Thursday, August 23, 2007

Tagged Lagi:8 Things You Need To Know About Me

Dah lama aku kena Tag dengan Si CrounchyAhCock dan Rozie.Mintak Maaplah ek,time tu memang sibuk macam nurraka.Ni baru free sikit.Lagipun aku sudah bertukar department, dari Fashion Department ke Fine Art Department.Agak sibuk disamping tak ada PC untuk aku,kalau nak taip atau internet terpaksa masuk kedalam bilik aku di Fashion Department,tapi aku gumbira dapat mengajar subjek yang aku suka,Drawing.oklah tak mau cakap banyak pasal kerja.

Ini peraturannya:
Each participant posts eight random facts about themselves. Tagees should write a blogpost of eight random facts about themselves. At the end of the post, eight more bloggers are tagged. Go to their blog and leave a comment telling them they're tagged

Inilah 8 benda-benda yang manusia patut tahu tentang aku(bab seni tak yah cerita dah ek):

  1. Aku tak boleh makan dan tak suka makanan pedas.Kalau makan perutku akan sakit/pedih dan berpeluh macam khinzir hahaha.Aku lebih suka makan western food,biar orang kata aku mengada,janji perutku tak sakit.Aku ada sorang kawan yang mengajar sama aku dikolej,orang Mexico,dia makan pedas gila dan dia selalu cakap aku"wierd Malay" sebab tak makan pedas.

  2. Aku jenis Lantang Bersuara.Kalau aku tak puas hati dengan apa-apa benda tu,aku tak peduli siapa,aku cakap atau kalau situasi yang sesuai,aku bantai terus.Ada juga yang kata aku ni sacarstic sebab suka membantai,tapi aku tak peduli sebab aku suka mencari keadilan.Kalau aku teraniaya atau disakiti,aku akan pastikan yang menganiaya itu akan menerima nasib yang sama.Kadang-kadang orang tak suka dengan kelantangan aku.Itu masalah aku tu hehehe.

  3. Aku Gila Bola.Kalau ada apa-apa aktiviti pada malam sabtu atau ahad aku akan pastikan ia tidak mengganggu malam aku bersama pasukan peberet ku Manchester United hahahaha(kepada Nezjoe,kau jangan komen pasal ni hahaha)Kalau ada latihan teater yang penting dan sangat hampir dengan show,baru aku keduakan bola.Kalau dating pada malam tu pun,malanglah nasib perumpuan tu,terpaksa tengok bola dengan aku.

  4. Aku tak suka serangga.Aku sangat benci serangga didalam rumah.Kalau aku nampak semut,lipas lebih-lebih lagi nyamuk,aku akan sembur spray tu segera.Aku memang benci sangat lipas yang berterbangan hehe.Rasa macam dia nak serang aku lak.Sebab tu aku akan make sure dia mati sebelum terbang.

  5. Aku susah nak bangun pagi.Setiap pagi untuk ke kerja aku memerlukan tiga alarm jam.Yang pertama alarm handphone,kedua alarm clock, ketiga jeritan mak aku.Sepuluh minit kemudia jeritan mak aku yang lebih kuat.Baru aku bangun hehe.Punch Card aku dalam sebulan boleh kira warna biru,merah berderet.

  6. First Impression aku sangat teruk.Orang yang baru kenal aku selalu akan kata aku ni sombong.Ntah kenapa,mungkin rupa aku,mungkin cara pembawakan aku.Tapi aku rasa mungkin sebab aku tak pandai nak approach orang dulu.Bila orang approach aku,tanya apa-apa kat aku,akanku jawab berjela.Kebanyakkan kawan aku yang rapat sekarang ni semua pernah kata"Dulu aku tak suka hang,sebab hang sombong.Bila dah kenai hang, baru aku tau yang hang ni ok,gilababi orangnya".Kalau tak percaya tanya Tegezoot.

  7. Aku dilabel Romeo,padahal tak reti mengurat,fail.Aku pun heran dengan semua orang lebih-lebih lagi perumpuan yang ada disekeliling aku.Semuanya bila nampak aku mesti tak berani nak dekat."bahaya dia ni,mesti casanova".Ayat bisikan yang selalu aku terdengar.Padahal aku bukan reti mengurat,ayat power lagilah tak pandai,Hampeh.Aku cuma akan senyum je bila nampak orang yang aku berkenan,lepas tu dah tak tau nak buat apa dah.huhuhuhu.Kadang-kadang aku teringin jugak nak belajar dari sorang kawan aku tu,dia power,wanita diciptakan untuknya :D. Agaknya mengayat ni pun macam melukis jugaklah,kalau dah takde bakat,tetap akan jadi orang lidi.Tapi bila ada orang datang menggatal dengan aku,aku rimas pulak.Aku pun peliklah dengan aku ni.

  8. Aku hantu wayang.Aku memang suka tengok wayang.Kalau ada movie yang best je,aku akan pastikan aku orang pertama yang tengok heheh(gile kuase).Kalau dalam seminggu 3-4 kali pun takpe,tak kisah(kalau time tengah kayalah hehe)Rekod aku tengok satu cerita yang sama tu sebanyak 16 kali-Star Wars episode 1.Time tu aku tengah praktikal kat KL hehehe takde kerja,hari-hari pegi tengok wayang.

OK selesailah sudah cerita pasal diri aku.Harap ia menjawab soalan Si Ahcock dan Rozie.Ahaaa sekarang giliran aku pulak nak Tag 8 orang.Aku nak Tag:

  1. Tegezoot
  2. Art lagi
  3. Pegawai Khalwat lagi(walau pun dia tak akan jawab,tapi tag jugak)
  4. Ibuseni
  5. Dotter
  6. Mimi Amilia
  7. Alan Zed
  8. Puteri Ezza lagi hahahahaha

PS: Kepada Mak SU, nanti ek saya lukis bunga tu,BZ nih.Saya tak lupa aaiiihhhhh.hehehe :D

31 comments:

Mimiamilia said...

alahai..kena tag ke
tapi cam dah buat tag ni..nanti i 'kopi' dan 'pasta' je ek...:D

ANNA NUR said...

thanx tag aku..

nnt aku tag kat hang bila aku free eh.. ihiks!

hang mmg romeo sbb tu dolu2 aku syok kat hang! huahuahuahua..

xpe, mcm lagu PENCINTA WANITA..
"Aku mmg PENCINTA WANITA, namunku bukan BUAYA.."

yang penting walau siapa pun kita, mcmana pun rupa kita, perangai kita.. ingatlah DIA di atas sana.. =)

crunchyahcock said...

nomot 7 tu aku x sokong lansunggggg
dasar boya tembaga (aku cicakman je)

- G O R O - said...

hang tgk manchester united ker manchester city? ahaks..

jangan marah ek..

Mari menonton Arsenal dan manchester city sabtu nie.

Anonymous said...

ohh... bukan casanova ke..
gaya penulisan dlm blog ni mcm romeo berpengalaman!
hehehehe... :P

tegezoot said...

melankolin sungguh ang ni ye...

ang tag aku? Free aku jawab!

Azlan Zed said...

dah buat dah tag nie. hehe.

http://budakmaktab.blogspot.com/2007/08/8-random-facts.html

Mak Su said...

saya tak suka belacan, saya pun weird malay.... errr, mungkin muka ko macam muka boya? cuba cek kat mirror ek.. hahaha, jangan mare... bunga oh bunga

pjoe said...

kita dua orang manusia cool sbb tk makan pedas
cuma kita sokong team bola yg lain2 je
aiseh
kalau nak borang masuk fanclub liv aku ada
usah malu2
hehehe

Nunn said...

susah bangkit pagi ka? cam aku gak ar, calit!

Nunn said...

susah bangkit pagi ka? cam aku gak ar, calit!

Anonymous said...

wah.. anda seorang romeo? huhuhuhu juliet nya udah ketemu? haha

Butaseni@Wan Raja said...

mimi amilia...
laa ye ke dah buat,kalau mc,m tu takpelah takyahlah kopi,nanti saya tengok je.

dotter......
hahahaha pengakuan ekslusive dari kau hahaha.
itu memori Uitm kita huhu.
anyway,aku tak suka lagu tu!

ahcock........
eh,pasai apa hang tak setuju lak,aku bercakap benar nih.:(

goro.......
apa barang manchester city hehehe

kamarul.......
sampai hati kau tuduh aku begitu sekali,aku benar-benar innocent!

tegezoot........
melankolin tu apa kejadah nye?

alan zed.......
laaaa hang pun dah buat jugak,ok,nanti aku tengok.

mak su..........
mukaku macam boya?sampai hati,lain kali cakaplah macam kucing siam ke rabbit ke.bunga?bunga apa ek?

nezjoe........
hehehe timekaeh jelah,aku man utd till die!!Glory3 man utd!!

nunn.......
hehehe memang.mak aku pun dah malas layan aku.calit jugak.

qasiehfirdaus........
julietnya sudah kembali kerahmatullah huhuhu.Romeo walks alone :)

akirasuri said...

huhu..
sungguh..
sungguh..
apa ek?
he he he..
oh!
sungguh romeo yu ni nyah..
auww!!
hahak..

Butaseni@Wan Raja said...

akirasuri..........
mana ada nyah,mak biase jeh

Puteri Ezza said...

Salam Buta Seni yang tampan. Hikhik. Amboi, kena tagged lagi ye? Saya pun ada tagged awak lagi dan lagi. Jawab tau. Hikhik. Tag awak, insyaAllah esok saya jawab ;-)

Puteri Ezza said...

Dah jawab dah tag tu. Janji nak jawab esok. Tapi petang ni dah siap. So, saya publishkan petang ni gak.

Butaseni@Wan Raja said...

PuteriEzza...
Aiik,cepatnya jawab.alamak saya sibuk pulak 2-3 hari nih,nanti ek?kita ni main-main balas tag pulak kan?hehehe

Sastri said...

uihh... baru tau, mcm tu rupanya jejaka yang mempunyai nama samaran Butaseni ni... :D

Nur Hafiza Hasan said...

Tak makan pedas ke?
Heheheheh..saya kalau masak spaghetti/macaroni pun kena pedas.

MU fan? Huk a loh..
Takleh gang lah.. ;p

Biasa kalau kena chop casanova ni sure muka hensem.
Hensem ke?
Kekekekekeke..

Butaseni@Wan Raja said...

sastri...........
hehe sudah tau ke?nanti jgn masak pedas tau hahahaha

miss_tree...........
macaroni chese boleh?:D
hensem?tak pun,mengurat pun tak pandai tp ntah,tak paham aku..hehe
glory glory man united!!

blackpurple @ jowopinter said...

1. Mana kau tahu khinzir berpeluh?
4. 'Aku hanya serangga' kau tak suka?
5. Itu belum kawin. Kalau dah kawin agaknya mau pakai tujuh jam.

Ha ha ha

Erran said...

Ye lah...aku pun nak tahu macamana kor tahu khinzir berpeluh??

artisticklytouch said...

oiii...mana bleh!

no.7 tuh aku pernah nampak...semasa aku kata 'nur' taste kat hang, hang senyum ha ha

semasa ittew di Zhong Zheng

lantas kamu berdua pulang bersama tinggalkan aku

keji!

hang memang tak reti mengorat tapi hang sebat yang mengorat

Rozie said...

tak suka mkn pedas ye...mmmm,kalu mknn berempah mcm masakan mamak suka tak??

lagu2 yg berkumandang ni wayang kulit nyer ka?

Anonymous said...

Tak reti mengorat pun digelar mat romeo juge yer :D

Salam :)

Butaseni@Wan Raja said...

jowopinter.........
hahahaha aku anbil dr unkapan omputeh 'sweat like a pig' hehe.
haaa lagu tu takpe,boleh layan.
hahahaha kalau dah kawin,tiap jumaat emergency leave lah jawabnye hahahahahaha

butterandbanana........
ntah,omputeh cakap :D

art...........
aku terpaksa art,aku mangsa keadaan huhuhu

rozie...........
berempah sikit tu takde hal,jangan yang merah menyala tu,mmg saya tak sentuh.
ya,itu lagu wayang kulit,best tak?hehehe

indahsakura..........
nak buat macam mana,mangsa keadaan..:(

Pegawai Khalwat said...

P.E.N.I.P.U.!.

Butaseni@Wan Raja said...

pegawai khalwat.........
hahahahahahaha betoilah,mana ada tipu.that's the truth,nothing but truth!

suriani said...

syushah gak nak caya..

Butaseni@Wan Raja said...

umi ameer........
laaaaaa sunguh (dengan nada poyo)