Ini peraturannya:
Each participant posts eight random facts about themselves. Tagees should write a blogpost of eight random facts about themselves. At the end of the post, eight more bloggers are tagged. Go to their blog and leave a comment telling them they're tagged
Inilah 8 benda-benda yang manusia patut tahu tentang aku(bab seni tak yah cerita dah ek):
- Aku tak boleh makan dan tak suka makanan pedas.Kalau makan perutku akan sakit/pedih dan berpeluh macam khinzir hahaha.Aku lebih suka makan western food,biar orang kata aku mengada,janji perutku tak sakit.Aku ada sorang kawan yang mengajar sama aku dikolej,orang Mexico,dia makan pedas gila dan dia selalu cakap aku"wierd Malay" sebab tak makan pedas.
- Aku jenis Lantang Bersuara.Kalau aku tak puas hati dengan apa-apa benda tu,aku tak peduli siapa,aku cakap atau kalau situasi yang sesuai,aku bantai terus.Ada juga yang kata aku ni sacarstic sebab suka membantai,tapi aku tak peduli sebab aku suka mencari keadilan.Kalau aku teraniaya atau disakiti,aku akan pastikan yang menganiaya itu akan menerima nasib yang sama.Kadang-kadang orang tak suka dengan kelantangan aku.Itu masalah aku tu hehehe.
- Aku Gila Bola.Kalau ada apa-apa aktiviti pada malam sabtu atau ahad aku akan pastikan ia tidak mengganggu malam aku bersama pasukan peberet ku Manchester United hahahaha(kepada Nezjoe,kau jangan komen pasal ni hahaha)Kalau ada latihan teater yang penting dan sangat hampir dengan show,baru aku keduakan bola.Kalau dating pada malam tu pun,malanglah nasib perumpuan tu,terpaksa tengok bola dengan aku.
- Aku tak suka serangga.Aku sangat benci serangga didalam rumah.Kalau aku nampak semut,lipas lebih-lebih lagi nyamuk,aku akan sembur spray tu segera.Aku memang benci sangat lipas yang berterbangan hehe.Rasa macam dia nak serang aku lak.Sebab tu aku akan make sure dia mati sebelum terbang.
- Aku susah nak bangun pagi.Setiap pagi untuk ke kerja aku memerlukan tiga alarm jam.Yang pertama alarm handphone,kedua alarm clock, ketiga jeritan mak aku.Sepuluh minit kemudia jeritan mak aku yang lebih kuat.Baru aku bangun hehe.Punch Card aku dalam sebulan boleh kira warna biru,merah berderet.
- First Impression aku sangat teruk.Orang yang baru kenal aku selalu akan kata aku ni sombong.Ntah kenapa,mungkin rupa aku,mungkin cara pembawakan aku.Tapi aku rasa mungkin sebab aku tak pandai nak approach orang dulu.Bila orang approach aku,tanya apa-apa kat aku,akanku jawab berjela.Kebanyakkan kawan aku yang rapat sekarang ni semua pernah kata"Dulu aku tak suka hang,sebab hang sombong.Bila dah kenai hang, baru aku tau yang hang ni ok,gilababi orangnya".Kalau tak percaya tanya Tegezoot.
- Aku dilabel Romeo,padahal tak reti mengurat,fail.Aku pun heran dengan semua orang lebih-lebih lagi perumpuan yang ada disekeliling aku.Semuanya bila nampak aku mesti tak berani nak dekat."bahaya dia ni,mesti casanova".Ayat bisikan yang selalu aku terdengar.Padahal aku bukan reti mengurat,ayat power lagilah tak pandai,Hampeh.Aku cuma akan senyum je bila nampak orang yang aku berkenan,lepas tu dah tak tau nak buat apa dah.huhuhuhu.Kadang-kadang aku teringin jugak nak belajar dari sorang kawan aku tu,dia power,wanita diciptakan untuknya :D. Agaknya mengayat ni pun macam melukis jugaklah,kalau dah takde bakat,tetap akan jadi orang lidi.Tapi bila ada orang datang menggatal dengan aku,aku rimas pulak.Aku pun peliklah dengan aku ni.
- Aku hantu wayang.Aku memang suka tengok wayang.Kalau ada movie yang best je,aku akan pastikan aku orang pertama yang tengok heheh(gile kuase).Kalau dalam seminggu 3-4 kali pun takpe,tak kisah(kalau time tengah kayalah hehe)Rekod aku tengok satu cerita yang sama tu sebanyak 16 kali-Star Wars episode 1.Time tu aku tengah praktikal kat KL hehehe takde kerja,hari-hari pegi tengok wayang.
OK selesailah sudah cerita pasal diri aku.Harap ia menjawab soalan Si Ahcock dan Rozie.Ahaaa sekarang giliran aku pulak nak Tag 8 orang.Aku nak Tag:
- Tegezoot
- Art lagi
- Pegawai Khalwat lagi(walau pun dia tak akan jawab,tapi tag jugak)
- Ibuseni
- Dotter
- Mimi Amilia
- Alan Zed
- Puteri Ezza lagi hahahahaha
PS: Kepada Mak SU, nanti ek saya lukis bunga tu,BZ nih.Saya tak lupa aaiiihhhhh.hehehe :D