Friday, August 3, 2007

Hingga ke Hujung Hayat......

"Cuma mati yang dapat memisahkan kita,kita bina kebahagiaan bersama hingga keakhir hayat".Satu ayat yang sangat tipikal diungkapkan dari seorang kekasih kepada kekasih.Tapi berapa kerat sahaja yang dapat mengotakan janji dan sumpah yang terhias dibibirnya.Ingin sekali aku berkongsi kisah cinta sepasang kekasih yang kekal sehingga hembusan nafas terakhir.

Kisah kesetiaan cinta Mak Andak Zainab dan Pak Andak Wahab.

Mahligai yang dibina selama 40 tahun berakhirlah sudah.Mak Andak menghembuskan nafas terakhirnya pada hari rabu yang lalu meninggalkan suami tersayang bersama lima orang anaknya.Suasana rumah itu diselubungi tangisan.... tangisan ....tangisan.Begitu ramai sekali hadir untuk memberi penghormatan dan sedekahkan Fatihah.

Detik pertemuan hanya pada hari pernikahan tidak menghalang untuk mereka menjalinkan cinta yang sungguh utuh sehingga keanak cucu.Mata buat pertama kalinya bertentangan selepas selesainya 'akad' untuk mengesahkan perhubungan,namun kemesraan dan kesetiaan mereka hanya tuhan sahaja yang boleh meleraikannya.

Bersama-sama merentasi segala pancaroba fana,Pak Andak dan Mak Andak tekun mencari kebahagiaan bagi menyempurnakan mahligai impian mereka.Demi keselesaan anak-anak,mereka memulakan hari seawal empat pagi setiap hari untuk membuat kuih-muih sebelum menghantarnya ke warung-warung sekitar kampung.Berdua jugalah mereka kekebun disebelah petangnya pula untuk menanam hasil untuk kesempurnaan keluarga.Segala masalah dan ujian"Nya' ditangani bersama dengan tenang dan tangan mereka tidak pernah lenguh untuk menadah kepada 'Nya'.

Tidak ada yang lebih sedap melainkan makanan dan minuman yang disediakan oleh isteri tercinta,tidak ada kawan yang lebih menyeronokkan untuk berbicara dan tidak ada peneman yang lebih mengembirakan untuk kemana-mana bagi Pak Andak.Gelak ketawa anak serta cucu jugalah hiburan yang paling menceriakan pasangan ini.

Tapi kini Mak Andak telah meninggalkan pasangannya yang penuh kasih setia untuk melangkah ke alam baru,Pak Andak sayu tunduk menghadap tanah ketika talkin diperdengarkan ditemani dua anak lelakinya menandakan jasad isterinya akan disemadikan disitu dan akan ditinggalkan buat sementara.Ucapan takziah dan pelukan saudara mara juga dihadapinya dengan tenang.Mungkin akibat terlalu hiba,titisan air matanya mengalir juga setelah para sahabat dan saudaranya mula melangkah pulang akibat merasa dirinya keseorangan untuk mengharungi hidupnya.Kesedihan itu sedikit sebanyak dapat diubati apabila dikelilingi anak-anaknya yang dikasihi dan bersedia untuk menemaninya sampai bila-bila.

Semoga Mak Andakku tenang disisi'Nya'.Al-Fatihah.

28 comments:

Mak Su said...

kasihan kat pak andak tu.. semoga dia dapat menempuh hari2 depan dengan tabah dan takziah

kamarul said...

Inna lillahhi wa inna ialaihi raji'un.

zeqhtyramli said...

Takziah buat keluarga Pak Andak..

Nezjoe said...

bro, ajal maut semua ketentuan Allah
redha ya

al fatihah

- G O R O - said...

Sampai masanya nanti Ya Allah, Engkau tabahkan lah hati hambamu yang lemah ini Ya Allah.

Al-Fatihah buat mak Andak..

Aku termenung seketika...

Pegawai Khalwat said...

Itu cinta Mak Andak dan Pak Andak.

Hang bila lagi?

Mimi Amilia said...

Jodoh dan ajal maut di tangan tuhan. Kita yang masih bernafas ambil iktibar. Maut boleh menjemput bila-bila masa..cukupkah bekalan yang ingin dibawa?

Al-fatihah untuk Mak Andak...

akirasuri said...

takziah buat keluarga pak andak dan awak juga..

emmm. setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. perpisahan hakiki iaitu mati. mahu tidak mahu kena berdepan juga. kerana cinta DIA jauh lebih besar pada si mati berbanding kita kita kita manusia biasa ini.

mudah-mudaha arwah bahagia di sana. al-fatihah buat arwah, pak andak, kamu, diri saya sendiri dan muslimin juga muslimat hidup mahupun meninggal dunia. AL-FATIHAH~

Puteri Ezza said...

Awk, takziah atas pemergian Mak Andak. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan umat yang beriman. InsyaAllah.

Awk, terima kasih ye sebab rajin datang blog. Sampai sekarang ni, saya tak dapat lagi ayat-ayat dalam mimpi tu. Huhu. Sedihnya.

Tentang gambar tu, tekaan awk salah :-) Hikhik.

butaseni said...

mak su.........
pak andak memang kuat,tabah dan beriman orangnya.dia mesti boleh.

kamarul.........
hhmmmmmm trima kasih

zety........
tq.

nazjoe...........
ya,semua ditentukannya

goro.........
aku jugak termenung lama malam tu.

pegawai khalwat.........
aku rocker,wanita diciptakan bukan untuk aku(untuk pemburu itu saja) hahahahaha

mimi amilia.....
a'ah bekalan ku belum cukup,ntah ntah masih kosong.

akirasuri.......
tq,saya juga berdoa agar arwah bahagia disana dan pak andak bahagia disamping anak-anak.

puteri ezza.........
tq.hah,salah?mana boleh hehehe

artisticklytouch said...

dah kalau wanita diciptakan bukan untuk hang..apa yang diciptakan untuk hang?

aku dah kata dah..hang ni gay he he

kim salam takziah kat pak andak naa..

hang pun nak kena jumpa bini time akad ja...baru jadi kalau tak, usung sana, usung sini tak jadi2

bunga rampai said...

Salam,

Takziah. Al-Fatihah.

Indahnya cinta andai kita faham maksudnya, dan tahu merapi cinta.

:)

Puteri Ezza said...

Awak, apa khabar hari ni? Semoga sihat dan ceria selalu ye. Bila nak buat pementasan teater kat Sabah lak? Nak tengok awak secara 'live'. Hikhik.

KAMATO said...

Semoga roh nya dicucuri rahmat

alan zed said...

salam,
al-fatihah.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
amin.

blackpurple said...

AlFatihah. Semoga roh Mak Andak Zainab ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh.

Takziah buat Pak Andak Wahab sekeluarga.

miss_tree said...

Takziah pada Pak Andak sekeluarga dan jugak buat Che Butaseni.
Segala ketentuan dah Allah tetapkan...
Kita hanya mampu menerima~

Anyway, keagungan cinta sebegini lah yang membuatkan saya percaya akan keutuhan 'love after marriage'.
Reading this, buat saya jealous pada Pak Andak + Mak Andak.
:)

IndahSakura said...

Sungguh bertuah bagi sesiapa yang memiliki cinta seperti kisah Mak Andak Zainab dan Pak Andak Wahab

Al-Fatihah untuk arwah.

butaseni said...

art..........
biasalah,celebrity macam aku ni tak boleh lari dari spekulasi, gaylah, playboy lah hahahaha
oh, i no komen (mcm siti cakap)

bunga rampai.........
tq,ya diorang faham erti cinta sangat mendalam :)

puteri ezza...........
ha?sabah.budgetnya kurang baaaaaaa

kamato.......
amiiinnnnnnnn tq

blackpurple..........
tq bro.aku pu turut berdoa.

alan zed.........
amin,tq sebab lawat aku.aku linkkan kau nanti.

miss_tree.........
ya ya,sungguh agung sekali.

indahsakura.......
memang bertuah,hidup aman damai.
tq :D

Sastri said...

menitis airmata ini kerana entri ini mengingatkan diri kepada arwah atuk yang baru setahun pergi meninggalkan nenek... mungkin hati ini masih merindui arwah dengan begitu hebat sekali...

Al-Fatihah buat arwah Mak Andak dan juga buat arwah Atuk... semoga mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

akirasuri said...

huhu.
bila nak update ni.
masih dalam mud sedih lagi ke :)

Ceera said...

al-Fatihah buat Mak Andak, semoga rohnya ditempatkan kepada mereka2 yang diredhai Allah swt.

butaseni said...

sastri........
cinta orang dulu2 sungguh tulus,kan?

akirasuri...........
sedi9h tu sedih lah,tp life must go on.skrg ni sibuk tahap dewa.weekend ni ada 2 show.jumaat ada fashion show,sabtu ada bangsawan.kat tempat kerja ni bz utk fashion show,tu yg xsempat nak tulis ape2 nih.mlm lak berbangsawan sampai pagi huhuhu.nanti ye nyah..hehe

butaseni said...

ceera..........
tq ceera.sama2 kita doa :D

Rozie said...

takziahhhhhhhh utk family you

Nezjoe said...

aku tahu hang suka buat benda ni
sila ke laman tuan hamba

"tag itu sungguh lazat"
hahaha

jinggo said...

betapa kuatnya cinta mak andak ngan pak andak hang......

tapi cinta hang macam mana.....
eeermmmmm............

butaseni said...

nazjoe...........
kau kijam joe,kau kijam huhuhu

Jinggo.............
cinta aku cinta yang agung.hahahaha
salah sikit break hahaha