Salam.Terasa bagai sudah lama aku tidak menjenguk laman dan rakan-rakan mayaku.Waktu ini aku sudah bertukar ke Jabatan Seni Halus,jadi aku lebih sibuk melayan kerenah pelapis-pelapis artis seperti Yong Mun Sen,Husain Enas,Yusoff Ghani,Amron Omar dan sebagainya.Masa untuk aku menjenguk dan memperbaharui lamanku sangat terbatas.
Walaupun sibuk tapi hatiku amat senang kerana inilah yang aku idamkan dari dulu. Yang paling penting aku ada ruang untuk melukis dan berkarya.
Jadi aku persembahkan lukisan yang dihasilkan sambil aku mengajar untuk rujukan anak murid ku (kononnya) untuk berkongsi bersama kawan-kawanku(Sesiapa nak save,savelah hehe)Princesses of Songkhla.
Dihasilkan dengan menggunakan cat air dan diperkemas serta dipertajamkan dengan pensil warna di atas Illustration Board.Gambar ini adalah hasil ehsan dari majalah National Geographic.
Tidak ada penjelasan tentang elemen-elemen,hanya sekadar mengasah tanganku agar tidak hilang sentuhannya.
Dari masa ke semasa akan muncul lagi lukisan-lukisan yang tiada penjelasan seperti ini.
Wassalam.
Thursday, September 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
39 comments:
En. Seni,
Wallah!!! Cantik sungguh hasil sentuhan jemarimu! Terpaku saya melihat halusnya setiap inci lukisan itu. Oh .. semenjak dari dulu saya mahu belajar melukis begini, tetapi tidak pernah ada peluang berguru :(
Salam ramadhan.
Salam Ramadhan..
Alamak bro. cantek bangat lukisan ko.
Tahniah ek sebab dapat buat apa yang ko minat.Bila kita minat semuanya menjadi InsyaAllah.
p/s- Nanti kasi satu untuk hadiah rumah aku. Oh ya aku mmg suka subsidi, sebab aku kan org Malaysia.
salam,
wah!!! Tabik spring!!!Toing!Toing!toing!
ehehhehe cantik sungguh.
Oh, dah pindah ke Jabatan Seni Halus.(lepas ni boleh jadi makhlus halus...ehhehe)
p/s: patutla saya nyer 'request' tak siap-siap lagi.Busy giler rupanya.
Tadi National Gegraphic call tanya aku bila hang nak bayaq royalti depa?
tak per bizi, jangan bizibodi, sesekali turun ler lawat kawasan.
izariza.......
nak berguru ya?meh nak ajor,free je hehehehe
goro..........
takpa paham,aku pun melayu hahahaha.nak ka?raya aku mai hantaq kat rumah hang hehe
mimie..............
ya mimi,bz gila.nak lukis benda yg dijanjikan tu nanti lari dari tajuk mengajar lak.kalau gian nak lukis pun kena lukis benda yg related dgn apa yg saya ajar.nanti ek hehehehe
pegawai khalwat..........
aku membaca setia bulanan dan ari ari tgk channel 50.takpa depa tak marah.
mak su...........
eh maksu bz kerja bz kerja gak.bzbodi bzbodi gak hehehehehe
slamat berbuke mak su :D
lawa dowh
sebagai org ada darah siam ni (ehem2) aku suka gila ngan painting kau dude
hah, bila nak lukis agnes monica?
haha
aku dah lama x buat painting... lastly ms kelas en. yusof ghani ms part 02 dulu.
skrg ni aku lebih pada drawing. stroke aku buat rendering pun dah x sama ms zaman2 belajar dulu. Byk lari.. Uhuk!
~Itulah akibat nya x lembutkan tangan.. He he he.
wow! *speechless..
notabene : terimakasih sudah melawat.. rajin2 la melawat k ;p
nazjoe............
ini drawing je,dgn pensil kaler je.mana ada masa nak buat painting.
agnes monica aku tak taste hahahahah aku taste kat jessica alba je hihhihi
dotter...
itulah dulu time klas kau asyik mengekor si boji tu mkn roti canai kat rooftop hhahahahaha,nama nak lekat haha.
ninadewe..........
hehehe nice blog u have jugak :)
rajin2 kesini jugak,k
eermmmm...
ni kalau bagi bubuh kat dinding rumah aku pon bagus ni.......
fuh!
sangat cantik kamu melukis!
memang berbakat!
erk?
bila nak lukis gambar saya ni?
he he he :p
eh lupa.
moga sehat-sehat dan sukses selalu.
amin.
jaga diri.
dan Salam Ramadhan.
:)
lawa. pandai hang lukih. andainya aku pandai melukis. hehe. :)
jinggo...........
eh hang pun nak subsidi jugak?hahahah nanti aku lukis gambaq musyik untuk hang gantung.hahaha
akirasuri..........
hehehe gambar awak?huuummm kena tunggu Q lah jawabnya.trima kaseh dik.
slamat berpuasa jugak.
alan zed............
hehe tq bro.andainya aku pandai joget mcm hg huhu bestnya.
Kau memang dilahirkan berbakat, teruskan usaha murni kau....Nanti nak beli satu karya kau boleh? Sementara masih murah ni, nanti kalau kau dah popular, mahal......
cantik nye drawing tu...
~sesungguhnya Allah memberi kelebihan kepada dirimu.
~gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.. :)
Brader memang bro tak buta seni ...sebab bro celik seni..sebab tu gambar ni berseni...
Brader memang bro tak buta seni ...sebab bro celik seni..sebab tu gambar ni berseni...
Hebat!
Kalau ada buat pameran kat mana-mana jangan lupa bagi tau.
Kalau ada masa, boleh lukis bunga rampai atas tepak sirih? (serius) Saya bayar (serius).
Salam :)
jowopinter.........
ya aku akan terus berusaha dengan usaha yg murni ni hahahaha.kau nak beli karya aku?boleh hehehe kalau serious nanti aku email gambar painting2 aku yg lain.harga baik punya hehehe (siap promote diri lagi)
oshiy.........
salam kenal.
trima kaseh,alhamdulillah.
hehe setakat ni belum pernah menyalahgunakannya lagi hehehe
nunn.............
tq bro.wah mcm pantun ye hehehe
bunga rampai...........
tq cik rampai.haaa nanti bulan depan pameran kat tanjung huhuhu jauh lak ek?rtakpe nanti tengok Devian Dogma kat KL je,k.
subject matter tu mmg bernas (benga rampai & tepak sirih).nanti ada masa saya buat.
Bila nak lukis potret bapak ikan kesayangan? he he
"Raja Abdullah..." Panggil bapak ikan kesayangan ittew.
waa... terpana melihat hasil lukisan u... sas memang tak berbakat langsung dalam bidang lukisan ni... huhuhu...
no. 3 dari kiri tu, kalau x silap aku makkwe aku. Mana kau dapat gambar dia?
bertuah orang yang pandai melukis ni, boleh ekspressi dalam lukisan yang cukup indah. saya ni kulis orang lidi pun belum tentu jadik.
be thankfull, at least hang ada masa tuk berkarya...... unlike me, my 'studio' dah mak aku buat store.. dan x der masa nak pegang berus dah ishk..ishk..ishk..sedey
watashi mmg fail melukis..mmg takde seni..kelas lukisan asyik kena marah je ngan cikgu..tp apapun watashi nk cakap gak komen dari orang yang zero nih(watashi la)
"CANTIKKKKK!!!!!!"
memang cantik sentuhan tangaumu itu
Assalamu'alaikum.
Cakkkkkkk! Lamanya tak lawat dia ni. Sihat ke? Ruginya saya tak dapat tengok lukisan tu. Ntah nape ngan PC kat sini ni. dah nak dijadikan tukun tiruan kat Laut China Selatan kot. Hikhik.
Kalau tak keberatan, leh kirim kat e-mel saya tak? Berikan sekali alamat surat-menyurat ye. Nak kirim cenderamata Aidilfitri ni. Edisi terhad :-) Ni e-mel saya: ezza_tv3@yahoo.com
weiiii... sape boji??? feroziza (xtau lah betul ke x aku eja nama dia ni....) tu eh..
aku ckp dgn dia pun jarang lg lah mengekor dia... iskh!! ekau ni.. hik hik hik.
art...............
ya akan kusemadikan potretnya kelak hahahahaha p#ng*#@ hang!!aku disayangi sebab komited,bukan pasai benda lain.hg jangan dok buat cerita..
sastri............
takpe,anggap ni sebagai cenderahati :D
wanie............
ye ke awek kau?ish under age tuh.20 sebatan,jangan hahahaha
amirahshuhada............
ok nanti saya buat entry cara melukis orang,k
ahcock...........
kalau ninat dan berkebolehan,dalam jamban pun boleh lukis,tak payah ada studio.
hana-ni-mo-nai.............
:) tq sebab lawat laman saya.
kamato.............
tq tq bro,wah lama kau menghilang?
tuan puteri...........
ok,nanti saya email yg lain sekali.wah nak kirim cenderamata dari sabah?ok ok hhhihihihi
dotter............
hahahaha ye ke?tp mmg pot kau kat roof top tu kan?heehe
weiiii... aku ke hang???
lagi x mau ngaku..! he he.
ahahahahaha aku masa kat ITM dulu clean,xpernah couple dgn sape sape.
pegi mkn je kat mamak tu........
En. Butaseni sememangnya betul2 berseni. Indah sungguh lukisan itu :)
indahsakura...............
terima kasih.indah seindah sakura tak?hehehehe
wa jeless nih.. kembang kempis idung tahap jeless nih... napa aku takleh bt camtu aiyakkkkkk
sgt berbakat bro... keep ur work,..
mineral......
nanti aku ajar hehe
Cantik bro gambag nih!! Sejuk mata memandang
Post a Comment