajuknya agak kontroversi sikit,nyaris-nyaris ia ditukar dan ditapis oleh KeKKWa Pulau Pinang.
Cumbuan Dosa Semalam mengisahkan tentang empat cerita yang berasingan yang masing-masing menceritakan tentang keruntuhan akhlak anak bangsa yang kita sedia sedar tetapi kita tidak punya kuasa dan keinginan untuk mengambil tahu.Ia sentiasa berlaku didepan mata kita tapi kita yang 'purak purak tak tahu' dan tak nampak.Jadi persembahan ini adalah untuk kita mengambil iktibar bersama. Disini aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan sedikit sinopsis dan persediaan pelakon dan juga krew untuk menjayakan persembahan kontroversi ini.
SetiaEnna seorang gadis yang sosial tapi setia pada cinta dan mengandung, anak orang yang dicintainya, Eddy. Eddy itu acuh tak acuh dalam perhubungan, tidak mahukan anak itu, mahupun perhubungan yang sah.
Kesal
Nurul merupakan seorang ibu yang kemurungan akibat kematian anak tunggalnya. Beliau kerap mengalami gangguan delusi kerana merindukan anaknya. Suaminya, Shahril terpaksa bersabar dengan kerenah Nurul. Satu hari, kesabaran masing-masing mencapai hadnya.
Nafsu
Nadia adalah seorang lesbian yang tegar. Hubungannya bukan setakat pada peringkat emosi, tetapi menjurus kepada hubungan fizikal. Dan Nadia kini senantiasa ketagihkan hubungan itu. Pertemuan dengan Latifah menyebabkan dia terpaksa merasionalkan tindakannya.
Panas
Faridah seorang isteri yang setia. Terlalu setia. Walau kepada suaminya, Khairul yang panas baran. Nadia selalu menjadi mangsa keganasan rumah tangga, tetapi beliau tetap tidak mahu melaporkan keadaan suaminya kerana terlalu sayangkan rumahtangga mereka.
Buat kali pertama aku diberi tanggungjawab yang cukup besar dan mencabar oleh Tuan Besar untuk mengarah sebuah pementasan.Yang lebih mencabar aku adalah bilangan pelakon yang agak ramai(ramai daripada kebiasaan kami).Jangan bandingkan dengan PGL The Musical hehehhee.
Ape pun aku jamin tuan puan tidak akan menyesal dan akan meninggalkan kesan jika menontonya.
40 comments:
Tulang belakang tu pakat pakai baju kaler sama ka?
girls yg lesbo itu cantik..eheheheheh
erm...1 cabaran kena lalui dengan tenang..
semoga berjaya
pegawai khalwat...............
ya boooooooossssssssss depa adik bradik,sekapal..
watashi..............
iyelah,kena letak yang cantik,baru orang concerntrade,kalau letak tomboy yang tak elok yang rambut cacak nanti orang meluat nak tengok lak hahahaha
puteri cahaya........
ya,tenag.buat ja.ikut ja,insya allah..
butaseni dah tak buta!!!
yeay!!!
go go go...bila aku boleh tgk?
selamat mengarah bro...
good luck..
errr krim salam awekyg jd lesbo tu yerk jjejej suruh depa serius skit berlakon ejejjejeje
rena...........
baru celik skit hehe tu pun tuan besar yang bukak kan :)
ariapertama...........
dalam perancangan naak tour ke KL lagi,kau jangan kawin plak time tu haha
mineral.............
hahaha depa memang seruis pun blakon haha
Selamat berjaya Tuan Direktor! Nanti kalau berjaya bawa persembahan itu ke KL ya....
Siapa punya idea bagi judul itu ya?
Woah!
Menarik..
Tapi jauhlah nak beri sokongan :|
Ada kebarangkalian ke kl tak ek persembahan ni :)
Apa pun selamat maju jaya :)
Moga selamat2 semuanya..
Insya-Allah..
kalu jadi g kl aku akan cuba bawak beberapa budak v-sixers tuk wat ramai dan menyemakkan lagi dewan
semoga berjaya butaseni, sukses sukses sukses
ohhh pandai buta seni atur perancangan
eheheheh..cantik!
akan dtg ke kuala lumpur ke?
jowopinter............
judul itu hasil perahan otak ahli lembaga pengarah.asalnya TUHAN PUN MATI....DIDALAM HATI,kemudian NAFSU YANG FANA,pun kena ban oleh lembaga penapisan teater dan akhirnya CUMBUAN DOSA SEMALAM.tu pun berdesing telinga kena leteran KeKKWa hahahaha
akirasuri...............
kebarangkalian tu ada.
ahcock..............
yeah yeah bawak,bawak.
maksu..............
macam iklan gangstar plak hahaha
watashi................
itu pun selepas kering otak dikerah.
wira nordin...........
ya,dalam perancangan.kalau budget cukup.:)
Semoga berjaya dengan warna-warna yang berterbangan! :)
Mama dalam adegan Setia tu pakai t-shirt gambar Pooh... :D
semoga sukses tuan pengarah... tahniah... :D
wah... wah... kawan aku sorang ni.. dh naik satu tangga. lps ni bila YM dgn aku mesti asyik ckp cibukkkkkk aje.. kih kih.
~congrats & good luck! :)
Cakap kat Tuan Besar, bawa teater ni ke KL.
Salam :-)
izariza..............
tq,kalau ramai penonton mesti lebih warna warni.
sastri..............
hahaha mama tu memang comey haha
dotter...............
hehehee kau slalu buzz aku wrong timing :D
bunga rampai.............
:) tengah discuss dgn dia,kalau budget mengizinkan,insya allah..
nak tgk yg scene nafsu tu.huhu~
semoga sukses selalu!
salam, tahniah bro. keep your good job. Show yang banyak dengan idea dan menarik. Aku ada publish sedikit komen kat sini http://akrab.multiply.com
nanti rajin -rajin la mai. hehehehehe
gila tajok.. tapi sempoii hehehe.. gudlakkk
Menarik.
Tahniah Bro.
wan sudah tak bebai lagi.
pandagemuk.........
hmmm rugi tak tengok hehe
umi ameer.........
hehe tq.selesailah sudah.
orang kampung.......
hehe tq akrab.........
tangan atas,tangan bawah,
tamngan atas,.tangan bawah...
lindosh................
haa tajuk tu yg buat auditorium penuh :D
goro............
tq bro
tegezoot............
aku hidup dalam aman
nak tgk...
bila nak mai sini?
tang lesbian bertudung tu curious.
hahahaha..
krm salam kat yang jadi ibu kematian anak tu. dak kahwin ke dia?
hurm, tajuk yang catchy...
miss_tree.........
hahahaha lesbian muslimah hahaha
insya allah kalau budget vukup.
wanie............
anak 2.tapi salam tetap wajib disampaikan hehe
alan zed.....
baru auditorium penuh heehe
semakin pinterr (pekat sikit r tu hehe)ye..congrats..kt KL xde ke..??
semoga sukses dalam dunia yg diceburi....
bilalah aku dapat tengok teater ni...geram sungguh
iye laaaaa... aku mmg selalu silap.. :'(
adeh, kalau kita tak reti nak buat semua nie, bakat langsung ilek..
Assalamu'alaikum. Ehem.. Ehem.. Apa khabar orang kat sana? Dah lama juga saya tak berkunjung ke sini. Banyak entri dah yang saya terlepas. Nanti kalau ada masa lapang, datanglah ke blog ye.
insan biasa.............
sepinterr pinterr tupai melompat pinterr lagi jowopinterr hehe
kl?dalam perancangan.
nunn...........
terima kasih atas doa tu :)
amirahshuhada..........
geram jangan engkau geram hehehee
dotter..............
hihi alaaa merajuk lak kawan aaku sorang ni :D
ceera............
bakat tak penting,rupa laaaagi tak penting.yang penting komitmen :)
puteri ezza............
wah,tuan pputeri dah kembali.
akak teringin sangat nak tengok teater tapi tak tau macam mana nak pergi. kalau tengok wayang di panggung tu selalulah. tau aje kat mana nak beli tiket.
rasha..............
nanti kami kesana kami war warkan :)
Post a Comment