Wednesday, August 15, 2007

Nostalgia Thundercats di Dalam Buku Teks

Membaca entry si Jowo Pinter tempoh hari mengenangkan aku tentang minat dan kesukaanku semasa kecik-kecik dulu.Gila melukis,tidak kira masa dan tempat sehingga selalu dirotan oleh bapak aku. Ironinya, minat yang terhalang inilah yang menjadi punca rezeki aku sekarang.

Aku dilahirkan dalam family yang sangat mementingkan pendidikan agama dan akademik,mana taknya,mak aku dulu seorang guru dan bapak aku pulak seorang kakitangan jabatan pendidikan.Abang-abang dan kakak aku dulu semuanya top scorer belaka didalam kelas,tiap tiap tahun naik pentas terima hadiah kecualilah aku yang hampeh ni,hanya naik ke pentas untuk menyanyi,kyoir dan main recorder ramai-ramai,haram tak pernah dapat hadiah.Ketika zaman diorang, mak bapak aku dikenali kerana diorang tu pandai-pandai belaka,semuanya jadi ketua pengawas.Zaman aku pulak mak bapak aku kerap dipanggil sebab tiap-tiap tahun buku teks pinjaman sekolah ada banyak gambar Spider-Man,Batman dan Thundercats.

Mula berjinak-jinak ketika umur aku 3-4 tahun dimana aku mula melukis diatas kertas setelah teruk dibelasah mak aku kerana setiap ruang dinding rumah aku dihias graffiti.Memandangkan tiada siapa pun dalam family aku yang melukis maka minat aku amat terhad kerana tiada role model.Sehinggalah sepupu aku melukis kartun 'hulk' dan menghadiahkan pada aku,disitulah menjadi titik mula minatku menjadi lebih extreme.Kemudian tiap-tiap hujung minggu aku akan tidur dirumah mak ngahku untuk aku mengacau sepupu aku yang sedang study supaya melukis untuk aku tekap.Disitulah aku belajar melukis macam-macam character.Semakin hari,semakin galak aku menyonteng.Tiada hadiah yang lebih best daripada kertas kosong dibawa balik mak aku(kertas sekolah) dan komik yang dibeli abang-abang aku untuk aku tiru dan tekap.

Di sekolah rendah pula,sudah menjadi kebiasaan jika ada Spiderman dan Captain America didalam buku matematik sebab itu adalah subjek yang aku tak gemar dari darjah 1.Satu hari didalam kelas BM darjah 5, sedang aku asyik melukis didalam buku latihan,tiba-tiba PEDEPAP!aku dilempang oleh bapak aku yang melawat ke kelas aku.'orang suruh buat latihan,bukan lukis kartun dalam buku ni'ayat bengang bapak aku.Mulai hari tu aku di'ban' daripada melukis selain daripada kelas pendidikan seni.Tak ada lagi komik dan buku lukisan untuk aku.

Ketika tingkatan 1 pulak,aku dimasukkan ke sekolah arab gara ikut kawan-kawan.Alangkah kechiwanya aku bila aku dapat tahu yang sekolah itu tak ada subjek seni,diganti pulak dengan bahasa arab.Menyesal aku,rasa macam oksigen perlahan-lahan hilang dari muka bumi ni.Dan aku ambil keputusan untuk fail kan bahasa arab aku sebab sesiapa yang gagal mata pelajaran ini semasa PMR terpaksa mencari sekolah baru dan aku berpindah ke sekolah lain semata-mata sebab seni.

Waktu SPM pulak,aku mengurungkan diri di dalam bilik,kononnya study,padahal telinga disumbat earphone(walkman) dan tangan giat melukis.Kalau tahu dek bapak aku,mau aku dibelasah teruk.

Dan dengan tidak kusangka keputusan SPM aku lebih baik daripada yang aku harapkan.Mak bapak aku akhirnya akur dengan minat aku sebab aku score dalam mata pelajaran seni dan akhirnya dapat juga aku naik kepentas untuk menerima hadiah pelajar terbaik(seni sajalah).
Cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni juga tercapai apabila aku diterima oleh sebuah universiti tempatan dalam bidang ini dan setelah tamat pengajian,seni dan lukisan adalah sumber pendapatan aku,alhamdulillah.

ps: kepada kakakku yang terbaca entry ini,diam-diam sajalah,jangan bagitau mak hehehe

36 comments:

Rozie said...

cikbuta seni....ampoooooooon, sy sudah tagged kamu!!!

jinggo said...

eermmmm.....
meja masa tusyen pon abih......
buku jangan cakap la.....
lingkop........
tapi kawan ku.....
kau telah dewasa.....
kau telah berjaya dalam bidang kau........
semoga berjaya ke tahap yang seterusnya.........

p/s......aku pon selalu kena pukoi ngan mak hang

Butaseni@Wan Raja said...

rozie.......
hah?baru saja aku di tag dgn kijam oleh nezjoe,ni kena lagi.huhuhuhu
nanti lah ek.

jinggo..........
hahahahah mak aku garang kan?hahaha
malang sungguh mak aku dapat murid mcm hg.

akirasuri said...

hu hu hu.
memang gila seni betul :D
saya juga minat seni.
tapi tidak segila awaklah nyah.
he he he.

crunchyahcock said...

aku pun tag hang

Mimiamilia said...

Nak terer melukis ni kena praktis selalu ek? ke memang bakat..takyah praktis pon cantik.

Dulu memang suka melukis. Lepas SPM takde kerja lain dok melukis jer.siap satu lukisan..bagi kat orang.Sebab suka orang puji.ahahahaha teruk betoi!

La ni, jgn cakap aa..dah lama tak melukis.Tak reti dah.Kalau lukis bagi kat orang sure kena kutuk.huhuhuhu! En butaseni, buat satu lukisan and pos la kat i. ;)

Butaseni@Wan Raja said...

akirasuri.........
memang saya dulu gila seni,sebab saya tahu ini ja yg saya mahir dan patut digunakan sepenuhnya,kalau tidak rugi.tanpa seni ni siapalah aku huhuhuhu

cronchycock...........
baiklah ah cock,nanti lepas cerita pasai show raden mas baru aku buat.

mimi.........
memang yang paling penting sekali adalah bakat.(gifted).bila dah ada bakat pula mesti ada kemahuan/kerajinan.lepas tu memang kena practice selalu supaya touching tu tak hilang.kalau lama kita tinggal ia akan kekok.Kalau tak ada bakat pun tapi kalau ada kemahuan,practice kerap,lama-lama boleh jugak, tapi dia kena ikut steps dia,tak boleh short cut.(mcm saya dok tarbiah student saya lak)
hah?nak suruh lukis?lukis apa?kalau nak suruh lukis caricature mimi boleh,sila email gambar,nanti saya email balik.kesian orang jauh diperantauan.

arianna adrizal said...

hmm.. serupa mcm cerita kwn sy yg seorang itu. belajar sekolah arab, end up jd graphic designer. hehe..

Nunn said...

eh, okeyler tu... seni pon pelajaran gak, klo tak, takdela university of arts!

aku? university of life jer.. heh!

Mak Su said...

finally, naik gak ke pentas... yeeehaaaaa

NJ@Goboklama said...

pandai melukis kira butaseni gak? humblenya :)

Pegawai Khalwat said...

Nasib baik aku keluaq lagi awai dari hang. Kalo tak mesti berjangkit kat hang jugak.

Anonymous said...

haha.. dulu mase zaman sekolah aku pon selalu kena marah dgn abah aku pasal buku latihan n buku teks penuh dengan grafitti dan lukisan2 komik!

Butaseni@Wan Raja said...

arianna...........
hehehe ok lagi lepas sekolah arab jadi graphic designer,kalau jadi fashion designer macam mana?lagi haru biru kan?mcm sapa tu?hahaha

nunn..........
eh,itu lebih penting tu.the surviving skills lagi penting pada degree aku rasa.

mak su.........
hehehehe subjek seni je lah,nak harapkan subjek lain?hampeh.

goboklama.........
baru nak bukak mata hehe.

pegawai khalwat..........
hahahaha tak sangka kita pernah sekolah arab sekali slama 3 hari hahaha.last-last 2-2- ke sekolah omputih.patut hang pandai kata MAAROBBUKA pagi-pagi.

kamarul.........
hehehe standard lah budak laki hehe

artisticklytouch said...

tekap...lama aku tak dengaq, la copy & paste ja he he

eh, part melukis di menara gading tak nak cerita ka? hang pernah ka cerita dalam blog hang lukih apa sebagai pendapatan bulanan?? ha ha

Rozie said...

issskkk...sama kes ngan anak hamba yg umo 7 tahun tu...la ni dok asyik ngan lukisan power rangernya, hari2 mintak bapak dia bawa balik kertas kosong...
tapi hamba redha jer, tak mungkin anak hamba kena belasah coz mak ngan bapak dia cari mkn dgn bidang ni jugak!!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Kau memang insan seni yang sejati. Sungguh!

[psst! aku dah jawap tag kau itu...he he]

Anonymous said...

Salam,

En Butaseni memang berbakat. Boleh tolong lukiskan gambar saya sekali? :D

Butaseni@Wan Raja said...

art.........
tekap tu trace hehe aku pun tak tau ayat apa lagi nak tulih.masa di menara gading?lukih apa yang lecturer aku suruh lah.pendapatan bulanan aku dgn lukis figura manusia,awat?ada yang pelik ka?:P

rozie.........
hhehe bagus bagus,apa yang dia minat tu support je

blackpurple..........
uih sejati.hehehe taklah sampai macam tu,takat nak cari makan dan side income tu boleh lah.aku bukan pure artis mcm Yusof Ghani atau Namron Omar dll tu.

indah sakura..........
hehehe mikaseh.kalau nak email gambo,insyallah saya caj hahaha

- G O R O - said...

Adakah vandalisme merangkap grafiti di tandas2 awam sekitar penang hang punya angkara?

teruskan dgn minat dan usaha yang bersungguh2 ok..

All the best bro...

Erran said...

Kisah seorang senimen

Azlan Zed said...

perjalanan seorang anak seni... :)

pjoe said...

hehe
good for you dude!

aku dulu suka conteng2 juga.
bilik aku penuh dgn contengan logo batman,thundercat,spiderman dan juga poster ksatria baja hitam

pergh...teringat dowh!

Butaseni@Wan Raja said...

goro...........
hahahaha yg dalam tandas bukan kerja aku,kalau dinding sekolah dulu ya.hahahhahahhaa
tq man.

butterandbanana..........
itu kisah yang memeningkan mak bapak ku dulu hehehe

alan zed.........
bukan,perjalan seorang butaseni hahahaha
tq man,ya kalau tak pasai art ni,aku tak tau lah jadi ape.......

nezjoe..............
haaa baru aku teringat bendalah ni pun aku lukis jugak dalam buku math dulu-ksatria baja hitam dan gaban hahahahahaha
glory!!

akirasuri said...

ehem ehem!
tolong lukis gambar saya lepas tu posto kat saya buleh.
he he he :p

Nur Hafiza Hasan said...

"Buta" sungguh anda dengan seni..
Jeles tau org pandai lukis ni..

Anonymous said...

wah, kamu terer bermain rekorder ye.. haih... saya sungguh la sengal.. ketika ujian bermain rekorder darjah 6.. di khalayak ramai.. main lagu anak ikan.. haih.. terketar jari jemari.. takot salah not.. takot terslah tiup.. :P

Butaseni@Wan Raja said...

akirasuri..........
huhuhu baiklah nyah,emailkan gambo.tp minggu depan baru saya free,weekend ni ada show lagi.

miss_tree........
hehehehe sungguh buta.janganlah jeles mesti awak pun ada specialty yg lain,kan?

qasiehfirdaus.......
salam kenal.
recorder pun bukannya saya pandai sangat,takat berdiri di barisan belakang dan pakai hentap tiup je hahahaha.orang tak nampak.:D

Bunga Rampai said...

Salam :)

Entri ini menarik.
Tahniah untuk awak!

Butaseni@Wan Raja said...

bunga rampai..........
hehe tq tq.lama menghilang?

Bunga Rampai said...

Tak hilang, tapi masa agak terhad untuk melawat blog kawan-kawan :)

m i n e r a l . . . said...

hidupppp seniiii.... :)

Butaseni@Wan Raja said...

mineral........
yeah idup idup hehehe

bunga rampai......
kesiannya,cik bunga sibuk tahap dewa jugak nih. hhehe
salam

suriani said...

bagus..
ikutkan hati, itu lebih kuat panggilannyer kan?

anak aku, amal, 10,gitu gak, asal jumpa kertas, lukis, asal ada masa, lukis... dia mmg seni, kalu dia lukis, fullamak, tatau dapat dari sapa, aku n ayah dia takde bakat langsung!

akupun nak biar dia pupuk sendiri minat dia tu.. asalkan dia tak tinggal belajar, aku dah okay..
mana tau, dia bley jadi pelukis terkenal ke satu ari nanti kan, kan?

anyway, tahniah jugak sebab akhirnya ko naik jugak ke pentas bagi orang tua ko bangga ek?

Butaseni@Wan Raja said...

heheh tq.cuba galakkan lagi,beli banyak-banyak buku pasal art(for kidslah).cuba jugak beli media (water colour ka,pastel ka)jenis lain kat dia,bagi dia try guna,disitu dia boleh develop lagi.:D

Anonymous said...

Muehehehe. Tergerak hati saya membaca entri ini sekali lagi. Hari tu tak sempat nak komen. Wohoooo, nakal ek time kecik2 dulu. Tapi takpe la, dah minat kan. Saya pasti, generasi warisan ButaSeni nanti pasti ada yang akan jadi pelukis handalan. Jika bakat sudah terserlah sejak kecil, jangan disekat ye bakat mereka tu.