Tuesday, June 26, 2007

Nak Cari Kayuu....Nak Cari Kayu

Sepetang bersama Pegawai Khalwat,Tegezoot dan juga Jinggo mencari kayu dan dahan-dahan untuk dibuat set teater Devian Dogma.Lokasinya dia atas bukit,tanah kepada seorang tauke maha kaya(dengan kebenaran), kami berempat bermandi keringat menebang kayu-kayu dan dahan-dahan yang sesuai.

Pemandangan indah sesudah pumcit mendaki melalui jalan tanah merah yang lumpur.



Operasi menebang bermula.


Inilah rupa daun pokok Tongkat Ali

Jinggo sempat berposing maut bersama pokok tongkat ali sebelum diserang oleh sekumpulan lebah yang marah.


Beginilah rupa sarang lebah yang di'jolok' Jinggo secara tidak sengaja.Jinggo bertempiaran.


Tegezoot menunjukkan aura menebas sebelah tangan.


Jinggo juga menunjukkan skill menebas.

Mencari kayu yang lebih sesuai ditebang(lebih mudah)

Giliran aku mengumpul dan mengikat kayu-kayu itu supaya lebih mudah untuk dibawa turun.


Diskussi para dewa hutan sebelum turun.
Sesudah sampai ke kaki bukit, kami sempat mengutip buah-buah durian yang luruh di kawasan itu(dengan kebenaran) sebelum memotong pula kayu-kayu itu untuk dimuatkan ke dalam bonet kereta tuan pegawai khalwat.Kepenatan dan kehausan kami terlerai kemudiannya apabila pegawai khalwat dengan bermurah hati belanja kami makan di Pizza Hut dengan seluruh badan berlumpur.Itulah aktiviti riadah kami pada suatu ahad.

32 comments:

Mak Su said...

sarang lebah jangan dijolok.. buah cempedak boleh jolok. nak cari kayu api? beli kat ah pek lori kayu lagi senang. tahun 70an 80an byk, tak tahu skrg ada lagi ke tak?

akirasuri said...

awat kawasan tu macam botak ja?
depa buat apa kat kawasan tu ek?

ha ha ha. semua berposing dengan manten kemachoan sungguh! erk! semua mandi dak ni sebelum berposing :D

*larikk!!!!!

Mimi Amilia said...

cik akira,
kalau tgk rupa masing2 aa..
rasa cam tak mandi lagik..
ahahhaa

jinggo said...

hahahhhaha
semua mandi la........
mandi peluh.........

NezJoe said...

hensem2 belaka!
hihi

Kat mana hutan tu dude?

Pegawai Khalwat said...

Murah hati?

Murah hati ada makna.

:: dotter.hms :: said...

aku penah kena sengat lebah. masa tu kecik lagi, darjah satu. ingat kat kat kaki aku tu nyamuk beso. aku selamba g tepek dia. sekali tu dia sempat sengat aku sebelum kiok!!! sakit ati betul. bila mlm baru terasa berdenyut! letak minyak gamat. hehehe. pagi esoknya time nak g sekolah, terperanjat aku bangun tido kaki aku bengkak gila! dari saiz 5 aku kena pakai saiz 8! aku x g sekolah pun masa tu. satu hari tu aku asyik nangis je sbb terperanjat. bila pg tu abah aku bawak g klinik baru tau yg aku kena sengat. baru lah teringat insiden ptg semlm nya.

esok g jgk sekolah. dkt sebulan aku pakai selipar jepun. dah le masa tu badan aku sekeping. kaki sebesar gajah. hehehe..

pengalaman yg xdpt aku lupakan.. =)

Iman Mawaddah said...

Huh..pembalakan haram..kena report ni hehe

IndahSakura said...

ooo..inilah dia hero-hero
penggiat teater...
macho2 belaka :D

crunchyahcock said...

udah le pegi mkn pizza x ajak aku!
tapi korang punye identiti para dewa dah terbongkar...kecuali aku. hehehe

Anonymous said...

rupa saja ensem, wek wek wek

butaseni said...

kepada mak su........
buah kat situ mcm sarang lebah jugak tak boleh dijolok....durian hehe

akirasuri.....
kawasan tu diorang nak buat tower maxis.memang semua tak mandi.dari photoshoot teater trus ke situ.

mimi amilia......
boleh bau ke?hehe

jinggo....
hg mandi sengat lebah sama hahaha

nazjoe..........
memang semua hensem sebab kitorang pakai bedak masa tangkap gambar tu.hutan tu somewhere kat Teluk Bahang(ujung dunia)

pegawai khalwat....
memang hg murah hati,kami anggap hg macam bapak kami hahahahah

dotter.......
kau memang ganas dai kecik rupanya,ingatkan masa kat itm je dulu brutal hihihi

imam mawaddah......
tak payah report,kitorang dah rasuah tuan tanah hahahaha

indahsakura........
hehehe foundation kat muka kitorang tebal sgt,tu yg nampak macho tuh...

crounchycock......
itu dewa belanja org yg mati-matian buat keja je.tgk jinggo sampai kena sengat lebah demi produksi.

anony.........
maksud?

rena said...

gigihnya kalian mencari kayu..
lepas ni jangan lupa pegi basuh pinggan pulak.. (ayat mak tiri cter zaman dulu-dulu)

anyway, all the best utk set teater yang pastinya banyak kayu dan dahan-dahan..

k o r o m y s t said...

Sanggup ke hutan cari kayu ekk? Mesti real set teater tu nanti. Entah-entah terbawak kerengga sekali... xD

kamarul said...

gagah... sungguh gagah!!

.:HalogAmora:. said...

itu mcm kah rupa tongkat ali? apa korang buat ngan pokok tu hah? he he

lagi satu...wa takde pertalian ngan eli suriati...kakak bukan, sepupu pon bukan.

blackpurple said...

Ini termasuk di dalam 'the making of ....' lah ni ekk....

bunga rampai said...

pendekar kayu api
bunganya semarak api
langkahnya tidak bertepi
semangat gagah berapi-api...

moga pementasan sukses!

Salam :)

butaseni said...

kepada rena.......
baik mak cik,manja ambil air di perigi dulu mak cik hehe
tq mak cik :)
salam

koromyst san.......
kayu tak banyak sangat utk set ni,kerengga yg banyak nak pakai tuh hehe

kamarul.......
gagah mendenye,nak bukit tu pun kami dah semput.tp jinggo memang gagah kena sengat dgn lebah pun slumber je mkn kat pizza hut dengan lahapnya.

halogamora........
daunnya diorang kumyah mcm sireh.mesti strong like a bull hihihi.mmg muka kau mcm dielah,tahi lalat ade x?

blackpurple.......
ya ya the making of orang minyak...yang jadi hari tu orang lumpur.hehe

bunga rampai........
pantun mu seperti memberi semangat kusumat,hehe.insyaallah kami buat the best.

gitartong said...

wow! tabiklah!

semangat yang berkobar2!

ann said...

wow.. syok ke mandi peluh muahahaha...

ni har dari seorang yg kenal ngek ngek ngek...

hari hari dapat jumpa wahahaha XD

Izariza said...

Saya teringat iklan merdeka Petronas (kalau tak silap) pasal budak2 kena kejar tebuan tu hehehe..
Apapun, semoga set lokasi menjadi seperti semulajadi :P

Salam dari K.Terengganu

goboklama said...

semacam jek cakap 'dgn.kebenaran' tuh,heheh... Good Luck!!

butaseni said...

gitartong......
aku suka nama kau.tabik balik hihi,
tq sbb lawat bro

ann.......
putri saadong?:P

izariza......
a'ah,jinggo bertempiaran cari sungai macam dalam iklan tu..
kirim kepok lekor...;)

goboklama.........
itu maksudnya,kami dapat kebenaran daripada tuan tanah untuk berbuat sesuka hati mak bapak kami di tanah tu hehehehe.
itu private land,penceroboh boleh di pasung..:D

Anonymous said...

pensyarah konoon

m i n e r a l . . . said...

takde ker jemputan utk teater itu heheheheh..
ermm lama x reka backdrop set...
mesti bestkan...
wa jelessss nih...serius punya jelessssss mkn pizza x ajak heheheh

p/s: pls cover perut skit bila posing...kekkkeke[peringatan utk aku juga tuh]

butaseni said...

anony......
tau hang jeles sebab dah tak jadi tutor hehe :P

mineral........
silalah datang ek 11/7 ni.pakat mai sinniiiii hehe.
set tu dah direka awal2 lagi oleh dewa peg khalwat.nak join?
bukan senang director kitorang nak blanja hehehe
perut itu,perut gagah! :)

artisticklytouch said...

ini hutan simpan lojing!! tebang semuanya..angkut semuanya..kutip semua bawak balik, pastuh tak guna pun...ha ha nasib baik bukan aku yang tebang..

butaseni said...

art.......
tak guna pun takpalah,kami bukan buat realism :P
ingat member hang yang cakap berulang-ulang tu ka?penuh stage tapi haram.

m i n e r a l . . . said...

11 july... akan diadakan diKL ker? pasti hadir jika disini, jika tanpa ada halangan.

butaseni said...

mineral.......
alamak brader,kat tmn budaya Penanglah,pakat mai sini hihi

umi ameer said...

pentas pun jadik, utan pun jadik ek?
korang memang kelesss!!