Tuesday, June 12, 2007

Senyumlah Dan Ucapkan Terima Kasih

Baru-baru ni aku dan sekutu teater tanjungku telah terlibat dalam satu kempen dianjurkan oleh KeKKWa di salah sebuah kompleks membeli-belah di tanjung.”BUDI BAHASA BUDAYA KITA: SENYUM DAN UCAPKAN TERIMA KASIH.” Sungguh mulia kempen itu.Kami ditugaskan untuk memberi kesedaran kepada para peniaga dan juga pelanggan supaya sentiasa melemparkan senyuman dan mengucap terima kasih selepas setiap urusniaga. Kempen ini sesuai juga diajukan kepada rakyat Melaysia yang menyambut para pelancong yang datang.

Rata-rata kempen dan tinjauan kami dapati para peniaga tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan amalan ini.Lagipun memang sudah menjadi kemestian untuk sebilangan besar peniaga menanam sikap ini untuk menarik pelanggan.Kalau sombong dan biadab,maka larilah pelanggan-pelangganya.Kempen ini boleh dikelaskan sebagai berjaya.

Salah seorang peserta Raja Lawak Astro juga tidak ketinggalan berkempen

Sebelum aku melangkah kealam gelap mataku pada malam tu,aku teringat satu peristiwa ketika aku melawat sebuah negara mat saleh beberapa tahun lalu.Layanan para pegawai imigrasen disana sungguh mesra walaupun aku ni cuma dianggap sebagai pendatang(sama seperti kita melihat indon dan bangla di sini) dan juga terrorist memandangkan nama Islamku.Terfikir pulak aku, tertanamkah nilai-nilai murni ini pada kaki tangan awam di Negara kita?

Setibanya aku dibumi itu,aku dihadiahkan dengan senyuman manis para penyambut tetamu mat saleh di kaunter imigresen mereka. How are you sir,Welcome to Australia, itulah ayat pertama yang aku dengar.Tiba di kounter pemeriksaan barang pula,aku ditahan dan dikuarantin selama lebih sejam bahana roti surai atau roti jala yang dikirim mak ku kepada kakakku yang mengidam masakan mak ku itu.Rupa-rupanya undang-undang disitu melarang sama sekali segala jenis makanan yang basah dan mengandungi bahan-bahan seperti telur dan tumbuh-tumbuhan, dan anggota-angota haiwan walaupun kering.

Walaupun barang-barangku dibogelkan dan aku ditahan seperti pengganas tapi hatiku sedikit pun tidak terasa sebarang ketegangan kerana cara pegawai yang bertugas memberiku arahan, “Im sorry sir,im afraid you have to follow me because this is the procedure that we have to follow but don’t worry, it wont take long.Kemudian datang pula si penyelia yang bertugas untuk memeriksa badanku,setelah selesai dia berkata “How are you sir,we’re sorry to keep you waiting, are you comfortable sir?The process will be completed shortly” dan setelah selesai dan setelah abang iparku keras kesejukan menungguku diluar selama hampir sejam setengah,ini pula katnya “ Thank you for your co-operation sir and we’re sorry for the inconvenience. Have a nice trip sir.
Wah sungguh mesra sekali,walaupun tegas tapi masih sempat memberi senyuman.Aku rasa kalau Hang Jebat dikuarentin disitu sekali pun darahnya tidak akan mendidih.

Setelah pulang ke Tanah Melayu pula,keadaan dan sikap yang berbeza dapatku rasa.Setibanya aku di kounter imigresen KLIA,aku amat hampa sekali dengan layanan saudara sebangsa dan seagama denganku apabila passportku diambil dengan kasar seolah-olah dirabut.Gedegang!!dicop dan dengan masamnya mengembalikan kepadaku tanpa menegur salam dan yang lebih menyedihkanku, para pelancong juga menerima nasib yang sama.Seperti tidak ikhlas kerjanya.

Atas pengalamanku tempoh hari,aku rasa molek benar jika KeKKWa melanjutkan kempen ini dan berkempen pula kepada kakitangan awam supaya nilai-nilai murni ini terpupuk di jiwa mereka disamping menunjukkan kemesraan serta budi bahasa kita kepada para pengunjung sedangkan mereka kita anggap penjajah dan bangsa yang biadab.

33 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Aku bersetuju. Walaupun bukan semua, tapi masih ada lagi staf2 di kaunter perkhidmatan kerajaan yang agak 'kurang ajar'. Kena pasang cctv baru nak belajar 'mesra dan berbudi bahasa' agaknya.

[Sebenarnya kena bermula dari diri sendiri juga. Kalau diri sendiri tak nak berubah, kempen macamana pun tak jalan :)]

Bunga Rampai said...

Salam,

Satu usaha yang sangat bagus ke arah pembinaan akhlak yang baik.

Saya senyum kepada awak ni, dan terima kasih menjadi kawan sembang di alam maya :)

tegezoot said...

saya pun senyum jugak kat awak :)

Pegawai Khalwat said...

:)

Aku pun senyum jugak.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada blackpurple....
haa itulah dia.kalau org cakap nanti kita yang salah lak.
ya tuan,saya pun akan mula untuk berubah tuan agar tidak celupar lagi tuan,assalamualaikum...hahaha

cik bunga rampai........
mmemang usaha KeKKWa yang bagus.Harap kempen ini berjaya satu Malaya.Saya pun senyum dan suka kawan maya ni hihihihi.salam.

tegezoot....
a'ah saya pun nak senyum balik kat awaklah.awak comel............
(sopan tak aku?)

Butaseni@Wan Raja said...

kepada peg khalwat.....
:) awak mesti banyak senyum lagi tau,sebab awak kaki tangan kerajaan.mesti manis mmmmmmmmmmmmmboleh!!

jinggo said...

memang kakitangan awam ni teruk sikit...
bukan semua la........
ada yang bagus tapi banyak yang hampeh.............
perlu di sekolahkan.......


aku pon nak senyum lahhh :)

Butaseni@Wan Raja said...

kepada jinggo......
mmg depa ni kena dikempen bukan kursus sana sini sambil makan angin :)
tgk hg ni sajalah petik aku,kan aku dah celupaq balik hahahaha
Aku senyum kat hg pulak :)

ANNA NUR said...

yup, senyum itu sedekah..
terima kasih itu penghargaan..

mmg byk lah insiden masam muka ni..
xtau lah knp.. ada masalah ke.. dah mmg tabiat nya gitu ke.. xtau lah..

xpyh di kursuskan.. sedarkan pun dah byk kali dikempenkan.. orang mcm ni, balas je balik... hehehe.

tp pada aku, mmg x patutlah kalo yg terlibat kat kaunter peel nya mcm tu... nnt sapa yg malu...??? malaysia jgkkkkkkkk!!! malaysia tu negara sapa? akuuuuu..!! aku? aku jugaakkkkkkkkk!!! hehehe...

akirasuri said...

oh oh!
nah! senyuman untuk awak :)
he he he.
oh oh!
orang kita ni, dengan orang sendiri masam saja.
tapi dengan orang lain, wah wah wah. hipokrasi asas kehidupan sungguh!

senyum balik :)

Iman Mawaddah said...

Psstt..Buta Seni, jangan jadi macam pegawai imgresen yang macam iklan tu dah la ya. Mesra dengan pelancong2 asing sampaikan mengigau di malam hari hehe

Anonymous said...

senyum seindah suria yang membawa cahaya..
senyumlah dari hati duniamu berseri..
lalalala..

Nur Hafiza Hasan said...

Kalau Che Butaseni datang ke sekolah miss_tree, akan kuberikan senyuman yang seikhlasssss mungkin..
Boleh? =)

Tapi, saya sbg kakitangan kerajaan pun agak hampa jugak dengan 'rakan² seangkatan' saya ni especially yang bertugas di kaunter.
Tak kisah lah kaunter apa pun kan, tp mcm dosa besar je bagi diorang ni kalau senyum.
Mahal sangat ke?!

abiumar said...

Assalamualaikum.......

Maaf bukan tak update.. sibuk sikit sekarnag ni lagipun cuti seklah balik kampung dik...

Itu ada satu cerita baru. Cerita entah apa apa je. Takde ilmupun dik. Apapun tq kerana bertandang.

Terima kasih.

Pegawai Khalwat said...

Aku nak pindah kerja kat Australia lah lagu ni.

Anonymous said...

em aku sokong!kire kamu beruntung juge..sebab pernah merasa layanan itu..

mejanya agak tinggi..sebaik meletakkan beg teguh di sisi..passport kuletakk ke atas meja itu(kaunter)DANG!DANG!ZUPP!passport ditolak menyuruh aku mengambilnye semula..

aku:erkk...

tapi penah rasa layanan yg baik juge di m'sia :)

aku salah letak passport sewaktu scanning..
puan:letak je macam tu..(lembut suaranya disambung dgn senyuman)
aku:ehehe(sengih je.. le da malu)

Anonymous said...

perghh..kalau pegi post office pepagi..mesti muka kakitangan dia masam jer...org pun takut2 nak beli setem

senyumlah wahai kawan-kawan

artisticklytouch said...

aku juga mengalami pengalaman yang sama di pintu masuk Australia, kena bogel...


beg aku...ha ha dan kena interogate, aku pun feeling2 citer catch me if you can but not dare feeling2 citer Mr. Bean the movie ha ha

tak kisah kena tahan lama sebab pegawai dia kendo...ha ha

kat Malaysia selalunya kena jalan...jalan... tak yah bukak beg pun..diaorang senyum or tak senyum pun aku tak peduli ha ha

jinggo said...

aku nak senyum lagi......
:)......
:)......
:)......

Erran said...

Aku ingat lagi Najib & org Mesia marah2 pada satu survey yang meletakkan negara Mesia antara ranking yg terbawah dari segi 'mesra & berbudi bahasa'(negara Hong Kong yg paling bawah sekali kalau tak silap aku). Nak marah aper? Memang betul pun.

pjoe said...

Nak kena naik gaji lagi kot, baru sengih je!

hahaha

Butaseni@Wan Raja said...

kepada dotter..
abis xyah dikursuskan,disedar,diajar nak buat macam mana cikgu?asal masam je kita lempang,boleh? hahaha

akirasuri...
wah...garfield comel senyum kat aku...hehehe
hah hipokrasi pun satu lagi masalah kan?nanti saya terjah lak.
saya senyum balik :) :) :)

Iman mawaddah...
rasanya itu sebab dia taste kat diatu kot hehehe
salam

rena...
indah ayat mu....harap2 bukan maksudmu mengatakan yang org kat kaunter ni senyum dalam hati.saya tak nampak pun nur dihatinya.hahaha
luarannya sungguh masam sekali..

MIss_Tree...
ok nanti saya sampai ke sekolah anda.
memang kalau nak diorang senyum kena bayar extra kot? heheehe

ustaz.....
ok nanti saya lawat ke laman ustaz.salam

Pegawai Khalwat..
hah!nak pindah ke australia?habis dunia seni negara kita macam mana kalau hang takdak?

Petiais......
wah!cara dia bagi passport kau macam cerita cowboy kan?longsorkan beer dari atas bar kepada koboi mabuk..hehehehe.
bukan semua macam tu,ada yang mulia mcm yang kau jumpa tu.tapi kebanyakkan yang frontline tu ...........itulah dia.

suehana....
hahaha betul,kadang2 takut pulak kita nak berurusan kan?macam kita nak mintak sedekah pulak.

art...
depa suruh bogel?taste kat hg kot?depa tengok hg pun kendo jugak kaot?hahaha

jinggo...
:) :I :( :P

Butterandbanana.......
tu sebab tak mahu terima kenyataan lah tu.hehe.padahal dah tak boleh selindung lagi.budaya yang terpupuk dari selepas merdeka lagi.nanti generasi baru yang masuk pun akan terikut jugak.Sebab tu Kita perlu mula berkempen,berhasil atau tidak tak penting janji generasi seterusnya sedar.

kepada nazjoe...
aik!tak cukup lagi ka?gaji aku yang bekerja di swasta ni lagi rendah tau.

Anonymous said...

Salam,

Sesungguhnya senyum itu satu sedekah.

Nah..satu senyuman ikhlas
untuk En Butaseni :)

Izariza said...

Salam,

Bukan usaha mudah untuk melentur jika sudah menjadi buluh. Namun perubahan itu boleh bermula dari dalam diri kita, mudah-mudahan kebaikan akan terhasil :)

Senyum seindah suria.

Unknown said...

i concur! mmg pengalaman bekerja dgn white ppl mmg berbeza skali budayanya MESRA y ikhlas bukan di buat buat mungkin itu cara mereka dibesarkan.

sekarang, keje dgn bumi co....nak kutuk pun bangsa sendiri.. tp rasanye budaya yang elok patut kita ikut y tak elok tak usah la.

masalahnye sesetengah bangsa kat sini, yang x elok tu lah y menjadi ikutan.

ANNA NUR said...

ko lempang sambil tersenyum... tgk apa respon dia... hehehe!

Sastri said...

hmmm... memang ada yang begitu sedangkan sepatutnya, mereka yang bekerja dalam bidang perkhidmatan, yang berhadapan dengan pelanggan/orang ramai perlu mempunyai kesabaran dan bermuka manis apabila berinteraksi...

m i n e r a l . . . said...

pengalaman aku..waktu mula2 hendak buat pasport di kaunter imegresen, seawal 5.30 pagi aku terpacak didepan opis imegresen... aku adalah org ketiga, perhhh betul nasihat kawan aku suh gi awal2....
rasanyer pukul 8 pagi br kaunter dibuka... masuklah kami yg berbaris diluar hingga ke parking tadi ...mujur aku lengkap segala dokumen tiada byk masalah... tp muka pegawai2 dikaunter mmg menghampakan, if ade yg kurang dokumen akan ditegur dgn intonasi yg kurang menyenangkan dan lebih mengdukacitakan, tepat pukul 10 pagi, mereka akan bersiap2 [konon2nya aku tak tau la, sbb aku saje berdiri dekat kaunter tu tunggu, kerana tiada kerusi utk duduk] menutup komputer... dan dengan isyarat antara satu sama lain [body language] mereka akan meninggalkan kaunter... dan kemudian seorg lelaki akan bt pengumuman "maaf, server komputer down, sila tunggu sebentar" cehhhh dlm hati aku depa br nk gi breakfast laaaa.
anda rasa betul ker apa yg sys fikirkan tu?

p/s" terima kasih bro ingatkan sy lom update blog heheheh terlupa kot?.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada indahsakura.....
saya sedekah kembali :) :)
hehe salam sis


izariza........
betul jugak tu.sekarang ni kita kena brainwash generasi muda pulak.

halogamora.....
salam kenal,
kalau diikutkan dalam buku budaya kita adalah budaya yang cukup sopan dan lembut sekali.tapi ntah mcm mana boleh jadi mcm tu ntah.dah jadi macam kebiasaan kita pulak.

dotter...
kita try nak?hahahaha

sastri......
betul tu,tapi sekarang terbalik,kita pulak yang nak kena sabar dan manis muka berhadapan dgn diorang.


mineral....
memang,budaya kedai kopi masih kuat menjadi pegangan diorang.dalam pejabat tu dioranglah raja....kita rakyat yang menyembah duli.

Anonymous said...

senyumlah, senyumlah ahaii cik mek molek
senyumlah, senyumlah..

Rozie said...

lately...semenjak 2-3 tahun kebelakangan ni tak pernah lagi kena mcm ngkorang masa buat urusan kt pejabat kerajaan di mesia.

Mengikut pemerhatian aku kt UK ...omputih ni sebenarnya bermuka2,betul ker omputih friendly? ada jugak yg masih racesist dan tak suka senyum kt org....mcm org mesia gak atau mungkin lebih teruk!!!

Butaseni@Wan Raja said...

kepada kamarul.......
:) :) :) (sambil menggolek)

rozie.......
memang tak nafi diaorang tu rasist macam aku kata tulah diorang tengok kita macam kita juga tengok pendatang haram di malaysia,kalau diorang sombong sekali pun kita sedia maklumlah.ini orang malaysia ni,dengan bangsa sendiri pun muka masam.ini cuma pengalaman aku dulu je.

Mak Su said...

haallooo, assalamualaikum. orang mesia tak suka kerja-kerja mesra layan orang, tapi orang mesia suka kepochi.