Friday, June 22, 2007

Profesionalisme Sejati

Dialah atlit yang berlari mati-matian,
Dialah ispirasi kepada Hooligan hakiki,
Dialah penyuntik semangat rakan-rakan,
Dialah Ikon gaya urban lelaki,
dan dia jugalah fantasi hawa seluruh alam.
Bagi aku,dia adalah contoh profesionalis sejati.Aku bukanlah peminat fanatiknya,tetapi sikap profesionalismenya patut dijadikan contoh bukan sahaja kepada kaki bola malah kepada golongan profesional yang lain.
Dia mula merangkak untuk kedunia profesional dengan begitu tekun sekali,sejak dari kecil memasang angan-angan untuk menjadi seperti idolanya iaitu Bryn Robson.Dia begitu gigih berlatih sendirian sebelum dan selepas sesi latihan pasukannya.(pada ketika itu mewakili skuad remaja Manchester United)Kemudian menjadi pemain terbaik pertandingan remaja itu sebelum diserapkan oleh Alex Ferguson ke pasukan senior.Dengan sekelip mata mendapat perhatian dunia sehinggakan pemain handalan yang lain seperti Eric Cantona dan Bryn McLair terus tenggelam dengan aksinya.Ketika mewakili negaranya pada Piala Dunia 1998,namanya dihentam hebat gara-gara kad merah yang diterimanya yang menjadi punca penyingkiran England dalam pertandingan itu.
"Ten Heroic Lions and One Stupid Boy",itulah tajuk utama setiap surat khabar di Britain pada ketika itu,tetapi dia masih setia bermain untuk negaranya dan dilantik menjadi ketua pasukan England pula selepas itu.
Setelah popular dan berkahwin pula dengan Spice Girl,kehidupannya bertambah glamour dan ini tidak menyenangkan Alex Ferguson lalu berlakulah segala sengketa dan masalah dalaman sehinggakan keningnya luka akibat terkena boot yang hinggap didahinya setelah ditendang pengurusnya itu gara-gara satu kekalahan dengan musuh tradisi mereka iaitu Arsenal pada separuh akhir piala FA 2003.Tetapi yang mengagumkan aku dia masih lagi berlatih dan bermain bermati-matian untuk Ferguson atas nama profesionalisme.Kemudian dijual pula kepada Real Madrid.Di sana pula dia terpaksa berlatih dua kali ganda untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas di Spanyol.
Malang sekali lagi menimpanya apabila tidak mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan dan kelabnya dibawah kepimpinan baru Steve McLaren dan Fabio Capello tetapi dengan semangat profesionalismenya,dia berlatih lebih gigih walaupun telah ditunjuk jalan keluar oleh kedua-dua pengurus baru itu sehinggakan dia membuktikan kepada mereka yang dia masih bernilai lalu diserap semula mewakili kelab dan negaranya kemudian memaksa kedua-dua pengurus itu mengaku kepada umum yang mereka telah melakukan kesilapan dengan menyingkirnya dan pengurus Real Madrid itu cuba untuk mendapatkannya kembali setelah menjualnya kepada kelab Amerika Syarikat,LA Galaxy.Akhirnya dia meninggalkan kelab Galacticos itu dengan cara yang terhormat disamping membantu mereka memenangi Liga Sepanyol.
Aku amat mengagumi semangat dan sikap profesionalismenya itu dan teringin sekali untuk aku mencontohi sikapnya untuk menjadi lebih profesional dalam apa bidang sekali pun yang aku ceburi.

28 comments:

Nur Hafiza Hasan said...

Saya bukan peminat Si Beckham ni...
Tapi saya mmg mengakui aura dia tak dapat ditandingi.
Ada teknik² dia yang boleh dikagumi.
Cuma kontroversi selalu menyelubungi diri.

Che...pantun laa pulak..
Hehehehehe..

Natra said...

aku tak pernah minat bola mahupun Beckham sebab aku tak faham kenapa sekumpulan manusia sanggup bermati-matian demi sebiji bola.

Aku sentiasa melatih diri aku dengan 3 perkara ni untuk menjadi seorang yang profesional ( tapi sejak balik sini cam hampeh jer rasa sebab semua cam gampang )

-Tepati masa
-disiplin
-fokus

Boleh buat! Nak ngan Tak nak jek!!

blackpurple @ jowopinter said...

Dia mempunyai karakter dan karisma yang tersendiri. Karakter dan karismanya itulah yang mendorong profesionalismenya. Tak semua manusia berkarakter dan berkarisma pandai mengeksploitasikannya seperti mana yang dilakukan Beckham... Itu bezanya dia.

:)

k o r o m y s t said...

Hmm ku bukan penyokong Man U.
Apatah lagi si Becks.
Tapi ku ada nonton Bend It Like Beckham wahahaha... xD
Masa tu first time kenal siapa itu Kiera Knightly.
Sejak jadi cewek lanun, dia dah makin popular.

Ehh... ku menulis tentang orang lain la pulak... ahaks xD

Anyway, apa-apa hal pun, ku salut si Becks dari segi skill saja.
Namun ku rasa dia tak adalah se-profesional mana.

Terutamanya dalam kes skandal dia.
Kuang kuang kuang...

akirasuri said...

oh oh! bekem.
tak berapa suka dengan beliau. tapi. beliau punya sifat bagus. hormat lawan dan kawan. itulah beliau seadanya.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada miss_tree......
bukan teknik atau kontroversi yg saya minat,tp profesionalism dia tu yg saya saluuuuutttt!!

ibuseni......
nak bawak lari sebiji bola drpd 21 budak hitam lagi tu pun dah kira seni.kalau xdak seni xboleh bawak lari,xkan nak bawak dgn tangan kot :P
oooooo bab itu wa xtau,profesion kita berlainan.aku menjadi orang minyak hehehehe kerja aku memperkosa 99 anak dara sunti hahahaha

blackpurple.....
ya bro,karisma tulah yg aku cari tu.kalau dapat memang bagus gila mutu kerja aku.

koromyst san........
aku pun xminat backhem,tp big fan MU hihhi.keira knightly pun aku minat gila hihhi.
aku minat sikap dia,tak kiralah skandel sana sini pun tapi bab kerja dia bagi 110%.tu yg gua respekkkk!!

akirasuri
dia kureng hormat lawan skit hehehe.
tapi dia hormat kontrak dia.

Mak Su said...

eh eh... butaseni ni, naseb baek nama kiter bukan hawa tau... apa ni cakap minat-minat? eeiii... tak alunyer... eii.. safer iteww? david beckam ker tu? saya ni kenal pele aje, haaa... tapi ronaldinho gua kenal ler.

pjoe said...

Aku antara penyokong pasukan dari bumi scousers juga kagum dengan mamat ini.
Kaki kanannya aku akui...antara yang etrbaik pernah aku jumpa.

Passing rate dia cukup mengagumkan aku.
Rekod dia dengan ManYoo juga bagus.

Farewell becks...
I wish you go back to old-terafok..and ruin Sir Alex's team..
hhahaha
YNWA!

Pegawai Khalwat said...

Eh.. tu bukan gambaq hang masa hang main bola dulu ka?

ANNA NUR said...

yup.. david beckham semangat nya kental. hidup biar kentang!!

ko blh aje jd mcm dia.. tp bukan sama seperti dia. kang aku confius lak! kihkih.

jinggo said...

aku minat david arumugam.....
:p] hi hi hi hi
jangan marah haaa......

tebak said...

Beckham dilihat sebagai sosok yang mengkagumkan. Dia datang selonggok dengan pakej (pesona) yang dibawanya bukan saja dalam padang, malah di luar padang juga. Dunia materi telah menjadi oprtunis dalam hal ini dengan mengambil kesempatan atas sosok tubuh Beckham. Maka lahirlah satu ciptaan ikon.

Ianya bermula ditanah lapang berumput, juga dipanggil padang bola. Tempat lahirnya pertentangan dan perlawanan fizikal (juga teknikal). Apa juga jenis sukan akan melibatkan pertaruhan maruah demi mencapai kemenangan. Beckham lahir dari pergolakan itu. Beckham tertonjol dari segala aksi pemain lain. Beckham, walaupun kalah, tetap menang dalam perlumbaan menambat hati para konsumer satu dunia. Kerana apa? kerana "ruang pasar" yang telah diciptakan untuknya...

Rozie said...

mmmm...x minat becham,

mmmm ronaldinho aku suka...muka x encem tapi cam lipas kudung!!!

Erran said...

Drop arr advertising income Real Madrid kalu Bekam takde nanti...kaya ar LA Galaxy. Anyway, si Bekam ni memang pro. Tapi tak paham pasal aper di boleh kawin ngan Posh Spice Sup Tulang tuh..

m i n e r a l . . . said...

yeahhh david beckham...
idola pemain bola dan wanita juga :)
profesional? tak pasti, tp perjalanan karier dia mmg menarik ada naik turun... respek dia bole bangun dari kejatuhan...menongkah arus perlahan2, dia pun cari rejeki kann :).

-sy di hairan org kejar sebiji bola, hairan lagi orang berbunuhan untuk setelaga minyak yg sah dinegara org lain...kekekek (apakejadah punya falsafah la)

Butaseni@Wan Raja said...

kepada mak su........
oooooooo mak su taste yg itam-itam ek?hihihi.

Nazjoe.......
tak nafi crossing dia yg terbaik didunia.semangat dia tu yg paling dasyat.dia takkan balik ke Old Trafford dah.Ferguson pun dah ada right wing terbaik dunia hahahaha
glory glory ........

pegawai khalwat....
eh melampau aku nampak mcm beckham,aku main & nampak mcm Del Piero lah lalalala

dotter.........
aku nak jugak jadi mcm dia,skandel sana sini hihihihi

jinggo.........
patutlah rambut hang pun dah dok mai macam tu hahahahaha
trimaksssssehhhhhhhhhhh!!

tebak.........
segala pesona sama ada dalam padang,wanita,dan juga consumer berpunca dari pada sikapnya yg proesionalnya jugak.kalau hansem tapi selalu ponteng photoshoot pun org tak panggil dah jugak,kan bro.

rozie.........
saya pun tak berapa minat beckham,tapi minat sikap dia,ronaldinho yg lipas kudung tu pun bila ada krisis dengan Dunga dan Frank Rijkard,konsentrasi dan performence dia merudum jugak hihihi

butterandbanana.........
nasib baik jugak dia kawin dengan posh spice tu,kalau dia gay,lagilah frust ramai pompuan hehehe

mineral.........
sapa yang dapat telaga minyak tu ternyata boleh beli Chelsea daripada tangan Roman Abramivic hahahahahahaha.tak pun boleh beli Real Madrid terus hahahaa

crunchyahcock said...

contoh, ikon dan idola.... tengok jugak apa yg kita nak ikut dari diaorang

ANNA NUR said...

patutlah aritu masa jumpa ko... mulut ko makin muncung, muka makin menggerutu & rambut makin berekor... rope nya nak jd b**** d****! kihkih!!!! jgn marah no... =)

Butaseni@Wan Raja said...

kepada ahcock.....
yelah,sikap profesionalism dialah yg aku nak ikut.bukan rambutnya.

dotter.........
nasib baik aku tak ngap kau hihii

Anonymous said...

tak de ape yang mngagumkan aku ttg dia..

Anonymous said...

tak de ape yang mngagumkan aku ttg dia..

suriani said...

Eh.. aku suka mamat Beckham nih, dia cooool sangat. Tak penah tengok dia main bola la kan, cuma kat iklan tivi jer.
Once you put his professionalisme on writings, nampak macam kelassss jer.
Aku amik teladan je la, kan?

Bunga Rampai said...

Salam,

Profesionalisme sejati saya setuju, tapi tidak lelaki sejati ;)

artisticklytouch said...

taste uols!

DiaHarris said...

hallo..

**beckham itu hensem giler ok!

NJ@Goboklama said...

to act professionally after being called stupid too many times, wa respect gak lah!!

Butaseni@Wan Raja said...

kepada petiais........
xpayah kagum bro.pendapat aku je

umi ameer.......
kita ambik yg baik je,profesionalism dia,yg lain tu tak payah kita ikut.

bunga rampai........
hehehe dia bukan lelaki sejati?kesian posh spice,kan?pondan ke dia?hihihi

art......
hang bukan taste kat ronaldinho ke nyah hihihi

diaharris...
welcome to the club,
hmmmmmmmmmmmm ye ke?itulah fantasi kaum hawa agaknya ehehehe

goboklama.......
bukan takat dipanggil stupid,disabotaj,diugut,dimaki dan bini dia jugak selalu dikeji dengan perkataan kesat dan lucah.tp time training dan game dia akn mati-matian.respek gile!

Anonymous said...

KAWANKU SEORANG PENSYARAH