Wednesday, September 12, 2007

Lagu Sayang Nyanyian Kaseh

Lagu-lagu romantis pada zaman sekarang memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.Setiap hari,setiap waktu berkumandang di radio bagi memenuhi halwa telinga si pendengarnya.

Sejak dari dulu lagi, lagu-lagu romantis ini menjadi pilihan si pendengar sama ada untuk dinyanyikan kepada pasangan masing-masing ataupun menghibur hati yang lara.Nenek Moyang kita juga mempunyai satu media atau cara untuk menyampaikan isi hati mereka memalui nyanyian yang cukup lembut dan penuh mesra.Melalui lagu ini,perasaan disampaikan dengan menggunakan pantun atau puisi klasik.Dalam erti kata lain,pantun merupakan salah satu bentuk pengucapan tersirat yang melindungi kata-kata yang mungkin si penyampai malu untuk mengungkapnya dikala berhadapan dengan pasangannya itu,maka kata-kata tersirat menjadi perantaraan .Tambahan pula dendangan ini membawa alunan lagu yang cukup lunak,membuai perasaan hingga membangkitkan suatu perasaan yang indah.
Inilah nyanyian lagu Dondang Sayang.

Dondang Sayang atau Dendang Sayang merupakan sebuah Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih yang menggunakan pantun dan puisi klasik masyarakat Melayu Melaka dan juga dikalangan masyarakat Baba dan Nyonya.Penggunaan bahasanya agak terhad,tidak seperti bahasa pertuturan biasa yang boleh membangkitkan satu perasaan yang boleh membawa kepada pergeseran pendapat.Ayat-ayat yang terkandung penuh dengan kata-kata cinta yang romantis.

Dondang Sayang biasanya diiring oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada seorang pemain biola,dua pemain Rebana Melayu dan seorang pemain Tawak (gong kecil). Pemain biola biasanya merupakan ketua kumpulan yang memainkan peranan utama dalam Dondang Sayang,dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal.Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian walaupun dibenarkan.Kadang kala rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang.Alat-alat muziknya kemudian ditambah seperti Akordion.Muzik Dondang Sayang adalah perlahan dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar,bermula dengan pengenalan biola,diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong akhirnya nyanyian pada bar 5.Gayanya tidak formal dan liriknya biasanya terdiri daripada puisi yang berkisar cinta.

Khazanah yang amat indah ini patut dipelihara dan diperkembangkan lagi serta diperkenalkan kepada generasi muda supaya lagu cinta nenek moyang mereka akan terus dinyanyikan oleh generasi akan datang.Dan ia tidak luput ditelan zaman.


ps: zaman sekarang asalkan lagu cinta saja mesti nak dengar lagu pompuan yang hidungnya boleh sangkut baju tu-Celine Dion hehehe

36 comments:

Natra said...

Aku setuju. Tetapi aku merasakan dalam usaha unutk memartabatkan seni, budaya dan warisan bangsa ini harus menggunakan pendekatan yang baru. Maksud aku, mungkin perlu dikaitkan dengan apa yang diperlukan pada zaman ini.
Kita tahu, zaman ini para pendengar sukakan yang funky, rock, yang hip hop dan sebagainya. Tapi, aku pasti tidak akan disokong oleh kementerian mahupun warga tua. Sebagai sontoh, Zapin Budi pernah di funkykan menjadi zapin Budi Funky yang dipentaskan pada pembukaan Festival Kuala Lumpur tahun lepas mendapat reaksi negatif dari Kementerian. Ya, aku setuju sekiranya, mereka berpendapat bahawa tidak sesuai lagu tersebut difunkykan. Sepanjang pengetahuan aku, lagu lama yang di beri nafas baru (Zapin Budi Funky) itulah yang paling sedap didengar berbanding lagu-lagu lain,misalnya anak ayam yang pernah dipopularkan oleh TOO PHAT. Padahal, ramai yang meminati (zapin budi funky) dan pendekatan baru tersebut.Macam mana tu?

jinggo said...

ffoiiiuuyyooo....
caiyoooooo........

Butaseni@Wan Raja said...

zeqqqqqqqqqqthy....
Aku stuju gak dgn hang.lagu-lagu ni diberi nafas baru tu boleh, tp bagi aku tolonglah jangan di metal kan.yyeeeyyeeeeeeaaaaaaaahhhhhh dondang sayang!jahanam.walau pun aku rocker hehe tapi mmg aku tak suka lagu lama dimatelkan.

jinggo.......
mmmmmmmmboleh!

m i n e r a l . . . said...

errr gambar pemain biola itu anda lukiskah? menarik perhatian mata sy :)
mengingatkan sy pada sesuatu heheheh.
great painting bro. :)

mungkin satu hari perlu ade muzium irama dan lagu :)

Anonymous said...

Terkesima sejenak menghayati coretan yang sarat jati diri kemelayuan ini. Tertalkinkah sudah era Green Day ? :))

- G O R O - said...

Ding dang Datang lagi

Dengan mainan 'Kotak musik' versi dondang sayang.

Mak Su said...

dondang sayang? fofler zaman2 hamzah dolmat ker?

Butaseni@Wan Raja said...

mineral.........
painting tu bukan aku yg lukis bro,teringat ape?hehe
ya bernas jugak idea kau,boleh usulkan kat Arkib hehe

cahayahati..........
Greenday tetap greenday,paparoach tetap paparoach tapi apprisiasi seni bangsa,khazanah kita tetap perlu dijaga.:P

goro.........
wei,ingat aku mat sentul ka?hahahaha apada din dang?!

mak su.........
yaaaaa betul tu mak su.kita pulak kena jaga benda ni hehe

Anonymous said...

sesekali layan lagu2 lame mmg sodap.

Nur Hafiza Hasan said...

On the contrary, saya rasa lagu² lama should stay as it is, Che Butaseni.
Sebab kan, banyak² lagu sekarang yang 'kononnya' diberi nafas baru, most of the time ianya merosakkan keaslian+kesedapan versi asal.
Budaya recycle ni tak membantu our so called music industry ni.

Apa pun, ini hanya lah my seposen worth of opinion..
:)

*tiba² dalam kepala terngiang² lagu "Awal lah Dondang" by NoranizaIdris.

Anonymous said...

ohohohoho tajuk entri tuuu.. nyanyian kaseh.. terngt pada nama sendiri hahahahhaha

Butaseni@Wan Raja said...

kamarul..........
ya betul tu bro,kalau 24 jam dengar metallica pun pening jugak,kan?hehe

miss_tree.............
ya saya stuju,originallity nya kena kita jaga.kalau tak mungkin lagi 20-30 tahun lenyaplah dia.maksud saya bukan diberi nafas baru seperti diRNB kan atau di Metal ka dan dijahanamkan oleh Bandi Amuk yeeyeaahh tu.Maksud saya sentuhan komposer seperti Pak Ngah yg Awallah Dondang; tu heheehe atau M Nasir.Kalau M Nasir buat lagu macam Keroncong untuk Ana,Ghazal untuk Rabiah atau jugak diWorld Music kan seperti Andalusia mesti hit dan generasi muda pun mesti berminat untuk gali lagu tradisi ni sampai ke akar umbi.Pandangan awak tu betul,cuma saya je yang tak explain betul-betul nafas baru yg macam mana yg saya maksudkan tadi hehe.

ps: member blogger kita AriaPertama jugak seorang komposer yg terror dalam aliran ni.Wei Aria,bila kau beri nafas baru Dondang Sayang pulak.:)

qasiehfirdaus...........
yeah,your name is the inspiration for this entry hehehe

blackpurple @ jowopinter said...

Dondang sayang bila sesekali 'dilayan' memang seronok. Nak tunggu juga kalau-kalau ada penyanyi generasi sekarang yang membuat album secara komersial lagu Dondang Sayang ini.

Anonymous said...

di radio era..lagu cinta dimonopoli oleh lagu2 dr indon...

pjoe said...

selamat berpuasa dude!


bagi aku lagu tradisi perlu dikekalkan dengan cara yang asal.
tak perlu kita dimomokkan dengan lagu seperti too phat
berapa kerat sangat yang nak ambik tahu lagu anak ayam tu asal dari mana

komersialism

itu saja matlamatnya

entah
itu pendapat aku

apa kejadah main lagu tu dalam disko?

erm..sekadar luahan
abaikan saja

Bunga Rampai said...

Salam,

Dondang = dendang? Dari mana asal perkataan dondang (loghat/dialek)?

Yang klasik tetap klasik. Kalau pun diberi nafas baru, biarlah pendekatan itu tidak menjejas keasliannya.

Nyata irama zapin walau dimodenkan masih terpupuk ketulenannya. Untuk dondang sayang, saya kurang pasti kerana ia berada di dalam 'genre'nya yang tersendiri berdasarkan kepada alat-alat muzik yang digunakan, juga bait-bait lagunya. Malah cara nyanyiannya juga unik.

Setuju, dondang sayang perlu dipelihara dan dikembangkan. Banyak cara lain untuk memertabatkannya, bukan hanya memodenkan penyampaiannya. Tanggungjawab Kekwa yang saya kira perlu bekerjasama dengan Kem. Pendidikan.

Eh, terpanjang pulak komen, maaf ler :)

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Moga dalam hidayahNya sepanjang bulan mulia ini.

Senyum ...

Butaseni@Wan Raja said...

jowopinter..........
ya betul,layaann je kan?hehe
aku pun tunggu jugak.

halogamora..........
ya betul tu.kalau kat radio diorang lagu kita ni haram tak laku.diorang tak promote sangat pun.cuma Datuk S je yg laku.
kat sini kalau ada anugerah mcm anugerah era lah apelah pun penuh dengan diorang jugak.benci tau hehehe

nazjoe...........
ye dude,aku lupa nak cakap harap-harap tak juga di hip hop kan.aku cuma cakap jangan di Amuk kan je tadi.tunggu Pak Ngah compose lagu Dondang Sayang plak.
hahaha disco mana yg main lagu tu?dah bankcrup ke?hehehe

cik rampai..........
ya,itu adalah satu loghat,dua-dua betul.ya,saya setuju KeKKWa memelihara dan Kem Pendidikan memberi kesedaran dan aprisiasi kepada golongan muda.hehehe takpe komen je panjang-panjang saya tak kisah pun hehe
salam puasa jugak untuk kamu.

wanie_agk said...

aku suka tulisan ko ini. bagus.

Nunn said...

yang lama jgn dilupakan yg baru renung renung kan lah dari mana asalnya.....selamat berpuasa

Rozie said...

setuju...biarlah dondang sayang tetap dondang sayang...tak perlu di ubah untuk generasi baru...sesekali layan best wooo!!!
selamat menyambut ramadhan almubarak

akirasuri said...

oh!
seni jika diberi nafas baru, mungkin boleh diterima generasi sekarang..
selagimana nafas baru itu tak menjejaskan ketulenan dan keaslian sesuatu seni tu, rasanya tak apa kan?

oh! yang p/s tu, awak selalu dengar lagu dia ke?
ha ha ha..
jiwang!!!
kihkihkih..

akirasuri said...

eh lupa!
selamat berpuasa ;)
he he he..

Butaseni@Wan Raja said...

wanie..........
ya ka?trima kaseh,muka aku merah ni,malu hihihi

nunn..........
hmmmmmmmmm bagus ayat kau ni hehehe

rozie..........
ye layaaaaaaannnnnnnnn hehehe

akirasuri………
ya,itulah maksudku.
Hahahahaha yg ps tu saya tak suka,sebab tulah saya tulis hahahahaha
Slamat untuk awak jugak,bagi penuh haaaaaaaaaaaaaa :D

Sastri said...

lagu2 cinta? keskeskes... ntah laa... tapi dondang sayang, dulu2 masa kecik, sering juga menonton rancangan di RTM yang ada memaparkan segmen lagu DOndang Sayang nih... layannnn...

- G O R O - said...

Selamat menjalani Ibadah Puasa.

Semoga keberkatan Bulan yang mulia ini akan merahmati kehidupan kita.

p/s- mat sentul bukan orang penang ka?

Azlan Zed said...

dondang eh sayang... silat dan qasidah dipertahankan... :)

Anonymous said...

perasan tak (sorry kalu off topic) lagu-lagu indon sekarang ni lebih diminati daripada lagu2 melayu lain. Kenapa? sebab uatama adalah lirik kumpulan2 indon yg lebih puitis..lebih indah.Tengoklah ini kesannya bila bahasa kita terpinggir..

NJ@Goboklama said...

my late father was a Ghazal singer. Tapi malunya sbb tak tau pun asal-usul ghazal.. Butaseni bole tlg korekkan?

Butaseni@Wan Raja said...

sastri.........
iye Sas,lagu cinta asalnya.tak taulah sekarang ni dah jadi lagu patriotik hehehe.ape yg ntahnya?

Goro...........
selamat perpuasa untuk hang jugak.
Wei Mat Sentul tu orang Sentul lah.ape lak Penang.

Alan Zed...........
Ya ya betul hehe.Merdeka!!

AmirahShuhada...........
Bagi akulah kan,bahasa diorang taklah sepuitis mana.memang banyak ayat yg kita rasa 'Wow,puitisnya".Padahal itulah ayat seharian diorang.Cuma kita ja yang tak pernah guna ayat tu.hehe Cuba kalau diorang dengar lagu bahasa terengganu atau kelantan,mampus diorang kata bahasa kita indah,terserlah hahahahaha
bagi akulah :D
slam kenal.

Goboklama...........
insya allah kalau ada time.ni bukan kira Tag kan?hehehhe
Ghazal ye?wow,ada gambar dia tgh nyanyi?

tegezoot said...

sebut dgn lagu2 dondang sayang, teringat ang menyanyi lagu syair laila majnun versi butaseni...

'katakan cintaku satu uu hu hu uu uk!!

Mimiamilia said...

Selamat berpuasa..

p/s: ermm..cam biasa..saya ni tatau nak komen apa2 pasal seni.

Butaseni@Wan Raja said...

tegezoot.....
hahahaha dgn penuh perasaan,macam ramli sarip tau!

mimi amilia..........
tak payah kata apa,info untuk semua :)
slamat berpuasa kat sana :D

artisticklytouch said...

bulan posa tahun ni takdak karauke session ka???

ANNA NUR said...

iskh!! aku kalo dh masuk suara BANDI AMUK yg konon nya x blh buka topeng tu... adeh! tolonglah selamatkan dia. rosak! rosak!

aritu ada jgk dgr lagu SAYANG-SAYANG from ahli fikir. muzik xlari tp.. mcm ada yg xkena sket. biasalah kalo dh dicampo dgn rap+hip hop. huh!

dorang ni kalo nk jd kreatif pun, biarlah dtg dr diri bukan nya amik yg dh ada diubah2.. kalo sedap xpe, iniiiii??? sakit telinga mak cik..!

~chiao! :)

Pegawai Khalwat said...

Sebenarnya ada sedikit perbezaan antara dondang sayang Melaka dengan dondang sayang Tanjung. Aku tidak tahu di mana, sebab aku lagilah daif dan naif seni.

Tapi itulah yang aku dapat sewaktu menghadiri Seminar Baba dan Nyonya di Muzium Negara tahun lepas. Mungkin pada lenggok nyanyian, sebab alat muzik aku tengok sama saja. Entahlah....

Kita biarkan Butaseni menggalinya... Yaaa... dia ada bapak angkat yang rapat dengan golongan baba dan nyonya ini.

Butaseni@Wan Raja said...

art.............
tahun ni semua orang beribadat disebelah malam sebab takdak praktis.tak macam tahun itu,tiap malam ada praktis pastu ronggeng sampai sahur.hihiihihih gila

dotter............
metal dengan hip hop memang jahanam.lain takpe (bagi akulah)

p khalwat.............
memang ada sedikit sahaja pada alat muziknya.nanti aku gali in detail.yang aku cerita ni yg melaka punya.
Nasib baik hg kata bapak angkat,walaupun tak betui tapi aku tak marah.kalau hg kata bapak ikan memang aku pi cari hg sampai lubang cacing.