Saturday, June 30, 2007

Teater:Memujuk Khalayak

Dengan Festival Teater akan berlangsung di setiap 14 negeri di Malaysia Julai ini,masih lagi terdengar rungutan dan keluhan rata-rata penggiat seni ini tentang sambutan dan minat khalayak terhadap teater.Adakah kerana aprisiasi seni amat rendah dijiwa orang Melayu?Mungkin tidak.Atau mungkin kerana arus kemodenan membuatkan seni ini merugikan masa bagi golongan yang mengejar kesenangan atau mungkinkah juga mereka cuma menonton persembahan yang berprofil hebat seperti di Istana Budaya sahaja kerana ia lebih tinggi tarafnya.
Pelbagai kaedah telah diambil dan pelbagai kata telah diwarwarkan untuk menarik khalayak menghargai hasil seni ini malah televisyen tempatan juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan teater melalui slot-slot terbitan mereka namun hasilnya tidak begitu galak.
Bagi golongan yang tidak pernah didedahkan dengan seni ini,sememangnya ia adalah suatu yang amat asing dan mengelirukan,tetapi jika mereka memberi peluang kepada mata untuk menonton maka deria yang lain juga akan terus terbuka dan membuatnya bernafsu untuk menonton persembahan lain yang mungkin lebih berat dan yang perlu membenarkan otaknya berfikir.Masalahnya bagaimana cara untuk membuka minda golongan ini?

Selain daripada kumpulan teater yang berprofil hebat dan berbajed tinggi,kumpulan-kumpulan atau NGO-NGO Kesenian yang tidak begitu kukuh kewangannya menghadapi kesukaran untuk menarik penonton menyaksikan persembahan mereka biarpun mementaskan karya yang begitu bermutu.Promosi sudah diadakan,poster-poster dan kain rentang juga telah digantung.Tetapi......... Persembahan sebegini biasanya mansasarkan penonton Melayu untuk datang memberi sokongan,kesudahannya hampa.Lain pula cerita teater Inggeris,kehadiran penonton biasanya amat membanggakan dimana mereka mempunyai pegikutnya tersendiri yang terdiri daripada golongan yang 'berisi' dan juga pendatang asing yang menetap di negara kita.

Untuk menarik minat penonton Melayu yang baru,golongan ini haruslah terlebih dahulu dihidangkan dengan persembahan yang berbentuk hiburan ringan atau musikal supaya mindanya mudah menerima dan memahami intipati karya tersebut.Orang-orang ini terlebih dahulu harus dipujuk,diasuh,dipimpin dan digalak melalui hiburan ringan.Disitulah dewan atau auditorium mula dijejaki dan dipenuhi.Pada peringkat awal,dapat menarik sekumpulan kecil sudah memadai kerana kumpulan inilah yang memulakan dan kemudian ia dirempangkan menjadi kumpulan yang besar dan akan menjadi lebih besar jika dipengaruhi.Dengan ini juga mereka akan mula menonton teater modern dan dengan perlahan-lahan akan menghargai persembahan-persembahan teater tradisional yang lain.

Timbulnya masalah ini adalah daripada segelintir penggiat teater kita juga apabila masing-masing terlalu taksub mengenengahkan ideology atau alirannya supaya mereka diiktiraf yang terbaik sehingga mencetus sikap dengki-mendengki sesama sendiri.Dengan itu,keryanya terlalu berat dan abstrak untuk the beginner menontonnya di tempat awam.Karya-karya yang mega hebat seperti anti-realisme ini kurang sesuai dipertontonkan kepada golongan yang baru menggalakkan hatinya menghayati seni ini,ia lebih mengundang kekeliruan dan ia lebih afdal dipersembahkan kepada golongan yang lebih tinggi pemahamannya di persembahan-persembahan dan tempat-tempat tertentu.

Bagi memajukan idustri kecil ini,para penggiat teater Melayu haruslah bekerjasama mencipta penonton-penonton baru disamping membuang segala keegoan demi memartabatkan lagi seni persembahan bangsa kita.Tidak perlu lagi bersaing kotor untuk menonjolkan diri masing-masing dan mengambil iktibar dengan kemajuan teater Inggeris yang semakin hari semakin besar pengikutnya hasil ketulusan serta kejujuran mereka berkarya.

25 comments:

Iman Mawaddah said...

Encik Buta Seni,
Anda telah di tanda harga..jangan lupa singgah di laman saya ya hehe

blackpurple said...

Sdra,

Sesetengah mentaliti masyarakat penonton kita mungkin masih menganggap teater itu satu seni persembahan yang elit, eksklusif dan sesuai untuk jiwa golongan yang tertentu. Sesetengahnya merasakan mutu dan mesejnya terlalu sukar untuk difahami, sedangkan mentaliti mereka masih menganggap ke panggung itu cuma satu hiburan.

Rasanya tak jauh berbeza dengan kemelut yang dihadapi oleh pengeluar filem-filem indie kita yang mengeluarkan filem-filem yang dikatakan bermesej berat dan terlalu seni bagi sesetengah masyarakat penonton.

Sastri said...

Setuju dengan saudara, sesetengah penonton kita masih lagi malas berfikir... dan teater biasanya dikaitkan dengan hidangan berat yg memerlukan pemikiran untuk memahami mesej yang dilontarkan... mungkin juga kurangnya promosi yang dapat menarik perhatian penonton...

Pegawai Khalwat said...

hang macam sua cabai melaka kat aku saja ni.

butaseni said...

iman mawaddah.........
alamak!nanti free cek buat nooo hihi

blackpurple......
sebab tu lah kita patut manjakan dulu mentaliti mereka dengan hiburan yang ringan dulu sebelum minda diorang ni berminat untuk berfikir.

sastri........
promosi dah dibuat macam nak rak tapi kalau mentaliti tu tak dapat diubah pun menghabihkan boreh je.mind set diorang ni yang kita kena tackle dulu.

pegawai khalwat.....
wahai dewa,hang umpama Micheal Bay dalam teater P Pinang ni.cerita hang mengandungi dua-tiga lapisan.lapisan yang pertama pun dah cukup untuk menghiburkan penonton.takkanlah aku nak sua cabai kat hang pulak.

jinggo said...

apa bila dewa merajuk.......!!!!!!

akirasuri said...

huhu.
ya ya! apabila seorang penggiat teater berkata-kata :D
walaupun saya ni bukan orang seni dan juga tidak berseni langsung. tapi. bagi saya. teater pada hari ini gagal menarik penonton akibat beberapa faktor sama ada faktor luaran mahupun faktor dalaman. secara amnya, faktor luaran adalah sikap masyarakat kita yang menolak mentah-mentah teater. kurang minat ini datang atas beberapa faktor lain seperti tarikan menonton filim lebih kuat berbanding menonton teater. ha ha ha. dah dah harus berhenti. saya merepek dan seakan sudah jadi sub entri pulak dekat sini :))

artisticklytouch said...

wah..karangan SPM kah?? Bincangkan kemajuan seni persembahan teater di Malaysia..

komen aku letak sebagai entry di blog aku ye. sape nak baca gi ke sentuhanseni

tebak said...

Dasarnya begini, hiburan itu meski berat atau ringan harus tampil sebagai hiburan. Maksudnya, menghiburkan. Khalayak, audien dan siapa saja perlu merasa sentuhan hiburan tersebut. Sebelum mereka pergi jauh, untuk berfikir atau berhenti pada titik itu saja, iaitu terhibur.
Kata 'hiburan' tidak juga mesti bermaksud ringan. Ada orang terhibur selepas berfikir dalam2, ada juga terhibur cukup dengan aksi (lakon, nyanyi dan sbgnya), lebih dari itu ada yang perlu merasa impak moral/pengajaran baru dia rasa terhibur.
Teknologi pewayangan juga membantu membantutkan proses minat menonton teater. Kalau dulu, ketika belum adanya lagi pemutaran filem dipanggung, teater memang pilihan utama mencari hiburan bentuk gerak lakon. Pun begitu, orang kita juga diakui masih belum faham untuk menghayati (atau apresiasi) aksi lakon sebenar-benarnya. Filem akan memperlihatkan kemahiran seorang pengarah. Maka teater adalah tempat pelakon menonjolkan aksi lakon yang sebenar-benar 'real'.

tebak said...

Baca entri terbaru..'The Hand'

NezJoe said...

bersatu teguh,
bercerai kita roboh..

hip2 hooray!
nice entry dude
very thoughtful

butaseni said...

kepada jinggo......
dewa merajuk?semalam ok je buat lawak.

akirasuri.....
mana ada merepek,betullah tu.

art........
tq sebab tolong sambung cerita aku kpd lebih detail.tinggi taraf dari aku-STPM.Entry aku tak begitu detail dan tak cerita kehebatan sendiri di WWW sebab aku nak semua orang paham(surface)bukan 4-5- org je yang tau dan yang pernah lalui.
hang telah buktikan yang ramai orang nak diri dia je diangkat sebagai mega hebat dengan menjatuhkan orang lain seperti dalam entry SPM aku.

tebak........
salam bro,
tak boleh dinafikan lagi kau memang seniman yang maha agung,tapi bro,lu kena ingat,definisi painting dan teater lain sikit bro.

butaseni said...

nazjoe.........
cuba nak bersatu tapi ramai nak bercerai sebab nak tonjolkan diri lebih pada orang hehehe what can i say?

k o r o m y s t said...

Hmm kenapa saya tak layan teater ekk? Ack! Saya juga tak seberapa layan drama mahupun filem Melayu (>_<)

Mungkin kerana saya lebih sukakan sesuatu yang kelakar [bukan lawak bodoh mahupun slapstick], lain daripada lain dan adakalanya bertema futuristik. Eheh...

Apa-apa pun, giatkan usaha ekk! Terutamanya untuk tarik minat golongan seperti saya menonton teater ehehehe...

artisticklytouch said...

alah uols nih terasa plak, sejak bila tak buleh melawak nih..kekwatlah uols! nanti akak belanja teh 'o' ais.

akak memang hebat tapi itu dulu sekarang zaman uols dengan konsortium, zaman akak takde semua tu, ada bas transnasional sajork he he

jinggo said...

eeerrrrrmmmmmmm...........

ann said...

yang dlm foto tuuu....

encik butaseni ke????


oh.....





*secara senyap*
gemuknyer..... :P

ann said...

kalau nak cakap benar kan, ku x pernah ke teater dlm kehidupanku... X_X

mungkinku lebih moden... ku lebih suka ke panngung wayang.. hahaha.

tapi teater nampak menarik gak, kalau ada masa mungkin boleh melalui pengalaman teater niii :D

m i n e r a l . . . said...

sy rasa perkara ini telah dibincangkan oleh ramai org.. bukan orang-orangan :)

promosi lemah...sy sndri tak tahu ade teater akan mengelilingi 14 negeri...


nota : set teater butaseni pasti best...

butaseni said...

kepada koromyst san...
baik,kami akan cuba hiburkan kau sampai kau syok. hehe

art.........
mak memang kekwat nyah!mak tetap vogue! :P

jinggo......
eeerrrmmmboleh jugak.

ann.........
a'ah.memang wa buruk yang hina dan tak elok sekali.tp bila mak pakai foundation,kalah LUcy Liu hihihi
jom lalui sekali,boleh join konfrontasi ni hehe.

mineral.........
tulah wa nak try bangkitkan perkara ni balik.kalau ada idea yg best untuk kami refer.
wa tukang tebang dan ikat kayu je.set ni pegawai khalwat dan jinggo yang design.hihi

miss_tree said...

Teater Che Butaseni akan ke Kelantan or Terengganu?
Kalau ada masa insyaAllah saya pergi menonton..
Selama ni ada berminat nk tgk, tp selalu belah² sini sik ada..

arianna adrizal said...

kali pertama sy menonton teater ketika di tingkatan dua. teater inggeris. ditaja oleh guru bahasa inggeris sy. masih sy ingat lagi pelakonnya.. saudara Na'a murad. ironinya itu kali pertama dan terakhir sy menonton teater :D bukan tiada minat cuma tiada dorongan.

IndahSakura said...

Rasa teruja nak tengok teater yang dilakonkan oleh En Butaseni dan rakan2nya :)

bunga rampai said...

Pujuklah khalayak kanak-kanak dan remaja. Saranan saya lebih menjurus kepada khalayak remaja kerana peringkat ini gelora jiwa sedang terapung-apung.

Remaja sukakan hiburan. Ketengahkan teater remaja dalam bentuk muzikal ringan dan ceritanya berlegar sekitar dunia remaja tanpa meminggirkan nilai estetik, budaya dan tradisi.

Saya percaya teater adalah salah satu saluran yang dapat membentuk akhlak remaja yang beradab/berketerampilan jika kena pendekatannya.

Satu lagi, didik remaja untuk menonton teater yang berbayar. Paling tidak, buka tabung di pintu masuk.

Teruskan usaha.

Salam :)

butaseni said...

kepada miss_tree........
insyaallah kami kan ke sana bulan 10-11 ni,jupe mung di nung.

arianna......
sekali sekala cuba jengok.mesti nak tengok lagi hehe.tq sebab lawat blog ni.

indahsakura.......
hehehe sila datang ke show kami pd 11/7 ni di taman budaya P Pinang.
hehe salam

bunga rampai.......
satu kaedah yang bernas.kami akan cuba.
salam