Monday, April 30, 2007

Glory Glory Glory

Kehangatan Liga Peerdana Inggeris sudah sampai di kemuncaknya.Merata-rata penyokong Manchester United seperti mahu melompat dan berpesta.Aku jugak salah seorang daripada jutaan peminat pasukan itu.
Dimana-mana kedai mamak 24 jam akan kedenganran dialoq tentang bola.Pom Pang Pom Pang!ramai jugak setaraf dengan Shebby Singh(di kedai kopi sajalah).'Si anu ni,dia cuma boleh lari saja,shooting dia tak power.si anu tu main selalu tak pakai otak', itulah ayat-ayat tipikal yang selalu berkumandang di kedai mamak.
Bila di tanya tentang bola sepak tempatan, 95% dagi golongan ini akan menggunakan dialoq yang sama 'aku tak layan lah liga Malaysia,macam budak under 18 main bola'.
Sedarkah mereka ini yang orang itulah (pemain bola tempatan)sahaja yang layak manyarung jersi pasukan negeri mahupun negara.Walau seburuk mana pun liga dan jugak pasukan Malaysia,hanya orang inilah yang paling layak,bukan pengulas-pengulas kedai mamak yang berfantasi bahawa mereka dilahirkan di sekitar Old Trafford,Anfield,Nou Camp atau Stedio Olympico(Milan).
Sedarlah wahai Melayu...... rambut kita hitam.

Dosa Half Rate?

Suatu malam selepas berlatih teater di pejabat 'directorrr' ku yang serba mewah, seperti biasa aku dah sahabat-sahabat akan ke kedai mamak atau tom yam untuk membasahkan tekak dan kebiasaannya bercerita tentang teater(diselitkan dengan sedikit hiburan serta umpatan)
sahabat I : si anu tu mana boleh buat $^()(*&_(*&_()*_ sbb dia tu *&%%#%$(^)^)

sahabat II : tunggu sat tunggu sat sahabat 1,jangan megutuk LAGI xbaik

sahabat 1 : aik,sejak bila hang jadi insan mulia ni?bukan hang pun suka mengutuk ka?

si sahabat II cuma tersengih tapi di raut wajahnya mencerminkan seribu kejahatan.Jadi kami pun tidak menyambung kutukan itu lalu tukar kepada topik lain.
Setengah jam kemudian............

shahabat II : haaaaaa.. sekarang boleh sambung kutuk hehehe

sahabat I dan III : tadi bukan hang dah insaf ka?

sahabat II : hahahaha tadi pukul 11.30, kalau mengumpat dosanya penuh, sekarang ni dah
pukul 12, kalau mengumpat dosanya cuma dapat half rate saja.so jimatlah dosa
anda hahaha

moral cerita kalau nak mengumpat biarlah selepas 12 tengah malam sebab dosanya half rate menurut panglima epal(bukan nama sebenar).

Sunday, April 29, 2007

Titik Pinangku Titik.........

Belum reda lagi demam 'preparation' untuk Festival Teater P Pinang,kini tiba Bangsawan pula yang akan memeriahkan lagi arena teater Pulau Pinang dan bakal memeningkan lagi tokey panggung:). Aku adalah salah sorang pelakonnya yang memegang watak yang tidak begitu penting.Seperti apa yang dimaklumkan semalam(1st production meeting), ini adalah projek besar.Pengarah bangsawan ini adalah seorang yang cukup dikenali dan dihormati dikalangan pencinta-pencinta seni di setiap perusuk negara.
Persembahan kali ini agak berlainan sedikit kerana ia melibatkan pelakon-pelakon dari pelbagai bangsa.Adakah ini suatu langkah yang posotif atau sebaliknya?.Watak utamanya juga ala-ala Kareena Kapoor dan mujurlah watak utama lelaki dipikul oleh seorang pelakon melayu yang sudah memang dikenali dan diakui hebatnya dan yang memang sudah berpengalaman luas dalam bangsawan dan juga teater moden(antara pelakon penang yang aku tabik), ini membuatkan pencinta Bangsawan menarik nafas lega barangkali.
Harap-harap juga projek ini akan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah biarpun semasa pembikinannya mahupun pada malam persembahan (HUHUHU)

Thursday, April 26, 2007

Demam Festival Teater P Pinang Bermula

Genap setahun Festival Teater Malaysia(FTM06) berakhir yang berkesudahan dengan kumpulan KUBAS dari Kedah berjaya menggondol sebilangan besar anugerah utama dalam temasya yang cukup meriah itu,kini tiba masa untuk penggiat-penggiat teater (amatur)di seluruh negara mengaplikasikan karya mereka dalam festival di peringkat negeri pula.

Setiap kumpulan akan berentap untuk mendapatkan satu tempat di peringkat kebangsaan yakni johan negeri dan satu pertandingan yang sengit tetapi 'sihat' akan dapat kita saksikan.
Di negeri Pulau Pinang,lima belas kumpulan akan bertarung dan mencuba nasib.Banyak juga kumpulan-kumpulan baru yang melibatkan diri tidak ketinggalan juga kumpulan-kumpulan yang sudah dikenali atau 'otai' turut serta.

Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Pulau Pinang juga telah menganbil inisiatif untuk memperkemaskan lagi aspek-aspek teknikal dan mutu pengurusan pentas kumpulan-kumpulan yang bertanding dengan mengadakan bengkel serta kursus kepada para peserta bagi menambahkan lagi pengetahuan pengiat-pengiat teater di negeri ini.
Ini adalah satu langkah yang sungguh mulia sekali bagi memartabatkan seni di kalangan belia.

Pada festival yang lalu(2005), boleh dikatakan sebilangan besar kumpulan-kumpulan yang bertanding menunjukkan sikap yang amat membanggakan dimana kebanyakkan kumpulan saling tolong-menolong diantara satu sama lain walaupun kumpulan yang tidak dikenali untuk melancarkan persembahan-persembahan malah ia tidak terasa seperti sebuah pertandingan.Ini menunjukkan yang generasi muda juga sudah berfikiran matang dan menepis tanggapan yang orang melayu amat terkenal dengan sikap dengki mendengki dan khianat-mengkhianati.
Sikap sebegini diharap dapat diteruskan bukan sahaja pada Festival tahun ini malah pada tahun seterusnya kerana dengan adanya ketulusan ini,diharap khazanah seni kita akan kerkekalan....amin

hidup konsultium

Semalam gua menangis atas katil:(

Masa aku kecik-kecik dulu (masa zaman video) dulu bapak aku selalu suka sewa video dari kedai.Macam biasalah aku selalu suruh dia sewa cerita kartun dan 'action movieslah' kalau ada cerita melayu pun mesti cerita yang yang ringan,komedi dan mudah untuk budak 3-6 tahun faham.

Tapi ada sekali tu dia sewa satu cerita melayu yang agak heavy untuk aku faham tapi aku layan,satu haram pun aku tak faham masa tu tapi yang aku ingat theme song dia memang best,touching,jiwang dan sedap sekali, 'simfoni kasih' nyanyian Ogy Ahmad Daud,tajuk crita ni 'Abang" lakonan,skrip,arahan Datuk Rahim Razali.Dan bapak aku kata kat aku 'cerita ni memang best,ayah nak cari tape ni sampai dapat,beli dan simpan untuk collection'.
Selang beberapa tahun lepas tu crita tu ditayangkan di stesen tv utama pada masa tu tapi masa tu video rumah aku pulak rosak,tak sempat nak record.Ayah aku punya frustlah,macam baru putus cinta.Aku pun layanlah cerita tu,masa tu aku darjah 6,bolehlah aku faham sikit jalan cerita dia.'Bestlah ayah crita ni'.Bapak aku pun diam sebab frust tak dapat record.

Zaman dah berlalu dari video tape ke VCD,dari VCD ke DVD aku pun sama dok caaaaaari cerita ni.Sampai masa aku terlibat dengan Festiva Teater Malaysia 2006 baru-baru ni pun aku dengan rakan-rakan yang akrab ni pun merayau di sekitar KL untuk cari cerita tu.Lain pulak yang kami beli.Member aku dapatlah beli cerita yang dihajatkan 'Merah",maklumlah nak cari VCD cerita yang best bukannya senang.Tanya punya tanya memang menghampakan.

Tiba-tiba waktu aku pegi cari kasut office di sebuah shopping complek, dengan tidak semena-mena aku terjumpa DVD cerita tu dan banyak lagi DVD cerita melayu yang best-best.
Apa lagi aku pun tangkaplah.Balik rumah lepas bersama rakan-rakan yang lain aku pun layanlah crita ni...........fuhhhh memang best.Pelakon semua memang power,Rahim Razali,Ahmad Yatim,Ogy,Noorkumalasari,Ahmad Tarmimi Serigar.Sekarang ni bolehlah faham sikit lakonan yang best dan yang tak best.Bagi aku(orang yang tak pandai menilai ni)memang high standatd gile.Jalan cerita dia memang 'perfact' sampai air mata meleleh beb atas katil.SYYYYYYYYYYYY jangan bagi tau orang aku menangis.

p/s:sape2 yang nak pinjam...............JANGAN HARAP

Tuesday, April 24, 2007

Masihkah Bahasa Melayu bahasa yang diKebangsaankan?

Pada 31 Ogos ni genaplah 50 tahun negara kita merdeka.Sudah tentu sepanjang tempoh itu telah banyak perunahan,peningkatan dan juga penjajahan semula melanda Tanah Melayu ini.

Penjajahan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi budaya,cara hidup,malah bahasa yang menjadi penghubung diantara seorang Melayu kepada Melayu yang lain.Ia telah pun diubahsuai sehingga kebanyakan golongan yang berjuang untuk kemerdekaan tanah Melayu ini(generasi yang sudah senja) tidak dapat memahami apa maksud bahasa Melayu moden ini.

Yang menyedihkan pengubahsuaian bahasa kita ini dilakukan oleh Melayu sendiri yang merasakan bahasa Melayu akan kedengaran lebih 'standart dan educated' jika di'Inggeriskan' sedikit.Pengubahsuaian ini juga disokong oleh tokoh-tokoh bahasa kita dan juga sebuah badan yang mengawal tatabahasa Melayu malah sebahagian besar perkataan baru ini dapat kita lihat di dalam kamus Melayu.Antara perkataan yang dimaksudkan adalah 'persepsi yang asalnya perception,transeksi-transection,obsessi-obsession dan macam-macam si si si lagi.(jika tersalah ejaan Inggerisku,harap maaf)
Apakah kita tidak mempunyai maksud dalam bahasa kita sendiri untuk menerangkan perkataan-perkataan ini sehingga kita terpaksa menganak angkatkan bahasa Inggeris?Jika khazanah kita ini tidak dipelihara,tidak hairanlah anak cucu kita nanti akan kehairanan dan mentertawakan bahasa yang kita tuturkan.Akan kelak kita akan digelar golongan purbawara.

Harap-harap pada hari sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-100 kelak,kita masih lagi menggunakan bahasa yang seadanya dan bahasa-bahasa penjajah ini tidak akan terus memperkosa bahasa kita.